Posts

Showing posts from April, 2015

2015 - jor karkun 4B : muzakarah kerja bhai farouk

jemaah masjid 04/04/2015 – sri petaling Tuan-tuan yg mulia, Nabi s.a.w adalah nabi yg mempunyai kedudukan yg tertinggi dan paling mulia. Selepas nabi s.a.w tidak akan ada nabi lagi akan dihantar. Nabi s.aw ada khatamunnabiyyin , penutup bagi segala nabi. Dgn keberkatan khatamunnabiyyin, Allah telah bagi kerja yg sama pd kita. Kita adalah naib nabi s.a.w, pembantu nabi s.a.w, kita bertanggungjawab atas usaha nabi s.a.w. Setiap individu umat ini samada lelaki atau wanita bertanggungjawab keatas seluruh manusia di seluruh dunia sehingga hari kiamat. Kita kena faham t/jawab kita. Ada 2 bahagian usaha. Pertama, keluar jauh2 di jln Allah s.w.t. Kedua, buat usaha tempatan. Kedua-dua bentuk usaha ini telah dibuat secara amali oleh nabi dan sahabat dan tunjukkan pd kita. Bila ada takazah, mereka semua keluar di jln Allah. keluar lagi dan lagi sehingga dikatakan dlm masa 10 thn di madinah nabi telah hantar 150 jemaah keluar dari madinah. Dan Nabi sendiri telah meyertai dlm 25 jemaah

2015 - jor karkun 4B : nasihat maulana shaukat

Image
utk syura & org t/jawab 01/04/2015 – sri petaling Tuan-tuan yg mulia, Maksud atau tujuan mesyuarat adalah utk menyatukan hati-hati. Sebanyak mana ada perasaan belas kasihan, perasaan kasih sayang kpd org2 yg bermesyuarat, sejauh itulah mereka dpt menunaikan t/jawab mesyuarat. Mesyuarat bukanlah satu kedudukan. Mesyuarat bukanlah satu jawatan. Syura bukanlah satu kedudukan, bukanlah satu jawatan tetapi ia adalah satu t/jawab dari Allah s.w.t. Bila dlm hati ada perasaan kasih, perasaan sayang, perasaan belas kasihan barulah dpt tunaikan t/jawab sebagai ahli mesyuarat. Pada zaman sayyidina Umar khattab r.hu, beliau adalah seorang khalifah dan org yg bertanggungjawab buat keputusan dlm mesyuarat, beliau punya perasaan kasih, ambil berat, nakkan kebaikan utk ahli-ahli mesyuarat. Beliau sentiasa mengambil tahu tentang keadaan mereka2 yg dihantar keluar di jln Allah s.w.t. Beliau sentiasa bertanya khabar dan mengambil tahu keadaan ahli keluarga mereka supaya mereka tak berada

2015 - jor karkun 4B : bayan subuh maulana osman

03/04/2015 - sri petaling Tuan-tuan yg mulia, Pertama sekali, kita semua patut bersyukur pd Allah s.w.t atas ehsan dan kurniaan Allah s.w.t yg mana Allah s.w.t telah bagi kita taufiq utk kita ambil bahagian dlm jor ini. Bukan kerana kehebatan, kebolehan yg ada pd kita bahkan semata-mata kerana taufiq drp Allah. Seorang hamba tidak ada kekuatan & kemampuan utk melakukan apa-apa ketaatan dan tidak ada kekuatan utk tinggal apa-apa larangan & maksiat melainkan dgn taufiq dan hidayat dari Allah s.w.t. lahaulawalaquwataillabillah…….      Mafhum hadith: sepagi atau sepetang di jln Allah s.w.t lebih baik drp dunia dan seisinya. Lebih baik drp dunia dan isinya bukanlah bermaksud benda-benda dunia, wang ringgit, emas, perak kerana dunia tidak ada nilai disisi Allah s.w.t. walaupun sekadar sebelah kepak nyamuk. Maksud lebih baik drp dunia dan isinya ialah lebih baik drp seluruh amal-amal nafil/sunat yg diamalkan di seluruh dunia. Kenapa? Satu org yg buat amal nafil, faedah ha

2015 - jor karkun 4B : bayan asar wasiful islam

masturat 04/04/2015 - sri petaling Tuan-tuan yg mulia, Allah s.w.t tak pernah letak kejayaan manusia dlm wang ringgit, pangkat, kedudukan, ijazah, dlm mana-man kebendaan. Sebaliknya Allah s.w.t letak kejayaan manusia dlm mentaati hukum hakam Allah dan iqtibak sunnah nabi s.a.w. Sesiapa sahaja yg taat perintah Allah dan ikut sunnah nabi s.a.w maka pasti dia akan berjaya. Lelaki, wanita, kaya, miskin, terpelajar, buta huruf yg taat perintah Allah dan ikut cara nabi s.a.w maka pasti akan berjaya. Perintah Allah dan sunnah nabi inilah yg dikatakan sebagai agama. Agama adalah keperluan yg besar bagi setiap org. Tanpa agama kehidupan dunia tiada ketenangan dan kehidupan akhirat tiada kelepasan. Ambia a.s dtg buat usaha agama atas manusia. Mereka sendiri taat sepenuhnya pd agama dan usaha bawa manusia kpd agama. Nabi s.a.w telah dtg sebagai nabi yg terakhir. Baginda ajar umat agama dan pd masa yg sama ajar umat usaha atas agama. Org2 yg pertama masuk islam ialah isteri nabi kha