dakwah & doa
Yang memang menjadi
kelemahan kita adalah doa. Dengan berdoa kita menzahirkan kelemahan diri dan
kekuatan serta kekuasaan Allah s.w.t. Dengan doa barulah segala usaha kita akan
ada roh. Nasihat orang tua-tua kita , bagi setiap 1kg usaha buatlah 10kg doa. Da’i-da’i sepatutnya menghabiskan masa satu jam setiap hari
dalam berdoa. Setelah penat berusaha tidak pula kita berdoa, segala usaha kita
akan jadi sia-sia. Dakwah dan doa tidak boleh dipisahkan.
Kata Mehji Mehrab: “Ummumi gasht, khususi gasht, bayan dan
sebagainya adalah jasad. Doa seperti roh. Bila ada roh barulah amalan tadi ada
manafaat. Oleh itu selepas tiap usaha berdoalah kepada Allah. Doa dengan angkat
tangan adalah bentuk. Apa yang keluar dari mulut adalah lafaz. Hakikat doa
ialah apa yang di dalam hati. Kalau dalam hati ada fikir, Allah s.w.t akan
terima walaupun tanpa dilafaz”.
Kata Maulana
Ubaidullah: “Doa sangatlah penting. Dalam
memulakan amal dan menyelesaikan amalan hendaklah berdoa. Puasa, solat dan haji
bermula dengan doa dan disudahi dengan doa. Sesiapa yang tidak berdoa, dia
telah pergi ke arah yang salah”.
Kata Mufti Zainal
Abidin: “Doa adalah amalan yang Allah
sukai. Doa yang tidak harus dilupakan ialah doa yang difardhukan oleh Allah.
Dalam sembahyang kita baca Al-Fatihah 17 kali satu hari. Doa hidayah
difardhukan oleh Allah. Doa-doa lain adalah mustahab dan masnun. Allah
fardhukan kita doa hidayah agar manusia faham hidayah itu penting. Walaupun
seorang kaya macam Firaun tetapi tiada hidayah, dia tidak dapat apa-apa.
Walaupun satu orang tiada satu zarah pun tetapi dia ada hidayah dialah orang
yang berjaya”.
Ada beberapa orang yang doa mereka panjang-panjang. Di dalam
mimpi mereka telah didatangi oleh Rasulullah s.a.w sambil berpesan: Kamu selalu
berdoa panjang-panjang tetapi kenapa kamu tidak berdoa untuk ummat ku.
Doakanlah, "Ya Allah ampunkan ummat Rasulullah s.a.w, Ya Allah berikan
hidayah untuk ummat Rasulullah s.a.w, Ya Allah kasihanilah ummat Rasulullah
s.a.w”.
Kata Hadzratji: “Di malam hari berdoalah kepada Allah agar
kita dicurahi hidayah, juga untuk orang tempatan, seluruh ummat dan manusia
amnya. Andai kita tidak berdoa maka usaha kita tidaklah sempurna dan segala
penat lelah kita tidak akan berjaya. Jika dakwah dan doa dijalankan, usaha kita
akan berjaya. Gunakan malam hari untuk berdoa atas usaha di siang hari”.
Orang tua-tua kita di
Mewat, apabila esok ada gasht, di malam hari mereka bangun berdoa sambil
menangis-menangis: “Ya Allah, esok ialah
hari gasht kami. Ini kerja Nabi sedangkan kami tidak tahu hendak buat usaha
ini. Tolonglah kami. Berikanlah hidayat, berikanlah kesan. Saya lemah, ya
Allah. Saya jahil, ya Allah. Benar-benar saya tidak tahu, berikanlah saya
hikmah, kekuatan dan kesabaran”.
Amalan doa sangat penting. Doa di dalam tahajjud pula adalah
amalan sahabat. Di siang hari mereka di atas belakang kuda, di malam hari di
atas sejadah. Cubalah tidur dengan penuh adab dan niat tahajjud. Dan sebelum tidur
bacalah kelebihannya lagi dan lagi.
Comments
Post a Comment