Tongi 2017 - maulana saad

Bayan khas Maulana Saad kpd org Msia
Ijtimak Tongi - Januari 2017

Menjadi ketentuan Allah dlm setiap zaman, akan dipilih beberapa org untuk menjalankan kerja dakwah ke seluruh dunia. Untuk pilihan Allah ini, syarat utama ialah TAQWA. Berusahalah sedaya-upaya untuk mentaati perintahNya dengan sempurna dlm diri. Syarat utama TAQWA ialah ittiba' sunnah. Sunnah ibadat, sunnah adat dan sunnah dakwah. Sejauh mana kita ittiba' dlm ketiga-tiga sunnah ini, sejauh itulah Allah s.w.t akan memilih kita sebagai ahli di dalam kerja dakwah.

Sunnah dakwah ialah UMMUMIYAT, iaitu sejauh mana kita tidak "pilih bulu" atau mendahulukan golongan-golongan atau individu-individu tertentu. Dalam urusan dakwah ini, Nabi s.a.w sendiri "turun-padang" serta mendatangi setiap individu dari kalangan umat. Kebanyakan nusrah ghaibiah datang dari dakwah infradi. Tidak ada usaha yg lebih besar untuk menarik nusrah ghaib ALLAH s.w.t melainkan melalui jalan dakwah infradi.

Langkah pertama, Nabi s.a.w akan menyediakan org yang didakwah itu untuk menjadi seorang daie. Setiap individu daripada kalangan sahabat nabi (r.anhum) adalah seorang daie. Pernah nabi s.a.w memilih berhijrah dengan mengikut jalan yang ada perompak dilaluannya, bertujuan mendakwahkan perompak kepada Islam. Nabi s.a.w menganggap setiap individu itu penting dan layak didakwahkan walaupun mereka adalah dari kalangan perompak yang jahat.

Seluruh para anbia' membuat usaha dakwah dengan pandangan basirah (yaqin). Penyelesaian kepada segala jenis rintangan serta pancaroba ialah dengan jalan dakwah. Misalnya Nabi Yusuf a.s. Baginda berkeadaan ditimpa ujian yang hebat, difitnah dengan fitnah yang berat, dituduh dengan macam-macam tuduhan namun semasa disumbatkan ke dalam penjara, baginda masih meneruskan amal dakwah dengan gigih atas satu keyakinan bahawa penyelesaian masalah ialah di dalam urusan dakwah. Jika dakwah ditinggalkan, alamatnya akan datanglah 1001 macam masalah serta musibah dalam hidup.

Dalam kehidupan para sahabat nabi s.a.w, tiada bukti di dalam sejarah, yang mereka melemahkan diri atau mengurangi kegigihan mereka dalam dakwah. Pernah satu ketika, diperingatkan oleh Abu Talib kepada rasulullah s.a.w, dengan kata-kata "wahai muhammad, tolong dengar cakap aku, tolonglah tinggalkan dakwah". Maka nabi s.a.w jawab, meskipun mereka mampu meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku maka untuk tinggalkan dakwah ini, tidak sekali-kali". Nabi s.a.w tidak pernah mengurangi dakwah dalam apa pun keadaan. Begitu juga seluruh para anbia' tidak pernah mengurangi dakwah, dalam apa keadaan mereka istiqomah dalam jalan dakwah. Fastaqim kama umirta....(diberikan ayat2 perintah untuk laksanakan perintah dakwah). semua nabi laksanakan dakwah dgn istiqomah. Maulana Ilyas melafazkan, "Para sahabat nabi tidak tinggalkan dakwah”.

Allah s.w.t pasti akan menurunkan ujian-ujian yang berat kepada para daie. Nabi Ibrahim a.s diuji untuk menilai sifat taat. Kisah ini boleh dijadikan iktibar untuk kita. Apabila kita tinggalkan sifat taat maka ia juga akan menjadi asbab penyingkiran. Ketika Adam dicipta oleh ALLAH s.w.t, ujian sifat taat sudah pun bermula. Ujian untuk iblis pula dengan sombong berkata bahawa dia lebih bagus dan ada lebih kelayakan, ia lupa kepada perintah Allah s.w.t dan tidak taat lagi kepada perintahNya. Apa yang berlaku? ALLAH s.w.t singkirkannya dari syurga.

Allah juga menguji sejauh mana ketaatan kita kepada AMIR. Diberikan 2 contoh. Bila seseorang itu tidak taat, Allah akan gunakan solahiyah dia sendiri untuk melanggar perintah Allah s.w.t sepertimana IBLIS yang mana kemampuannya yang ada, diberikan oleh ALLAH sebelumnya, pada akhirnya hanya digunakan untuk menghalang manusia kepada hidayat. Contoh ke 2, Ikrimah r.hu apabila ia bertaubat, ia mula taat Allah, gunakan solahiyah dan kemampuannya untuk dekatkan manusia kpd Allah.

Allah uji malaikat dan anbia' juga diuji. Allah s.w.t ingin melihat adakah mereka undur kebelakang atau sebaliknya. Nabi Ibrahim a.s telah lulus ujian. Melalui ujian pertama, seluruh ujian adalah bercanggah dgn nafsu, satu perintah untuk menyembelih anak. Tidak ada ayah yang tidak sayangkan anak. Nabi Ibrahim a.s, pada pagi esoknya, telah bertanya kepada nabi Ismail a.s, bukan niat untuk melambatkan perintah Allah, sebaliknya bertujuan untuk bermesyuarat (walaupun pada ketika itu nabi Ismail masih seorang budak yang kecil). Nabi Ismail pun faham atas perintah itu, malahan kanak-kanak itu (nabi ismail a.s jika tidak sedia pun maka dia akan disembelih juga). Daripada pertanyaan nabi Ibrahim a.s kepada anaknya, baginda ingin beritahu kepada nabi ismail a.s bahawa itulah sebenarnya perintah Allah. Maka nabi Ismail menjawab "laksanakanlah dan engkau akan lihat aku dari kalangan orang-orang yang sabar". Perlu difahamkan di sini bahawa, tidak kira siapa walaupun anak nabi, jika tidak ada sifat taat, maka dia juga akan gagal.

ALLAH s.w.t juga turunkan ujian kepada para sahabat r.anhum, iaitu ujian ketaatan sahabat kepada nabi s.a.w. Melalui sifat taat maka akan datangnya IJTIMA'IYAT, walaupun dalam keadaan tak suka, bertentangan dengan keinginan sendiri, taat tetap taat. Ada ketika nabi berkata "kalau kamu semua sayangkan aku, kamu pancunglah kepala bapa-bapa kamu dan bawalah kepadaku.

Satu ketika semasa sedang bersolat, perintah untuk ubah arah kiblat diturunkan. Semasa itu berlaku pada waktu zuhur, Para Sahabat tidak sedikit pun bertindak menggunakan logik akal mereka. Kalau digunakan logik akal, sepatutnya biarlah dihabiskan dahulu 2 rokaat lagi, baru hadap ke qiblat yg baru. Setelah 2 rakaat sudah habis, (tanpa menunggu 2 rakaat baki) tanpa banyak soal mereka terus menghadap ke mekah kiblat baru mereka. Ini contoh ujian kepada para sahabat. Di sini Allah SWT ingin menguji, siapakah yang taat dan siapakah yang tidak taat.

Dlm quran, untuk ubah arah qiblat adalah rumit melainkan dengan jalan petunjuk dari nabi s.a.w. Org yahudi berkata kamu menghadap ke baitulmaqdis itu sia2. Allah menjawab tidak sia2 kamu hadapkan kiblat, apabila kamu mendapat hidayat mudah bagi kamu.

Untuk sempurnakan sifat taat, maka kita kena korbankan perasaan. Semasa zaman saidina Umar Al-Khattab, dia telah melihat seorang wanita berpenyakit, dia sentiasa mengganggu org lain. Maka Umar Al-Khattab beritahu "Kamu tidak perlulah tawaf". Apabila zaman sesudah Umar Al-Khattab wafat, orang sekitar menyuruh wanita tadi untuk tawaf semula. Maka wanita tersebut menjawab "mana mungkin aku hanya taat kepada amirulmukminin pada masa dia hidup saja, apabila dia mati maka aku tidak taat? Ini tidak mungkin!"

Banyak kisah di dalam kitab hayatussshabah tentang mereka mengorbankan jazbah mereka. "Kami tak diutus melainkan untuk taat". Dengan sifat taat akan datangnya ijtimaiyyat. Apabila kita tinggalkan ketaatan kepada amir maka akan hilanglah kesatuan maka nusrah ALLAH juga terangkat. Dalam quran, Allah ajar 4 usul:
1.Lemah lembut. Semua nabi santuni umat dgn kasih sayang
2.Maafkan kesalahan manusia lain
3.Istighfar untuk mereka sembunyi-sembunyi (tanpa pengetahuan mereka)
4.Bermesyuarat dgn cara terbuka. Bukan mesyuarat cara tersembunyi.

Nasihat kepada zumidar. Perlu ada sifat tawaduk, kena rendahkan diri kita pd umat. Sesungguhnya manusia ini adalah himpunan dari kesalahan dan himpunan lupa. Nabi Adam juga lupa dan buat kesalahan. Kesalahan paling besar ialah, "setiap org dakwah bebas dari kesalahan". Ini tak mungkin. Kita tetap akan buat kesalahan. Kita lupa islah diri kita sendiri. Kita kena sibuk cari kesilapan diri sendiri. Nabi ajar, depan majmak, nabi puji kelebihan sahabat supaya kita tak berpandangan merendahkan seseorang yang lain. Pandang kebaikan yang ada pada org yg sejahat-jahatnya pun. Pernah Nabi s.a.w hendak solatkan satu jenazah, maka Umar tahan nabi. Nabi tanya adakah sesiapa nampak orang ni membuat apa-apa kebaikan? Seorang sahabat berkata, "aku pernah nampak yang dia ada berjaga dijalan Allah”. Nabi solatkan jenazahnya. Nabi beritahu umar kamu tak boleh "check" amalan seseorang.

Satu ketika Usamah r.anhu yang masih muda telah dilantik menjadi amir, maka dia telah terlewat dtg, org lama Yaman dengan suara merendahkan Usamah berkata, "apalah budak ini, kerana dia seorang kita terpaksa lambat bergerak". Org Yaman yg pandang buruk Usamah ini akhirnya mati dalam keadaan murtad. Kita kena latih lihat semua manusia dgn pandangan mulia.

Kesalahan tetap akan berlaku pd seseorang, terutama kpd karkun. Ulamak latih kita kena pandang korban dia yg terdahulu, kita akan nampak kecil salahnya. Kita minta ampun padanya. Para Sahabat jika dilihat telah membuat kesilapan nabi latih supaya kebaikannya dipandang. Ada seorang sahabat bernama Habib bin Abi Baltaah, dia telah membocorkan rahsia, nabi s.a.w dalam perjalanan hendak berperang ke arah Mekah. Nabi s.a.w tahu pembocoran rahsia itu melalui wahyu, maka nabi hantar sahabat mengejar wanita yang membawa surat itu terus berjaya merampas kembali surat tu. Sahabat itu menangis, dia kata dia tiada keluarga di Madinah melainkan satu2nya keluarganya di Mekah. "Aku buat ini (membocorkan rahsia) bukanlah untuk berpaling tadah, tapi demi nak menyelamatkan keluarganya yang tinggal di Mekah itu supaya tidak di apa2kan. Dgn usaha ini maka org-org mekah akan simpati kepada keluarganya. Umar r.anhu meminta izin untuk memancung kepala sahabat tadi. Nabi s.a.w melarang. lantas memberitahu bahawa dia adalah ahli badar. Dlm quran Allah s.w.t sudah pun mengampunkan mereka. Nabi mengajar serta mentarbiyah sahabat supaya lihat kebaikan org lama. Doa ampun untuk mereka. Nabi s.a.w menyuruh Habib beristighfar.

Ketika ketua munafik meninggal dunia. Nabi s.a.w berkata "Aku akan doa istighfar untuk dia (ketua munafik). Turun ayat ini, walau 70 kali kamu mohon ampun Allah tidak akan mengampuni dosanya. Nabi kata bahawa baginda akan berdoa lebih dari 70 kali istighfar. Umar tegur nabi, bahawa ini adalah ayat alquran. Nabi nak ajar supaya sentiasa mohon ampun kepada sahabat yg buat kesilapan.

Sabar dan tahamul. Bila mana kamu sabar dan bertaqwa musuh tak akan kalahkan kamu. Sabar tanpa taqwa adalah zalim. Orang yang ada sifat sabar maka Allah akan pelihara dari musuh. Sabar ialah salah satu alamat kenabian. Ada satu ketika, nabi s.a.w dalam kesusahan untuk makan. Nabi s.a.w bertanya siapakah yang boleh memberikan hutang buah kurma. Lalulah seorangg yahudi Zaid bin Saanah, dia berikan hutang dgn syarat dan dalam satu tempoh. 3 hari sebelum tempoh tamat, yahudi tadi datang menuntut hutangnya. Dia memaki dan menumbuk nabi s.a.w. Umar minta izin untuk memancung kepala yahudi tersebut sambil meninggikan suara serta berkata2 kesat. Nabi s.a.w menegur Umar Al-Khattab seraya menyuruh Umar ke baitulmaal dan membayar lebih 2 cupak kepada si yahudi tadi. 2 cupak yang lebih itu adalah disebabkan kata2 kesat kamu Umar. Sebelum beredar, Umar bertanya kepada yahudi, "aku lihat kamu adalah seorang pendita Yahudi, tapi kenapa kamu bersikap begitu keras pd nabi?". Maka jawab yahudi, "Sebenarnya sebelum ini aku sudah menyaksikan 8 daripada 10 tanda kenabian pada baginda Muhammad s.a.w dan pada hari ni aku telah dapat melihat 2 lagi baki tanda kenabian nabi s.a.w iaitu 1)sabar dan tahamul dan 2) Baginda tidak membela org yang menyebelahi baginda. Maka orang yang membuat usaha nabi juga perlu contohi sifat sabar dan tahamul nabi.

Sifat hasad hanya akan merosakkan org lain. Sifat Hasad membakar kebaikan kita seperti api. Sahabat tak cemburu org lain. Allah boleh majukan sesiapa saja. Maulana ilyas kata, Allah pilih burung ababil untuk selamatkan kaabah. Adakah kita nak cemburu serta hasad kepada burung ababil. Allah boleh guna burung, haiwan atau siapa saja untuk sebarkan agama. Sifat sahabat ialah apabila mereka melihat org lain maju maka mereka akan mula mencari apa kelebihan yang ada pada sahabat tersebut.

Satu ketika Nabi s.a.w keluarkan pedang. Nabi kata aku akan berikan pedang ini kepada sesiapa yg boleh tunaikan hak pedang ini. Umar mengangkat tangan tanda sedia. Nabi terus berkata "kamu tak layak". Walaupun Nabi pernah bersabda: "kalau ada nabi selepas aku, maka Umar adalah yang paling layak". Nabi bertanya sekali lagi, "aku akan berikan pedang ini kepada sesiapa yang boleh tunaikan haknya. Kini, seorang sahabat bernama Zubair bangun. Nabi kata "kamu tidak layak". Kali ketiga Nabi bertanya. Akhirnya pedang tersebut diberikan kepada Abu Dujanah r.anhu. Umar dan Zubair tidak sedikit pun merasa dengki, namun mencari-cari apakah kelebihan yang ada untuk digapainya semasa perang.

Satu ketika nabi s.a.w berkata ada seorang ahli syurga akan datang. Maka Saad yang datang. Sahabat bernama Abdullah bin Umar mendatangi rumahnya untuk menyelidiki selama 3 mlm apakah yang istimewa. Saad berkata "bila aku melihat kebaikan org lain, aku tak pernah hasad dengki padanya”. Kalau kita berhasad dengki, semua pahala kita dihapuskan. Ini bahaya sifat hasad.

Majunya seseorang dlm kerja dakwah ini adalah berkait rapat dengan dirinya sendiri. Kena ada sifat ikhlas. seperti maulana ilyas melafazkan, ia tiada kaitan dengan buat hubungan dengan seseorang. Kita kena tambah korban dgn kekuatan diri sendiri berkat hubungannya dengan ALLAH. Iklan dari langit Allah kasih pada kamu, kamu kena kasih pada org ini. Ini kemulian dari langit. Dia kuatkan hubungan dgn Allah.

Ada seorang sahabat sangat rapat dan baik hubungannya dengan amirulmukminin Umar Al-Khattab. Bila tidak tambah korban; maka dia diketepi. Ada sahabat balik dari karkuzari, sahabat ansar, dipanggil umar kedepan sehingga ada sahabat yg rapat dgn khalifah iaitu Suhail bin Amar dan Hisham (r.anhuma) terkeluar dari majlis Umar. Apabila selesai, mereka berdua bertemu dengan Umar Al-Khattab, lalu bertanya "bagaimana kami nak mencapai darjat seperti mereka. maka Umar r.anhu menjawab, "Kamu tidak akan bersama mereka sehinggalah kamu sendiri menambah korban, keluar dan syahid di jln Allah, barulah boleh bersama mereka.."

Hanya KESATUAN UMAT akan dapat jadikan usaha ini mencapai ummumiyat, BUKAN kalau kita berkumpul sesama kita. Kita diperintahkan bertebaran bukan berkumpul. Apabila para sahabat selesai melaksanakan haji, Umar r.anhu berkata "kamu perlu bertebaran, aku takut akan jadi sesuatu kepada kamu" Bawa orang baru, akan datang peningkatan dalam diri kamu. Pergi dakwah yg lemah, kita akan terpelihara.

Murtad berlaku kerana 3 sebab. Maulana ilyas melafazkan 3 sebab/golongan ini :
1.Jahil
2.Miskin
3.Tempat yang ada suasana untuk jadi murtad.
Buatlah usaha ke atas ketiga2 golongan ini.


Azam 8 jam setiap hari, 10 hari khuruj setiap bulan dan 4 bulan setiap tahun.
Kita perlu tingkatkan pengorbanan di jalan ALLAH. Bantulah org yg zalim dan yg dizalimi.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir