targhib masturat - pakcu bentong
Mesyuarat KL - 10/01/2018
Bila Maulana Daud rah. balik dari madrasah yg di asas di Delhi , beliau telah
beritahu kepada Maulana Ilyas rah. wanita2 di madrasah telah tanya; "Orang
lelaki saja keluar, orang perempuan tak ada keluar ke?" Maulana Ilyas yang
pada masa itu sedang sakit, telah bangun daripada katilnya dengan keadaan yang
sangat gembira. Maulana Ilyas telah kata; "Apa yang saya tunggu selama ini
telah tiba, apa yang saya cari telah dijumpai. Bila wanita berkeinginan untuk
keluar ke jalan Allah, bermakna peningkatan agama ini akan maju dengan
mendadak."
Oleh itu tuan2 yang mulia, di dalam mesyuarat banyak kali
Maulana Saad telah beritahu; "Usaha wanita ini adalah sepuluh kali usaha
lelaki." Kita orang lelaki banyak auta (mengelat). Orang perempuan (masa
keluar) kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 10 tepat mereka akan mula
taklim. Sebaliknya orang lelaki kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 11
baru datang (segelintir saja, bukan semua).
Sekiranya usaha wanita ini kita lupakan dan kita tinggalkan,
maka umat ini akan berada dalam kerugian yang sangat besar kerana Allah
perintahkan agama ini sama sahaja di antara wanita dan lelaki. Oleh itu
perintah dakwah ini adalah perintah Allah yang sama sahaja untuk wanita dan
lelaki.
Dulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, Allah telah
lantik orang yang bertanggungjawab untuk menyampaikan agama ini hanya
dikalangan lelaki sahaja. Tetapi untuk umat ini; lelaki, wanita dan kanak2
bertanggungjawab untuk kerja nubuwwah (kenabian) ini.
Maulana Umar Palampuri rah. bagitau; "Biar seluruh
dunia tak suka kita buat usaha dakwah tetapi isteri kita suka, maka mudah untuk
kita buat dakwah. Sebaliknya jika seluruh dunia suka kita buat dakwah sehingga
kita menjadi orang yang di atas pentas tetapi isteri kita tak suka, maka susah
untuk kita buat dakwah."
Jadi untuk itu kita kena fikir atas usaha wanita kerana umat
ini bahkan Nabi2 yang terdahulu, jika wanita membantu dalam usaha dakwah maka
kesan baik akan tersebar begitu cepat sekali.
Oleh itu takaza untuk setiap halkah mengeluarkan jemaah
masturat mereka sendiri dan menghidupkan taklim mingguan masturat.
Taklim mingguan masturat ini sangat penting kerana nisbahnya
adalah sama seperti malam markas untuk lelaki. Jika wanita tidak dihubungkan
dengan taklim mingguan masturat, maka fikir agama akan terluput dari diri
wanita.
Wanita punya fikir; kerana wanita ini ada 9 keinginan dan 1
sahaja akal, jika digunakan untuk dunia maka dunia akan bertambah. Tengoklah
barang2 yang ada di dalam rumah kita, kebanyakannya adalah hasil dari keinginan
wanita. Orang lelaki kalau rumah macam kubur pun mereka tak kisah sebab lelaki
keluar 4 bulan setiap tahun.
Baru2 ni beberapa ulama kita pergi ziarah satu ulama di
Mewat untuk tashkil keluar setahun sedangkan isteri ulama tersebut sedang sarat
mengandung. Ringkasnya bila ditashkil maka dia kata; "Isteri saya sedang
sarat mengandung dan dah nak melahirkan anak." Maka kedengaran suara
isteri dari balik tabir; "Sekarang ni apa masalahnya? Bukan abang yang nak
melahirkan anak ni. Saya yang akan melahirkan. Abang keluarlah setahun."
Jadi perkara inilah yang kita nak usahakan. Setiap halkah
perlu sediakan jemaah 10 hari masturat. (Syarat untuk hidupkan taklim di
halkah, perlu ada sekurang2nya 3 orang yang berpengalaman masturat 10 hari
dalam satu mohalla)
Apa maksud kita buat rumah taklim mingguan masturat?
Maksudnya adalah supaya kita dapat hidupkan amalan masjid nabawi di setiap
rumah orang Islam. Hadraji Innamul Hassan rah. bagitau; "Rumah2 orang
Islam diibaratkan ada lubang2. Dari lubang2 itu segala fitnah, kemaksiatan dan
keburukan akhir zaman akan masuk. Hanya dengan amalan taklim harian di rumah2
lubang itu akan dapat ditutup."
Kita juga perlu sediakan rumah kita untuk terima jemaah2
masturat. Jika jemaah datang selama 3 hari di rumah kita, maka rumah kita akan
menjadi taman2 syurga selama 3 hari tersebut. Jadi takaza juga sekarang untuk
terima jemaah2 masturat ke rumah kita kerana ramai yang sedia keluar tapi tak
sedia untuk terima jemaah ke rumah. Jangan fikir rumah kecil atau besar tetapi
fikir nak terima atau tak jemaah ke rumah kita. Syura putuskan setiap halkah
sediakan 2 rumah setiap bulan hingga hujung tahun untuk terima jemaah masturat.
insyaAllah.
Comments
Post a Comment