jor KL 1999 - bayan maghrib mufti zainal abidin (3)
28/05/1999 - sri petaling Belajar 4 perkara dengan sebaik-baiknya. Jika dapat tunaikan hak dan belajar 4 perkara ini, segala perbuatan akan jadi agama selepas itu. Jika tidak belajar 4 perkara tersebut, segala amalan yang kita lakukan seperti haji, zakat dan amalan-amalan lain, seolah-olah kita tidak buat amalan itu. “Mufti cuba untuk menerangkan 4 perkara ini dengan seringkas-ringkasnya dan semua perlu niat dan berusaha supaya dapat memahaminya, dapat mengingati dan amalkannya. Supaya setiap amalan kita akan jadi berfaedah”. Perkara pertama yang perlu dipelajari ialah Iman . Iman perlu dipelajari dengan sebenar-benarnya. Dengan iman, apa yang kita fikir akan jadi agama, apa yang kita cakap akan jadi agama, apa yang kita dengar akan jadi agama, perjalanan kita akan jadi agama, hatta setiap amal perbuatan kita semua akan jadi agama (deen) di sisi Allah s.w.t. Jika kita tidak berusaha untuk belajar iman, tiada satu amalan pun akan diterima oleh Allah s.w.t. Baginda s.a....