Posts

Showing posts from August, 2014

1996 - maulana umar

Bayan utk ulamak - pattaya, thailand Insyallah kita akan buat hubungan dengan orang awam. Untuk menghubungkan diri kita dengan orang awam tidak ada jalan lain melainkan jalan dakwah. Sebab itulah alim ulamak diminta keluar satu tahun supaya berjalan diseluruh negara ini untuk buat hubungan dgn orang awam. Ulamak adalah untuk mengerakkan orang awam. Untuk mengerakkan orang awam kita sendiri kena bergerak tuan2. Macamana orang yang membawa kereta, dia membawa kenderaan. Sebelum dia menbawa kenderaan, dia kena belajar membawa kenderaan tadi. Kalau dia tidak belajar membawa kereta dia akan kemalangan. Sebab itulah diminta setahun alim ulamak untuk bawa orang awam ini. Macamana nak bawa org miskin, macamana nak bawa orang2 kaya, macamana nak jumpa peminpin2.. Sebab itulah alim ulamak penting sangat untuk datang pada maksud kenabian ini. Maksud kenabian ada lima , pertama ialah dakwah. Setiap alim perlu datang atas maksud ini. Maksud pertama ini dakwah ilallah. Yang kedua ta

jor KL 2004 - bayan maghrib maulana ahmad Lat (3)

28/08/2004 - sri petaling Tuan-tuan yg mulia, Setiap manusia ada keperluan, setiap masa setiap ketika ada hajat. Satu keperluan dan hajat utk setiap manusia tanpa pengecualiaan iaitu manusia perlu kepada hidayat. Hidayat ini diperlukan pada setiap masa dan setiap ketika. Hidayat adalah keperluan setiap manusia, samada lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, muda, peniaga, petani, orang timur, orang barat, imam, makmum, pangkat tinggi, pangkat rendah, duduk di mana, bangsa apa, semua perlu pada hidayat. Samada dlm keadaan makan, minum, di rumah, di kedai, di masjid, dlm keadaan gembira, keadaan sedih, dlm keadaan sakit, keadaan sihat, semua manusia perlu kepada hidayat. Setiap masa dan ketika, dlm semua keadaan, manusia perlu kepada hidayat. Tidak ada pengecualiaan, ia adalah keperluan semua manusia. Rasulullah s.a.w kata, pengajaran yg dibawa, cara hidup yg beliau bawa adalah seperti air. Air adalah keperluan semua manusia. Semua manusia perlu kepada air. Begitu juga nabi

jor KL 2004 - bayan maghrib maulana ahmat Lat (2)

27/08/2004 - s ri petaling Yang paling disayangi oleh Allah s.w.t ialah para nabi. Diantara semua nabi-nabi, yg paling disayangi oleh Allah s.w.t ialah Rasullullah s.a.w. Yang paling disayangi oleh rasulullah s.a.w adalah umat ini. Allah s.w.t beri benda yg paling Allah sayang pada mereka yg Dia sayang. Perkara yg disayangi oleh Allah ialah agama. Alla beri agama dan usaha agama pada para nabi. Rasulullah s.a.w juga beri perkara yg paling disayangi pada umat iaitu agama dan usaha agama. Seluruh umat ini telah diberi agama & usaha agama. Setiap individu kena tertibkan kehidupan sepertimana yg dikehendaki oleh nabi s.a.w. Sepertimana nabi s.a.w telah tertibkan kehidupan para sahabat iaitu Muhajir & Ansar dalam menjalankan usaha agama. Kena buat seperti umat awal kurun iaitu Muhajir & Ansar. Dari hari pertama masuk Islam pada zaman nabi s.a.w, samada lelaki, wanita, kanak-kanak, pelajaran pertama ialah bahawa diri dan harta bukan milik saya. Setiap nafas dlm kehidupan

jor KL 2004 - bayan maghrib maulana ahmad Lat (1)

26/08/2004 - sri petaling Allah s.w.t telah beri kita banyak nikmat. Nikmat paling besar yang Allah beri pada kita ialah nikmat agama.Yang membezakan antara haiwan dan manusia ialah agama. Haiwan tidak ada agama. Allah s.w.t tidak turunkan Quran utk haiwan, tiada syariat utk haiwan, tiada soal-jawab dlm kubur, tiada syurga, tiada neraka. Ia bebas, boleh buat apa yg dia suka. Manusia tidak bebas, dia terikat dgn perintah-perintah Allah, tidak bebas dlm gerak-geri. Manusia yg ikut kehendak sendiri, buat apa yg dia suka, org yg macam ini Quran tidak sedia panggil dia manusia, keadaan mereka lebih hina dari haiwan. Anjing pun ingat pada tuan dia, walaupun ditinggalkan dlm hutan yg jauh, dia dapat/boleh cari rumah tuan dia, kembali kpd tuan dia. Binatang pun boleh cari tuan dia. Tapi manusia yg tidak kenal Allah, tiada iman, tiada agama, lebih hina dari haiwan. Orang yg rapat dgn Allah s.w.t, iaitu para nabi & rasul yg maksum, Allah beri mereka agama. Agamalah nikmat yg pal

jor KL 2001 - bayan maghrib maulana mustaqim

21/08/2001 - sri petaling Tuan-tuan yg mulia, Allah s.w.t pandang umat Baginda s.a.w dgn pandangan yg begitu belas rahim. Allah s.w.t maha besar, dan disebabkan Allah maha besar, maka ehsanNya adalah juga besar. Tuan-tuan telah diberi kerja yg besar sebab itulah Allah kata, Dia telah buat ehsan yg besar atas umat ini. Ianya adalah kerja para nabi. Bila nabi Musa a.s berdoa pada Allah minta supaya adiknya Harun dijadikan nabi, Allah ceritakan segala ehsanNya keatas beliau dari beliau lahir hingga hari tersebut. Selepas itu Allah kata, kamu minta nabuwwah utk adik kamu, itupun Allah bagi. Allah telah bagi ehsan yg besar kpd umat ini. Kerana apa? Kerana kerja yg diberi kpd umat ialah kerja yg telah diberi kpd para nabi. Kerja itu adalah kerja khidmat dan umat ini dijadikan utk berkhidmat utk semua manusia. Allah telah jadikan umat ini utk ambil khidmat drp org lain. Umat ini bukan dijadikan utk menyusahkan org lain. Perkara yg manusia perlukan, tanpa perkara tersebut, tiada a