Posts

mesyuarat malaysia 2000 - bayan nasihat maulana ibrahim

mesyuarat malaysia - nizamuddin Tarikh :  06/09/2000 Tuan-tuan yang mulia, Allah s.w.t jadikan nabiNya sebagai seorang yang lemah lembut dan sebagai seorang yang membawa rahmat. Dengan sifat ini nabi diutuskan untuk buat usaha agama di atas muka bumi ini. Oleh itu, orang-orang yang buat usaha agama kena ambil berat tentang perkara ini supaya tingkah laku mereka dengan orang lain adalah lemah lembut. Menafaat yang dapat dihasilkan melalui sifat lemah lembut tidak akan dapat dihasilkan melalui sifat marah kita. Kita kena merahmati orang, berbuat baik kepada orang, sentiasa berbuat baik dengan mereka dalam setiap urusan dan tingkah laku kita dengan mereka. Kita harus fikir, macam mana kalau saya berada di tempat dia, bagaimana saya mahu supaya diri saya dilayani. Dengan cara itulah kita layan orang lain. Baginda s.a.w dijadikan sebagai rahmat untuk seluruh alam, untuk setiap makhluk, manusia, jin, semua makhluk di atas muka bumi ini, semua dapat merasai bahagian-ba...

mesyuarat malaysia 2000 - bayan maghrib maulana ahmad lat

mesyuarat malaysia - nizamuddin Tarikh :  05/09/2000 Tuan-tuan yang mulia, “Ayat-ayat yang Maulana baca tadi, kesemua ayat-ayat itu dimana Allah s.w.t menerangkan sifat-sifat dan kehendak-kehendak Allah dan cara-cara dan apa-apa yang ada pada orang-orang yang buat usaha agama Allah. Hadith-hadith yang Maulana baca pun, membawa maksud yang sama, apa-apa sifat-sifat, kebaikan-kebaikan yang patut ada pada orang-orang pengikut Baginda s.a.w”. Bila Allah s.w.t buat keputusan untuk hendak buat kebaikan kepada mana-mana hambaNya, mula-mula Allah s.w.t akan beri pada orang itu keinginan atau kefahaman untuk amalkan agama, bila khair itu diberi, Allah mahu dia jadi orang beragama, beberapa perkara akan bangkit dalam hatinya, pertama, keinginan untuk amalkan agama, kedua, keinginan hendak tahu apa itu agama, ketiga, keinginan sanggup belanja masa dan harta untuk mempelajari agama. Keinginan ini akan timbul dan kerana khair daripada Allah s.w.t, orang ini akan gunakan keti...

mesyuarat malaysia 2000 - bayan zohor maulana syamim

mesyuarat malaysia - nizamuddin Tarikh :  05/09/2000     Tuan-tuan yang mulia, Semoga kedatangan tuan-tuan ke sini di berkati dan diterima oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya sesiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t untuk dipilih untuk maksud agama, diberi kemuliaan oleh Allah s.w.t, untuk dimajukan oleh Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan beri dia kefahaman agama. ini merupakan satu anugerah Allah s.w.t, satu ehsan Allah s.w.t, Allah s.w.t telah pilih kita untuk maksud kerja ini, kerja yang Allah s.w.t telah berikan kepada ambiya a.s. kerja yang mana Allah s.w.t telah beri dengan memilih ambiya a.s untuk melakukannya, Allah s.w.t telah kurniakan pada kita hari ini. Cubalah kita fikirkan keadaan diir kita ini, sebelum dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjalankan kerja ini, di mana kita berada ketika itu, apakah perkara-perkara yang telah kita lakukan ketika itu. Dalam dosa apakah kita telah bergelumang ketika itu,  cuba  kita fikirkan. Allah s.w.t d...