mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (1)
08/04/88 - nizamuddin Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan para sahabat r.a adalah orang-orang yang paling tawakkal kepada Allah. Manusia ingat dengan ada benda ia boleh membentuk, membina atau memudharatkan seseorang. Benda-benda tidak memberi kesan, semuanya datang dari Allah. Kalau dengan benda ada kesan, bumi telan Namrud tetapi keluarkan zam-zam untuk Ibrahim a.s. Untuk seseorang bumi membinasa tetapi bumi yang sama boleh memberi menafaat kepada seorang lain. Bukan bumi yang memberi kesan tetapi yang berbuat demikian ialah Allah s.w.t. Bagaimana Allah membela atau memudharatkan seseorang dengan perantaraan kebendaan bergantung kepada kehendak Allah sendiri. Apabila Allah membuat sesuatu keputusan samada menyenangkan atau menyusahkan seseorang dengan perantaraan kebendaan maka itu semuanya dari Allah. Musuh Allah merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w tetapi Allah tidak mahu ini berlaku. Allah selamatkan dengan menggunakan sarang labah-labah iaitu suatu benda y...