Hayatus sahabah - maulana saad
14/02/2018 - nizamuddin Ilmu adalah merupakan sifat Allah s.w.t yg tidak dapat dihasilkan tanpa sifat ketaqwaan. Seseorang yg hanya menghafal tidak dikira berilmu kerana ilmu adalah ketaatan dan amalan. Sekiranya tidak ada amalan yg mengikuti ilmu maka dia adalah org jahil. Cukup utk mengatakan seseorang itu jahil sekiranya amalan dia berlawanan dgn ilmunya. Setakat tidak tahu bukan musibah yg besar tapi org yg tahu tak beramal adalah musibah yg lebih besar. Utk dptkan ilmu syaratnya adalah taqwa. Sejauhmana mata, telinga, lidah dpt dijaga drp dosa, maka sejauh itulah akan wujud hubungan antara dia dan ilmu. Sekiranya tempat masuk ilmu digunakan utk dosa, maka dia tak dpt hasilkan ilmu. Dia mungkin dpt hasilkan maklumat tapi ilmu tak dpt. Hubungan maklumat dgn kecerdikan bukan dgn ketaqwaan. Sebab itulah, org bukan islam pun boleh hasilkan maklumat tetapi hati mereka mati. Org islam yg hasilkan ilmu dan tak beramal dgn ilmu, ini sudah cukup utk jadikan dia jahil. Ilmu akan...