Posts

Showing posts from October, 2016

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - bayan hidayat

Bayan hidayat – maulana shamsus zaman sri petaling : 02/10/2016 Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yg telah bagi kita iman, benda yg paling berharga sekali. Kalau satu org ada iman walaupun dia tidak ada apa2 benda dunia, sebenarnya dia telah mendapat segala-galanya. Sebaliknya satu org yg ada segala-galanya dlm dunia tapi tiada iman, sebenarnya dia tidak ada apa2 pun. Keberkatan nabi s.a.w sebagai rasul yg terakhir, Allah telah bagi kita 2 kedaulatan yg sangat besar. Pertama, kedaulatan iman. Kedua, kedaulatan usaha atas iman. Kata sahabat, mula2 kami belajar iman kemudian kami belajar quran. Hari ni, kita belajar utk beramal tapi kita tak belajar iman sedangkan tertib yg betul ialah mula2 belajar iman, bila iman dah terbina, maka secara sendirinya dari dalaman kita akan terdorong utk melakukan amalan2 yg baik. Iman di dlm dan islam di luar. Lailahaillah di dlm tak nampak dan muhammadurrasulullah di luar nampak dari amalan. Sekuat mana iman kita maka secantik itula

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - bayan nasihat

Bayan nasihat maulana  mubin sri petaling : 02/10/2016 Alhamdulillah, sebahagian besar drp tuan2 yg dtg jor telah lapangkan masa utk keluar di jln Allah. Ini adalah semata-mata limpah kurnia dari Allah. Drp jutaan manusia di Malaysia , Allah telah pilih tuan2 utk keluar di jln Allah. Ini satu nikmat yg sangat besar. Semoga Allah bagi pd kita kekuatan utk mensyukuri dan menghargai nikmat ini. Bila Allah menyintai hambaNya, Allah akan sibukkan dia dgn agama. Allah akan guna harta dan diri dia utk agama. Dan sebahagian dari kita akan pulang ke mahalah masing2. Kita kena merasai t/jawab sebagi umat nabi s.a.w. Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir. Tidak ada lagi nabi akan dihantar selepas nabi s.a.w tetapi kerja dakwah perlu diteruskan. Allah s.w.t telah memindahkan tugas/kerja t/jawab utk menyampaikan agama kpd umat ini. Kita kena bawa fikir ini dlm hati kita. Setiap drp kita akan berhadapan dgn Allah di akhirat kelak. Kita bertanggungjawab atas usaha agama. Allah akan tanya berkenaa

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - pengeluaran jemaah

Image
jemaah2 telah dibentuk dan bertebaran ke seluruh alam  bayan & tashkil dahwah & doa semoga Allah terima 

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - amal masjid

Muzakarah kerja makami / 5 amal masjid – bhai farouk akola sri petaling : 01/10/2016   Kita semua kena faham daripada kehidupan para sahabat r.a. Macam mana para sahabat keluar di jalan Allah s.w.t bersama nabi s.a.w kita pun kena keluar di jalan Allah s.w.t. Sahabat dan nabi s.a.w buat kerja tempatan kita pun jugak kena buat kerja tempatan. Kita kena lihat ke belakang dan mengikut para sahabat r.a. Mereka keluar di jalan Allah s.w.t dan jugak buat usaha tempatan. Sekarang ini adalah muzakarah usaha makami. Muzakarah ini adalah untuk kita dan untuk umat dan tuan2 hendaklah dengar dengan betul2 sebab ini adalah amanah untuk tuan2 sampaikan kepada orang yang tidak dapat datang.  Tuan2 dengar dengan tawajjuh untuk tuan2 sampaikan kepada orang yang tidak ada. Agama yang telah tersebar adalah atas usaha oleh para sahabat r.a yang telah pergi ke seluruh alam. kita kena masukkan ke dalam hati kita bila di seru untuk keluar di jalan Allah s.w.t kita kena bersedia.  Walaupun kita tak

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - maulana mubin

Bayan maghrib - maulana mubin sri petaling : 01/10/2016 Sesungguhnya Allah telah ciptakan alam ini semata-mata utk manusia. Allah cipta bumi, daratan, lautan, matahari, bintang, bulan utk berkhidmat pd manusia dan beri menafaat pd manusia. Allah telah hamparkan bumi utk manusia berjalan. Allah keluarkan tumbuhan dari bumi yg jadi makanan utk manusia. Dlm bumi ada emas, perak, berlian, platinum. Bermacam2 faedah manusia dpt dari bumi yg Allah cipta. Allah cipta langit tanpa tiang. Allah turunkan hujan dari langit sebanyak mana yg Allah kehendaki. Allah turunkan hujan utk keperluan manusia. Bila turun hujan, bumi yg mati akan hidup, keluar tumbuh-tumbuhan. Allah cipta bintang2. Dari bintang Allah keluarkan cahaya agar langit diterangi dan nampak cantik. Dgn bintang2 ini manusia dpt faedah. Kapal2 di lautan jadikan bintang sebagai pedoman. Allah cipta bulan begitu indah/cantik, juga utk menafaat manusia. Dgn peredaran bulan manusia dpt tahu tarikh. Dari cahaya bulan, Allah masukkan

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - usaha masturat

Bayan asar usaha masturat – wasiful islam (kakril) sri petaling - 01/10/2016 Allah s.w.t telah letakkan kejayaan manusia hanya dlm agama. Kejayaan bukan dlm harta, benda, sijil, pangkat. Apa itu agama? Agama ialah perintah Allah cara nabi s.a.w berserta ikhlas. Agama bukan sahaja utk lelaki, agama juga adalah utk wanita. Mereka yg amal agama akan berjaya di dunia dan akhirat. Mereka yg tinggalkan agama, akan rugi dan gagal di dunia dan akhirat. Dlm kubur akan di azab. Oleh sebab itu, Allah telah hantar para nabi/ambiya a.s kpd manusia utk bagitahu manusia bahawa Allah rob/pencipta kamu, taatilah Allah, sempurnakanlah perintahNya. Kehidupan dunia adalah kehidupan sementara. Kehidupan sebenar adalah kehidupan akhirat. Manusia dihantar ke dunia utk buat persiapan akhirat. Mereka yg buat persiapan maka akan mengadap Allah dgn kejayaan. Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir. Tidak akan ada lagi nabi yg akan dtg sampai kiamat. Kerja dakwah harus diteruskan sampai kiamat. Siapa yg ber

Jor karkun 4B & ulamak 2016 - maulana mubin

Bayan maghrib - maulana mubin sri petaling - 30/09/2016 Satu keuntungan yg sangat besar jika Allah s.w.t gunakan kehidupan kita di dunia ini utk agama dan usaha agama, Satu keuntungan yg besar bila Allah s.w.t terima diri dan harta kita utk agama dan usaha agama. Apakah yg Allah akan beri pd kita jika kita menghargai akan nikmat usaha agama ini?. Apakah ganjaran dan balasan yg Allah akan bagi bila kita keluar 3H, 40H, 4B, buat gasht, pergi rumah ke rumah jumpa manusia cakap kebesaran Allah, bawa mereka ke rumah Allah, duduk dlm majlis mengingati Allah, buat taklim? Jika Allah zahirkan pd kita ganjaran dan balasan atas segala usaha yg kita buat, maka kita akan mati kegembiraan, hati akan pecah, jantung akan pecah bila lihat ganjaran yg begitu besar. Dlm dunia ni, ada manusia mati bila dapat berita menyedihkan dan ada juga yg mati bila dpt berita yg terlalu gembira. Begitulah juga bila Allah tunjuk pd kita atas segala usaha agama yg kita dah buat di dunia, tinggalkan isteri, t