bayan ust hamzah - ganjaran belajar agama
Tahfiz Al Munawwirah Hulu Langat
25/12/2017
GANJARAN BAGI MEREKA YANG BERSUSAH
PAYAH MENGHANTAR ANAK BELAJAR AGAMA
π· Pahala ganjaran bagi mereka
yang datang majlis ilmu/belajar ilmu ni ibarat beratus-ratus tahun lamanya.
Allah sembunyikan dari pengetahuan kita kerana ianya sangat mahal. Pahala ini
tak nampak tapi kita kena yakin yang ia ada. Allah simpan dari dulu hingga
kini.
π· Satu orang yang tidak ambil
agama dia tidak akan berjaya dunia dan akhirat, kerana agama yang akan menyelamatkan
kita.
π· Kita jangan banyak bertanya
apa yang guru lakukan pada anak kita tetapi kita kena tanya pada guru apa yang
mereka perlukan bantuan untuk anak kita
π· 3 pihak harus gotong
royong(berkejasama) : Ibu bapa, guru dan pelajar. Kena satu fikir dan
sepakat untuk anak, untuk jadikan mereka Hafiz/Hafizah @ Alim/Alimah sehingga
mereka berjaya.
π· Ibubapa yang bantu agama Allah
dengan hantar anak belajar agama akan dapat buku catitan amalan di tangan
kanannya.
π· Kita letak anak kita belajar,
kita kena bantu mereka. Yang mana bantu mereka dapat cinta Rasul s.a.w dan
dapat bersama dengan Rasul s.a.w
π· Allah akan beri keistimewaan
pada pelajar agama yang mana mereka boleh beri syafaat pada sesiapa yang dia
inginkan seperti syafaat Anbiyaa a.s dan anak tersebut dibenarkan beri syafaat
pada mereka yang banyak membantunya. Juga mendapat syurga firdaus yang di
dalamnya terdapat 10,000 mahligai.
π· Diberi juga Syurga Khuld.
Allah beri 100,000 bandar dalam syurga yang diperbuat dari cahaya dan dalam
Syurga Maa'wa Allah beri 30,000 mahligai daripada Yakult berwarna merah dan setiap
dirham yang dibelanjakan dalam menuntut ilmu, setiap 1 dirham = 1 bidadari
sebanyak mana bintang di langit dunia.
π· Jangan bimbang atas apa yang
kita belanjakan untuk anak-anak yang belajar agama, kita hendaklah niat
perbelanjaan itu adalah kita infaq ke madrasah. Tetapi kita hendaklah
risau apa yang kita belanjakan untuk diri kita, yang mana kita akan ditanya
satu hari nanti.
π· Orang yang bersalaman dengan
pelajar agama, Allah akan haramkan dia disentuh api neraka jahannam.
π· Sekiranya pelajar agama
meninggal dunia, Allah akan ampunkan dosa dia dan ampunkan seluruh org yang
ziarahi dan solat jenazahnya.
π· Apabila seorang yang belajar
ilmu, lalu di satu kampung maka Allah akan angkat azab kubur dan beri rahmat
bagi ahli kampung tersebut.
π· Sentiasa bagi semangat pada
anak-anak kita. Elak bawa anak kita ke tempat yang lemahkan semangat dia. Usahakan
kehadiran anak kita. Jangan kerap cuti kerana 1 hari tidak hadir ibarat 40 hari
tidak datang.
π· Menghantar anak ke madrasah
ibarat menanam pokok. Untuk dapatkan hasil, kita kena bersabar dan tetap di
satu tempat. Jika kita selalu pindahkan pokok tersebut maka kita tidak akan
dapat hasil dari pokok tersebut.
π· Bila kita hantar anak ke
madrasah kita hendaklah yakin 100% pada Allah. Yakin apa akan kita dapat melalui
kehidupan akhirat sebab mereka yang hantar anak untuk belajar agama Allah amat
besar ganjaran disisi Allah. Di dunia mungkin manusia memandang sebelah mata,
tapi ganjarannya sangat besar disisi Allah Ta'ala. Yakin bahawa kita lalui
kehidupan ini hanya melalui nusrah (pertolongan) Allah Ta'ala.
π· Didunia kita tidak nampak,
tetapi di akhirat nanti Allah akan buka kan
semuanya
Apabila seorang yang belajar ilmu, lalu di satu kampung maka Allah akan angkat azab kubur dan beri rahmat bagi ahli kampung tersebut.
ReplyDeleteAda tak dalil-dalil atau hadis yang menguatkan ayat ini?