mesyuarat malaysia 1988 - maulana umar (1)

 08/04/88 - nizamuddin

Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan para sahabat r.a adalah orang-orang yang paling tawakkal kepada Allah. Manusia ingat dengan ada benda ia boleh membentuk, membina atau memudharatkan seseorang. Benda-benda tidak memberi kesan, semuanya datang dari Allah.

Kalau dengan benda ada kesan, bumi telan Namrud tetapi keluarkan zam-zam untuk Ibrahim a.s. Untuk seseorang bumi membinasa tetapi bumi yang sama boleh memberi menafaat kepada seorang lain. Bukan bumi yang memberi kesan tetapi yang berbuat demikian ialah Allah s.w.t.

Bagaimana Allah membela atau memudharatkan seseorang dengan perantaraan kebendaan bergantung kepada kehendak Allah sendiri. Apabila Allah membuat sesuatu keputusan samada menyenangkan atau menyusahkan seseorang dengan perantaraan kebendaan maka itu semuanya dari Allah.

Musuh Allah merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w tetapi Allah tidak mahu ini berlaku. Allah selamatkan dengan menggunakan sarang labah-labah iaitu suatu benda yang paling lemah sekali. Allah tidak pula menggunakan benda yang ghaib seperti malaikat.

Namrud dimatikan oleh Allah dengan menggunakan nyamuk yang lemah. Allah gunakan makhluk yang biasa untuk tujuan kekuasaannya.

Seseorang yang mempunyai harta yang banyak, samada terpelihara atau binasa bergantung kepada keputusan Allah dan bukan benda. Begitu juga di akhirat, berjaya atau binasa terletak di tangan Allah. Orang-orang yang beriman, pasti Allah masukkan ke dalam syurga.

Manusia pasti akan menemui maut dan selepas itu ia akan selama-lamanya dalam syurga atau neraka. Kubur akan menjadi tempat yang selesa atau lubang derita.

Dan akan datang satu hari sangkakala akan ditiupkan. Manusia akan dimatikan dan dihidupkan semula. Semua makhluk akan dibinasakan oleh Allah kecuali manusia. Manusia akan dikekalkan cuma kehidupan manusia berpindah-pindah dari satu alam ke satu alam yang lain.

Keseluruhan penduduk alam ini gemar kepada kebendaan tetapi Allah beritahu kita bahawa amal yang akan membela atau membinasakan seseorang.

Amal dan kebendaan disambungkan oleh Allah dengan asbab dunia. Allah memang berkuasa membuat sesuatu tetapi jarang sekali Allah lakukan demikian tanpa sebab. Sebab ada hubungan dengan amal dan kita mesti gunakan asbab dengan tepat, jika tidak kita tidak akan dapat apa-apa hasil darinya. Misalnya, tanam biji-bijian musim panas dalam musim sejuk.

Begitu juga tentang hidayah. Untuk datangkan hidayah Allah meletakkan satu asbab. Tanpa asbab hidayah tidak akan datang walaupun Allah boleh beri hidayah pada sesiapa yang Ia suka.

Kalau seorang tanam pokok duri, yang akan hasil ialah pokok duri. Mustahil akan lahir pokok yang lain. Asbab memainkan peranan dalam urusan dunia dan akhirat.

Apabila penduduk dunia turut hawa nafsu maka keburukan akan tersebar. Samada baik atau buruk yang tersebar bergantung kepada asbab.

Usaha atas agama ada asbab. Apabila guna asbab dengan tepat maka Allah akan memberi natijah yang baik

Ini adalah ramuan untuk tersebarnya hidayah :
Kasih sayang kepada manusia
Allah sahaja akan balas
Mahu Allah terima usaha mereka

Sebaliknya selain dari itu, Allah tidak akan sebarkan hidayah. Jangan ingat usaha macam mana yang kita mahu hidayah akan datang. Ini tidak akan berlaku.

Usaha ikut cara Rasulullah s.a.w. Apabila usaha agama melalui (1) Asbab tadi dan (2) Ikut cara Rasulullah maka hidayah akan tersebar.

Syarat untuk berjaya dalam usaha :
1.        Niat untuk akhirat
2.        Usaha untuk akhirat
3.        Cara Rasulullah s.a.w

Yakin semuanya dari Allah dan nafi kekuatan diri.

Dalam usaha Rasulullah terdapat 3 perkara :
1.        Tilawat-alan-nas
2.        Tazqiyah – bersih hati
3.        Ta’alim – amal tidak akan sempurna tanpa ilmu yang sempurna.

Tilawat-alan-nas : bukan sahaja baca Quran, tetapi juga memperkenalkan al-Quran dan amal-amal al-Quran kepada manusia.

Apabila usaha ini mengikut cara Rasulullah walaupun baginda seorang ummi maka Allah akan sebarkan hidayah seluruh alam. Ulama ahli kitab membacakan sifat-sifat Rasulullah untuk dapat hadiah dari orang ramai tetapi mereka tidak beriman kepadanya. Ini kerana mereka jadikan agama sebagai mata pencarian. Juga pencarian mereka terancam jika mereka beriman kepada Rasulullah dan orang ramai mengikut Rasulullah s.a.w.

Dalam diri ada nafsu. Jika ikut nafsu kita binasa. Dalam badan kita juga tersembunyi nur atau cahaya. Nur kena ada di luar dan mengurung nafsu di dalamnya. Orang Yahudi sembunyikan yang hak dan zahirkan yang batil. Mereka kata, seluruh ambia datang dari Bani Israil, sepatutnya ketua ambia pun datang dari Bani Israil

Begitu juga jika kita jadikan usaha agama untuk kepentingan dunia kita maka disitulah kebinasaan diri kita. Oleh itu kita kena buat usaha ini ikut tertib Rasulullah. Jika kita buat usaha agama kerana dunia kita tidak akan hasil apa-apa, umpama orang yang buka kedai di waktu malam ketika orang sedang nyenyak tidur.

Contoh-contoh yang diceritakan Allah mengenai umat-umat yang dahulu, boleh berlaku pada umat yang akan datang jika amalan kita serupa dengan amalan umat-umat yang terdahulu itu. Jika usaha dunia Allah sambungkan asbab, begitu juga usaha nurani Allah sambungkan dengan asbab. Allah berfirman akan datang aman apabila ada iman dan iman bukan hanya lafaz. Dengan hanya lafaz satu pun tidak akan berlaku. Apa yang dikehendaki adalah hakikat.

Yakin kepada Allah bermaksud hatinya penuh dengan kebesaran dan kehebatan Allah dan keluar kebesaran dunia, serta beramal dengan kehendak-kehendak Allah dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi. Khalifah menunjukkan kasih sayang kepada penduduk alam. Orang yang suka memberi dan tidak suka mengambil hak orang lain, mereka menunjukkan suatu cara hidup yang bersih.

Kekuatan Allah adalah luar biasa dan apabila kekuatan Allah ada bersama-sama dengan seseorang maka tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkannya. Di akhir zaman akan datang kekuatan Dajjal dan Yakjuj-Makjuj. Hanya kekuatan Allah ada bersama-sama kekuatan addin.

Dalam dunia ada 2 golongan :
1. Yang beriman, beramal – khalifah, yang mempunyai amal yang layak mereka dilantik sebagai Amirul Mukminin
2. Yang engkar seperti Firaun, Qarun dan sebagainya.

Orang yang terdahulu telah diuji dan kamu pun akan diuji. Iman bukan pada bibir sahaja tetapi dalam hati yang terbukti dengan amalan.

Siapakah orang yang benar-benar beriman?  (Dalam al-Quran)
1.        Beriman dengan Allah
2.        Beriman dengan Rasul
3.        Iman mereka tidak ada syak
4.        Mengeluarkan harta dan diri di jalan Allah.
5.        Terus istiqamah dengan perjuangan.

Allah mahu kita berperang dengan orang-orang kafir dan munafik. Perang orang kafir dengan pedang, dan perang orang munafik dengan lidah. Perang dengan lidah adalah jihad akbar.

Jika seseorang luka jumpa doktor :
1.        Luka akan dicuci
2.        Ubat sapu dan antibiotik akan diberi
3.        Jika teruk akan dibedah

Usaha di Mekah, umpama cuci dan beri ubat. Jika teruk maka pedang akan digunakan untuk pembedahan.

Allah telah beli diri kita dengan balasan syurga. Tidak ada apa yang kita punyai. Semuanya adalah kepunyaan Allah. Bukan maksud 4 bulan, 40 hari supaya kita balik tidur, sebaliknya untuk menjadikan seluruh hidup adalah untuk agama.  

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir