surat maulana yusuf rah. - usaha di bulan ramadan

Surat Maulana Yusuf rah. dikirimkan kepada markaz di seluruh India mengenai usaha di bulan Ramadhan


Dari Banglawali Masjid ,
Bhasti Nizamuddin,
New Delhi.

Yang dimuliakan dan dihormati saudara saudara seagama semoga Allah s.w.t memberi taufik kepada kami dan kamu semua sebagaimana yang Ia suka dan reda.

Assalamualaikum wbt..

Maksud usaha tabligh bukanlah untuk menyebarkan atau mewujudkan sesuatu yang tertentu bahkan dengan usaha ini kita ingin menghidupkan perkara yang dibawa oleh Baginda Nabi s.a.w bagi kejayaan muslimin dan sedikit demi sedikit kita terus membawa orang-orang Islam kepada amalan ini mengikut kemampuan mereka.

Asas bagi semua perkara tersebut ialah dengan menjadikan keluar meninggalkan rumah untuk mencari keredaan Allah s.w.t sebagai satu adat yang umum. Sejauh mana perkara ini menjadi umum sebanyak itulah hujan rahmat Allah akan mula turun secara umum juga.

Hujan rahmat dan nikmat Allah swt ini amat susah untuk dibayangkan oleh orang yang mudah untuk bersafar bagi sekecil kecil perkara dunia pun dan sebaliknya menjadi susah bagi mereka untuk safar bagi menghidupkan sunnah yang berkat dan paling unggul ini.

Perkara ini jadi susah kerana sehingga sekarang ini kita tidak merasakan kepentingan safar Tabligh.

Kita menganggap safar-safar ini hanya satu gerakan untuk membetulkan kalimah atau membetulkan solat sahaja. Oleh sebab itu kita tidak memberi kepentingan kepadanya.

Padahal maksudnya ialah untuk menyalakan dan mencahayakan semua amalan-amalan itu yang mana dengan perantaraannya amalan keduniaan menjadi amalan agama dan amalan agama yang biasa menjadi hakikat dan seperkara lagi dengan perantaraannya dapat mengukuhkan hubungan hamba dengan Allah s.w.t yang merupakan maksud agama Islam dan hari demi hari hubungan itu semakin bertambah dan wujud satu khaifiat resah dan ketidak ketenangan untuk lebih maju dalam hubungan ini dan kewujudan khaifiat ini menjadi berterusan/istiqamah.

Oleh kerana maksud ini ialah maksud nurani dan rohani maka waktu yang paling sesuai untuknya ialah di bulan Ramadan.

Oleh kerana maksudnya ialah untuk mengwujudkan nur dan meningkatkan nur maka sebanyak mana usaha  ini dihidupkan dan diusahakan dibulan ramadan iaitu perlu gerakkan usaha secara umum bagi menghidupkan sunnah ini, maka Allah s.w.t akan mula menurunkan rahmat dan nikmatnya secara umum keatas orang Islam yang ianya  terhenti sebelum ini kerana rosaknya manusia secara umum.

Memandangkan usaha ini dibulan Ramadhan akan menghasilkan tujuh puluh kali ganda istiqamah dan nur dibandingkan dengan usaha di bulan-bulan yang lain dan pada bulan Ramadhan ini biarlah suasana tidak bertuhan bertukar menjadi terdorong kepada agama.

Walaubagaimanapun, usaha di bulan Ramadhan adalah lebih berkesan berbanding sebelas bulan yang lain dan bulan Ramadhan datang untuk meningkatkan setiap perkara agama daripada tahap sedia ada, dan apa saja amalan yang ingin kita majukan hendaklah dilebihkan di dalam bulan ini.

Sekiranya seseorang inginkan kemajuan khusus untuk dirinya (yang bergantung kepada suasana umum) maka pilihlah mana mana sudut untuk beruzlah dan sekiranya dia inginkan perubahan secara umum dalam agama maka lapangkanlah waktu dalam bulan Ramadhan ini untuk keluar membuat usaha yang dengannya semua secara umum akan menjadi betul dan akan wujud nur dan istiqamah dalam kerja-kerja khusus yakni amalan infradi.

Walaubagaimanapun usaha ini ialah usaha sahabat. Oleh itu adalah dituntut untuk buat usaha ini seperti usaha bentuk mereka. Sahabat telah mengorbankan uzlah di bulan Ramadhan demi untuk usaha ini sehingga jika keadaan memerlukan, mereka akan membatalkan puasa tetapi tidak membiarkan kekurangan berlaku dalam safar (jihad) mereka. Perkara ini juga diperlukan oleh Islam pada hari ini.

Bangun ……… beranikanlah diri keluar ke jalan Allah.


Tandatangan
Hamba Muhammad Yusof

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir