Posts

Showing posts from March, 2018

Jor qudama' 2018 - bayan pelajar : maulana saad

Bayan Maulana Saad untuk pelajar Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling - Pertama sekali kamu semua perlu bersyukur kepada Allah pada zaman hari ini yang manusia berlumba-lumba belajar funun-funun(bidang-bidang) keduniaan , zaman kejahilan dan zaman manusia jauh dari ilmu ilahi Allah telah pilih kamu semua belajar ilmu ilahi, ilmu agama ini adalah satu nikmat yang besar dari Allah . Kamu kena bersyukur kepada Allah Taa'la - Sudah cukup untuk membezakan funun dunia dengan ilmu agama ialah bila funun dunia kita boleh belajar dalam keadaan kita tidak ingat kepada Allah, dengan ghaflah dengan kelalaian dengan dosa tanpa ikut sunnah kita boleh belajar benda-benda tersebut. Tetapi ilmu ilahi ilmu Allah yang merupakan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah tanpa ketakwaan kepada Allah tanpa mengingati Allah tanpa mengikuti sunnah mengamalkan sunnah ilmu tersebut tidak mungkin dapat dihasilkan - Ilmu agama tanpa ta'luk tanpa hubungan dengan Allah, tanpa takwa kepada Allah pe

Jor qudama' 2018 - sifat da'i : maulana saad

Image
27/03/2018 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kpd Allah. sesungguhnya Allah menyukai org2 yg bertawakkal kpdNya. (surah ali imran : ayat 159) Allah telah adakan satu ketetapan utk wujudkan ijtimaiyat/kesatuan diantara kita. Hanya dgn ijtimaiyat sahaja umat ini akan dpt bantuan dan nusrah Allah. tanpa ijtimaiyat dlm umat tak mungkin umat ini dpt bantuan Allah. walaupun bilangan umat ini sedikit 2% dan 98% lagi bertentangan dgn mereka, tapi bila dlm umat ada sifat2 yg dikehendaki oleh Allah, maka 2% dpt mengatasi 98%. Sebaliknya walau bilangan umat 98% beragama tapi tidak ada sifat, maka tiada bantuan Allah dan tak mungk

Jor qudama' 2018 - bayan hidayat : maulana saad

26/03/2018 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Setiap org berusaha akan tetapi bukan setiap usaha akan berjaya dlm usahanya. Dlm urusan dunia pun, kalau tak buat dgn cara yg betul tak akan dpt hasil/tak berjaya. Apatah lagi dlm usaha utk dpt hidayat drp Allah s.w.t. Ianya ada cara yg khusus. Bila cara utk dptkan hidayat dijlnkan dgn cara yg ditentukan oleh Allah s.w.t barulah usaha itu akan berjaya dan menghasilkan natijah hidayat drp Allah. Akan tetapi kalau usaha utk dptkan hidayat tak di jlnkan dgn cara yg dikehendaki oleh Allah, maka usaha itu tak akan menghasilkan natijah hidayat. Perkara dunia yg tak ada janji Allah pun kena ada cara yg betul utk hasilkan natijah, inikan pula perkara hidayat yg pasti ada janji Allah. Kita kena faham, apa cara yg dikehendaki? Iaitu cara yg dibuat oleh nabi s.a.w dan para sahabat. Usaha dakwah perlu dibuat dgn cara nabi dan sahabat. Barulah akan hasilkan hidayat. Cara nabi dan sahabat ialah dgn dakwah illallah. Menyeru manusia kpd Allah s.w.t.

Jor qudama' 2018 - bayan maghrib : maulana saad

25/03/2018 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Di antara perintah/kefarduan Allah s.w.t atas hambaNya yg besar ialah perintah beriman pd Allah. Sebagaimana solat adalah satu kefarduan, begitu juga puasa, zakat dan haji adalah perintah Allah. begitu juga perintah Allah berkaitan muamalah, muasyarah dan akhlak, diantara semua ini, perintah Allah yg paling besar, paling utama ialah perintah beriman pd Allah s.w.t. Tapi hari ni umat belajar utk laksanakan perintah2 yg lain, belajar solat, belajar cara nak puasa, zakat dan haji, akan tetapi umat hari ini telah tinggalkan usaha utk belajar iman. Sedangkan dgn kekuatan imanlah seseorang itu dpt melaksanaklan segala perintah2 yg lain. Imanlah yg menggerakkan manusia utk amalkan keseluruhan agama dlm kehidupan. Umat hari ni telah berhenti belajar iman. Tuntutan yg paling utama atas umat ini ialah bagaimana dpt belajar iman pd Allah. 4 perkara asas tanpa iman tak akan dpt: Semua org berhajat pd 4 perkara ini. 1. tanpa iman tak istiqama