targhib ijtimak - pakcu bentong

Mesyuarat KL – 16/03/2016

Tuan2 yg mulia,

Allah s.w.t telah hantar nabi s.a.w sebagai akhir nabi. tidak ada nabi lagi selepas nabi s.a.w. Umat ini adalah akhir umat. Tidak ada lagi umat selepas umat ini. Oleh itu, umat ini telah dipilih, telah dihantar atas maksud hidayat sama sebagaimana nabi dipilih dan dihantar atas maksud hidayat. Allah tahu umat ini mampu utk buat usaha agama. Umat ini mampu utk pikul t/jawab kerja agama. Kita kena gunakan kemampuan kita ini utk tegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. thn 2009, maulana saad kata di ijtimak nilai, maksud keluar ke jln Allah ialah bagaimana kalimah Allah tertegak di muka bumi ini. ijtimak ialah jln pintas atau pemangkin supaya umat ini dtg kpd usaha dakwah secara umum. Sekiranya ijtimak ini berjaya dan ada ruh, maka umat akan dtg kpd usaha agama secara menyeluruh. Selagi umat ini tidak dihubungkan kpd kerja agama dgn cara yg betul, iaitu cara nabi dan sahabat, maka umat ini akan terjauh dari nusrah/bantuan Allah. Umat ini akan terjauh dari pandangan dan rahmat Allah. Maulana saad berkali2  kata hanya usaha dakwah cara nabi sahaja akan jadi asbab hidayat pd umat. Kalau dakwah dibuat bukan dgn cara nabi maka hanya maklumat agama sahaja tersebar.

Setiap drp kita bertanggungjawab utjk menjayakan ijtimak. Apa itu ijtimak? Ijtimak adalah perhimpunan utk menzahirkan amal baik manusia. Yg mana amal baik ini akan naik ke langit dan Allah akan balas dgn rahmat dan hidayat. Ijtimak adalah himpunan usaha. Usaha sebelum ijtimak adalah ruh pd ijtimak. Kalau usaha sebelum ijtimak tidak dibuat, maka ijtimak akan jadi mayat, tiada ruh, ijtimak mati. Bukti ijtimak mati ialah kehadiran hanya di kalangan rakan seusaha, 2/3 kehadiran org awam tak tercapai. Bukti ijtimak yg ada ruh, org yg dtg ijtimak, tanpa persediaan, akan keluar tunai di jln Allah. ‘shan’ bukan perhiasan tapi ‘shan’ adalah kehebatan ijtimak. Kita akan dpt capai kehebatan selepas ijtimak bila usaha sebelum ijtimak  dibuat. Semua kita bertanggungjawab. Masturat juga kena ada fikir ijtimak. Pd hari ijtimak, semua wanita jgn buat apa2 appointment, batalkan semua appointment, semua masturat kena puasa, zikir, baca quran, baca yasin utk kejayaan ijtimak. Inilah yg berlaku di sri lanka, bila wanita ada fikir atas ijtimak, 1500 jemaah 4B telah dpt dikeluarkan. Tiada rehat lagi utk kita. Kita dah kesuntukan masa, ijtimak pertama tinggal 2 minggu sahaja lagi, pd 01/04/2016.

Kerja agama tak bergantung pd org lama atau org baru. Dlm usaha agama, bergantung pd siapa ambil t/jawab. Semasa perang uhud, nabi tanya siapa boleh sempurnakan hak pedang dari yaman. Umar sedia. Zubair sedia. Abu dujanah sedia. 3 kali nabi tanya. Tapi nabi bagi pd abu dujanah. Padahal Umar dan Zubair org lama. Abu dujanah org baru. Mereka telah nampak bagaimana Abu dujanah telah sempurnakan takazah pedang tersebut. Dia telah selamatkan semua serangan musuh utk membunuh nabi.

Satu ketika di saharanpur, org2 lama telah berkumpul, maulana rahim raipuri, maulana ashraf ali thanwi, maulana rashid gangohi, maulana khalil ahmad, selepas iqamat utk solat asar, org2 tua dikalangan keluarga maulana ilyas telah menolak maulana ilyas utk jadi imam, masa tu maulana ilyas baru 20 thn, maka satu org telah kata enjin kecil nak bawa gerabak besar. Maka telah dijawab oleh satu org tua yg lain, kekuatan enjin itu bukan pd saiznya, kekuatan enjin itu pd kuasanya. Oleh itu tuan2, tak kisah org baru atau org lama, siapa yg menjayakan ijtimak Allah akan bantu dia.

Oleh itu setiap halaqah kena fikir. Azam KL ialah 1400 jemaah. 700 jemaah sebelum dan 700 jemaah selepas ijtimak. Kita buat azam dan tawakkal. Azam yg dibuat adalah berasas. Bukan suka2 buat. Setiap halaqah kena keluarkan jemaah 10H dlm halaqah. Utk ijtimak KL2, keluarkan jemaah 40H dlm halaqah. Di belakang kita ada kudrat Allah. Bangun bagi azam. Setiap halaqah bagi azam. Kita ada 113 halaqah. 

Comments

  1. jz tuan =)

    r.panjang skrg 2 jemaah sedang bergerak 40hr dlm halaqah

    doa karo

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir