jor KL 1999 - bayan maghrib mufti zainal abidin (3)
28/05/1999 - sri petaling
Belajar 4 perkara
dengan sebaik-baiknya. Jika dapat tunaikan hak dan belajar 4 perkara ini,
segala perbuatan akan jadi agama selepas itu. Jika tidak belajar 4 perkara
tersebut, segala amalan yang kita lakukan seperti haji, zakat dan amalan-amalan
lain, seolah-olah kita tidak buat amalan itu.
“Mufti
cuba untuk menerangkan 4 perkara ini dengan
seringkas-ringkasnya dan semua perlu niat dan berusaha supaya dapat
memahaminya, dapat mengingati dan amalkannya. Supaya setiap amalan kita akan
jadi berfaedah”.
Perkara pertama yang
perlu dipelajari ialah Iman. Iman
perlu dipelajari dengan sebenar-benarnya. Dengan iman, apa yang kita fikir akan
jadi agama, apa yang kita cakap akan jadi agama, apa yang kita dengar akan jadi
agama, perjalanan kita akan jadi agama, hatta setiap amal perbuatan kita semua
akan jadi agama (deen) di sisi Allah s.w.t.
Jika kita tidak
berusaha untuk belajar iman, tiada satu amalan pun akan diterima oleh Allah s.w.t.
Baginda s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa dalam keadaan dia beriman,
puasanya akan diterima oleh Allah s.w.t. Bukan sahaja diterima, segala
kelebihan-kelebihan dan fadhilat-fadhilat, pahala-pahala yang patut diperolehi
oleh orang yang berpuasa, semua itu akan diperolehi. Sekiranya orang yang tidak
beriman berpuasa, tidak akan dapat apa pun faedah atau pahala”.
Baginda s.a.w.
bersabda, “Barangsiapa yang berdiri malam Lailatul Qadar dalam keadaan dia
beriman, segala dosa-dosanya yang pernah dia lakukan, semuanya akan diampunkan
oleh Allah s.w.t”.
Bila kita belajar 4
perkara ini, kita akan dapat segala pahala dan faedah daripada amalan-amalan
yang kita lakukan. Sekiranya kita tidak belajar 4 perkara ini, sebaik-baik
amalan pun tidak berfaedah.
Baginda s.a.w bersabda,
“Kamu tidak akan masuk syurga tanpa iman”, maksudnya tiket untuk ke syurga
ialah iman. Tanpa tiket ini siapapun tidak akan masuk syurga Allah s.w.t. Sebab
itulah sahabat-sahabat Baginda Nabi s.a.w beritahu, “Kami belajar iman dulu,
baru kami belajar Quran”.
Masalah iman ini adalah
satu perkara yang mudah, bukan susah sangat. Sebab kalau ia susah, Allah s.w.t.
tidak akan suruh manusia belajar iman. Allah s.w.t Maha adil, contohnya, kita
tidak akan suruh seorang budak 5 tahun untuk angkat seguni beras kerana dia
tidak mampu. Begitu juga dengan Allah s.w.t, Allah s.w.t tidak akan bebankan
kita lebih dari apa yang kita boleh buat, maksudnya kita boleh belajar iman.
Kalau satu orang kata dia tidak boleh belajar iman, dia seorang pendusta.
Satu kisah, seorang
ayah dan ibu, mereka ada seorang anak, apa juga keperluan yang diminta oleh
anak dan keperluan mereka sendiri, mereka akan minta pada Allah s.w.t. Minta
makan, minta pakaian, apa sahaja keperluan, mereka minta daripada Allah s.w.t.
Mereka pun suruh anak minta dengan Allah s.w.t. Mereka ajar anak minta dengan
Allah s.w.t apa saja keperluan dan mereka akan usahakan agar dia dapat segala
keperluan itu tanpa dia tahu ayahnya yang beri. Suatu hari mereka tiada di
rumah, anak balik dari belajar dan lapar, anak tersebut minta dengan Allah
s.w.t dengan sembahyang. Lepas itu dia makan. Ibunya sedar yang makanan sudah
habis. Ibu balik dengan cepat hendak masak. Anak kata sudah makan. Tanya ibu,
“macamana?”. Kata anak, “macam biasa, minta dengan Allah”. “Ya Allah beri makan
pada saya”. “Makanan yang dimakan hari ini sangat sedap, tidak seperti
hari-hari yang lain”.
Budak ini dapat makanan
dari Allah s.w.t. kerana keyakinan yang ada dalam diri dia. Dia tahu segala
keperluan dia dan segala makanan dia adalah dari Allah s.w.t. Keyakinan dia
dalam hati sanubari, yakin yang sebenarnya iaitu segala keperluan hanya datang
dari Allah s.w.t. Allah s.w.t yang menyempurnakan segalanya. Keyakinan dia
langsung tidak bercampur-aduk.
Siapa sahaja yang usaha
belajar yakin ini, Allah s.w.t yang menyempurnakan keperluannya, dan minta
dengan Allah s.w.t dengan yakin ini tanpa mensyarikatkan Allah s.w.t, insya’Allah, apa sahaja kehendak dan keperluannya
Allah s.w.t akan sempurnakan. Apa yang Allah s.w.t tidak suka ialah kita minta
dengan Allah s.w.t dan dicampur-adukkan dengan benda-benda dan kuasa yang lain.
Allah s.w.t sanggup ampunkan segala dosa-dosa hambaNya tetapi Allah s.w.t tidak
akan ampunkan dosa syirik. Kita ajar anak-anak kita dengan keyakinan ini. Apa sahaja
keperluan semuanya datang daripada Allah s.w.t. Allah s.w.t tahu keadaan saya.
Ajar anak semasa kecil tentang keyakinan ini, Allah s.w.t melihat saya.
Bila anak pecahkan pinggan-mangkuk, dia akan sorokkan
supaya orang tidak nampak. Tidak perlu pukul dia. Beritahu anak, Allah s.w.t
nampak. Bila pecah Allah s.w.t nampak, sorok pun Allah s.w.t nampak dan juga
ada dua malaikat yang nampak. Kiri-kanan ada malaikat nampak dan tulis apa yang
kamu buat. Minta taubat dan keampunan dengan Allah s.w.t, lain kali jangan buat
lagi.
Dengan cara ini kita
masukkan ke dalam diri dia dengan keyakinan tentang keesaan Allah s.w.t., sifat
Allah s.w.t dan tentang kewujudan dua malaikat kiri dan kanan. Selepas itu apa
sahaja kerja yang dia buat, dia akan hindarkan diri dia dari amalan-amalan yang
tidak disukai oleh Allah s.w.t.
Iman ini bukan sebutan
dari lidah sahaja. Tempat iman bukan di lidah, tempat iman ialah hati (kalbu).
Iman ini bila masuk ke dalam hati barulah dikatakan iman, sebelum itu belum
iman lagi.
Satu contoh, sedang
kita berjalan dan nampak seekor ular, kita akan terus berhenti. Satu perasaan
akan datang, perasaan khauf (takut).
Setiap manusia tahu yang ular boleh bawa mudharat, termasuk nabi Musa a.s. Di
dalam hati kita ini Allah s.w.t letakkan perasaan khauf
. Orang yang berakal akan fikir bahawa ular adalah satu binatang yang sensitif
yang boleh dengar melalui seluruh anggotanya. Oleh itu kita akan cuba
tengok dan periksa dulu samada ia sudah mati atau masih hidup. Kuis dengan
kayu, bukan dengan tangan. Sebenarnya ular itu telah di kerat-kerat dan
badannya telah putus-putus. Maka perasaan takut pun hilang kerana ular yang
hidup sahaja boleh bagi mudharat dan kita ada keyakinan yang kedua yang Allah
s.w.t letakkan dalam hati, iaitu mudarat tidak akan datang dari ular yang mati.
Selagi kita tidak
anggap makhluk di permukaan bumi ini seperti ular yang mati, iman kita tidak
akan sempurna. Sekecil-kecil makhluk, semut, dan sebesar-besar makhluk, Jibrail
a.s., tidak boleh bagi manafaat atau mudharat. Tidak ada makhluk yang lebih
besar dan lebih kuat daripada Jibrail a.s. Kekuatan semua makhluk ini, dari
semut hingga Jibrail a.s. tidak boleh bagi manafaat atau mudharat. Kita kena
yakin mereka ini makhluk. Makhluk ialah yang dicipta, oleh itu mesti ada yang
mencipta, tanpa pencipta takkan ada yang dicipta. Dari sekecil-kecil makhluk
hingga sebesar-besar makhluk tidak boleh bagi manafaat atau mudharat, tidak ada
apa-apa kekuasaan untuk beri manafaat dan mudharat.
Perkara ini mudah
sahaja untuk dipelajari, tidak susah. Semut tidak boleh buat apa-apa, Jibrail
a.s tidak boleh buat apa-apa. Keyakinan kita ialah yang buat segalanya ialah
Allah s.w.t, selain dari Allah s.w.t, tidak boleh buat apa-apa. Keyakinan macam
ini yang ada dalam hati sanubari kita barulah dipanggil iman.
Tempat iman bukan di
lidah, bukan di otak. Tempat iman ialah hati, tiada tempat yang lain. Macamana
keyakinan ini boleh wujud? Ia perlukan masa, kadang-kadang lama, kadang-kadang
cepat, iaitu kena cakap berulang-ulang kali tentang kebesaran Allah s.w.t.
Segala-galanya Allah s.w.t yang buat, segala-galanya Allah s.w.t sahaja boleh
buat, segala-galanya Allah s.w.t sahaja sedang buat dan makhluk tidak boleh
buat apa pun, makhluk tidak ada kekuatan, tidak ada daya upaya.
Perkara ini kena cakap
dengan mulut dan apa sahaja yang kita iakan dengan hati barulah benda itu akan
masuk dalam hati. Usahakanlah untuk masukkan keyakinan tentang keesaan dan
kekuasaan Allah s.w.t. Lama-kelamaan Allah s.w.t akan kurniakan perkara itu
kepada kita. Satu kelainan akan wujud dalam diri kita, iaitu iman yang sebati
dengan hati kita.
Doa Rasulullah s.a.w. “
Allahumma inni as aluka imanan da iman” “Ya Allah, saya mohon dari Engkau iman yang
akan ada bersama-sama dengan saya untuk selama-lamanya”, supaya iman ini sebati
dengan hati (kalbu) dan tidak akan terpisah lagi.
Bila kita ada yakin
atas zat dan sifat Allah s.w.t dan tempat yang betul untuk yakin ialah kalbu,
keyakinan ini adalah satu kekuatan yang mana tidak ada satu kekuatan yang lebih
besar daripada ini, kekuatan dalam diri. Satu kekuatan bagi seorang Islam,
orang yang beriman, tentang yakin zat dan kebesaran Allah s.w.t.
Satu kisah, Abdullah
bin Umar r.a. , datang seorang sahabat beritahu ada seekor harimau yang berada
betul-betul atas jalan di Madinah. Cuma ada satu jalan sahaja dan orang ramai
takut. Perasaan khauf
telah datang dan mengadu pada orang yang tidak ada perasaan khauf. Beliau pergi ke sana
dan cari harimau tersebut. Harimau sedang tidur, beliau pegang telinga harimau
dengan tangan kiri dan tempeleng dengan tangan kanan dan berkata berani kamu
ganggu jalan orang Islam. Dengan satu tempeleng itu sahaja ia terus beredar dan
sampai sekarang tidak ada harimau lain yang lalu di situ dan sampai qiamat pun
tidak akan ada harimau di situ. Beliau faham bahawa mudharat dan manafaat tidak
akan datang tanpa izin Allah s.w.t.
Kekuatan iman, tidak
ada kekuatan yang lebih daripada itu sekiranaya ia berada di tempatnya, yakni
dalam kalbu manusia. Iman yang macam mana? Iman tentang sifat dan zat Allah
s.w.t. Allah maha besar, tak ada kekuatan yang lebih besar daripada kekuatan
Allah s.w.t.
Satu kisah lagi,
seorang sahabat di hutan, tersesat jalan, datang seekor singa, singa tunduk dan
beri salam, angkat kepala dan goyang ekor beri isyarat seolah-olah suruh ikut,
sahabat pun ikut hingga ke jalan yang di cari-cari. Selepas itu singa tunduk
kepala dan ucap selamat tinggal. Ini adalah riwayat kisah-kisah yang dialami
oleh manusia yang ada kekuatan iman dalam hati sanubari tentang zat dan sifat
Allah. Makhluk tidak boleh bagi manafaat atau mudharat.
Kekuatan iman adalah
kekuatan yang sangat besar, kekuatan yang ada pada Allah s.w.t. Kekuatan ini
adalah sama seperti membezakan kekuatan Allah s.w.t dengan kekuatan makhluk.
Kekuatan Allah s.w.t, pencipta bagi segala makhluk. Tidak ada nisbah kekuatan
Allah s.w.t dengan kekuatan makhluk. Begitulah besar, begitulah kuat, kekuatan
Allah s.w.t yang dikurniakan pada manusia yang beriman. Kekuatan akan menjelma
daripada anggota-anggota manusia dan ini hanya akan berlaku bila kekuatan itu
ada pada tempatnya. Jika tidak, kekuatan itu tidak boleh menjelma dan tidak
boleh buat apa pun. Sebagai contoh, peluru. Beli di kedai, letak dalam poket
dan bila sampai di rumah letak dalam rumah, kekuatan peluru tidak akan
menjelma/dizahirkan kerana tidak kena pada tempatnya. Kekuatan peluru bila
diletakkan dalam poket tak boleh buat apa-apa. Bila ada seekor anjing lintas
dihadapan dan baling anjing dengan peluru. Peluru tak boleh buat apa-apa kerana
tempat peluru bukan dalam poket. Bila diletakkan dalam tempat yang sebenarnya,
dalam senapang atau pistol, kemudian diacukan pada anjing/singa/gajah dan
pemetik dipicit maka akan hancurlah anjing/singa/gajah tadi kerana ia digunakan
ditempat yang sebenarnya dan digunakan dengan cara yang betul. Kekuatan peluru
tadi menjelma/dizahirkan.
Begitu juga kekuatan
iman akan menjelma dan dizahirkan apabila iman itu diletakkan di tempat yang
betul iaitu dalam hati/kalbu. Keputusan ini adalah keputusan dari Allah s.w.t.
dalam kitab suciNya di mana ada orang-orang
di luar Madinah datang berjumpa Nabi s.a.w dan beritahu “Kami sudah beriman”.
Allah s.w.t beritahu melalui wahyu kepada Nabi s.a.w mereka belum beriman lagi
kerana iman belum masuk dalam hati/kalbu.
Perkara iman ini adalah
perkara yang mudah, tetapi kerana kita sudah biasa dengan perkara yang susah,
maka hendak faham perkara mudah jadi susah. Perlukan masa yang panjang untuk
diceritakan.
Di ijtimak Tongi, ada
pembesar-pembesar datang dan duduk dalam bayan Maulana Yusuf rah. Maulana kata
kenapalah kamu ini selalu cakap kami boleh buat ini, kami boleh buat itu,
segalanya kami yang buat. Jangan cakap begitu. Perkara ini tidak disukai oleh
Allah s.w.t. Contoh zaman Nabi s.a.w., apabila Nabi s.a.w ditanya soalan,
Baginda akan jawab jika perkara itu ada dalam pengetahuannya (wahyu) dan jika
dia tidak tahu, dia tidak akan beri jawapan. Allah s.w.t beritahu dalam Quran,
Muhammad s.a.w tidak akan gunakan hawa nafsunya untuk bercakap. Ada
satu soalan dari sahabat, Baginda kata akan beri jawapan esok. Allah s.w.t hentikan
wahyu dalam satu jangkamasa yang lama sehingga membawa kerunsingan pada Nabi
s.a.w. Selepas itu wahyu turun dengan nada yang marah iaitu, “ Siapakah tuan
untuk berkata boleh beri jawapan esok.” Jangan buat begini, cakaplah “Saya akan
buat sesuatu dengan keizinan Allah s.w.t”. Siapa orang ini ? Muhammad s.a.w.,
manusia yang terbaik ciptaan Allah s.w.t. Apa yang berlaku esok adalah hak
mutlak Allah s.w.t. Tuan-tuan datanglah pada kebenaran, jangan bersikap begitu,
tuan-tuan akan bawa kemurkaan Allah s.w.t. Tuan-tuan adalah pembesar negara
maka kemurkaan Allah s.w.t akan dirasai oleh semua orang diseluruh negara.
Oleh itu jalan kita
mudah sahaja dan lurus sahaja, jalan yang sudah dihadapi oleh Baginda s.a.w.
yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita pegang jalan ini dan amal jalan ini maka
kita akan selamat dunia dan akhirat. Tidak perlu cari jalan lain. Nabi s.a.w
cakap silap sedikit pun dapat kemurkaan Allah s.w.t, apatah lagi kita yang ada
sikap begini maka banyak kemurkaan Allah s.w.t akan datang.
Subjek iman ini adalah
satu subjek yang panjang dan penting untuk diusahakan. Orang-orang seperti Abu
Bakar Siddiq r.a, Umar r.a, yang belajar iman dengan sungguh-sungguh dan tekun
dan diajar oleh manusia yang terbaik ciptaan Allah s.w.t iaitu Nabi s.a.w., itupun
memakan masa 13 tahun.
Dalam bayan yang pendek
ini sekurang-kurangnya kita dapat rasa pentingnya belajar iman. Bawa dari lidah
dan otak ke hati/kalbu. Usaha yang perlu dibuat bukan usaha yang sambil lewa,
bukan usaha yang bersama-sama dengan usaha sampingan. Belajar iman, sebagaimana
kita berada dalam sembahyang, segala-galanya kita kena tinggalkan. Begitu juga
kena bagi masa untuk belajar iman, mudah-mudahan Allah s.w.t akan bantu kita
masukkan iman ke dalam tempat yang sebenarnya. Perkara ini akan ambil masa yang
bertahun-tahun.
Iman ialah perkara yang
paling penting. Di mana tempatnya? Macam mana nak diusahakan? Apa
faedahnya? Betapa pentingnya?.
Selain iman, perkara
kedua kita kena belajar ialah ikhlas. Apa-apa amal yang dibuat kerana Allah
s.w.t, buat kerana keredhaan Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan suka dengan
amal kita.
Perkara ketiga, untuk
setiap amalan-amalan yang Allah s.w.t mahu kita lakukan mestilah dengan cara
Nabi s.a.w. Tidak ada satu benda pun yang tidak diajar. Semuanya telah diajar,
ditunjuk dan dibuat supaya manusia dapat buat dengan betul. Apa juga kerja yang
kita buat cara Nabi s.a.w, buat untuk dapat keredhaan Allah s.w.t, segala
amalan akan jadi ibadat. Dengan tiga perkara ini iman, ikhlas dan cara Nabi
s.a.w, kita belajar untuk sembahyang, yakin dengan sembahyang. Dengan
sembahyang dapat selesai segala masalah, dapat bantuan Allah s.w.t.
Apa sahaja yang kita
buat akan jadi ibadat. Makanan akan jadi ibadat, pakaian akan jadi ibadat,
bersama dengan keluarga akan jadi ibadat, perkahwinan akan jadi ibadat,
perniagaan akan jadi ibadat, perbualan akan jadi ibadat. Segala amalan kita dan
gerak geri, jika ada ketiga-tiga perkara ini akan jadi ibadat dan 24 jam akan
dapat pahala dari Allah s.w.t.
Iman perlu diusahakan,
ikhlas perlu diusahakan, ini adalah syarat untuk dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Sekiranya kita hidup dengan amalan yang dikehendaki oleh Allah s.w.t dengan
memenuhkan ketiga-tiga sifat ini, kehidupan kita diredhai oleh Allah s.w.t dan
akan dapat kejayaan. Selain daripada jalan iman dan ikhlas, apa sahaja jalan
yang kita amalkan akan bawa kepada jalan kerugian dan kebinasaan. Kita kena
kesiankan diri kita, tinggalkan amal-amal yang tidak boleh beri manafaat pada
kita dunia dan akhirat, kembalilah ke jalan yang boleh memberi manafaat
selama-lamanya.
Oleh itu, perkara
keempat, ialah kita kena lapangkan masa untuk belajar 3 perkara ini. Tiga
perkara, tiga cillah (4 bulan). Dengan tiga cillah kita akan dapat belajar
alif, ba. Maksudnya kita sudah alihkan diri kita daripada jalan kebinasaan
kepada jalan kejayaan Nabi s.a.w. Selepas itu, terpulanglah pada kita samada
perlahan-lahan atau laju yang mana ia masih akan ke tempat yang betul. Jalan
Nabi s.a.w. akan dapat kejayaan dunia dan akhirat. Beratus-ratus ribu orang
sedang usaha atas jalan ini. Oleh itu, zahirkan niat tuan-tuan dan bangun bagi
nama. Sahabat-sahabat telah gunakan segala-galanya untuk dapatkan jalan ini,
jalan Nabi s.a.w.
Comments
Post a Comment