Bayan khas Maulana Saad kpd org Msia Ijtimak Tongi - Januari 2017 Menjadi ketentuan Allah dlm setiap zaman, akan dipilih beberapa org untuk menjalankan kerja dakwah ke seluruh dunia. Untuk pilihan Allah ini, syarat utama ialah TAQWA. Berusahalah sedaya-upaya untuk mentaati perintahNya dengan sempurna dlm diri. Syarat utama TAQWA ialah ittiba' sunnah. Sunnah ibadat, sunnah adat dan sunnah dakwah. Sejauh mana kita ittiba' dlm ketiga-tiga sunnah ini, sejauh itulah Allah s.w.t akan memilih kita sebagai ahli di dalam kerja dakwah. Sunnah dakwah ialah UMMUMIYAT, iaitu sejauh mana kita tidak "pilih bulu" atau mendahulukan golongan-golongan atau individu-individu tertentu. Dalam urusan dakwah ini, Nabi s.a.w sendiri "turun-padang" serta mendatangi setiap individu dari kalangan umat. Kebanyakan nusrah ghaibiah datang dari dakwah infradi. Tidak ada usaha yg lebih besar untuk menarik nusrah ghaib ALLAH s.w.t melainkan melalui jalan dakwah infradi. Langkah...