targhib masturat - pakcu bentong
Mesyuarat KL - 10/01/2018 Bila Maulana Daud rah. balik dari madrasah yg di asas di Delhi , beliau telah beritahu kepada Maulana Ilyas rah. wanita2 di madrasah telah tanya; "Orang lelaki saja keluar, orang perempuan tak ada keluar ke?" Maulana Ilyas yang pada masa itu sedang sakit, telah bangun daripada katilnya dengan keadaan yang sangat gembira. Maulana Ilyas telah kata; "Apa yang saya tunggu selama ini telah tiba, apa yang saya cari telah dijumpai. Bila wanita berkeinginan untuk keluar ke jalan Allah, bermakna peningkatan agama ini akan maju dengan mendadak." Oleh itu tuan2 yang mulia, di dalam mesyuarat banyak kali Maulana Saad telah beritahu; "Usaha wanita ini adalah sepuluh kali usaha lelaki." Kita orang lelaki banyak auta (mengelat). Orang perempuan (masa keluar) kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 10 tepat mereka akan mula taklim. Sebaliknya orang lelaki kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 11 baru datang (segelintir saja, bukan ...