kepentingan dakwah

Nizamuddin

Keputusan terhadap umat akan dilihat dari perintah-perintah yang dilaksanakan. Umat dahulu juga mempunyai agama atau perintah-perintah, tetapi mereka melalaikannya bahkan ada yang mengingkarinya. Namun sudah menjadi hukum Allah pada umat-umat terdahulu bila mereka lalai dari mentaati Allah, maka Allah hantar Nabi kepada mereka untuk memberikan peringatan. Sehingga ketika mereka telah melampaui batas dan tidak menghiraukan peringatan yang telah diberikan, Allah hancurkan umat-umat itu.

Umat dapat mengetahui Agama jika mereka melakukan kerja Dakwah. Jika Dakwah tidak dilakukan maka agama akan hilang. Siapa saja yang mengamalkan agama maka hidupnya akan mengalami kemajuan atau peningkatan kualiti hidup. Bagi yang tidak mengenal Agama, peningkatan hanya akan tercapai melalui Dakwah. Dengan Dakwah manusia akan mengenal Agama dan mahu mengamalkan Agama. Tanpa Dakwah maka manusia akan jauh dari Agama dan terjadi kerosakan dalam kehidupan manusia.

Ulama ini adalah pewaris ilmu para Nabi, maka peranan ulama dalam memperbaiki umat sangatlah penting. Jika para ulama hanya duduk-duduk saja dirumah maka kehidupan masyarakat akan rosak. Nanti pada hari mizan agama, pengadilan agama, para ulama ada yang dimuliakan kerana ilmu mereka dan ada yang dihinakan kerana ilmu mereka. Allah akan minta pertanggung jawaban dari para ulama ini, apa yang telah mereka lakukan untuk umat. Ulama yang dilaknat Allah adalah ulama yang ilmunya tidak dapat menambah ketakwaan, atau rasa takut bagi dirinya. Ulama yang tidak ada risau terhadap umat maka di dunia ini ketika azab turun, Allah akan timpakan azab ini kepada dia terlebih dahulu. Seperti kisah seorang ulama yang kulitnya tidak berkerut melihat kemaksiatan yang terjadi di sekitarnya. Ulama ini tidak mahu buat dakwah maka Firman Allah kepada malaikat Jibril a.s, untuk menurunkan azab dimulai dari ulama tersebut terlebih dahulu.

Para Anbiya a.s, melakukan kerja Dakwah kerana rasa takut kepada Allah. Bukan kerana hasil dari keadaan-keadaan seperti senang, susah, miskin, kaya, sakit, sihat. Semua Anbiya a.s menjalankan Dakwah karena rasa Takut kepada Allah dan dilakukan dalam keadaan apapun baik susah maupun senang, dalam keadaan berat ataupun ringan, dalam keadaan sakit ataupun sihat. Para Anbiya a.s tidak pernah tinggalkan kerja dakwah walaupun mereka disiksa. Dan mereka tidak pernah meminta/berharap untuk menerima imbalan walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih.

Para Anbiya a.s ini melakukan usaha atas iman dan amal melalui Dakwah sehingga manusia yang rosak menjadi baik. Namun ketika Nabi mereka wafat, dan Dakwah telah ditinggalkan, lambat laun kaum yang tadinya taat telah berubah menjadi Kafir. Atas perkara inilah, yang diusahakan oleh Nabi s.a.w adalah melibatkan sahabat dalam kerja Nabuwwah agar dapat melanjutkan kerja dakwah ini. Inilah usaha nabi yaitu mencetak da’i-da’i yang akan menyambung usaha dakwah Nabi s.a.w. Sekarang tidak akan  ada Nabi lagi walaupun zaman telah menjadi rosak melebihi kerosakan yang terjadi pada kaum-kaum terdahulu. Kerja Nabuwwah ini telah diwariskan Nabi s.a.w kepada umat ini, dan akan berlanjutan sampai hari kiamat.

Setiap Sahabat yang menerima Dakwah Nabi s.a.w kepada Islam, maka yang pertama sekali mereka lakukan adalah Dakwah. Begitu juga bila setiap kali wahyu turun maka yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w adalah menyampaikan kepada yang tidak hadir disini. Jika Dakwah ditinggalkan maka umat ini akan jauh dari Allah. Pertama yang akan dicabut oleh Allah jika umat ini meninggalkan Dakwah adalah Rasa Harap, sehingga ini akan membuat mereka berharap kepada selain Allah. Jadi penyakit yang akan timbul pertama sekali ketika Dakwah ditinggalkan adalah penyakit Syirik, karena Rasa Harap kepada Allah telah hilang dan berganti menjadi Rasa Harap kepada Selain Allah atau berharap kepada Mahluk. Yang kedua, Jika Dakwah ini ditinggalkan maka yang akan tercabut dari diri manusia adalah keinginan untuk menjalankan Amal Ibadat seperti sholat, baca qur’an, dzikir, zakat, haji, dan lain-lain. Dan yang terakhir jika Dakwah ditinggalkan adalah tercabutnya rasa kasih sayang terhadap manusia. Tanpa Dakwah maka Akhlaq manusia akan rosak dan kebathilan akan timbul dimana-mana.

Dengan Dakwah, Agama akan datang dan hanya dengan Dakwah agama akan terpelihara. Kerja Dakwah ini hanya dapat dilakukan bila ada pengorbanan dan mujahaddah. Orang mengira bahawa dakwah itu untuk orang lain, padahal dakwah itu adalah untuk diri sendiri. Bagaimana apa yang kita dakwahkan itu dapat tertanam dalam hati. Hanya dengan Dakwah kita dapat mengenal Allah dan mendapatkan rasa cinta kepada Allah.

Setiap orang beriman dapat mengisi dan memenuhi cahaya Iman kedalam hatinya melalui Amalan Dakwah. Hanya dengan amalan sajalah kita dapat menyenangkan Allah. Dan Dakwah ini adalah amalan yang dapat mendatangkan rasa senang dan rasa cinta Allah Ta’ala. Dakwah ini adalah amalan para kekasih Allah. Karena Dakwah seseorang dimuliakan dan karena Dakwah pula seseorang dihinakan. Seperti Bilal r.hu asbab kerja Dakwah yang sebelumnya dia hanya seorang hamba, setelah memeluk Islam dia dimuliakan oleh Allah di dunia dan di akhirat. Di dunia dia meninggal sebagai gabenor dan sebelum meninggalpun langkah kakinya sudah terdengar oleh Nabi s.a.w di syurga. Dan dengan Dakwah Allah telah menghinakan Firaun yang menentang Dakwah Nabi Musa a.s di dunia dan di akhirat. Di dunia ini siapa yang tidak melaknat Firaun Laknatullah Alaih.

Dengan Dakwah maka seseorang akan mendapatkan Iman, Iman itu adalah:
1. Rasa Harap dan Takut kepada Allah
2. Keyakinan terhadap Perkataan Nabi s.a.w tentang kehidupan di Akhirat.

Jika manusia tidak punya rasa harap kepada Allah, maka agama hanya akan menjadi tradisi. Sedangkan yang namanya Agama adalah meletakkan keinginan Allah diatas keinginan kita. Tiada yang lebih penting daripada keinginan Allah. Yang namanya seorang Hamba itu adalah seseorang yang melakukan apa yang tuannya mahu. Seorang hamba yang baik adalah hamba yang taat pada tuannya. Iman adalah Penghambaan kepada Allah dengan melakukan ketaatan. Kini kerana umat telah kehilangan Rasa Harap kepada Allah, sehingga Rasa Harap mereka terletak pada Asbab seperti kedai, sawah, jabatan, dan lain-lain. Maka ketika mati, mereka tidak akan membawa apa-apa selain kesia-siaan. Ketika Harap pada Allah dalam diri manusia ini telah hilang maka yang akan dibicarakan mereka hanya perkara asbab dan keduniaan saja.

Saat ini umat hanya membicarakan dunia saja, sementara para sahabat yang menjadi pembicaraan mereka adalah kebesaran Allah dan akhirat. Hari ini manusia suka membicarakan perkara yang tidak berharga. Ini kerana mereka tidak tahu nilai dari amal agama. Inilah sebabnya saat ini kerja Dakwah sangat diperlukan yaitu sebagai saranan umat untuk mengenal Allah dan janji-janji Allah. Tanpa Dakwah manusia tidak akan mengenal Allah dan tidak akan mengenal janji-janji Allah.

Jika seseorang tidak mempunyai Iman, maka perbuatan dosa akan menjadi keahliannya seperti berjudi, mencuri, rasuah, dan lain-lain. Jika suasana Agama sudah terbentuk maka setiap pendosa akan datang minta dihukum, kerana merasa bersalah dan takut kepada Allah. Dan ini dapat wujud melalui Kerja Dakwah. Hanya dengan kerja Dakwah suasana amaliat, suasana agama, akan terbentuk.

Penjagaan terbaik pada diri kita adalah Iman. Jika seseorang tidak mempunyai Iman maka dia tidak mempunyai benteng penjagaan. Ia akan menjadi orang yang serba bergantung kepada yang lain. Hatinya akan menjadi gelap sehingga tidak boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. bila suasana rosak sangat susah bagi seseorang mengamalkan agama. Tetapi dengan Dakwah suasana yang rosak akan menjadi baik. Hanya dengan Dakwah kita dapat mengetahui pentingnya Agama. Tanpa Dakwah sifat harap kepada Allah tidak akan wujud dan keyakinan manusia hanya terletak pada asbab. Jika sifat harap manusia timbul dari asbab maka Iman tidak akan wujud dalam diri manusia. Kerana Iman itu membawa manusia dari yakin pada asbab menjadi yakin pada Qudratullah.

Tanpa Iman manusia tidak dapat mengamalkan Agama. Apa itu agama :
1. Perintah Allah
2. Cara Rasullullah s.a.w
3. Niat yang Ikhlas

Agama itu adalah menjalankan seluruh perintah Allah dan ikut seluruh aspek kehidupan Rasullullah s.a.w dengan niat hanya untuk menyenangkan Allah. Kita tidak lain diciptakan hanya untuk menghambakan diri kita kepada Allah. Dimana selama 24 jam kita melakukan ketaatan terhadap apa yang Allah ingini dalam setiap waktu, tempat dan keadaan. Segala bentuk amal ibadah kita, harus dilakukan dengan perasaan Ihsan, iaitu perasaan merasa diperhatikan oleh Allah dan Ikhlas, iaitu semata-mata hanya untuk menyenangkan Allah. Walaupun dalam perdagangan, istinjak, makan, bergaul, dan lain-lain. Ibadah itu bukan hanya di masjid tetapi segala sesuatu yang kita lakukan dengan membawa rasa melihat Allah dan dilihat oleh Allah.

Jika kita tidak membawa martabat ehsan dalam setiap perbuatan kita maka kecenderungan manusia ini akan berbuat menurut nafsunya saja. Orang tidak akan takut memakan makanan yang haram, melakukan maksiat dan menzalimi orang lain. Makanan Haram akan mengeluarkan keinginan untuk melakukan perbuatan yang haram. Penghasilan yang haram akan menghancurkan agama yang wujud dalam diri kita. Hanya dengan perkara atau makanan yang halal manusia dapat menjalankan agama dan tidak merosakkan amal-amalnya.

Segala sesuatu yang terlihat dan tidak terlihat ada dalam kawalan Allah s.w.t. Ular tidak akan boleh membunuh tanpa izin Allah, bahkan ular tidak akan menjadi ular tanpa izin dari Allah ta’ala, mungkin boleh menjadi tongkat, seperti tongkat musa a.s. Agama ini adalah segala kehendak-kehendak Allah atas diri manusia. Jika kita penuhi kehendak Allah, maka Allah akan penuhi keinginan kita. Hanya dengan Agama manusia dapat menguasai dunia. Hanya dengan menjalankan perintah-perintah Allah langit dan bumi dapat tunduk pd manusia. Sebagaimana yang telah terjadi pada para sahabat, berjalan diatas air, mendatangkan hujan, menghidupkan binatang yang mati dan lain-lain. Hanya orang-orang yang menjalankan perintah Allah mereka dapat memiliki kekuatan yang luar biasa. Kerana dengan ketaatan, kekuatan Allah ada bersama mereka. Seperti tongkat Musa a.s yang menjadi ular, seperti Ibrahim a.s ketika dilempar ke dlm Api dan lain-lain.

Segala sesuatu ini Allah ciptakan untuk menguji manusia. Manusia yang gagal dlm ujian Allah Ta’ala akan terperangkap dlm ciptaan Allah, terperangkap oleh dunia. Untuk ini kita perlu berkorban di jalan Allah agar Allah kuatkan Iman kita dengan HidayahNya.

Comments

  1. Anonymous19.4.22

    πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1.5.23

      TerbaikπŸ‘πŸ‘πŸ‘

      Delete
  2. Anonymous19.12.22

    πŸ€—πŸ€—

    ReplyDelete
  3. Anonymous6.7.23

    Sangat menyentuh

    ReplyDelete
  4. Anonymous30.8.23

    πŸ₯²

    ReplyDelete
  5. Anonymous21.10.23

    Bayan zaman rosak dah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir