dakwah & doa
Yang memang menjadi kelemahan kita adalah doa. Dengan berdoa kita menzahirkan kelemahan diri dan kekuatan serta kekuasaan Allah s.w.t. Dengan doa barulah segala usaha kita akan ada roh. Nasihat orang tua-tua kita , bagi setiap 1kg usaha buatlah 10kg doa. Da’i-da’i sepatutnya menghabiskan masa satu jam setiap hari dalam berdoa. Setelah penat berusaha tidak pula kita berdoa, segala usaha kita akan jadi sia-sia. Dakwah dan doa tidak boleh dipisahkan. Kata Mehji Mehrab: “Ummumi gasht, khususi gasht, bayan dan sebagainya adalah jasad. Doa seperti roh. Bila ada roh barulah amalan tadi ada manafaat. Oleh itu selepas tiap usaha berdoalah kepada Allah. Doa dengan angkat tangan adalah bentuk. Apa yang keluar dari mulut adalah lafaz. Hakikat doa ialah apa yang di dalam hati. Kalau dalam hati ada fikir, Allah s.w.t akan terima walaupun tanpa dilafaz”. Kata Maulana Ubaidullah: “Doa sangatlah penting. Dalam memulakan amal dan menyelesaikan amalan hendaklah berdoa. Puasa, solat dan haji berm...