mesyuarat malaysia 2013 - bayan subuh maulana saad

Mesyuarat Malaysia - Nizamuddin
Tarikh : 11/09/2013

Allah s.w.t tak jadikan dlm satu org 2 hati
Begitu juga tidak mungkin ikhlas dan riak berkumpul dlm satu hati
Syarat pertama utk dpt faedah langsung dari zat Allah ialah keluarkan yakin makhluk drp hati
Mengapa ghairullah masih wujud dlm hati? Sebab kita hanya berzikirullah tapi kita tak cakap tentang kebesaran Allah
Bila cakap berkenaan sesuatu perkara maka harapan pd perkara itu wujud.
Bila percakapan kebesaran Allah wujud, maka barulah harapan pd Allah akan wujud
Bila zikir sahaja, tak cakap kebesaran Allah, maka tidak ada harapan pd perintah Allah, tak ada yakin pd Allah

Maksud drp majlis zikir ialah cerita pasal kehebatan Allah, kebesaran Allah, nikmat dlm syurga, kehidupan selepas mati – ini yg dikatakan majlis zikir.
Majlis macam inilah yg akan dikerumuni oleh para malaikat.
Allah s.w.t menyebut nama peserta majilis di hadapan majlis para malaikat.
Malaikat akan menutupi para peserta majlis dgn sayap mereka – ini adalah kelebihan ahli jemaah masjid. Menyebut tentang Allah di rumah Allah.
‘Walazikrullahiakbar’ – maksud drp ayat ini ialah Allah menyebut peserta majlis di dlm majlis para malaikat
Zikir akbar ialah Allah menyebut/mengingati peserta-peserta majlis di dlm majlis yg mana pesertanya menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t

Kita duduk dlm majlis iman, kita bercakap tentang kebesaran Allah – dgn ini iman akan bertambah dan meningkat
Duduk dlm majlis-majlis iman dgn tawadduk/tawajjuh dan mendengar tentang percakapan kebesaran Allah s.w.t  - akan meningkatkan iman
Meningkatnya iman drp majlis iman adalah sabit drp kisah-kisah para sahabat. 
Mereka berkumpul di masjid. Sahabat buat gasht dan jumpa sahabat dan mereka kata mari kita beriman pd Allah s.w.t
Abdullah rawahah r.hu – seorang diri, kadang-kadang dua org, keluar dari masjid dan jumpa sahabat yg lain ajak ke masjid
Abu Hurairah r.a, Umar r.a  - ajak org diluar masjid dan bawa ke masjid

Jasbah dan tarikan utk belajar iman telah pupus/luput drp umat ini.
Kerja paling asas ialah ubah yakin. Tempat utk ubah yakin ialah di masjid
Buat gasht dan bawa org ke masjid – cakap pasal iman di masjid – ini adalah yg asal/asli
Kalau buat usaha ikut suka kita – iman tak meningkat
Agama telah ditentukan dan utk bawa agama dlm kehidupan ada cara yg khusus – bukan sebarang cara.
Sahabat telah sampai ke tahap kesempurnaan iman
Dlm satu majlis, Umar r.a kata: dlm majlis ini ada satu org yg mana bila iman dia dibahagi-bahagikan akan mencukupi utk satu gerombolan tentera (beliau ialah Usman r.a)
Abdullah rawahah r.a ketika baring diatas peha isteri, menangis teringatkan melintas titian sirat.
Abu bakar r.a – org paling kuat iman – siddiq akbar. Iman yg macam tu pun merasai diri munafik bila bersama keluarga.
Hanya org munafik sahaja yg rasa tak perlu pd iman.
Org mukmin – selalu merasai utk kuatkan iman

Sahabat berjumpa dgn sahabat yg lain atas tajuk meningkatkan iman – belajar iman
Mari duduk bersama kami utk tingkatkan iman
Mari berjalan bersama kami ke masjid utk tingkatkan iman
Da’i adalah dihantar oleh Allah s.w.t – menjemput org yg ketiga ke rumah org yg menjemput
Dtg ke masjid jadi asbab hidayat. Tinggalkan masjid akan bawa ke jln kesesatan
Tempat utk membina iman ialah masjid
Org yg berulang-alik ke masjid/memakmurkan masjid adalah org beriman

Umat akhir tidak akan terislah selagi tidak meniru cara para sahabat  - umat awal kurun
Hidayat akan diberi bila sunnah dituruti
2 ½ jam – hidupkan amalan masjid .amalan masjid boleh merubah hati
rombongan banu taqif  diletakkan dlm masjid – suasana masjid melembutkan hati mereka
Tufail dausi letak kapas dlm telinga tak mahu dengar cakap rasulullah.
Hati berubah kesan drp amalan masjid. Allah letak dlm amalan dakwah
Dakwah dgn cara aliran zaman sekarang – tidak ada hidayat – jauh dari sunnah
Cara yg betul hanya dgn cara nabi s.aw.- Bawa kerja kpd sunnah
Mempelajari iman adalah fardu ain atas setiap individu islam
Allah perintah : wahai org beriman, berimanlah
Iman akan jadi lonjakan utk beramal
Dakwah kpd org kafir ialah masuk islam tapi hukum utk beriman ditujukan kpd org beriman
Beriman spt iman para sahabat - Takluk dgn Allah hanya di masjid
Satu langkah utk dakwah begitu banyak pahala. Debu-debu akan ditukar dgn kasturi
Debu-debu akan ditukar kpd bedak utk tambah ketampanan dlm syurga

Umat jahil drp ilmu iman. Umat cuma ada khayalan iman
Iman adalah hakikat – islam adalah nama ketaatan – islam bukan satu kaum
Islam adalah menyerah diri utk taat perintah Allah
Apa itu iman? Iman ialah menerima perkhabaran nabi kerana percaya pd nabi s.a.w
Menginkarinya adalah kufur
Allah telah sampaikan berita pd nabi berlawanan dgn logik akal. Menyakininya adalah t/jawab umat
Berita mikraj – safar dgn jasad, sebahagian malam (sepatutnya 1 bln perjalanan)
Mekah ke Baitulmaqdis dan kemudian ke langit
Satu jangkamasa yg singkat. Berlawanan dgn akal
Agama bukan bersandarkan pada akal. Agama berpandukan hukum – perintah Allah
Bila berpandukan akal – akan menokok tambah dlm agama
Kerana iman lemah – org-org yg tak percaya mikraj nabi telah murtad
Safar mikraj – utk menguji org beriman
Dlm safar mikraj – nabi tengok syurga, tengok neraka, jumpa nabi2, tengok peristiwa2 yg aneh

Tanda/alamat iman – buat baik, gembira – buat jahat, dukacita
Tanda iman adalah taat – spt unta yg diikat hidungnya
Asas iman adalah taqwa. Tempat taqwa adalah hati
Kalimah lailahaillallah adalah kalimah taqwa
Org beriman adalah org yg berhak atas kalimah
Apa itu taqwa? Takut pd Allah ketika bersunyi diri
Tinggalkan dosa kerana makhluk adalah tanda ketiadaan taqwa
Bila seseorang buat dosa bersunyi diri, kemudian (perasan) pintu terbuka, dia jadi takut sebab pintu terbuka maka takut kpd pintu adalah dosa yg lebih besar drp dosa yg sedang dilakukan
Taqwa mudahkan urusan dan jln keluar drp kesempitan
Org yg tiada keinginan agama – kaum sesebuah negara – ingin bantuan Allah utk menentang pemerintah – Allah tak bantu
Yusuf a.s – jauhkan diri dari dosa – usaha tak sia-sia - pintu tertutup – Allah buka semua pintu – jln keluar drp segala kesempitan
Yusuf a.s – keluar dari kesempitan dan diuji – dipenjara – sabar dan buat dakwah

Hari ni tabligh dah jadi satu persatuan – tengok peluang, baru nak buat dakwah
Keadan lebih teruk akan dtg bila bagi alasan utk tidak buat dakwah
Harap hanya pd Allah – maka Allah tak akan serah pd makhluk
Bila keadaan dtg pd kita – kita ingat Allah
Meminta dan harap hanya pd Allah. Dalam setiap keadaan dan situasi ingat Allah
Sebut insyaAllah – jgn lupa pd Allah
Yahudi tanya nabi pasal ashabul kahfi dan zulkarnain.
Nabi kata esok saya bagitahu. Nabi tunggu wahyu. Nabi terlupa sebut insyaAllah.
1 bulan wahyu tak dtg. (riwayat lain : 15 hari)
Nabi tak ada ilmu ghaib. Macam mana kita boleh kata ahlullah ada ilmu ghaib.
Hakikat – Allah yg buat segala-galanya. Sentiasa ingat pd Allah

Rezeki dtg dari arah tak disangka-sangka. Berlawanan dgn logik akal.
Tikus bawa 17 keping emas utk sahabat semasa kencing. Begitu hinanya dunia.
Bila kita guna solat utk minta dunia – sangat rendah nilainya. Ibadat adalah hak Allah
Solat hajat bukan utk hajat. Solat bila ada hajat supaya dekat dgn Allah.
Hajat adalah makhluk. Ibadat hak Allah. Solat utk Allah. Samada hajat tertunai ataupun tidak.
Minta dgn Allah melalui amal. Kita sendiri kena buat.
Hari ni kita kata Allah buat tetapi kena ada harta, kena ada benda….ini semua salah, tak betul.
Allah bagi melalui 2 jln –1. berlawanan dgn akal 2. berlawanan dgn sangkaan
Utk org bertaqwa – Allah mudahkan segala urusan
Allah lembutkan besi utk Daud a.s spt tepung yg diuli
Ustaz yg ambil upah mengajar – upah utk waktu. upah mengajar adalah syurga

Org yg mukhlis sentiasa tafakud diri
Org yg riak tuntut utk dipuji. Bila dikritik akan marah
2 sebab utama urusan org beriman susah: tidak berjaga-jaga dlm menguruskan harta ijtima’i
umar r.a kata – harta ijtima’i spt harta anak yatim
pengetahuan al-quran bukan asal – ia hanya maklumat, tapi kesan al quran adalah asal
org yg takut berdiri di depan Allah – Allah sediakan 2 taman syurga. Ini janji utk org bertaqwa
Allah lipat gandakan pahala org yg bertaqwa
Bawa taqwa dlm muamalat.
Anggota badan tak selamat selagi makanan tak suci – tidak halal.
Selamatkan diri dari makanan yg haram – sucikan darah dlm badan
Darah yg mengalir dlm urat-urat kecil  - ini yg mendorong kpd dosa
Ibadat, muasyarat, akhlak akan betul bila muamalat betul
Makan makanan haram – anggota badan memberontak utk buat dosa – walaupun tuan tubuh tak nak buat
Halal bukan sekadar sumber pencarian tetapi makanan yg halal
Makanan yg haram, doa ditolak.  Ibadat jadi kosong
Darah yg suci yg akan dtgkan perubahan

Apa yg berlaku sekarang ni sebab dosa-dosa yg kita buat
Dosa paling besar org islam buat ialah buat dosa tapi tak menganggap ia satu dosa
Menganggap diri berdosa adalah jln utk dpt keampunan Allah
Sabar tanpa taqwa adalah zalim.
Sabar dan taqwa  - bantuan Allah dtg secara tunai
Apa itu sabar? Sabar ialah istiqamah dgn hukum Allah berlawanan dgn keadaan
Hari ni, org sabar bersama dosa. Pencuri ditangkap dan dipukul. Ini bukan sabar
Allah dtgkan keadaan utk tunjukkan jalan
Bila keadaan dtg – ingat dosa-dosa – org macam ni akan cepat terlepas dari keadaan tersebut

Bawa perintah Allah dlm muamalat. Ibadat perlukan taharah.
Akhlak dan muasyarat akan betul dgn sendiri
Akhlak dan muasyarat adalah amal yg keluar dari badan manusia (perbuatan manusia)
Pertolongan ghaib Allah dtg dgn sunnah
Hari ni, walaupun fardu diamalkan tapi kehinaan tetap dtg
Bila anggap selain cari nabi akan berjaya  - Allah akan hinakan
Org islam anggap amal fardu dah mencukupi
Allah hina jika tak amal sunnah – tak akan keluar dari kehinaan sehingga dtg kpd sunnah
Maksud kerja ini utk amalkan sunnah
Amal hidup org bukan islam  akan dihina Allah
Malu utk amal sunnah kerana suasana – murtad dlm muasyarat
Meringan-ringankan sunnah – murtad dlm pemikiran
Meringan-ringankan sunnah – membawa kpd meringan-ringankan fardu – dan membawa kpd tinggalkan fardu – berjalan diatas jln kekufuran
Mentertawakan sunnah – bermakna mentertawakan nabi s.a.w
Malu utk amal sunnah – Allah cabut kehebatan org islam
Tiada pertolongan Allah bila tinggalkan sunnah

Apa itu hijrah? Ubah haluan hidup
Kita akan maju bila selalu muhasabah diri
Hari ni kita beramal dlm keadaan lalai
Buat amal yg besar tapi tak ada ihtisab
Kita kena ubah diri kita sendiri

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir