Posts

Showing posts from July, 2014

DEMC & jor karkun 4B

Image
jor karkun 4B pd 14/15/16 feb 2014 tapi ditakdirkan bonda sakit tenat pd 12/02/2014- hypo - gula rendah malam tu mesyuarat KL hari rabu di sri petaling - kami 3 beradik ada di markaz lepas mesyuarat bergegas baik puchong dah sampai peringkat nazak - kalimah berulang kali ditalkinkan di telinga bonda alhamdulillah, beberapa botol air gula telah dimasukkan - dgn izin Allah bonda kembali stabil dari puchong dipindahkan ke shah alam pd pagi jumaat 14/02/2014 - jadik lagi sekali terus dihantar ke DEMC berkampunglah kami semua selama seminggu di wad HDU 4 sempat jugak pegi jor ulang-alik demc-sri petaling kesihatan bonda dah tak berapa ok sejak kena dementia thn 2010 asthma, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dementia Ya Allah, kami tak dpt nak balas jasa dan pengorbanan bonda - hanya kpd Engkau sahaja kami berserah dan memohon  along dan acu tengah tekun berzikir  besday bonda 20april - panjang umur - Allah yg buat segala-galanya

2014 - jor karkun 4B : prof munawar bashar

16/02/2014  -  sri petaling Setiap amal Allah akan bagi ganjaran & pahala Dunia adalah tempat utk buat amal kebaikan Ganjaran akan dpt di akhirat. Di dunia kita tak dpt mengetahui ganjaran tersebut. Jgn kita tertipu. Setiap amal kebaikan akan dibalas di akhirat. Manusia tertipu, mereka menyangka dgn tak amal agama apa kerugian akan dpt. Kalau tak solat  - apa kerugian saya Kalau tak bayar zakat – apa kerugian saya Kalau berbohong – apa kerugian saya Kalau ambil riba – apa kerugian saya Kalau menipu dlm perniagaan – apa rugi saya Oleh sebab itulah Allah hantar para ambia a.s supaya manusia tak tertipu Semua natijah atau hasil amal manusia akan dpt dilihat di akhirat Tetapi di akhirat tidak ada lagi peluang utk buat amal Allah cipta syurga utk dpt ganjaran. Syurga bukan tempat utk buat amal. Dlm syurga tiada solat, tiada puasa, tiada haji, tiada zakat, tiada zikir, tiada tilawah quran Bahkan tiada wuduk dan tiada mandi dlm syurga Mandi juga adalah

2014 - jor karkun 4B : maulana shaukat

Progran utk org t/jawab halaqah KL 17/02/2014  - sri petaling nabi2 dihantar ke dunia – usaha pertama – pergi jumpa manusia – korban harta, diri – utk dtgkan kebaikan pd diri manusia – supaya selamat drp kerugian dunia dan akhirat – utk dpt keredaan Allah – tak minta apa2 ganjaran – ganjaran hanya dtg drp Allah keluar di jln Allah – jumpa manusia - tanpa minta apa2 ganjaran – inilah usaha yg sama yg dibuat oleh nabi2 bawa perkara yg sangat  bernilai – utk keselamatan dunia dan akhirat – sama 100% macam usaha yg nabi2 telah buat – dgn harta , diri , masa sendiri - cerita kebesaran allah, akhirat, pahala, dosa – bawa kpd agama – bawa kpd iman Cuma beza  antara nabi dan umat – dlm diri nabi2 ada sifat2 da’i  - dlm diri umat belum ada sifat2 da’i Keluar di jln Allah – utk belajar sifat2 ini Buat usaha sepanjang hidup sampai mati Buat usaha seluruh alam sampai kiamat Jadikan usaha ini maksud hidup Maulana ilyas kata : buat usaha dgn keyakinan Sifat pertama : k

2 syawal 1426H - al fatihah

Image
pada tahun tersebut kami beraya di kuala krai puchong-taiping-gerik-jeli-machang-kuala krai kami singgah taiping utk satu malam - 30/10/2005 - ahad bertolak ke kuala krai - 31/10/2005 - isnin puasa lagi 2 hari - 01&02/11/2005 - selasa/rabu raya pertama - 03/11/2005 - khamis menerima panggilan talipon selepas solat jumaat - 04/11/2005 - 2 syawal 1426H - jumaat kematian yg dicemburui? 1. selepas berpuasa sebulan ramadan 2. semasa mengangkat takbir 3. hari jumaat - dlm masjid - semasa solat - saf pertama alfatihah utk ayahanda tn. hj. zainal abidin bin hussain (1938-2005) alhamdulillah sempat keluar 40H thn 2003 (terengganu) dan keluar masturat 3H bersama bonda (bentong) alfatihah juga utk ayah mertua tn. hj. draman bin mohamad (1938-2013) - kembali ke rahmatullah pd 24/09/2013 semasa saya sedang khuruj di india alfatihah juga utk paksu hj hamid bin osman - kembali ke rahmatullah semasa mengerjakan umrah dan dikebumikan di jeddah masjid pokok assam

tarawikh - iktikaf - lailatulqadar

Image
Targhib 20 rakaat solat tarawikh - ust hamid (mudir madrasah sri petaling) Bulan puasa adalah medan utk tingkatkan kerja agama Berbuka di masjid (ihtimam/ambil berat) Setiap amal agama ada kedudukan tersendiri Ijmak sahabat & 4 imam sepakat – 20 rakaat Nabi s.a.w tak buat – takut difardhukan (cth lain: miswak) Abu Bakar r.a tak buat tapi Umar r.a buat (ubay b. kaab jadi imam) Ramai org dtg solat tarawikh - masa utk ikhtilat/ikram/tashkil Kalau surau/masjid buat 8 rakaat sahaja – balik sambung lagi 12 rakaat di rumah Solat witir di masjid bersama jemaah – boleh niat tarawikh Duduk dlm tahlil dan more – buat kawan usaha dlm bulan syawal – ziarah hari raya di markaz sri petaling : 1. solat 1 1/4 juzuk di ruang utama 2. solat 3 juzuk di bilik qariah 3. solat 5 juzuk di bangunan madrasah 4. solat 10 juzuk mulai malam 20 ramadan di bilik mesyuarat Targhib iktikaf 10H terakhir ramadan di masjid masing-masing check-in : Mula iktikaf hari jumaat malam sabtu (18/07/14) – m

bayan masturat

Kejayaan dalam agama. Agama datang dengan mujahadah. Sahabat mujahadah, beri pengorbanan. Sahabiah juga mujahadah, beri pengorbanan. Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar si laki mencari makan dan si perempuan masak, tapi adalah bagaimana kita boleh bawa agama kepada diri kita dan seluruh alam. Dari hari pertama kerasulan, Rasulullah s.a.w tidak berseorangan, tetapi bersamanya adalah Khadijah r.a (seorang perempuan), Abu Bakar r.a (seorang lelaki), Ali r.a (seorang budak), Zaid r.a (seorang hamba). Setiap kumpulan orang dapat difahamkan maksud hidup mereka. Lelaki dan wanita kena berganding bahu, bekerjasama. Cuma medan usaha berbeza. Lelaki di luar rumah. Wanita fikir dan usaha di rumah. Kaum wanita sebagai pendorong kepada usaha lelaki sebagaimana di belakang nabi-nabi terdapat wanita-wanita sebagai pendorong.  Sebagai contoh, Nabi Ibrahim a.s dibantu oleh Siti Hajar, Nabi Muhammad s.a.w dibantu oleh Khadijah r.ha Usaha Nabi Nuh a.s mengambil masa yang pan

ramadan - khuruj - worldcup

Image
ramadan dah masuk malam ke 20 sepatutnya kena iktikaf  la 10 malam terakhir ni dpt tempias lailatulqadar pun jadiklah selamat worldcup habis awal...kalau tak jenuh la nak tahajjud tak khusyuk quran dah khatam? ni la masanya pecutan terakhir semoga ramadan kali ni lebih baik dari yg dulu semoga Allah terima... YB shahrum (ADUN dengkil) bukak puasa di surau sakinah tazkirah malam nuzul quran di surau sakinah tahajjud - sahur - final worldcup kesian brazil kena belasah....jumpa lain kali di russia pulak 2018

kuala krai

Image
raya kat mana? kat kpg le....KL mana ada org mai kita pakat-pakat jemkan jlnraya kalau tak jem tak meriah le tapi ada jln yg tak jem sangat jauh la sikit tapi tak pening dan tak tension puchong-simpang pulai-cameron-gua musang-kuala krai drive relax-relax - 8 jam sampai la exit simpang pulai boleh singgah mandi sungai persinggahan wajib anak bongsu simpang tiga - terus je la masjid cameron baru siap - singgah solat dulu  mesti beli - lemang sedap sampai dah gerai anak-beranak gelongsor paling panjang lot 1800 kg tengah masjid kenor - akad nikah kat sini 20 thn dulu ada air terjun di kuala krai - lata berangin