Posts

Showing posts from May, 2017

Malfuzat Maulana Inamul Hasan

Jadikan jemaah masjid kuat, karkun2 mesti bersatu. Mereka yg memberi 2½ jam mesti tingkatkan kpd 8 jam. Mereka yg memberi 3 hari kena tingkatkan kpd 10 hari sebulan. 100% org2 islam mesti bersolat. Suasana masjid perlu menjadi seperti masjid nabawi. Suasana setiap bandar perlu menjadi seperti madinah munawwarah. Di dlm setiap rumah taklim perlu di hidupkan. Hamba2 Allah yg wanita mesti menjadi org2 yg berzikir. Bersama dgn ini, fikir mesti di buat utk negara2 luar. 3 perkara perlu ada pd karkun : penyatuan hati. Ini tidak akan dtg hanya melalui bayan dan mesyuarat. Malah utk ini seseorang mesti mencari kebaikan di dlm org lain dan keburukan diri sendiri. Apabila seseorang menjadikan org lain sasaran kritik, ini adalah pintu fitnah. satu fikir nehesh (cara) yg betul Sebanyak mana seseorang mengakui kejahilannya di dlm hatinya, Allah s.w.t akan bukakan usaha kepadanya dan mengambil kerja drpnya. Dengan pengakuan kejahilan ini jika seseorang me

sifat da'i

Image

halaqah berkembar KL - mei 2017

Image
jumlah halaqah dlm KL - 132 halaqah berkembar mulai mei 2017  tujuan dikembarkan halaqah supaya dpt berkerjasama utk menghidupkan amal di setiap majid/surau jemaah 3H dihantar ke mahalah2 yg gersang utk di hidupkan dgn amal halaqah pulau meranti & halaqah puchong andalas ehwal halaqah pulau meranti : bil. mahalah - 16 5 amal -1 jemaah 3H setiap bulan - 3-4j ehwal halaqah puchong andalas :  bil. mahalah - 25 5 amal - 6 jemaah 3H setiap bulan - 6-8j fikir & risau pengorbanan & mujahadah insya'Allah

Malfuzat Maulana Inamul Hasan

1. Apabila usaha agama berjalan maka Allah s.w.t akan hidupkan kesemua cabang-cabang agama. Madrasah akan bertambah, maktab akan bertambah walaupun kita tidak menyeru kpd pembinaan madrasah, namun melalui amalan dakwah ini kesemua cabang akan hidup. Bila usaha agama wujud, Allah s.w.t akan mewujudkan semua syiar islam. 2. Penyatuan antara satu dgn yg lain adalah kekuatan yg besar. Satu dgn yg lain kenalah bertolak ansur. Bergaullah sesama sendiri dgn tawadduk dan buatlah usaha dgn bersatu dan kasih sesama sendiri. Setiap karkun lama dan baru kena keluar jemaah utk 4 bulan dan 40 hari. Taklim perlu dihidupkan di setiap rumah. Jemaah masjid perlu dikuatkan. Usaha harus dibuat dgn mengikut sunnah nabi s.a.w. 3. Bagaimana sepatutnya keadaan karkun? keyakinan kpd Allah mestilah kuat jgn bergantung pd ilmu, harta, pengalaman dan kebolehan. tawajjuh hendaklah pd Allah niat hendaklah betul 4. Satu perkara penting dlm usaha masturat ialah bahawa usaha mastur

Malfuzat Maulana Inamul Hasan

1. Buatlah usaha di tempat kamu sehingga 100% org solat 2. Ambil berat tentang bangun malam dan berdoa kpd Allah. Juru bayan ramai tetapi mereka yg bangun malam adalah sedikit. 3. Siapakah yg patut memberi bayan (penerangan)? Org yg begitu menghayati serta merasai takazah usaha 4. Allah mahukan satu perkara dari umat waktu ini iaitu putuskan diri kamu dari segala-galanya dan hubungkan diri kamu dgn Allah. 5. Fikirlah utk semua manusia di dunia dan juga berdoalah utk seluruh manusia. 6. Seseorang tidak akan menjadi karkun bila selepas memberi bayan mengganggap dirinya sebagai seorang buzrug (org yg hebat) 7. Masalah kita dewasa ini adalah kita begitu sibuk dgn islah org lain tetapi kita sedikit sekali memikirkan islah diri kita sendiri. 8. Setiap karkun lama mesti membuat gasht ummumi di masjidnya. 9. Penyatuan hati adalah ruh/nyawa usaha ini. Tanda karkun lama ialah mereka membuat usaha dan pada waktu yg sama penuh dgn taqwa. 10. Semua amal yg kita

Malfuzat Maulana Inamul Hasan

Bagaimana utk mendapat taraqqi (kemajuan) dlm diri? Ada 6 amalan di dlm dakwah. 3 khas dan 3 am. 3 amalan khas ialah : duduk dlm mesyuarat memberi bayan melakukan ziarah khususi jika seseorang hanya melakukan amalan ini maka takabbur akan wujud dan ini adalah merbahaya. 3 amalan am ialah : menganggap sebagai satu keperluan utk mendengar perkataan setiap da’i walaupun juru bayan itu mungkin seorang mewati yg ummi (org kampong yg buta huruf) membuat gasht ummumi dgn niat islah diri sendiri keluar 3 hari dgn jemaah masjid dgn niat islah diri sendiri apabila kamu melakukan 6 amalan ini barulah ada taraqqi (kemajuan) 

Malfuzat Maulana Inamul Hasan

1. Tujuan taklim adalah utk meningkatkan iman dan ihtisab (menyakini ganjaran drp Allah). 2. Kita harus ambil fikir utk seluruh dunia dan kita perlu menghantar jemaah ke semua negara di dunia. 3. Tidak ada sesiapa yg meletakkan seseorang itu di hadapan dan tiada sesiapa yg meletakkan seseorang dibelakang. Akan tetapi seseorang itu maju mengikut korbannya sendiri. 4. Kita semua berdosa. Tiada siapa di antara kita yg boleh mengaku yg kita telah memenuhi hak tabligh. Hati2 karkun mesti bersatu dari lubuk hati mereka. Jika hati2 karkun bersatu dari dlm maka Allah s.w.t akan menutup kelemahan kita. Jika hati2 karkun tidak bersatu dari dlm maka walaupun usaha berjalan, berjalan dgn nehesh (cara) yg betul, berjalan dgn pengorbanan, sebegitu rupa bahawa ia berjalan dgn keikhlasan namun begitu usaha kamu tidak akan berhasil. 5. Apakah mensyukuri usaha dan tidak mensyukuri usaha? Kehadapan dgn diri dan masa mengambil takazah (tuntutan) adalah mensyukuri usaha ini dan enggan men

Malfuzat Maulana Inamul Hasan

1. Kita inginkan melalui usaha dakwah ini bagaimana seluruh umat dpt kembali ke tahap keadaan umat pada ketika Rasulullah s.a.w tinggalkan dunia ini. 2. Melapangkan sepagi atau sepetang di jln Allah adalah lebih baik dari segala benda di dunia sehingga makanan, kenderaan dan najisnya akan ditimbang pd hari kiamat. 3. Sejauh mana kita bangun utk memenuhi takazah/tuntutan agama, setakat itulah bantuan dan pertolongan Allah akan dtg. 4. Ikhlas adalah ruh. Ke mana ruh masuk? Ke dlm jasad. Sebab itulah perlu ada amal dahulu kemudian ruhnya. Jika tiada amal/jasad bagaimana ikhlas akan datang? 5. Melalui amalan ijtimai kita akan mencapai hubungan dgn Allah dan dgn menyempurnakan amal infradi kita akan mencapai ihsan kpd Allah.  Melalui amal infradi, amal ijtimai akan mempunyai kekuatan. Perhatian khas hendaklah diberikan di dlm berzikir dan membaca Quran dgn istiqamah. 6. Jika sunnah Rasulullah s.a.w di langgar dlm pernikahan maka Allah s.w.t akan menghabiskan ketaatan dr

Malfuzat Maulana Inamul Hasan

1. Awal dan akhir manusia ialah debu. Bukan sahaja manusia malah segala benda dtg dari debu dan akan berkumpul semula dengannya. Inilah hakikat dunia. Inilah keadaan manusia bahawa di dlm tempoh yg singkat di antaranya dia diberikan harta dan kecantikan. Akan tetapi manusia melupakan permulaannya dan memalingkan wajahnya dari tempat terakhir, menjadi takabbur dan angkuh dgn keadaan sekarang. 2. Apa itu taqwa? Sebagaimana seorang melalui jalan penuh semak berduri menjaga dirinya dan pakaiannya, begitulah seorang perlu hidup di dunia. Taqwa memelihara seseorang dari perkara yg haram, perkara yg tidak dibenarkan, yg sia-sia dan tidak berfaedah. Apabila taqwa dtg maka banyak perkara-perkara yg dibenarkan juga harus ditinggalkan. 3. Apa itu istikhlas? Satu kerja sahaja iaitu dakwah yg kita buat. Kita hanya akan melakukan kerja itu sahaja. Kita tidak akan buat kerja yg lain. Tetapi usaha agama yg lain juga berjalan. Jangan kita memandang ringan akan mereka. Juga jangan kita mengkrit

Malfuzat Maulana Yusuf

1. Semasa Hadratji pergi ke jazirah Arab, beliau telah berkata kpd org-org di sana , "sesuatu yg dahulu terbit dari sini telah sampai kpd kami. Perkara ini milik anda dan sekarang juga masih tetap milik anda. Andalah yg telah mengajar agama kpd penduduk dunia dan sekarang tugas anda tetap seperti itu juga". 2. Setelah muzakarah mengenai adab jaulah dan berdoa maka berjalan dlm satu jemaah yg telah dibentuk kira-kira 10 org. Mula-mula jaulah ke rumah-rumah lalu seterusnya ke pasar atau kedai. Semua ahli jemaah harus menjaga tertib jaulah. Semasa berjalan, rendahkan pandangan sambil berzikir. Seluruh masalah kita adalah berhubungan dgn Allah. Masalah-masalah kita tidak ada kaitan dgn benda-benda di pasar atau lain-lain. Pandangan dan fikiran jgn tertumpu kpd benda-benda. Ketahuilah, ia hanya timbunan tanah. Sekiranya hati kita terpikat kpd benda-benda dunia, maka segera kembali kpd maksud jaulah. Hati yg terpikat kpd benda, kembalikan kpd kebesaran Allah. Ketahuilah, kita

Malfuzat Maulana Yusuf

1. Apakah itu islam? Islam ialah mengorbankan jiwa dan harta utk agama Allah Apakah itu ibadat? Ibadat ialah beramal dgn ikhlas kerana Allah Apakah itu solat? Solat ialah mengambil sesuatu dari Allah Apakah itu dakwah? Dakwah ialah memberi sesuatu kpd makhluk Yakinlah akan janji-janji Allah tetapi jgn dijadikan tujuan. Kerana tujuan dari beramal ialah utk mencapai keredhaan Allah s.w.t 2. Merendahkan org lain, menghina, membicarakan keburukan org lain; semua itu sering timbul dan muncul di kalangan umat yg boleh menghancurkan kesatuan umat. Hukumnya adalah haram melakukan keburukan-keburukan tersebut. Sebaliknya perkara yg menyebabkan umat bersatu kembali ialah saling menghormati dan memuliakan, perkara ini sangat dituntut. Kita tidak perlu mengharapkan org lain memulia dan menghormati kita, kerana hal itu tidak menyatukan umat bahkan merosakkan umat. 3. Semakin banyak tercipta benda-benda baru dan benda-benda yg melalaikan manusia dari mengingati Allah s.w.t,

Malfuzat Maulana Yusuf

Bilakah bantuan Allah akan datang? Bantuan Allah bukan dtg kerana rupa seseorang tetapi disebabkan amal, akhlak dan sifat manusia itu sendiri.  Allah memberi bantuan kpd rasulullah s.a.w, para sahabat dan para wali sekeliannya. Bantuan kpd mereka bukan kerana rupa bentuk mereka tetapi asbab amalan mereka, pengorbanan di jln Allah dan perjuangan mereka menyebarkan agama. Sekarang apabila kita mahu bantuan Allah dikurniakan kpd kita maka kita harus melaksanakan amalan yg mereka telah perjuangkan dan membuat usaha dakwah di jln Allah. Apabila kita mengerjakan semua amalan ini maka kita akan lihat bantuan Allah turut hadir bersama kita. Bantuan ghaib Allah akan hadir bersama kita mengikut sebanyak mana yakin kita kpd Allah. Yakin kpd sesuatu selain Allah tidak mampu memberi apa-apa bantuan. Semuanya berlaku dgn bantuan dan rahmat Allah.  Semasa perang badar dan khandaq, kaum muslimin yakin bahawa selain Allah tidak ada yg dpt dijadikan tempat berlindung dan meminta bantuan. Me

Malfuzat Maulana Yusuf

Setiap zaman, ambiya a.s diutuskan utk menentang setiap bentuk kekufuran. Mereka berkata, "kejayaan kita tidak ada hubungan dgn kebendaan, melainkan berhubung langsung dgn Allah. Apabila amalan kita betul, walaupun kita dlm keadaan lemah maka pasti kita akan dpt kejayaan. Sebaliknya apabila amalan kita rosak, maka Allah menzahirkan kekuasaanNya melalui kekuatan-kekuatan yg besar."  Utk mencapai kejayaan, kita perlu membetulkan amalan. Rasulullah s.a.w diutuskan utk menghapuskan semua kekufuran dlm pemerintahan, harta benda, pertanian dan sebagainya. Nabi s.a.w bukan berusaha atas perkara tersebut malah bermujahadah dan berkorban.  Perkara batil tersebar dgn segala asbab kesenangan sedangkan perkara yg hak tersebar dgn segala kesusahan dan penderitaan. Perkara batil tegak dgn kekuasaan dan kebendaan sedangkan yg hak tertegak dgn kesusahan dan kemiskinan. Dgn sebab kerja dakwah ini, sekarang wujud sedikit kesanggupan utk bermujahadah dan berkorban.  Yg sangat dikhuatir

Malfuzat Maulana Yusuf

1. Solat adalah utk memperolehi menafaat terus dari kudrat Allah dgn melibatkan anggota badan mengikut cara yg ditentukan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, hanya semata-mata utk mendapat keredhaan Allah. Menggunakan mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dgn betul disamping hati sentiasa mengingati Allah, takut kpdNya dgn yakin yg benar. Solatlah bersesuaian dgn perintah Allah. Takbir, tasbih, rukuk, sujud; semua itu lebih berharga drp seisi dunia. Dirikan solat dgn yakin sedemikian, kemudian berdoa, maka Allah dgn kudratNya akan tunaikan segala hajat kita. Dengan solat spt ini juga, Allah akan mengampuni segala dosa-dosa hambaNya, mengurniakan rezeki yg berkat dan taufiq utk taat.  Utk mencapai solat spt ini, kita harus memberi dakwah dan targhib kpd org lain supaya mendirikan solat dgn khusyuk dan khuduk serta yakin bahawa dgn solat kita akan memperolehi keuntungan di dunia dan akhirat. Beritahu org lain bagaimana solat rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Melatih diri agar

Malfuzat Maulana Ilyas

1. Layak utk menerima zakat adalah mereka sibuk dlm kerja Allah dan bersabar dan bertawakkal pd Allah dan tidak meminta-minta drp sesiapa dan tidak ada sifat tamak kpd harta sesiapa. Tetapi pd zaman ini org kaya memberi zakat kpd peminta-peminta yg professional dan merasa puas hati bahawa zakatnya sudah ditunaikan. Walhal dia sudah rosakkan zakatnya. Inilah sebab manusia tidak melihat keberkatan dlm hartanya. Padahal ada janji yg pasti bahawa menunaikan zakat akan menjadi asbab keberkatan dlm harta. Jadi, sesiapa yg selepas menunaikan zakatnya pun tidak melihat keberkatan dlm hartanya harus memahami bahawa zakatnya tidak ditunaikan kpd penerima yg betul dan layak dan dia belum bertafakud mengenai penerima yg betul. 2. Bagi org yg membayar zakat, tafakud mengenai penerima adalah suatu kewajipan sepertimana org yg hendak solat mesti mencari air yg suci. Penerima yg sah utk menerima zakat adalah org yg kerana mendapat harta zakat tidak akan menjadi mangsa sifat tamak haloba. Tujuan s

Malfuzat Maulana Ilyas

1. Orang-orang Islam terlalu lalai daripada doa dan mereka yg berdoa juga tidak mengetahui hakikat doa. Hakikat doa adalah mengemukakan hajat-hajat sendiri kepada Tuhan yang Maha Tinggi. Oleh kerana Tuhan itu maha Tinggi, maka doa kepadaNya pun harus dibuat dgn sepenuh perhatian dan perkataan-perkataan doa juga harus diucap dgn perasaan yang lemah dan tidak berupaya mengenai diri sendiri serta tangisan dan juga harus berdoa dgn yakin bahawa ianya pasti akan dikabulkan kerana yg diminta adalah Tuhan yg Maha Karim dan bermurah hati dan Rahim terhadap hamba-hambaNya. Kesemua khazanah dibumi dan dilangit adalah di dalam KudratNya. 2. Tuntutan ilmu yg paling awal dan paling penting ialah dengan ilmu manusia akan menghisab kehidupannya sendiri agar memahami apakah kewajipannya dan apakah kelemahannya dan akan memikirkan bagaimanakah boleh mengislah kelemahannya itu.  Sebaliknya jika dia menghisab kehidupan org lain dan mencari serta menghitung kelemahan org lain maka ini adalah takabbur

Malfuzat Maulana Ilyas

1. Manusia hidup di atas bumi utk jangkamasa yg singkat sahaja dan kehidupan di bawah bumi adalah kehidupan yg panjang. Ada banyak manzil yg perlu dilalui. Selepas mati, dlm kubur hingga ke tiupan sangka kala yg pertama. Selepas tu hingga sangka kala yg kedua. Selepas itu di padang mahsyar selama beribu-ribu thn. Kemudian kita akan dihantar ke alamat yg telah diputuskan. Pendek kata, setelah habis jangka masa di dunia setiap manzil selepasnya adalah beratus-ratus kali ganda lebih panjang. Masih juga betapa besar kelalaian manusia yg mana dia tidak buat persiapan utk manzi-manzil yg lain. 2. Iman adalah satu perasaan yg mana hamba-hamba merasai kesenangan dan kegembiraan atas perkara-perkara yg mana Allah dan Rasul s.a.w rasa senang dan gembira. Rasa sedih dan sakit atas perkara yg menyedihkan dan menyakiti Allah dan Rasul s.a.w. Begitulah Allah dan Rasul s.a.w merasai sakit kerana syirik, kufur dan juga maksiat. Oleh itu, harus kita rasa sedih dan sakit kerana melihat maksiat.