Posts

Showing posts from February, 2015

1988 - maulana ahmad lat (2)

Mereka yang dipilih atau yang menghubungkan dirinya dengan usaha agama bukan di sebabkan oleh kebolehan yang ada padanya tetapi semata-mata pilihan Allah.  Allah mempunyai dua perkara, kudrat dan sunnah. Kudrat Allah melampaui pemikiran. Tetapi sunnah Allah tidak akan berubah. Inilah yang dinamakan asbab. Begitu juga untuk hidayah maka usaha yang diperlukan ialah dakwah dan doa. Beruntunglah orang yang dipilih Allah sebagai asbab tersebarnya hidayah dan kebaikan ke seluruh alam. Untuk membina sesuatu bangunan kita perlukan beberapa orang dengan berbagai kebolehan. Kita tidak boleh ambil jurutera sahaja atau arkitek sahaja. Begitu juga dengan usaha agama kita perlukan semua jenis org dan sesuai untuk siapa sahaja. Macam mana dengan kalimah dan sembahyang boleh dapat kejayaan? Selalu kita rasa kalimah dan sembahyang tiada apa-apa, tetapi dalam azan dua perkara ini sahaja yang disebut. Selepas azan kita baca satu doa bahawa azan adalah dakwah yang sempurna. (Allahummarabbahaz

1988 - maulana ahmad lat (1)

Usaha agama yang diberikan kepadaa nabi-nabi Allah adalah khusus untuk mereka. Usaha dakwah juga diberi kepada umat Muhammad s.a.w. Usaha dakwah ini melebihi segala kebaikan yang lain.  Apakah itu usaha dakwah? Dakwah adalah senang dan mudah. Usaha dakwah ini sekarang tidak perlu lagi pengenalan kerana ia telah masyhur ke seluruh alam sehinggga orang-orang yang bukan Islam pun sudah kenal. Apabila Rasulullah di tanya apa itu Islam? Rasulullah terangkan rukun Islam yang lima dengan mudah.  Usaha dakwah yang kita lakukan ini dapat diterangkan dengan mudah. Jika ditanya siapakah orang Islam? mereka ialah orang-orang yang telah usaha bertahun-tahun dengan pengorbanan yang banyak, mereka mewujudkan iman, akhlak, pergaulan dan mua’malat. Untuk sebut Islam memerlukan hanya beberapa patah perkataan tetapi untuk jadi org Islam memerlukan usaha yang bukan sedikit.  usaha menjadi seorang islam ini memerlukan usaha yang bersungguh-sunggguh. Dakwah ini suatu perkara yang sungguh tinggi da

mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (7)

13/04/88 - nizamuddin Allah buat segala-gala dalam dunia dengan kudrat tetapi Allah memperlihatkan kepada kita bahawa seolah-olah makhluk yang buat. Allah jadikan bumi tempat untuk ujian. Akhirat bukan tempat ujian. Barang siapa buat kebaikan dalam dunia akan dimasukkan dalam syurga. Ada sungai susu tanpa lembu. Mahligai dibina tidak seperti di dunia. Makan tidak perlu buang air. Makan-minum kerana untuk kelazatan. Begitu juga di neraka. Ada ular dan kalajengking tanpa menetas dari telur. Rantai tanpa dilebur dari besi. Setiap perkara untuk membalas di neraka telah sedia ada. Allah letakkan asbab dalam dunia kerana Allah hendak uji samada hamba-hamba Allah ikut perintah Allah. Kadangkala untuk taat perintah Allah kita tinggalkan asbab zahir. Menunaikan perintah Allah suatu amalan besar. Contoh, untuk menunaikan sembahyang tinggalkan ratusan ribu ringgit atau sebaliknya. Bila manusia yakin dengan janji-janji Allah yang tersembunyi dinamakan kekuatan iman. Kalau iman k

mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (6)

12/04/88 - nizamuddin Tidak ada kepastian mereka yang ada kebendaan boleh dapat kejayaan. Kudrat Allah yang berlaku dalam perut ibu, kubur dan syurga. Kita hendaklah bawa kudrat Allah bersama-sama kita dan ini menjamin kejayaan di dunia dan akhirat. Walaupun ada banyak harta dan kebendaan tetapi jika bertentangan dengan kudrat Allah maka ia tidak akan berjaya. Apabila kudrat Allah dizahirkan, Firaun, Qarun, Shaddad tidak dapat berbuat apa-apa. Kebanyakan nabi-nabi Allah dilahirkan dalam keadaan dhaif dan tiada siapa mahu bantu tetapi kudrat Allah bersama-sama mereka. Hanya cara Rasulullah yang beri kejayaan hingga qiamat dan kejayaan manusia terletak dalam cara Rasulullah. Kekacauan akan hilang jika amal cara Rasulullah. Rasulullah di hantar untuk seluruh alam. Rasulullah telah sediakan sekumpulan manusia, macam mana hendak jalankan hidup cara Rasulullah. Untuk dapatkan kudrat Allah kita kena gunakan cara yang betul. Kita kena guna harta, diri kita dan masa dengan cara

mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (5)

11/04/88 - nizamuddin Allah letakkan kejayaan di dalam agama dan kegagalan di dalam selain agama, kejayaan tidak terletak di dalam kebendaan. Allah yang beri kejayaan dan manusia yang terima tetapi manusia tidak nampak hakikat kejayaan. Zahirnya nampak kejayaan dalam kebendaan tetapi hakikatnya Allah letakkan kejayaan di dalam amalan-amalan agama, kejayaan dalam kebendaan adalah satu penipuan. Kejayaan yang Allah letakkan dalam amalan agama dan kegagalan yang bertentangan dengan agama adalah tersembunyi sebagaimana syurga dan neraka tersembunyi. Janji-janji Allah tentang amalan-amalan yang baik kita perolehi dari halakah-halakah ta’alim. Perkara-perkara yang Allah sembunyi dalam amalan sembahyang, puasa, taqwa dan lain-lain memberi kejayaan dunia dan akhirat. Dalam mancis tersembunyi api, di belakang api tersembunyi nasi beryiani untuk lima ribu orang, juga tersembunyi satu gudang, tersembunyi berjuta-juta rupiah harta benda yang akan musnah. Begitu juga anggota kita

mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (4)

10/04/88 - nizamuddin Sekiranya kita dapat gunakan harta benda sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, dunia akan jadi aman. Modal kita adalah masa dan kebendaan. Kenapa Allah hendak beli harta dan diri kita dengan syurga sedangkan Dia yang beri kedua-duanya dan Allah tidak pun memerlukannya. Maksudnya kita tidak bebas menggunakan kedua-duanya mengikut kehendak kita tetapi kita kena gunakan ikut kehendak Allah. Kita cuma sebagai seorang bendahari. Kita kena gunakan kedua-duanya untuk mencari keredhaan Allah. Golongan awwalin Muhajirin dan Ansar adalah orang yang tahu gunakan kedua-duanya dengan betul. Sampai hari qiamat barang siapa dapat meniru mereka, maka Allah akan redha padanya. Bila dapat gunakan kedua-dua perkara ini mengikut kehendak Allah maka hubungannya dengan Allah bertambah. Allah akan wujudkan suatu keadaan di mana tiada suatu kuasa yang dapat membantu kecuali Allah. Permohonan kepada Allah ketika itu adalah lebih besar nilainya daripada permohonan di wa

mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (3)

09/04/88 - nizamuddin Allah jadikan dalam dunia satu waktu yang singkat tetapi jika dapat habiskan masa yang singkat ini dengan tepat maka kita akan berjaya. Kehidupan yang tepat ialah kehidupan Rasulullah s.a.w. Kedatangan nabi-nabi telah pun tamat. Tetapi zaman ini adalah zaman Baginda Muhammad s.a.w. Sebelum Baginda wafat Baginda telah sediakan manusia utk buat usaha Baginda untuk sebarkan keseluruh alam. Sebagai manusia kita ada keperluan tetapi kita juga ada sifat malaikat iaitu ibadat. Disamping itu kita adalah khalifah , oleh itu kita perlu hubungkan diri dengan makhluk-makhluk yang lain. Yang keempat kita kena buat dakwah dalam masa yang singkat. Tiga perkara perlu ada bagi sesuatu kenderaan : 1.         Bentuk 2.         Alat kelengkapan 3.         Kekuatan dalaman Begitulah juga dengan diri kita. Bentuk diri hendaklah susun ikut bentuk Rasulullah. Susunan yang mana perlu didahulukan dan yang mana perlu dikemudiankan. Dan juga kekuatan diri dalam mel

mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (2)

09/04/88 - nizamuddin Pada setiap manusia Allah jadikan usaha sebagai suatu tertib baginya. Tanpa usaha seseorang itu tidak dapat menyambung hidupnya. Setiap manusia Allah berikan bilangan anggota zahir yang sama samada kaya atau miskin. Allah mahukan manusia menjalankan usaha menggunakan anggota-anggota tadi. Berjaya atau gagal usaha tadi tidak bergantung kepada aggotanya tetapi terletak di tangan Allah. Keputusan terletak di tangan Allah. Manusia sangka kejayaan atau kegagalan di dunia ini adalah untuk selama-lamanya sedangkan di sisi Allah adalah sementara. Seseorang yang membuat dakwah apabila bertemu dengan sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendaknya maka ini sebagai asbab hampirnya kepada Allah. Tetapi jika dengan dakwah bertambah dengan dunia maka ini adalah merbahaya baginya. Balasan yang akan diterima oleh seseorang dari itu adalah di akhirat dan bukan di dunia. Di dunia tempat kita mencari kebaikan yang akan memberatkan mizan di akhirat nanti. Kadang