Posts

Showing posts from 2016

Tongi 2001 - bayan hidayat maulana saad

09/01/2001 Tuan-tuan yang mulia, Allah swt utuskan nabi-nabi ke muka bumi untuk membawa yakin manusia yang betul kepada kalimah  Laillahaillallah  dan medan usahanya manusia. Setiap nabi di zaman mereka diutus dakwahkan kalimah  Laillahaillallah.  Apabila nabi wafat, umat kufur dan Allah swt datangkan nabi lain dan umat kembali yakin yang betul kepada Allah swt dan apabila nabi wafat akidah umat rosak kembali dan Allah swt  datangkan nabi lagi. Begitulah masa berjalan Allah swt utuskan nabi demi nabi sehingga 124,000 nabi dan setengahnya mengatakan  Allah swt utuskan  200,000 orang nabi. Sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw. Selapas Nabi s.a.w, Allah swt tutup  pintu kenabian dan kerja untuk menyeru manusia kepada Allah, Allah swt  beri kepada sahabat-sahabat dan umat ini. Tuan-tuan yang mulia, Pada mana-mana zaman, apa-apa yang ada ketika itu, dakwah-dakwah nabi bertentangan dengan keadaan yang ada. Nabi Ibrahim dakwah, berhala berhala  yang banyak tidak boleh membuat

Tongi 2001 - bayan subuh bhai wahab

  07/01/2001 Tuan-tuan yang mulia Allah swt telah memberi tugas nabi dan rasul kepada kita. Semua umat ini lelaki dan perempuan, tua, muda, pemerintah, rakyat bertanggungjawab membawa kerja nabi-nabi ke seluruh alam. Maksud hidup nabi adalah maksud hidup umat ini. Dimana ada orang Islam di dunia ini samada di utara, di selatan, di timur dan di barat adalah bertanggungjawab meneruskan kerja nabi sebagai kerja mereka. Walaupun di rumah orang Islam yang tiada makanan ia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Walaupun pada nenek tua atau datuk tua yang sedang terlantar sakit diatas katil, dia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Jika umat ini meniru-niru sahaja pun kerja Nabi, Allah swt akan jadikan asbab hidayat seluruh alam. Lebih-lebih lagi jika umat ini secara menyeluruh membuat kerja Nabi, Allah swt akan mempercepatkan penyebaran hidayat ke seluruh alam. Sesungguhnya Allah swt  berkuasa atas segala-galanya. Apabila kita membawa hukum-ha

Tongi 2001 - bayan zohor maulana tariq jamil

05/01/2001 Tuan-tuan yang mulia, Allah swt berfirman, “kamu adalah sebaik-baik umat”, iaitu umat yang paling afzal. Nabi Musa bertanya kepada Allah, “adakah umat yang terlebih afzal dari umat aku, yang Engkau telah naungi dengan awan dan telah memberi makanan Manna & Salwa dari syurga”. Allah berfirman kepada Musa a.s bermaksud, “ketahuilah umat akhir zaman adalah umat yang lebih afzal dari umatmu, ketinggiannya dikalangan umat-umat yang lain seperti ketinggianKu dikalangan ciptaan-ciptaanKu”. Allah berfirman, “kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan untuk menyeru  manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Sebelum umat ini lahir, Allah s.w.t gunakan kalimah ‘past tense’(iaitu sudah pasti) umat ini umat terbaik. Seperti mana Allah swt berfirman,  “Inna ak’toina kalkauthar”  maksudnya Allah akan memberi telaga Kauthar kepada Nabi s.a.w di mana ia sudah pasti Allah akan menzahirkan telaga kauthar kepada Nabi s.a.w dalam kehidupan akhirat kelak. Allah swt

Tongi 2001 - bayan maghrib maulana ibrahim

06/01/2001 Tuan tuan yang mulia. Kita perlu mendengar perkara agama (bayan) dengan penuh tumpuan dan niat untuk dapat mengamalkan dan menyebarkan kepada umat seluruh alam. Kita sebenarnya telah diberi tanggungjawab yang sangat besar oleh Allah swt. Disamping mengamalkan agama, perlu menyebarkan ke seluruh alam. Hari ini kita telah melupakan tanggungjawab ini, dan tidak mengambil usaha agama sebagai kerja utama kita. Oleh itu kita perlu mendengar bayan-bayan eldest kita dengan penuh tumpuan, supaya kita dapat memahami kehendak eldest kita dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah sebagai maksud hidup kita. Maulana menyatakan semua asbab asbab yang Allah swt beri kepada kita sebenarnya hanya sebagai amanah. Semua asbab asbab yang kita perolehi seperti wang ringgit, pangkat dan sebagainya bukan milik kita, tetapi sebagai amanah dari Allah swt. Tetapi orang orang batil menyatakan asbab yang Allah swt beri kepada mereka sebagai milik mereka 100%, oleh itu mereka telah menggunakan mengi

Tongi 2001 - bayan maghrib maulana saad

08/01/2001 Tuan-tuan yang mulia, Salah faham yang terbesar dikalangan umat manusia hari ini ialah memahami untuk menyelesaikan masalah dunia mereka melalui usaha atas asbab zahir. Begitu juga untuk menyelesaikan masalah mereka yang datang juga dibuat melalui usaha atas asbab yang ada dipersekitaran mereka. Usaha ini adalah sia-sia belaka kata Maulana, asbab yang diusahakan itu akan membawa manusia makin jauh dari Allah swt. Ehwal (aulat) asbab yang wujud adalah untuk ujian kepada manusia. Oleh itu kita hari ini perlu membuat keputusan untuk membawa diri kita dan seluruh umat kepada keadaan dan suasana  dimana penyelesaian masalah kita dan umat perlu dibuat melalui amal. Dakwah Nabi tidak diutuskan dengan asbab-asbab zahir tetapi dakwah nabi-nabi bagaimana hendak membawa yakin dikalangan umatnya. Penyelesaian masalah manusia melalui amal dimana kita dapat menarik bantuan Allah swt terus dari zat dan kudratNya. Tuan-tuan yang mulia, Dakwah nabi-nabi dan rasul-rasul adala

Tongi 2001 - bayan maghrib maulana ahmad lat

09/01/2001 Tuan-tuan yang mulia, Allah swt telah jadikan alam darul asbab. Setiap sesuatu terjadi dengan asbab. Allah memberi ikhtiar manusia untuk mendapatkan asbab tetapi asbab adalah makhluk dijadikan oleh Allah. Allah swt mengeluarkan hasil dari asbab melalui ikhtiar manusia. Melalui petani bercucuk tanam maka terhasillah buah-buahan, begitu juga yang berniaga, melalui perniagaan barang-barang diedarkan. Begitu juga agama, untuk menghasilkan agama manusia perlu berusaha. Untuk menghasilkan agama, asbab dakwah dan doa perlu di usahakan. Melalui usaha dakwah dan doa, agama akan tersebar dan hidup pada diri manusia tetapi semata-mata usaha tidak akan mendatangkan hasil. Petani yang berusaha tanpa melihat musim, pertanian tidak berhasil. Begitu juga untuk menghasilkan agama memerlukan usaha yang betul iaitu usaha yang sempurna, usaha yang ada istiqdat, usaha yang tawadhuk, usaha yang tawajjuh kepada Allah, usaha yang ada doa, usaha yang ada harap pada Allah, maka agama akan hidu

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir

07/01/2001 Tuan tuan yang mulia Allah swt telah menetapkan kejayaan, kemuliaan setiap manusia dalam agama. Sejauh mana manusia mengamalkan agama dalam kehidupan didunia sejauh itulah kejayaannya di dunia dan akhirat dan sejauh mana ia meninggalkan agama sejauh itulah kegagalannya di dunia dan di akhirat dan jauh dari rahmat Allah swt. Kebinasaan manusia akan berlaku apabila dia tidak mengamalkan agama, di dunia ia mendapat kesusahan dan membawa kepada kehidupan akhirat. Tuan-tuan yang mulia, Hari ini cinta kita tertumpu banyak pada dunia, sehingga kita lupa untuk hidup beragama, sesungguhnya kita telah menzalimi diri kita sendiri. Agama akan datang dalam kehidupan kita melalui usaha yang bersungguh-sungguh dan penuh bermujahadah. Dengan ini kita akan mendapat keredhaan Allah swt. Keredhaan Allah swt itulah kemuncak kejayaan hidup manusia di dunia dan akhirat. Tuan-tuan yang mulia, Hari ini masa kita banyak telah kita habiskan untuk dunia, sedangkan dunia yang kita