Posts

Showing posts from May, 2016

jemaah dtg bawa rahmat & hidayat

Image
bertubi-tubi jemaah dtg ke halaqah pulau meranti dtg dgn rahmat dan berkat nusrah tanpa henti nusrah sampai lebam jemaah 3H dari halaqah berkembar putrajaya sentral di surau angsana jemaah 40H batu pahat nak ke madinah transit 5 hari di surau cempaka jemaah 40H 12 org 15 syaaban hingga 25 ramadan jemaah runcit KL 1 ustaz 1thn btg kali 1 pelajar alim btg kali 5 pelajar alim hulu langat 2 bkt beruntung 1 hicom putra 1 ampang 1 hulu langat amir sab - hj zubir dari bkt beruntung 1st route - surau sakinah - 14 hari 2nd route - masjid pulau meranti - 14 hari 3rd route - surau angsana -  semoga dgn hijrah dan nusrah jadi asbab hidayat seluruh alam 

majlis akhir tahun madrasah tahfiz as sakinah

Image
21/05/2016 - 14 syaaban 1437H kali ke-2 surau as sakinah, putra perdana, puchong aturcara majlis pengacara majlis - di import dari sri petaling ust abdul razak ucapan dari mudir madrasah ust muhammad ucapan dari tetamu jemputan ust hamzah  antara tetamu jemputan yg hadir maulana farouk ust hamzah kiyai thohir wakil YB  - tn hj baharom wakil pejabat agama JAIS hj asrar nasihat & doa - kiyai thohir dari temboro khidmat  hadiah utk pelajar terbaik tahfiz/alim/alimah pelajar pertama yg khatam 30 juzuk dari akademi tahfiz as sakinah jamuan

1999 - usaha masturat : hafiz iqbal & prof hallim

04/07/1999 -  Sri Petaling Matlamat usaha ialah : Wujudkan suasana agama di rumah (solat, zikir – kurangkan masa untuk keperluan) Wujudkan ta’alim fadhail Wujudkan perbualan agama sesama mereka Mendidik anak-anak dengan suasana agama Maksud ta’alim mingguan ialah untuk mewujudkan suasana agama. Bila keluar dari rumah untuk menghadiri ta’alim mingguan, usul-usul perlu dijaga kerana bila keluar banyak fitnah. Buatlah tashkil : Keluarkan suami-suami di jalan Allah Lelaki mewujudkan 5 amal di masjid Hidupkan ta’alim di rumah masing-masing Bentuk fikir wanita melalui kelebihan/fadhilat menghidupkan ta’alim di rumah masing-masing Pintu untuk wujudkan suasana amal ialah ta’alim di rumah. Dalam karguzari, tanya tentang ta’alim rumah. Bentuk fikir lelaki supaya wujudkan ta’alim di rumah. Maulana Ilyas rah. berkata kehendak hati beliau ialah setiap kampung ada suasana agama dan setiap rumah macam bilik darjah cakap mengenai Allah dan Rasul. Wujudka

1999 - nasihat : hafiz iqbal & prof halim

sri petaling Syukur kepada Allah s.w.t kerana walaupun banyak kesilapan dibuat namun Allah s.w.t masih kekalkan kita dalam usaha ini. Syukur kerana Allah s.w.t tidak menjadikan kita orang yang melalaikan agama. Kerja dakwah sangat tinggi dan mulia, pemberian dari Allah s.w.t. Kerja ini sangat halus dan penuh dengan usul-usul. Kalau dibuat dengan betul akan dapat menafaat yang besar dari Allah s.w.t. Untuk kerja ini, apa Allah s.w.t beri – kita tidak tertanggung Ketika haji akhir Maulana Ilyas rah. dan Maulana Yusuf rah., satu hari dalam Masjid Haram, Maulana Ilyas beri dakwah. Satu orang lihat apa yang mereka buat. Maulana Yusuf beri perhatian kepada orang itu tetapi Maulana Ilyas terus beri dakwah sebab waktu beri dakwah Maulana Ilyas akan beri tumpuan pada dakwahnya. Orang yang lihat itu kata, “Kamu teruskan apa yang kamu buat, kalau Allah s.w.t tunjukkan kehebatan usaha ini depan kamu semua, kamu semua akan mati”. Maulana Yusuf cerita pada Maulana Ilyas. Maulana Ilyas kata itu

1999 - targhib untuk pelajar : hafiz iqbal & prof halim

05/07/1999 - sri petaling Targhib Hafiz Iqbal Di akhirat, seseorang itu tidak akan dapat melangkah walaupun setapak sehingga dia menjawab 5 soalan : Bagaimana dia habiskan umurnya? Bagaimana dia habiskan masa mudanya? Bagaimana dia mendapat harta? Bagaimana dia belanjakan hartanya? Bagaimana dia gunakan ilmunya? Jadi, Allah s.w.t akan tanya bagaimana kita habiskan masa muda kita. Kalaulah kita habiskan masa muda kita dengan sia-sia, kita akan berjumpa dengan Allah s.w.t dengan markah 80% sahaja. Masa muda ini adalah masa yang penting. Rasullullah s.a.w telah bersabda, “Aku telah dibantu oleh orang-orang muda (dalam usaha agama)”. Hafiz Iqbal telah memberi targhib bagaimana sahabat Rasullullah s.a.w yang muda menjalankan usaha agama termasuk orang-orang tabien dan selepasnya. Contoh-contoh ialah Usama Bin Zaid r.a telah menjadi Amer jemaah melawan tentera Rom semasa umurnya 17 tahun. Muhammad Bin Kassim r.a telah menjadi Amer jemaah ke  Hindustan  semasa umurnya 18 t

1999 - jemaah masjid : hafiz iqbal (2)

06/07/1999 - sri petaling Pada permulaan zaman, Nabi s.a.w mulakan usaha agama. Usaha yang Baginda s.a.w buat berterusan dan begitu juga dengan usaha orang-orang di Mekah yang menentang Baginda s.a.w. Satu ketika, Baginda s.a.w nampak satu perempuan tua yang sedang membawa satu benda yang berat. Baginda s.a.w pun tolong angkat barang tersebut. Baginda s.a.w letak barang itu di atas bahu dan tanya ke mana dia hendak pergi. Dia kata, “Ke hujung pekan ini”. Kota Mekah ialah satu bandar yang dikelilingi oleh bukit-bukau. Hendak pergi ke mana-mana pun kena naik bukit turun bukit, barulah akan sampai ke tempat yang dituju. Maka Baginda s.a.w pun bawa barang itu melepasi bukit dan sampai ke rumah perempuan tua tersebut. Perempuan tua itu sangat suka dan gembira. Dia kata, “Wahai anak, engkau cukup baik/bagus, aku seorang tua dan tidak ada apa-apa cara untuk balas jasa baik engkau. Aku tidak ada apa-apa yang hendak diberi pada engkau, tetapi aku boleh beri satu nasihat yang akan membantu