mesyuarat: M3BM - ust hazim

04/05/2019 - sri petaling

Alhamdulillah, kita semua dtg dari seluruh negara berkumpul disini setiap 3 bulan sekali, mesyuarat 3 bulanan, atas satu maksud dan tujuan yg sangat besar. Utk wujudkan kesatuan/ijtimaiyat. Kesatuan dlm fikir, dlm nehej, dlm percakapan kita. Syarat utama utk dpt bantuan/nusrah Allah adalah ijtimaiyat. Kerja yg kita buat ini hanya akan berjaya dgn pertolongan Allah. Ijtimaiyat hanya akan wujud bila fikir kita satu, wahdatul fikr. Kalimah kita satu, wahdatul kalimah. Percakapan dan nehej kerja yg sama. Hati kita satu. Sebagaimana satu jemaah yg sedang solat berjemaah, di belakang satu org imam, niat sama, bacaan sama, pergerakan sama, semua ikut pergerakan imam. Sebaliknya di bazaar, di shopping mall, ada ratusan/ribuan org, tapi mereka tak dipanggil satu jemaah kerana tujuan mereka berlainan, fikir mereka berlainan.

Nabi s.a.w telah wujudkan satu usaha di mekah dan madinah, setiap org sahabat ada fikir yg sama dgn nabi s.a.w. Percakapan dan keinginan sahabat, cara kerja/nehej mereka sama dgn nabi s.a.w. Inilah ijtimaiyat yg sebenar/hakiki. Setiap rakan seusaha, diperingkat negara, halaqah dan mahalah, mesti ada percakapan, fikir, nehej yg sama spt nizamuddin. Cara kerja kita hendaklah ikut apa yg dikehendaki oleh Allah dan rasul. Kerja ini ada perintah Allah. Allah yg bagi pd kita kerja ini. Oleh itu, kita kena buat kerja sebagaimana Allah nak. bukan buat kerja ikut sukahati kita. Bukan sekadar buat usaha tapi usaha perlu dibuat menepati kehendaki Allah iaitu cara nabi s.a.w sebagaimana yg diberitahu oleh amir kita di nizamuddin. Ini dipanggil ijtimaiyat. Ijtimaiyat bukan bila kita duduk mesyuarat, 10-15 org, sepakat utk buat satu perkara, tapi bertentangan dgn kehendak Allah dan rasul, bertentangan dgn kehendak masyaikh kita di nizamuddin, ini tidak dipanggil ijtimaiyat. Usaha ini terikat dgn cara nabi s.a.w.

Sahabat2 begitu ihtimam dgn ittibaq sunnah sehingga dlm bab kencing/berak, bab makan/minum tak lari sikit pun drp cara nabi s.a.w. Satu ketika saidina Umar r.hu dijemput makan di rumah anaknya abdullah ibnu umar. Hidangan daging dimasak dgn minyak sapi. Beliau tak sedia nak makan. Sebab hidangan itu ada dua lauk. Nabi s.a.w tak pernah makan dua jenis lauk serentak. Walaupun makanan tersebut halal, tapi 2 lauk, daging dan minyak sapi. Apatah lagi berkenaan usaha dakwah. Dakwah adalah tulang belakang agama. Dgn perantaraan usaha dakwah, keseluruhan agama dibangunkan. Setiap amal dlm usaha dakwah yg sahabat buat, bertepatan, sama mcm yg dibuat oleh nabi s.a.w.

Ijtimaiyat akan dtg bila kita semua, dlm hati kita ada keinginan nak buat sebagaimana nabi dan sahabat buat. Setiap drp kita letak kehendak Allah dan rasul di depan kita. Setiap drp kita letak sirah nabi dan kehidupan sahabat depan kita. Setiap drp kita berusaha utk amalkan, melaksanakan sebagaimana yg dinasihatkan oleh masyaikh kita, oleh amirul waqt kita. Setiap drp kita berusaha utk meningkat dari segi pengorbanan, dari segi sifatnya, dari segi cara kerja yg kita buat, kaifiat usaha, zahir dan batin, kita buat sebijik mcm usaha yg dibuat oleh nabi dan sahabat.

Inilah salah satu maksud kita berkumpul 3 bln sekali disini. Supaya usaha di seluruh negara kita berada di atas satu landasan yg sama. Perkara ini akan berlaku bila tuan2, otj markaz, otj halqah, kita semua satu fikir, satu cakap, faham betul2 nehej kerja yg cuba disampaikan. Secara amali kita semua balik dan praktik/amalkan apa yg diberitahu.

Tuan2 telah dtg mesyuarat dgn penuh pengorbanan. Duduk dlm mesyuarat dgn penuh adab, dgn penuh takzim, dgn penuh fikir. Kesempurnaan dlm usaha akan dtg bila ada kesempurnaan dlm mesyuarat. sebagaimana kita jaga adab dlm solat, begitu juga kita kena jaga adab dlm mesyuarat. Pertama, kita kena ihtimam dlm mesyuarat. Kedua, kita ihtimam dlm melaksanakan segala yg diputuskan dlm mesyuarat. Kita cuba buat dgn sungguh2 takazah2 yg diberi. Takazah pengeluaran jemaah dlm masa 3 bln akan dtg. Takazah peningkatan amal usaha tempatan. Wahdatul kalimah, apa sahaja yg diputuskan dlm mesyuarat, kita semua bersatu dlm perkara tersebut. Sifat org beriman, apa sahaja keputusan yg dibuat oleh nabi s.a.w, mereka menerima dgn hati yg terbuka, tanpa ada sedikit pun rasa tak senang, tak sedap dlm hati mereka.

Kita berkumpul disini utk dengar nasihat2 masyaikh kita yg terkini berkenaan nehej, sifat, takazah. Kita semua berada dlm saf yg sama. Kita dihantar utk seluruh alam. kita dengar karguzari dari seluruh negara. Sejauh mana kita dengar dgn penuh tawajjuh, sejauh itu fikir akan bertambah dlm diri kita. Bagaimana usaha di seluruh negara ada peningkatan. Setiap 2 thn kita buat azam di nizamuddin. Apa peningkatan dlm masa 2 thn? kita adalah jemaah nizamuddin yg dihantar utk buat usaha di Malaysia selama 2 thn. setiap 3 bln kita berkumpul utk tengok sejauh mana kita dah berjaya mencapai segala azam2 tersebut. Bagaimana 100% masjid di seluruh negara dpt jadi mcm masjid nabi s.a.w. Bagaimana setiap org islam, lelaki, wanita, kanak2, tua dan muda, dpt gunakan harta dan diri mereka, utk usaha nabi s.a.w yg mulia ini. Bagaimana setiap org dpt amalkan agama yg sempurna dlm kehidupan dan jadikan kerja agama ini maksud hidup mereka.

Di ijtimak fiji, maulana saad bagitahu, tertib 4B setiap thn adalah tertib utk setiap org islam. Bukan utk karkun lama sahaja. Selagi mana kamu tidak jadikan keluar 4B setiap thn sebagai sebahagian drp kehidupan kamu, selagi itu kamu tak akan dpt rasa kemanisan iman. Jadikan ini sebagai percakapan dlm setiap bayan kamu, dlm mesyuarat markaz, halqah, mahalah. Jadikan ini satu umoor yg berterusan. 100% org islam dpt bagi masa 4B setiap thn. Bentangkan takazah ini pd setiap org islam. Ceritakan apa kesan/faedah 4B pd diri dan umat. Supaya setiap umat faham mereka dihantar utk usaha agama. Diri dan harta adalah utk agama Allah. utk bangunkan agama seluruh alam. Ini amanah drp Allah. setiap org islam kena sedar bahawa dia bertanggunggjawab utk bangunkan agama di seluruh alam. Utk itu, kena bagi masa 4B setiap thn bergerak di jln Allah. Baki masa, kena bagi masa hari2 di mahalah utk hidupkan amal masjid. Masa lapang bagi utk masjid. Kurangkan masa utk keperluan, kurangkan masa utk keluarga. Sebanyak yg mungkin utk agama.

Hari ni, otj dan karkun lama belum dpt bagi masa 4B setiap thn. kita semua azam, insyaAllah. Usaha agama ini mcm naik anak tangga. Bila kita naik, baru org belakang kita dpt naik. Kalau tidak, kita akan jadi penghalang bagi org belakang. Kita kena dtg kpd tertib 1/3. Bukan sahaja 1/3, tapi 6B setiap thn. 4B keluar di jln Allah, 2B di nizamuddin. Baki masa, separuh siang, separuh malam. Bangunkan usaha sehingga masjid kita hidup 24 jam. Taraqqi/peningkatan. Peningkatan dari segi pengorbanan dan sifat. Pengorbanan yg semakin hampir dgn pengorbanan nabi s.a.w dan sahabat2. Cara kita buat usaha makin mirip dgn cara nabi, mesyuarat, dakwah, taklim, zikir, tilawah, amalan malam. Kita dpt buat dan dibuat dgn cara nabi. Bawa mizaj nabi, bawa sifat nabi, bawa akhlak nabi s.a.w. Utk peningkatan diri kena tambah korban. Sibukkan diri secara amali dgn amal2 ijtimai dan infradi. Kita bukan hanya bagi arahan. Kita sendiri kena buat. Bila nabi s.a.w agih2kan kerja, nabi sendiri pun buat. Nabi sendiri angkat batu, cari kayu api. Nabi s.a.w sendiri buat secara amali bersama sahabat2. Otj jgn asingkan diri drp majmak. Kita kena bersama dgn majmak, dlm mesyuarat, dlm khuruj, dlm gasht, dlm segala amal2 masjid, makan, minum dsbnya. Bila kita bersama org awam, mereka kenal kita dan kita kenal mereka. dan kita boleh ambil kerja drp mereka. Otj setiap negeri, kena keluar paling kurang 40H dlm kawasan sendiri. Tengok usaha di seluruh tempat.

Kita kena ihtimam dgn dakwah infradi. Berapa org setiap hari kita bagi dakwah? Pergi kenduri, semasa safar, di pejabat, ada ramai org, kita kena bentuk fikir mereka. Maulana ilyas sangat marah bila ada 1 org yg dtg ke masjid tapi tak didakwahkan. Di akhirat nanti, bila Allah soal kamu, apa nak jawab depan Allah. adakah cukup dgn jawapan saya sedang sibuk solat sunat. Begitu sekali fikir maulana ilyas, seorang pun umat tak boleh ditinggalkan. Anak isteri kita yg duduk satu rumah dgn kita, adakah kita dah dakwah dan bentuk zihin mereka. Dakwah infradi adalah asbab utama utk dpt bantuan ghaib Allah s.w.t.

Ahli mesyuarat, semua kita disini, kena jaga amal infradi dan ijtimai. Jaga solat. jaga takbiratul ula, saf pertama, ihtimam dgn amal dakwah. Satu org jumpa maulana utk jadi ahli mesyuarat, maulana suruh dia ihtimam saf pertama solat selama 1 thn, baru akan difikirkan samada layak atau tidak. Allah akan mudahkan urusan kita dgn amal2 yg dibuat. Allah akan ilhamkan dlm hati kita perkara2 yg Allah kehendaki dlm mesyuarat. Org yg buat usaha dgn kepandaian, kebolehan, pengalaman dia, sebenarnya dia tak yakin dgn bantuan Allah. Kita kena menangis dan merayu pd Allah. nafikan segala apa yg kita ada.

Kita kena fikir mcm mana masjid kita sendiri jadi mcm masjid nabi s.aw. Apa sifat masjid nabi s.a.w? masjid nabi s.a.w hidup dgn amal 24 jam. Siang dan malam. Amal dakwah, amal taklim, amal ibadat, amal khidmat. Usaha dibuat secara berterusan utk hubungkan setiap org islam dgn masjid. Setiap org islam dpt bagi masa hari2 di masjid ikut kelapangan mereka. jumpa 100% org islam. Jumpa 2X sebulan. Setiap 15 hari kena jumpa. Khulasah usaha masjid ki abadi:  1.dlm masjid ada amal berterusan  2.di luar masjid ada usaha berterusan utk bawa org ke masjid. 2 usaha ini berjalan serentak. inilah usaha memakmurkan masjid. Bukan hanya dlm masjid ada amal tapi di luar tiada usaha. Atau di luar ada usaha tapi di dlm tak ada amal.

Org lelaki dihubungkan dgn amal masjid. Wanita hidupkan amal masjid di rumah. Setiap rumah org islam perlu hidup 24 jam mcm masjid. Apa amal yg ada di masjid, itulah juga amal yg perlu ada di rumah. Di masjid, 5 amal masjid. Di rumah, 5 amal rumah. Ini langkah pertama. Hidupkan maktab di masjid2. Anak2 org islam kena kenal Allah dulu sebelum kenal asbab2 dunia. Perkara2 asas fardu ain perlu diajar terlebih dahulu pd anak2. setiap org islam kena ada ilmu berkaitan dgn kehidupan mereka 24 jam. Di masjid nabi s.a.w, bukan hanya ada taklim fadail sahaja. Bahkan di masjid nabi s.a.w ada taklim utk keseluruhan agama. Setiap org islam yg nak belajar apa2 bahagian agama, mereka boleh belajar di masjid. Sebab itu, alim ulamak kena bagi masa hari2 di masjid. Org awam bila2 masa boleh dtg utk belajar di masjid.

Satu lagi sifat masjid nabi s.a.w ialah mengeluarkan jemaah ke seluruh alam utk bangunkan agama. Jemaah yg besar, yg kecil, masa yg lama, masa yg pendek. Oleh itu, setiap masjid kena bentuk jemaah yg sempurna utk dihantar ke seluruh alam. Jemaah 3H sempurna, jemaah 40H sempurna, jemaah 4B negara jauh sempurna, jemaah jln kaki sempurna dari masjid. Sambut takazah seluruh alam dari masjid. Takazah perlu diberi pd setiap masjid & surau. Bagaimana setiap masjid dan surau dpt di mutaharikkan, dpt digerakkan. Setiap jemaah masjid kena ada fikir utk jadikan masjid dia mcm masjid nabi s.a.w. Ini t/jawab kita semua. Kita nak wujudkan amla2/pekerja2 di setiap masjid & surau yg sedia korban harta, diri, masa, sibukkan diri siang dan malam.

Kita kena jaga mlm sabguzari, mesyuarat mingguan & bulanan markaz dan jor bulanan halaqah. Ini adalah platform utk kita pastikan segala takazah yg diambil, dari segi pengeluaran jemaah, peningkatan amal masjid, 5 amal rumah, amal masturat, taklim mingguan, jor masturat, usaha dikalangan ulamak, usaha di kalangan pelajar, usaha dikalangan bangsa2 negara lain, semua takazah ini sampai ke setiap mahalah. Laporan dari mahalah ke halaqah ke kelompok ke markaz. Takazah di sempurnakan di mahalah, bukan di markaz. Setiap org islam perlu dimutaharikkan, barulah takazah2 dpt disempurnakan. Setiap markaz gerakkan setiap halqah dan setiap halqah gerakkan setiap masjid dan surau. Setiap masjid/surau gerakkan setiap org islam.

Setiap markaz tajwiskan setiap takazah yg diambil dan dibahagi2kan pd setiap halaqah. Takazah2 tersebut perlu dipantau. Bagi takazah dan pulangkan takazah. Setiap kali mesyuarat mingguan dengar laporan dari setiap halaqah. Laporan secara mingguan. Wakil kelompok/halqah kena hadir asar di markaz. Sebelum maghrib bagi laporan, maka akan timbul kerisauan & fikir, maka barulah kita dpt bentangkan apa yg perlu dlm mesyuarat selepas maghrib. Apa takazah yg nak dibengtangkan berdasarkan laporan yg kita dah dengar. Wakil kelompok kena tahu ehwal/peningkatan setiap halqah pd minggu tersebut. Semua org kena dengar setiap laporan dari setiap kelompok/halaqah. Oleh yg demikian, kita akan dpt lihat peningkatan minggu demi minggu. Kalau tak ada peningkatan kita kena risau. Ada ribuan masjid tapi tak ada peningkatan. Kena risau.

Mlm sabguzari, kehadiran 100% masjid/surau. Dtg secara jemaah masjid yg sempurna. Ambil kehadiran. Kalau mahalah tak dtg mlm sabguzari, bagaimana keadaan usaha di mahalah tersebut? mlm sabguzari adalah utk ambil takazah dan pulangkan takazah. Jika di mahalah kita ada 10 org rakan seusaha tapi yg dtg hanya 8 org, maka 2 org yg tak dtg itu akan menjejaskan usaha di mahalah kita. Apatah lagi kalau semua tak dtg. Fikir tak sama. Mereka akan jadi penghalang rakan2 yg lain nak buat usaha. Usaha lemah sebab hubungan dgn markaz lemah. Markaziyat lemah. Bila kita buat usaha dgn betul, dtg dari asar hingga isyrak, dtg dgn jemaah masjid, maka kita akan lihat dgn mata kepala sendiri, usaha akan meningkat di mahalah.

Jor bulanan halqah adalah t/jawab ahli mesyuarat. Pastikan jor bulanan halqah dpt dibuat dgn sempurna spt mana yg dikehendaki oleh nizamuddin. Halaqah besar perlu dikecilkan 10-15 masjid sahaja. Jangan risau pasal lemah. Halqah kuat bantu halqah lemah. Markaz kena pantau. Bukan sekadar buat jor, tapi apa usaha yg dibuat utk jor bulanan. 100% masjid hadir. Karguzari sempurna. Kehadiran org awam. Bacaan hayatus sahabah. Bentang takazah, pulangkan takazah. Hantar jemaah utk bantu jor halqah yg lemah. Pantau halaqah berkembar.

Kita semua dihantar dgn t/jawab yg besar. Bukan sahaja atas diri kita, bahkan seluruh alam. bila amal masjid hidup maka akan wujud suasana madinah dan akan dtg rahmat dan bantuan Allah. jadikan fikir/risau dakwah ini sebagai darah daging kita. Letak keadaan umat seluruh alam di depan kita. Kita semua akan ditanya oleh Allah di akhirat. apa usaha kita dah buat. Semua ini kita kena buat dgn sifat. Taat. Taqwa. Ittibaq sunnah.

Sifat taat akan menyatukan kita. Taat Allah, taat rasul, taat ulul amr/amir waqt. Apa keputusan mesyuarat kita terima tanpa ada perasaan tak sedap dlm hati kita. Setiap org kena usaha utk laksanakan keputusan mesyuarat. kita boleh ada pendapat yg berbeza semasa mesyuarat, sebelum keputusan dibuat. Setelah keputusan dibuat, kita tak ada kelonggaran utk ada pendapat yg lain. org yg berdegil dgn pendapatnya, akan jadi asbab perpecahan. Dia akan terpisah dari ijtimaiyat. Bahkan, dia akan jadi asbab perpecahan, dia akan bawa org lain bersama dgn dia.

Dlm perang uhud, nabi s.a.w ambil syor dari para sahabat. Nak bertahan di madinah atau lawan di luar madinah. ada syor berkubu di madinah. ada syor lawan berdepan di luar madinah. nabi buat keputusan lawan di luar madinah. Abdullah bin ubay bin salon, ketua munafik, nabi buat keputusan berlawan dgn syor dia. Dlm perjalanan menuju ke uhud, dia telah balik dan bawa 300 org bersama dgn dia. Drp 1000 org islam, 300 balik, tapi ia tak memberi apa2 kesan pd 700 yg tinggal. Peringakat awal peperangan, menang. bantuan allah bersama jemaah. Dpt tewaskan 3000 org musyrikin. Tapi 40 drp 50 org pemanah diatas bukit langgar perintah amir yg dilantik, turun dari bukit. Kesan drp 40 org drp 700 org yg tak taat perintah amir, menyebabkan bantuan Allah terangkat dari seluruh jemaah. Org islam kalah, nabi cedera, gigi nabi patah, 70 org sahabat telah syahid. Nabi s.a.w adalah amir keseluruhan. Tapi kita juga kena taat amir kawasan yg dilantik. Sifat taat sangat penting. 300 org tinggalkan medan tak memberi apa2 kesan tapi bila dlm jemaah sendiri, ada beberapa org tak ada sifat taat, ia akan melemahkan seluruh jemaah. Bila ada taat, baru ada ijtimaiyat.

Apa yg diberitahu oleh nizamuddin dan syura kita disini, semua kena satu hati, satu fikir atas keputusan tersebut. kta semua kena berusaha utk laksanakannya. Semua sedia, insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir