Posts

Showing posts from 2018

Madrasah Nurul Ilmi - Konvo

Image
22/12/2018 alhamdulillah dengan jayanya menghafaz kitab suci al-quran

Bayan Subuh - Hj Abdul Wahab

07/01/2001 - Tongi Tuan-tuan yang mulia Allah s.w.t telah memberi tugas nabi dan rasul kepada kita. Semua umat ini lelaki dan perempuan, tua, muda, pemerintah, rakyat bertanggungjawab membawa kerja nabi-nabi ke seluruh alam. Maksud hidup nabi adalah maksud hidup umat ini. Dimana ada orang Islam di dunia ini samada di utara, di selatan, di timur dan di barat adalah bertanggungjawab meneruskan kerja nabi sebagai kerja mereka. Walaupun di rumah orang Islam yang tiada makanan ia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Walaupun pada nenek tua atau datuk tua yang sedang terlantar sakit diatas katil, dia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Jika umat ini meniru-niru sahaja pun kerja Nabi, Allah s.w.t akan jadikan asbab hidayat seluruh alam. Lebih-lebih lagi jika umat ini secara menyeluruh membuat kerja Nabi, Allah s.w.t akan mempercepatkan penyebaran hidayat ke seluruh alam. Sesungguhnya Allah s.w.t  berkuasa atas segala-galanya. Apabila kita

Bayan Subuh - Hj Abdul Wahab

28/01/2000 - Tongi Bila buat usaha iman dan amal maka Allah s.w.t akan kembangkan agama ke seluruh alam. Usaha kita ialah bawa manusia dengan perasaan kasih sayang, mendirikan mereka di hadapan pintu syurga. Itulah kerahiman dan simpati yang paling besar yang kita boleh buat untuk umat Muhammad s.a.w. Orang Islam tidak pandang kepada bangsa, negeri, negara, musim, cuaca. Agama Islam adalah untuk seluruh alam. Kita kena buat usaha, kita kena ada sifat kerahiman, kasih sayang dan simpati untuk setiap manusia di mana sahaja dia berada, apa juga cuaca di negeri dia, semua itu tidak akan membawa kesan kepada kita. Hak umat Baginda s.a.w ialah kita mesti ada perasaan kerahiman dan simpati untuk mereka. Itu hak mereka. Kita sebagai umat Baginda s.a.w, tanggungjawab kita ialah pujuk rayu mereka, usaha atas mereka supaya mereka dapat beriman dan beramal soleh dan bawa mereka ke hadapan pintu syurga. Untuk itu, kita sendiri kena beriman, bertaqwa, amal soleh. Bila kita ada iman yang ku

al-fatihah - hj abdul wahab

Image
1922 - 2018 (96 thn) ribuan org hadir utk solat jenazah Bayan - hj abdul wahab 07/12/2007 - sri petaling Tuan tuan yang mulia, Allah s.w.t. telah berikan kepada kita satu usaha yang mulia, yang mana usaha ini Allah s.w.t. berikan kepada saya dan tuan-tuan. Usaha yang diwariskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umat Islam hingga hari kiamat. (Usaha yang telah dihidupkan kembali oleh Hadrat Maulana Ilyas rah mulai awal abad ke14 hingga hari ini yang tiada nama, dan jika hendak diletakkan nama pada usaha ini nescaya Maulana Ilyas rah akan letakkan nama sebagai Jemaah Usaha Atas Iman). Allah s.w.t. akan pelihara kita di dunia ini, di padang mahsyar, di akhirat dan selama-lamanya di syurga. Allah s.w.t. akan berikan ketenangan, kemuliaan, keselamatan, perlindungan, kesihatan dan segala-galanya  kepada kita. InsyaAllah. Allah s.w.t. telah beri kita satu usaha yang mana dengan itu kita akan dapat segala-galanya. Manusia sekarang di seluruh d

sakinah fc vs admiral fc

Image
freindly match 18/11/2018 5 pm padang SMK putra perdana sakinah fc admiral fc warm-up the game tamat perlawanan sakinah fc 2 - 1 admiral fc syabasss!!

Ijtimak sarawak 2018 - targhib utk otj markaz

15/11/18 -  Maulana syamim Dgn mesyuarat kita dpt tahu siapa rakan2 kita yg bersama dgn usaha dan siapa yg tidak. Dlm amal2 lain selain dari mesyuarat, kita tak tahu siapa dtg siapa tak dtg. Oleh itu, penting kita kena fikir utk bawa semua dtg mesyuarat. Rakan2 kita yg di saf pertama perlu dtg dan rakan2 kita yg di saf kedua juga perlu kita bawa dtg mesyuarat utk wujudkan istiqdat (kemampuan & kebolehan). Kerja kita ini bukan lazim, hanya setempat tapi ianya melampau, menular kpd org lain. maksud lazim ialah kita sahaja yg buat usaha, Maulana umar kata, usaha kita mandul. Dlm usaha ini, kita kena wujudkan org macam kita. Sediakan amla2. inilah perbezaan nabi kita dan nabi2 yg lain. nabi2 lain buat usaha secara infradi. Mereka sendiri mujahadah dan korban dan tidak wujudkan org yg berkorban. Mereka tak sediakan amla2. sebab itu, bila mereka wafat, agama pupus dan hilang. Nabi s.a.w tak buat kerja seorang diri. Nabi s.a.w sediakan seluruh umat bersama baginda. Nabi bukan set

Ijtimak KL 2018 - bayan maghrib

04/11/2018 -  maulana syamim Allah s.w.t telah cipta 18,000 makhluk dlm alam ini. Makhluk yg terbaik ialah insan/manusia. Manusia adalah ciptaan yg terbaik bukan sebab diri dia sendiri. Asal usul manusia dari air mani yg jijik. Kemuliaan manusia bukan kerana zatnya tetapi ketinggian manusia kerana sifat2 yg ada dlm diri dia. Bila manusia usaha sifat2 yg baik dlm diri sehingga diredhoi allah, maka manusia akan jadi makhluk yg termulia. Lebih mulia drp 7 petala langit, 7 petala bumi. Akan tetapi kalau manusia tidak usahakan sifat2 yg dikehendaki oleh Allah, sebaliknya ada sifat2 yg dibenci/dimurkai oleh Allah, maka manusia akan jadi makhluk yg paling hina. Lebih hina drp anjing dan khinzir. Dunia ini tidak berharga, yg berharga ialah manusia. Perniagaan tak berharga, yg berharga ialah peniaga. Pemerintahan tak berharga, yg berharga ialah pemerintah. Pertanian tak berharga, yg berharga ialah petani. Segala benda2 dunia tak berharga. Yg bernilai disisi Allah ialah insan/manusia. S