Posts

Showing posts from April, 2018

Targhib khuruj - Capt Nuruddin

Mesyuarat KL – 25/04/2018 Bila jemaah pertama nak dibentuk, saidina abu bakar menulis surat ke yaman, bahrain , 6 jemaah dibentuk, selepas kewafatan nabi s.a.w. Saidina abu bakar hanya bagitahu ‘infiruqifafauwasiqola’. Mereka kata, kami bagi segala-galanya, kami tak akan pulang semula. Mereka keluar pada hari tersebut hinggalah saidina abu bakar meninggal. Jemaah mereka ada di palestine , syria , iraq , mesir. Mereka tak pernah fikir pasal pulang. Setiap jejak langkah mereka adalah jejak langkah kita juga. Tak ada beza. Ini adalah zaman kita tak boleh fikir selepas kita balik dari keluar, selepas jor, selepas nusrah jemaah, selepas sempurnakan takazah, kita ada masa utk rehat. Ini semua syaitan pun fikir. Inilah keadaan umat hari ni, mereka bercuti. Kebatilan/kekufuran tak pernah cuti. Perjalanan akhir maulana Yusuf rah. dari Dhaka ke Lahore , dia bagi nasihat, 200 amla bersama dgn beliau, batil tak akan rehat. Mana mungkin umat ini boleh rehat. Beliau telah ucapkan selamat t

Jor qudama’ 2018 - Bayan asar : maulana yusuf

25/03/2018 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Perkara yg paling penting yg kita perlu fahami dlm menjalankan usaha agama ini ialah kita kena tahu apa maksud kita buat usaha agama ini. Bila sesuatu perkara dibuat dgn maksud maka barulah seseorang boleh maju ke hadapan sehingga sampai ke tempat dia nak tuju. Akan tetapi bila seseorang tak memahami apa maksud dia buat sesuatu perkara maka dia tak akan maju. Satu org telah dtg jumpa maulana ilyas dan tanya, apakah yg maulana inginkan dari usaha agama ini? Maulana ilyas kata, saya ingin supaya tahap agama ini sampai ke tahap agama yg ditinggalkan oleh nabi s.a.w pada sahabat dari segi iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Maksud kita buat usaha agama ialah utk keluarkan keyakinan selain dari Allah dari hati kita dan nak masukkan keyakinan hanya pd Allah dlm hati kita. Maulana ilyas kata kalau nak bagi nama pd usaha ini aku akan namakan tahrikul iman, pergerakan iman, usaha utk memajukan iman. Yakin hanya pd Allah zat yg maha berku

Jor qudama’ 2018 - Bayan subuh : maulana shaukat

25/03/2018 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Allah s.w.t telah hantar ratusan ribu nabi2 dan ratusan ribu umat sebelum ini. Tapi hanya satu2nya umat dari timur hingga barat, dari utara ke selatan, umat nabi s.a.w yg Allah ciptakan bukan hanya utk beribadatNya, akan tetapi buat usaha bagaimana agama tersebar ke seluruh alam supaya manusia terbebas dari melakukan perkara yg tidak disukai oleh Allah, dtg kpd perintah Allah. Inilah maksud umat ini dicipta. Doa yg dibuat selepas pengorbanan akan diterima oleh Allah. Kita ini adalah umat hasil dari doa nabi ibrahim a.s. ibrahim a.s telah buat pengorbanan dan umat ini juga adalah utk pengorbanan. Utk tarbiyah umat ini, ibrahim minta seorang nabi dan kerja di beri pd umat ini. Nabi ibrahim minta 3 doa selepas buat pengorbanan dan 3 doa tersebut telah diterima oleh Alllah:1. umat   2. kerja   3.nabi Nabi kata aku ini adalah doa ibrahim a.s, aku ini adalah berita gembira yg disampaikan oleh isa a.s dan aku ini adalah mimpi ibuku am

Jor qudama’ 2018 - bayan subuh : maulana syamim

26/03/2018 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Allah s.w.t telah utuskan nabi s.a.w ke atas mukabumi ini supaya cara hidup/sunnah nabi s.a.w mengatasi adat resam manusia. Kehidupan dan sunnah nabi s.a.w tidak akan dpt mengatasi adat resam melainkan bila semua org2 islam, sebagaimana kita menyakini/beriman dgn nabi s.a.w sebagai rasul yg hak, begitu juga semua org2 islam kena menyakini bahawa segala perkataan dan perbuatan nabi s.a.w adalah hak dan benar. Selepas kita menyakini perkara tersebut dan membawa amalan tersebut dlm kehidupan kita, mula2 kita akan berubah dan selepas itu Allah s.w.t akan mengubah seluruh kehidupan manusia. Tetapi yg menyedihkan kita hari ni beriman dan menyakini nabi s.a.w adalah rasul yg hak/benar tapi kita tak beramal dgn perkataan baginda. Kita tak beramal dgn apa yg diajar oleh nabi s.a.w Inilah yg telah menyebabkan segala kehidupan org2 batil telah menguasai kita. Kita telah jadi org yg dikuasai oleh cara hidup org2 batil. Oleh itu, mula2 sekali n

Jor qudama’ 2018 - maksud karguzari : maulana saad

23/03/2018 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Karguzari adalah satu amal yg besar. Karguzari adalah amal kerja yg kita dah buat yg dibentangkan dgn rasa takut, barulah akan diterima oleh Allah. Jika kita bentang kerja yg telah kita lakukan dgn rasa tak takut pd Allah, ini bukan karguzari tetapi ia cuma jasa yg kita nak tunjuk/cerita pd org bahawa kita dah buat kerja dan ia tak diterima oleh Allah. Para ambiya a.s menceritakan kerja/amal mereka pd Allah dgn rasa takut pd Allah. Org yg memberi karguzari dgn rasa takut adalah org2 yg ikhlas yg inginkan keredaan Allah. Karguzari adalah amal yg besar dan ia satu amanah dan kita kena sampaikan amanah kerja yg kita telah buat. Maksud karguzari adalah utk menyatukan fikir kita dan menyatukan kerja kita. Karguzari adalah amal ijtima’i. amal yg sangat penting. Nabi s.a.w telah kumpul semua sahabat utk dengar satu karguzari. Kisah seorang pengembala kambing. Kisah yg mahsyur. Serigala telah tangkap kambing gembalaannya. Dia dpt tangkap