Posts

Showing posts from April, 2017

Jor masturat

18/04/2017 -  sri petaling Allah telah letak kejayaan seluruh manusia dlm agama yg sempurna. Sekiranya dlm hidup manusia ada agama, walaupun kebendaan mereka berkurangan, pun mereka tetap berjaya. Sekiranya kehidupan mereka penuh dgn harta benda dan mereka bawa agama yg sempurna, pun mereka berjaya. Islam tidak pernah mendakwahkan pengikutnya kpd mencari dunia atau menjadi hamba kpd dunia. Islam juga tidak mengajar supaya meninggalkan asbab. Islam mengajar, di mana sahaja kita berada, dlm apa jua jurusan, kita amal agama, disitu ada kejayaan. Pemerintah yg amalkan agama, maka dgn pemerintahannya, Allah akan angkat darjatnya. Peniaga yg bawa agama dlm kehidupannya, maka mereka akan dibangkitkan bersama ambiya, siddiqin, syuhada di akhirat kelak. Org yg miskin, tak berharta tapi amalkan agama, maka Allah akan letakkan mereka disisiNya. Wanita yg amalkan agama, maka di akhirat nanti akan dimasukkan ke dlm syurga terlebih dahulu drp lelaki. Janji Allah dgn agama. Agama yg Allah ja

Bayan maghrib – bhai mustaq

17/04/2017 – sri petaling Umat ini bertanggungjawab utk sampaikan agama pd seluruh umat seluruh alam sampai hari kiamat. Tapi hari ni umat telah lupa tentang t/jawab ini maka umat telah jatuh dari pandangan Allah. Bila umat tinggalkan t/jawab maka pintu utk masuk islam telah tertutup dan ramai org mati tanpa kalimah dan masuk neraka. Manusia menuju ke neraka dan kita sedikit pun tak ada kerisauan. Umar r.hu menangis bila lihat satu org yahudi mati. Apa akan dijawab di depan Allah nanti. Hari ni isteri dan anak kita jauh dari agama dan kita sendiri tak ada kerisauan. Bila tinggalkan usaha dakwah, janji2 Allah tak ditunaikan dan doa2 tak diterima. Kebatilan tidak hancur dan hak tidak menang. Sahabat2 telah dpt kemuliaan kerana buat usaha dakwah manakala umat hari ini telah jatuh kerana tinggalkan usaha dakwah. Mereka telah korbankan segala-galanya utk takazah dakwah tapi kita korbankan segala takazah dakwah kerana dunia. Walaupun kita dah selesaikan urusan dunia masih kita tak a

karkun lama & karkun baru

Sering kita mengungkapkan orang lama, orang baru karkun lama karkun baru Kata orang tua-tua kita, "Lama" itu ada 2 jenis : 1. Lama masa 2. Lama sifat Yang lama masa tidak semesti lama sifat Yang lama sifat tidak semesti lama masa Kata orang tua-tua kita ada 2 jenis lama : 1. Lama sayur, makin lama makin busuk 2. Lama atar, makin lama makin wangi Ketahui olehmu bahawa Allah bersama orang yg ada sifat Allah bersama org yg taqwa Allah bersama org yg ikhlas Allah bersama org yg akhlaq baik Kata Maulana Ilyas rah. : Sesungguhnya siapa yg tidak hidupkan 6 sifat di dlm dirinya dia bukanlah orang yg menjalankan usaha agama Ya, hakikatnya kita mencari sifat Ada orang baru keluar, memiliki sifat Ada orang dah lama keluar, masih dhaif dgn sifat Justeru jgn tertipu dgn lama masa Orang yg Allah mahu kebaikan dalam dirinya ialah orang yang melihat kekurangan diri Sentiasa kita periksa sifat-sifat yang telah kita miliki Kita sentiasa kena ni

Jor karkun 4B/ulamak 2017 - bayan maulana shamim

09/04/2017 -  Bayan hidayat sri petaling Amalan yg paling disukai dan diredai oleh Allah drp amalan2 yg lain ialah amalan keluar di jln Allah. Berada dijln Allah sangat berharga dan bernilai, sehingga semua nabi2 bercita2 nak mati di jln Allah. Nabi s.a.w sendiri pernah menzahirkan keinginan baginda utk syahid di jln Alah. Kemudian aku keluar lagi dan dibunuh syahid di jln Allah. Ada riwayat kata sehingga 7 kali nabi ulang perkara tersebut. Keluar di jln Allah sangat bernilai dgn syarat kita gunakan masa dgn betul. Jgn kita mensia2kan masa semasa berada di jln Allah. Jgn semata2 utk makan angin, berjalan2 dan bersuka ria. Kita keluar di jln Allah dgn menyibukkan diri kita dgn amal. Bila sibuk dgn amal barulah kita dipanggil sedang keluar di jln Allah. Barulah ia akan jadi bernilai dan disukai oleh Allah. Maulana Yusuf kata, sebagaimana solat adalah nama bagi himpunan 4 amalan yg besar iaitu qiam, rukuk, sujud dan duduk tahiyat akhir. Kalau tak ada salah satu dari perkara in

Jor karkun 4B/ulamak 2017 - bayan maulana shamim

Image
08/04/2017 -  Bayan maghrib sri petaling Allah telah muliakan dan tinggikan umat ini drp umat yg terdahulu bukan sebab amalnya tetapi sebab umat ini telah diberi t/jawab kerja dakwah. Walaupun umat yg terdahulu mempunyai umur yg panjang, ada yg 1000thn, ada yg 700thn, ada yg 500 thn, ada yg 200 thn dan ibadat mereka hebat, ada yg berterusan beribadat selama ratusan thn tanpa sekelip mata pun memaksiati Allah. Tetapi mereka bukan umat yg terbaik. Umat ini adalah penghulu segala umat. Umat ini dtg akhir. Nabi s.a.w bersabda, ‘tiada nabi selepas aku dan tiada umat selepas kamu’. Umat yg akhir tapi mula2 sekali masuk syurga. Mula2 sekali akan dibangkitkan di padang mahsyar. Umat ini adalah yg paling banyak saf di akhirat. Pintu syurga hanya akan dibuka setelah nabi s.a.w dtg. Nabi tak dtg seorang diri tapi dtg bersama umatnya yg ramai. Segala ketinggian yg diberi oleh Allah pd umat ini bukan kerana ibadat semata2 tapi kerana kerja dakwah. Allah puji umat ini dlm taurat, zabur dan i