mesyuarat malaysia 2000 - bayan nasihat maulana ibrahim

mesyuarat malaysia - nizamuddin
Tarikh : 06/09/2000

Tuan-tuan yang mulia,

Allah s.w.t jadikan nabiNya sebagai seorang yang lemah lembut dan sebagai seorang yang membawa rahmat. Dengan sifat ini nabi diutuskan untuk buat usaha agama di atas muka bumi ini. Oleh itu, orang-orang yang buat usaha agama kena ambil berat tentang perkara ini supaya tingkah laku mereka dengan orang lain adalah lemah lembut. Menafaat yang dapat dihasilkan melalui sifat lemah lembut tidak akan dapat dihasilkan melalui sifat marah kita. Kita kena merahmati orang, berbuat baik kepada orang, sentiasa berbuat baik dengan mereka dalam setiap urusan dan tingkah laku kita dengan mereka. Kita harus fikir, macam mana kalau saya berada di tempat dia, bagaimana saya mahu supaya diri saya dilayani. Dengan cara itulah kita layan orang lain.

Baginda s.a.w dijadikan sebagai rahmat untuk seluruh alam, untuk setiap makhluk, manusia, jin, semua makhluk di atas muka bumi ini, semua dapat merasai bahagian-bahagian rahmat yang datang kepada mereka. Seberapa banyak kita dapat miripkan diri kita dengan corak dan cara Baginda s.a.w, seberapa banyak kita dapat bawakan sifat-sifat Baginda s.a.w, maka sebanyak itulah kita akan dapat buat usaha agama.

Dalam majlis Baginda s.a.w, tidak ada mana-mana manusia pun yang akan putus asa, bahkan setiap orang datang dengan penuh harapan dan mereka akan kembali dengan harapan-harapan mereka tertunai. Orang-orang munafik pun telah ambil peluang dengan kerahmatan Baginda s.a.w dan salah gunakan kelembutan Baginda s.a.w. Baginda s.a.w tahu tingkah laku mereka. Mereka adalah orang-orang munafik, mereka memang ada niat buruk. Baginda s.a.w tahu perkara ini tetapi masih Baginda s.a.w dapat bergaul dengan mereka dan masih dapat menerima mereka. Baginda s.a.w tahu segala rancangan-rancangan buruk mereka tetapi Baginda s.a.w masih dapat menutup keaiban mereka dan tidak akan dedahkan rancangan buruk mereka. Perkara ini adalah pengajaran untuk kita. Baginda s.a.w dapat mengendalikan orang-orang munafik, dapat berurusan dengan mereka, tidak bolehkah kita ini dapat mengendalikan kawan-kawan kita, supaya kita dapat bergerak dengan mereka dengan baik?

Tuan-tuan faham?

Orang-orang munafik sentiasa menentang keputusan mesyuarat Baginda s.a.w. Penentangan mereka begitu rupa, terang-terangan mereka beritahu, mereka akan kumpulkan kawan-kawan mereka orang-orang munafik dan kata, tuan tidak mahu ambil kami punya keputusan, tuan tidak mahu buat keputusan mengikut kehendak kami, jadi kami tidak berjanji untuk bersama tuan atas perkara ini, kami tidak akan bersama-sama tuan. Mereka pun pergi dari situ, meninggalkan majlis Baginda s.a.w. Baginda tetap sabar. Kenapa Baginda buat demikian? Kerana Baginda s.a.w yakin iaitu yakin atas zat dan sifat Allah s.w.t, apa juga urusan yang akan jadi baik atau buruk, adalah ditangan Allah, bukan ditangan mereka.

Kerana sifat lemah lembut Baginda s.a.w, para sahabat dapat menafaat yang begitu banyak dan mereka dapat didikan yang terbaik sekali. Sekiranya kita pun jadikan diri kita lemah lembut, orang ramai akan dapat menafaat daripada kita dan mereka akan dapat peluang untuk memahami kerja dengan betul dan mereka akan buat kerja dengan penuh kefahaman. Kerana sifat lemah lembut kita, mereka sanggup cakap kepada kita apa yang terkandung dalam hati mereka. Kerana sifat lemah lembut kita, nasihat-nasihat kita mudah untuk mereka terima. Melalui cara inilah pintu-pintu kebaikan akan terbuka. Kalau orang sanggup cakap kepada kita apa yang ada dalam hati-hati mereka dan mereka sanggup terima nasihat yang kita beri kepada mereka, kalau wujud keadaan ini, anggaplah sekarang bahawa pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu khair akan dibuka.

Apa yang ada dalam hati-hati sahabat, sentiasa mereka bentangkan dihadapan Baginda s.a.w. Kerana dalam setiap urusan Baginda, mesyuarat Baginda, pengendalian Baginda, sentiasa Baginda punya ‘approach’ dengan lemah lembut. Banyak menafaat melalui tingkah laku tersebut.

Bila jemaah bersama-sama dengan Baginda s.a.w keluar ke medan Badar, ada satu tempat di mana Baginda s.a.w suruh mereka semua duduk di situ. Ada seorang sahabat tanya pada Baginda s.a.w, tuan suruh kami duduk disini, adakah ini perintah daripada Allah s.w.t atau tuan suruh kami kerana ini adalah pandangan tuan sendiri. Kata Baginda, ini pandangan saya. Sahabat itu kata, kalau begitu saya pun ada pandangan untuk diberitahu pada tuan. Pada pandangan saya, kita tidak harus bertapak disini, kita harus pergi ke sekian-sekian tempat, disitulah kita harus bertapak dan bermalam, saya cukup tahu keadaan padang dan medan disitu. Baginda s.a.w tinggalkan keputusan atau pandangan dia sendiri dan suruh kesemua sahabat yang ada ikut pandangan kawan itu dan pergi ke tempat yang disyorkan. Jika tingkah laku dan tindak-tanduk kita dengan cara ini, maka kawan-kawan kita sanggup cerita pada kita apa yang ada dalam hati mereka.

Oleh itu, salah satu daripada tujuan dan maksud mesyuarat ialah orang ramai, kawan-kawan seusaha punya kemampuan, kebolehan dapat digunakan dengan baik untuk agama. Tujuan yang kedua daripada mesyuarat ialah selepas mesyuarat, kita semua dapat buat penambahan pengorbanan. Ini hanya akan wujud bila keadaan mesyuarat kita sepertimana diajar kepada kita oleh Baginda s.a.w.

Kalau dalam perhubungan kita, kita keras, dan kita punya perwatakan panas baran, maka keadaan akan rosak. Oleh itu, kita dilarang daripada perwatakan seperti itu. Jangan kamu jadi panas baran, jangan kamu jadi marah-marah, kalau kamu buat demikian, keadaan kebencian akan wujud. Bila perasaan benci wujud dikalangan kawan-kawan, kita tidak akan dapat syor yang baik dan juga tidak akan dapat penambahan pengorbanan mereka. Apa akan terjadi ialah melalui hati kita, kita sudah berjauhan antara satu sama lain.

Hadzrat Muaz r.a jadi imam dan bacaan beliau dalam sembahyang jadi panjang. Solat jadi lama. Seorang sahabat Ansar datang dalam keadaan letih, selepas buat kerja di kebun, dan dia mengadu rakaat yang disolatkan tadi terlampau panjang. Dia mengadu pada Baginda s.a.w. Baginda pun panggil Muaz. Hadzrat Muaz adalah seorang sahabat yang begitu disayangi oleh Baginda s.a.w. Dia seorang cediakawan, baik, orang yang dipercayai, tahu selok belok dalam tindakannya, orang yang disukai dan disayangi oleh Baginda s.a.w tetapi masih Baginda s.a.w marah beliau, Wahai Muaz, dengan cara kamu ini, adakah kamu hendak wujudkan fitnah. Ulamak kata, maksud daripada fitnah ini ialah, adakah dengan cara kamu ini, kamu hendak wujudkan rasa benci antara satu sama lain. Oleh itu, antara kita punya usaha ialah kita kena usaha supaya melalui kita punya perwatakan dan melalui kita punya percakapan, usaha, janganlah terwujud rasa benci dikalangan kawan-kawan. Kita ambil usaha dengan penuh keseronokan dan keghairahan. Keseronokan dan keghairahan yang tersebar dan bukan rasa benci yang tersebar.

Tuan-tuan yang mulia,

Hadzratji Maulana Yusuf rah. menulis dalam hayatus sahabah iaitu orang-orang tanggungjawab/zumindar, yang tidak boleh cakap perkara-perkara yang baik kepada orang-orang bawahannya, maka tidak akan dapat wujudkan kebaikan dan sekiranya orang-orang bawahan pula, perkara baik tidak boleh dicakap dengan mereka, apa sahaja yang dicakap mereka tidak akan terima, kalau macam ini punya keadaan, maka tidak akan wuud apa-apa kebaikan. Apa juga kebaikan yang dicakap mereka tidak peduli, daripada mereka ini tidak akan dapat tersebar apa-apa kebaikan.

Perhubungan antara kita ialah supaya setiap orang boleh cakap perkara yang baik dengan oang lain, seperti imam, bila buat silap maka mekmum boleh tegur dia dan imam terima teguran tanpa apa-apa keraguan. Begitu juga nasihat yang imam hendak bagi, makmum patut terima nasihatnya. Itulah keadaan yang kita kena wujudkan di mana setiap orang, apa-apa kebaikan boleh cakap dengan orang lain, dan orang itu boleh terima kebaikan itu tidak kira samada dia orang tanggungjawab atau makmum.

Begitu juga, orang tanggungjawab sentiasa harus cakap perkara-perkara yang baik kepada kawan-kawannya dan kawan-kawan harus usahakan diri mereka supaya segala perkara yang baik yang disampaikan kepada mereka, mereka sanggup terima nasihat-nasihat yang baik itu. Kalau kita wujudkan keadaan begini, kedua-dua pihak ini akan sentiasa dapat kebaikan.

Tuan-tuan faham? Tuan-tuan harus balik dalam keadaan yang betul-betul faham. Ini adalah muzakarah supaya salah silap kita dapat dikeluarkan daripada diri kita dan kita jadi orang yang sentiasa dapat buat perkara-perkara yang baik.

Abu Bakar dan Umar r.a, bila mereka naik mimbar, mereka akan beritahu pada orang ramai sekiranya nampak apa-apa kesalahan dalam diri mereka, tolong beritahu mereka. Kalau ada apa-apa perkara yang perlu diberitahu, maka orang ramai akan beritahu. Begitu juga, mereka punya tingkah laku, apa sahaja nasihat yang diberitahu oleh mereka akan diterima oleh orang ramai. Keadaan ini akan wujud bila dalam hati kita ada kebersihan. Hati kita bersih di antara satu sama lain.

Sepertimana solat, kita punya pakaian bersih, anggota badan kita bersih, tempat yang kita solat bersih, begitu juga untuk buat usaha dakwah perlulah hati bersih antara satu sama lain. Allah s.w.t tidak jadikan kelima-lima jari ini dengan corak yang sama, ada yang kecil, ada yang besar. Begitu juga manusia, dari segi fahaman, ada yang cepat faham, ada yang lambat faham atau kurang faham. Bila hati kita bersih diantara satu sama lain, maka hati-hati kita dapat disatukan dengan mudah. Orang yang kurang faham, mereka akan dapat menafaat daripada orang-orang yang lebih faham dan orang-orang yang lebih faham akan sentiasa dapat beri kebaikan kepada orang-orang yang kurang faham. Sekiranya kita tidak wujudkan keadaan macam ini, iaitu setiap daripada kita mahu apa yag dicakap itu betul dan tekankan kehendak kita, kita punya fahaman ditekankan, kalau buat begini, maka keadaan kita akan mula rosak.

Ini akan jadi halangan yang begitu hebat, penahan yang begitu hebat untuk masukkan perkara-perkara baik ke dalam hati kita. Nuh a.s menghadapi masalah besar ini. Nuh a.s mengadu pada Allah s.w.t, Ya Allah, kaum aku begitu degil, apa yang mereka cakap, mereka tekankan itu sahaja, mereka mahu itu sahaja dilaksanakan. Mereka sentiasa degil atas pendirian mereka dan apa juga kebaikan atau nasihat yang diberi oleh Nuh a.s, mereka tidak mahu terima. Mereka ada 2 penyakit. Pertama, mereka degil dan menekankan mereka punya syor/kehendak. Kedua, sifat takkabur. Selama 950 tahun usaha atas orang-orang macam ini. Satu orang pun tidak dapat menafaat. Kalau dalam satu tahun satu orang dapat hidayat, maka akan jadi 950 orang tetapi dalam 950 tahun hanya lebih kurang 80 orang sahaja dapat hidayat. Yang sedang buat usaha ialah seorang nabi, bukan seorang awam tetapi masih menafaat tidak dapat dihasilkan kerana mereka yang dengar degil atas apa yang mereka cakap, degil atas pendirian mereka.

Oleh itu, kita semua kena selamatkan diri kita daripada sifat-sifat seperti ini. Kita harus jadikan diri kita sentiasa mencari perkara-perkara yang baik sepertimana seorang yang haus, dia akan cari air, begitulah kita hendak jadikan diri kita sentiasa cari perkara-perkara yang hak, perkara-perkara yang benar. Bila kita cari yang hak, maka Allah s.w.t akan berikan hak kepada kita.

Maulana Ilyas rah. beritahu, kita punya kerja tabligh ini sebenarnya tukar menukar atau jual beli kebaikan. Kita harus lihat kebaikan antara satu sama lain dan ambil menafaat daripada kebaikan itu. Perkara yag paling tinggi dalam usaha kita ialah sentiasa kita usaha supaya rakan-rakan kita maju ke hadapan, supaya rakan-rakan kita maju dalam usaha, mereka dapat dimuliakan, dapat dihormati dan usaha pun akan maju. Inilah cara/tarekat sahabat.

Abu Bakar anggap Umar lah orang yang lebih besar daripada dia, dan Umar anggap Abu bakar lah yang lebih besar daripada dia. Abu Bakar kata, jangan jadikan aku amer, jadikan Abu Ubaidah sebagai amer, dia lebih layak. Mereka usaha supaya orang lain lebih besar daripada mereka.

Bila kita beri nasihat kepada orang-orang zumindar dan beri nasihat pada kawan-kawan, dan kalau mereka dapat terima nasihat-nasihat itu, itulah suasana yang kita kena wujudkan dan dengan itulah kita akan maju. Sesiapa yang terima nasihat dan dia amal, maka dia akan maju.

Dikalangan sahabat, mereka begitu berlemah lembut dan berkasih sayang. Mereka sentiasa usaha untuk majukan antara satu sama lain. Baginda s.a.w sendiri akan ceritakan kelebihan dan sifat-sifat baik sahabat-sahabatnya. Tuan-tuan sendiri pun sudah baca dalam kitab dimana kelebihan-kelebihan yang Baginda s.a.w sendiri ceritakan, kelebihan Abu Bakar, kelebihan Umar, kelebihan Abu Zar Ghifari dsbnya.

Usaha kita ialah jual beli atau tukar menukar kebaikan. Allah s.w.t jadikan setiap ahli umat sebagai orang tanggungjawab. Setiap orang Islam di atas muka bumi ialah karkun agama. Kita harus buat usaha dengan satu cara, dengan begitu rupa supaya setiap orang Islam jadi karkun untuk usaha agama Allah s.w.t. Untuk itu, kita kena usaha dan wujudkan hubungan yang baik dengan mereka.

Ada seorang karkun lama, nama Mahmud, dia kata dengan 20 sen dia jadikan orang amer. 20 sen punya amer. Orang dengar dan tanya macam mana dengan 20 sen boleh jadi amer. Dia pun cerita. Saya duduk dalam kedai, ada orang lalu dihadapan kedai saya pada malam markaz. Jadi, saya panggil dia. Saya panggil, walaupun tidak kenal, dia datang juga. Saya suruh dia duduk. Lepas itu, saya suruh orang saya bawa teh. Masa itu, secawan teh hanya 20 sen. Satu teh untuk dia, satu teh untuk saya. Saya beri minum teh pada dia. Lepas minum, baru cakap dengan dia. Tanya dia, apa kamu buat, macam mana perniagaan kamu, dsbnya. Macam-macam cerita. Selepas tanya-menanya, saya kata, hari ini malam Jumaat, hari ini hari sabguzari kita, datanglah ke markaz, sembahyang Asar di sana, dengar sedikit tentang agama dan usahakan supaya kamu dapat bermalam dengan kami di sana. Orang ini datang solat Asar dan Maghrib dan dia bermalam. Minggu satu lagi, pada malam Jumaat, dia buat perkara yang sama juga, ingatkan kembali pada orang itu. Dia datang lagi. Kali kedua dia datang, beliau tashkil dia untuk keluar 3 hari. Alhamdulillah, dia keluar 3 hari. Beliau sediakan dia untuk ijtmak bandar itu pula supaya dia dapat keluar 40 hari. Dia pun sedia dan keluar 40 hari. Lepas 40 hari, dia balik. Sekarang sudah jadi karkun. Lepas itu, dia bawa jemaah 3 hari keluar dijalan Allah. Lepas itu, dia keluar ke negara jauh. Dengan 20 sen punya investment, dia jadi amer. Pelaburan hanya 20 sen sahaja. Jadi amer jemaah 3 hari sehingga keluar ke negara jauh. Inilah cara buat usaha. Dengan lemah lembut, dengan kasih sayang, dengan ikram, maka satu orang dapat dilibatkan dalam usaha dan selepas itu dia tidak dilupakan, sentiasa ada follow-up dengan orang itu. Alhamdulillah, Allah bagi dia fahaman dan Allah juga bagi dia sedikit harta. Dengan pelaburan 20 sen, sekarang dia telah belanja beribu-ribu ringgit untuk keluar di jalan Allah ke negara-negara yang berlainan. Berapa pelaburan? 20 sen sahaja. Allah s.w.t beri kemampuan dan kebolehan pada orang itu. Dia buat usaha agama dengan kemampuan dan kebolehan dia.

Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, setiap daripada umat Baginda s.a.w begitu berharga. Oleh itu, dalam agama kita, kita diperintahkan iaitu kita harus ada sangka baik dengan setiap orang. Begitu juga kita diperintahkan supaya kita sentiasa sangka baik dengan Allah s.w.t. Allah s.w.t sendiri beritahu, Aku punya tingkah laku terhadap hamba Aku adalah sepertimana sangkaan dia terhadap Aku. Aku akan buat pada dia sebagaimana dia sangka Aku akan buat pada dia. Barangsiapa yang menyangka Allah s.w.t akan merahmati dia, insya’Allah, Allah akan merahmati dia.

Sepertimana kita diperintahkan supaya kita harus ada sangka baik terhadap Allah s.w.t, begitu juga kita diperintahkan supaya kita sentiasa ada sangka baik antara satu sama lain.

Kerja syaitan, ia akan menunjukkan pada kita kebaikan kita dan tunjukkan keburukan orang lain. Bila kita mula lihat keburukan orang, dengan tersendirinya kita akan terputus hubungan dengan orang itu. Bila terputus hubungan dengan orang, maka macam mana kita hendak gunakan dia untuk agama? Orang yang melihat kebaikan orang lain, maka orang itulah yang akan dapat melibatkan orang lain dalam usaha agama Allah s.w.t. Satu perkara yang syaitan buat dikalangan orang yang beragama ialah syaitan akan usahakan supaya orang beragama ada perasaan sangka buruk antara satu sama lain. Bila dalam hati kita ada sifat sangka buruk, otomatik, hubungan kita dengan mereka akan berubah. Kita punya approach akan berubah. Bila pendekatan kita pada orang itu sudah berubah, maka sekarang kita akan lagi banyak nampak keburukan dia. Sebab apa? Dalam hati kita ada sangka buruk terhadap orang itu. Lepas itu, akan nampak semua keburukan orang itu. Bila keburukan itu dinampakkan oleh syaitan, maka sekarang kita akan buat kajian atas keburukan itu. Kita akan cari-cari lagi keburukan, maka akan dapat lagi banyak keburukan. Setiap manusia ada keaiban dan sifat yang kurang baik.

Bila kita cari keaiban dan keburukan orang, memanglah kita akan dapat memperolehinya. Selepas itu, bila sudah buat kajian, dapat banyak bahan keburukan orang, maka bahan-bahan itu akan diceritakan di hadapan orang-orang lain pula. Kita akan cerita keburukan orang. Dengan cara ini, bila kita mula ceritakan, maka keburukan akan mula tersebar. Kita cerita pada 2 orang, 2 orang cerita pada 4 orang, 4 orang cerita pada orang lain, maka muasyarah kita jadi rosak, padahal kita semua orang Islam, di dalamnya keburukan sedang tersebar. Sifat mengumpat mula berleluasa.

Maulan Yusuf kata, mengumpat ialah satu dosa yang mana akibatnya/balasannya, daripada Allah s.w.t akan dapat tunai. Apa hukuman tunai itu? Dimana hati antara dua orang ini akan berpecah-belah dan hati mereka susah hendak dicantumkan semula. Tidak akan datang titik pertemuan antara mereka. Susah hendak disatukan hati semula. Maksud syaitan sudah tercapai. Kehendak syaitan ialah supaya orang beragama ini, janganlah mereka ini pada bila-bila masa pun bersatu hati atas kebenaran. Sebab, kalau mereka tidak bersatu hati atas kebenaran, maka bantuan Allah tidak akan datang kepada mereka.

Bantuan Allah s.w.t datang pada jemaah. Apa itu jemaah? Jemaah ialah ada penyatuan hati, ada kasih sayang, satu fikir, itulah yang dikatakan jemaah dan atas jemaah seperti ini, bantuan Allah akan datang.

Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, kita semua kena usaha untuk selamatkan diri kita, mahul kita, daripada perkara-perkara yang maulana ceritakan tadi.

Kita kena jaga dan selamatkan hati kita daripada sifat sangka buruk kerana ini ialah serangan daripada syaitan. Bila kita ada sangka buruk terhadap rakan-rakan kita, kita tidak akan dapat ambil menafaat daripada kemampuan dan kebolehan mereka. setiap orang punya kemampuan dan kebolehan adalah amanah kepada kita. Kemampuan dan kebolehan mereka harus dapat digunakan untuk agama. Jalannya hanya satu sahaja, iaitu antara satu sama lain, kita ada sangka baik terhadap setiap orang. Sekiranya wujud apa-apa perkara yang menyebabkan kita sangka buruk, mula-mula kita kena pujuk hati kita, beritahu hati kita, mungkin apa yang kamu dengar itu tidak betul. Kita tidak boleh terus sahaja terima apa yang kita dengar.

Tidak boleh terima keburukan itu walaupun ada keburukan yang dilakukan oleh mana-mana kawan. Untuk perkara ini, ada 2 cara bagaimana hendak mengendalikan diri kita. Satu, cara umum iaitu keburukan itu harus ditutup, jangan dedahkan, dan orang ramai tidak tahu. Supaya keaiban/keburukan orang Islam ditutup, dan jangan didedahkan, itu datang sebagai perintah daripada Allah s.w.t. Maksud daripada hadith, barangsiapa yang tidak mendedahkan keaiban mana-mana orang Islam, maka Allah s.w.t tidak akan dedahkan keaibannya. Menutup keaiban orang ialah kerja kita kerana kita bersaudara antara satu sama lain. Dedahkan keaiban dan keburukan ialah kerja musuh.

Hadrat Umar nasihat, kalau ada apa-apa batil atau perkara buruk yang kamu dapat tahu, kamu jangan cerita, bila kamu tidak cerita keburukan, maka keburukan itu akan terkubur. Tetapi hari ini, keadaan sudah berubah, dimana setiap perkara buruk, itulah yang akan dibesar-besarkan dan akan disebar-sebarkan. Dengan mesin-mesin yang diwujudkan, dalam satu minit, satu keburukan dapat disebarkan satu dunia. Perkara yang buruk/batil, tersebar dengan begitu pantas, sehingga muasyarah kita, mahul kita rosak begitu cepat. Dalam keadaan ini, apa tarekat yang kita warisi kita?
Apa-apa keburukan, jangan kamu ceritakan, kamu diam, jangan kamu sebarkan, jangan cerita pada sesiapa pun. Ini adalah sifat. Pekara-perkara yang saya cakapkan pada tuan-tuan, perkara ini semua adalah perkara yang penting, mustahak, yang kalau kita amalkan, Allah s.w.t akan selamatkan mahul kita, dan keselamatan akan wujud dalam muasyarah kita.

Kita hanya boleh beribadat pada Allah dengan sangkaan baik terhadap Allah s.w.t. Begitu juga, kalau kita buat usaha dakwah dikalangan hamba-hamba Allah, kita boleh buat usaha dakwah dengan baik, hanya dengan kita ada sangka baik terhadap hamba-hamba Allah s.w.t.

Kita kena latihkan diri kita dan pujuk diri kita supaya dalam apa juga keadaan, kita punya perasaan sangka baik terhadap semua orang dapat diwujudkan. Oleh itu, kita harus usaha sedaya upaya supaya orang-orang yang jauh daripada agama, mereka diusahakan supaya didekatkan dengan agama. Orang yang jauh daripada agama, kita cuba dekatkan mereka dengan agama, dan rakan-rakan kita yang sedang buat usaha, kita dapat majukan mereka dalam usaha agama. Dengan cara itu, kawan-kawan kita, insya’Allah, akan dapat buat kerja besar dalam usaha agama atau mereka dapat meningkatkan mereka punya hasil dalam usaha agama. Orang yang jauh daripada agama akan datang dekat pada agama.

Satu cara lagi untuk bersihkan hati kita ialah, kalau ada siapa-siapa yang buat salah silap dengan kita, kita terus maafkan dia. Dan sekiranya kita ada buat salah silap dengan orang, kita minta maaf pada orang itu. Oleh itu, kita kena ada satu keadaan di mana kita sanggup maafkan dan sanggup minta maaf. Kita kena wujudkan keadaan ini. Hati akan bersih. Apa yang kita sedang cerita sekarang ini ialah bagaimana kita boleh dapat selamatkan kesucian dan kebersihan muasyarah kita.

Kita buat amal dan kita diajar niat yang ikhlas. Oleh itu, setiap amal yang kita buat, kita kena buat dengan satu fahaman di mana untuk setiap amal saya, saya bertanggungjawab kepada Allah s.w.t, saya akan disoal oleh Allah s.w.t. Oleh itu, setiap amal yang saya hendak buat, biarlah saya buat dengan satu cara supaya Allah s.w.t akan suka dan redha dengan amalan saya. Apa juga amalan yang kita buat, kita kena letak dihadapan kita menafaat di akhirat daripada amalan tersebut. Para sahabat ialah orang-orang akhirat. Mereka sanggup korbankan dunia mereka untuk akhirat dan mereka sentiasa usaha untuk majukan akhirat mereka. Kita kena jadi orang-orang yang akan dapat memperbaiki dan majukan akhirat kita.

Orang yang jadikan diri dia orang akhirat akan dapat selamatkan diri dia daripada fitnah dan musibah di dunia. Orang yang tidak buat fikir akhirat sebagai fikir dia, maka dia dalam satu ancaman dan bahaya iaitu dia akan terlibat dalam fitnah-fitnah dan musibah dalam dunia. Apa fitnah di dunia? Usaha agama dibuat untuk kepentingan diri atau langsung tidak dibuat. Orang yang buat usaha agama kerana ada kepentingan diri, dia tidak ada apa-apa hubungan dengan Allah s.w.t. Allah kata, kamu buat kerja kamu dengan kepentingan diri untuk perkara-perkara tertentu, kamu ambillah balasan daripada benda itu. Dalam hadith diberitahu, seluruh dunia ini akan dibawa dihadapan Allah s.w.t. Allah s.w.t akan beritahu apa yang dibuat untuk Allah dan akan disimpan, yang lain semua akan dicampak dalam neraka.

Oleh itu, tuntutan agama kita ialah dunia pun dijadikan agama dan bukannya agama dijadikan dunia. Oleh itu, kita kena latih diri kita dengan keikhlasan supaya kita punya makan, minum, pencarian, rezeki, segala-galanya jadi agama. Segala-galanya apa yang kita buat adalah perintah Allah s.w.t, makan, minum, tidur, bangun, buat kerana Allah, kerana perintah Allah. Untuk wujudkan ikhlas dalam diri, kita harus membelanjakan harta dan diri kita untuk agama Allah s.w.t. Sekiranya kita hanya korban harta, dan tidak korbankan diri untuk agama, maka ikhlas tidak akan wujud. Harta benda digunakan untuk agama, diri tidak digunakan, ikhlas tidak akan datang, sebaliknya bahaya akan datang, di mana sifat-sifat khibir akan datang kerana harta benda kita digunakan untuk agama. Sekiranya diri digunakan untuk agama, tetapi tidak guna harta, pun tidak akan wujud ikhlas. Orang yang gunakan diri tetapi tidak korbankan harta, maka sifat tamak akan datang dalam diri mereka. Mereka akan terus buat kerja agama tetapi mata mereka sentiasa menunggu-nunggu untuk harta orang lain. Kalau sifat tamak sudah wujud dalam hati manusia, maka yakin atas Allah s.w.t langsung akan lenyap. Pandangan mereka sentiasa atas selain daripada Allah iaitu ghairullah. Usaha agama akan dibuat tetapi pandangan mata atas ghairullah. Orang macam ini tidak ada apa-apa harga di sisi Allah s.w.t kerana mereka buat kerja untuk kepentingan diri mereka.

Para ambiya a.s ajar pada kita, tenaga kita punya, diri kita punya, harta kita punya, dan kerja Allah punya. Oleh itu, sahabat r.a, mereka jadi buruh kasar untuk hasilkan keperluan mereka untuk belanja untuk agama Allah s.w.t. Mereka buat kerja dikebun-kebun, mereka dibayar dengan buah kurma, sebahagian kurma hantar ke rumah untuk keperluan, sebahagian kurma mereka bawa untuk agama Allah s.w.t. Bawa kepada Baginda s.a.w. Baginda akana terima pemberian mereka. Mereka kata, wahai rasulullah, separuh saya sudah hantar ke rumah, separuh saya bagi pada tuan. Baginda s.a.w akan muliakan pemberian mereka, ambil dan letak atas timbunan harta benda yang lain, letak atas sekali. Allah s.w.t puji dalam Quran, mereka dapat bawa apa yang mereka dapat hasilkan dengan susah payah mereka.

Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, tarekat dan cara Nabi buat usaha ialah kita kena buat usaha agama dengan tenaga, diri dan harta kita sendiri. Kita kena sentiasa ada harapan pada Allah s.w.t, iaitu melalui usaha yang kita buat ini, Allah s.w.t akan dapat betulkan keadaan kehidupan saya. Keadaan dalam dunia ini tidak pernah dibetulkan dengan dunia atau dengan harta benda dunia. Apa juga keadaan buruk dalam dunia ini sentiasa dapat diperbaiki kerana amalan-amalan agama. Kalau ahli-ahli dunia punya harta bertambah, adakah mereka punya keadaan akan bertambah baik? Tidak semestinya. Tetapi bila harta benda mereka banyak dan bersama-sama itu ada agama dalam kehidupan mereka, maka kehidupan dunia mereka akan jadi baik. Begitu juga, dulu pun, Allah s.w.t buat melalui usaha Baginda s.a.w, keadaan dunia mereka dibaiki oleh Allah s.w.t. Mula-mula Allah s.w.t baiki dan betulkan keadaan hati mereka. Keyakinan hati mereka dapat dibetulkan, semangat mereka dapat dbetulkan, lepas itu kehidupan harian mereka dapat dibetulkan. Cara pengendalian diri mereka bersih, suci, hati mereka bersih, suci, semangat mereka bersih, suci, keinginan mereka jadi bersih. Apa pendirian mereka sekarang? Kalau saya buat baik pada orang, Allah akan buat baik pada saya, kalau saya bagi menafaat pada orang, Allah akan bagi menafaat pada saya.

Hati kita akan jadi bertambah baik, keyakinan akan dapat dibaiki. Begitulah, melalui kehidupan keagamaan, keseluruhan dunia ini akan dapat merasai keamanan. Kerana melalui imanlah aman akan datang. Bila iman tersebar, aman akan datang. Dalam iman ada sifat takut pada Allah s.w.t. Orang yang takut pada Allah, tidak akan buat kerja yang tidak betul. Oleh itu, kita kena usaha untuk sebarkan iman di seluruh dunia dan iman akan tersebar melalui usaha ini sahaja. Sebenarnya orang yang buat usaha atas iman, merekalah yang sedang buat usaha untuk memperbaiki keadaan dunia ini. Baginda s.a.w sebarkan iman. Untuk iman, Baginda buat usaha. Hati-hati manusia datang khauf/takut pada Allah, khauf pada akhirat dan antara mereka tidak ada sesiapa hendak buat penipuan dsbnya.

Satu orang perempuan beritahu pada anak perempuannya, waktu tengah malam, susu sudah berkurangan, campurkan air dalam susu. Anak perempuan kata, tidak boleh, susu tidak boleh dicampur dengan air. Amirul mukminin tegah amalan ini. Ibu kata, waktu tengah malam ini, amirul mukminin sedang tidur. Anak perempuan kata, amirul mukminin mungkin sedang tidur, tetapi Allahnya sedang jaga. Allah sedang melihat. Saya tidak akan campur air dalam susu. Kenapa ini berlaku? Kerana iman sudah masuk dalam hati sanubari. Dalam rumah sendiri, seorang budak perempuan tidak sanggup hendak buat kerja yang salah.

Abdullah ibnu Umar sedang dalam safar/perjalanan bersama dengan rombongan beliau. Mereka memerlukan makanan pada waktu tengahari. Orang-orangnya pun disuruh masak makanan. Mereka lihat ada seorang budak sedang mengembala kambing. Abdullah ibnu Umar pergi jumpa budak itu. Beliau minta supaya seekor kambing dijual pada mereka kerana rombongan beliau perlukan makanan. Budak itu kata, tuan punya kambing ada dibandar, kambing-kambing ini bukan saya punya. Saya hanya diarah untuk jaga kambing, oleh itu saya tidak boleh jual kambing ini pada tuan. Abdullah Umar hendak uji tahap keimanan budak itu, dia kata, itu bukan perkara yang susah, kalau tuan punya kambing datang dan kira, kambing kurang seekor, beritahu serigala sudah makan. Bila budak itu dengar sahaja, dia terus kata, di mana Allah? Allah sedang melihat sekarang ini. Saya tidak boleh bercakap bohong dengan tuan saya. Rombongan tersebut pun masaklah apa yang mereka ada dan menjemput budak tersebut untuk makan bersama, tetapi budak itu kata, saya sedang berpuasa. Abdullah Umar begitu hairan, di tengah padang pasir, tengah panas, masih kamu berpuasa? Budak itu baca ayat Quran. Dia kata, dalam kehidupan saya, saya sedang maju dan membentuk akhirat saya. Ini semua ialah berkat iman. Inilah berkat usaha iman, dapat kekal dalam sifat amanah, dapat kekal dalam sifat ibadah walau apa juga keadaan. Apa juga kebaikan yng wujud di atas muka bumi ini, hanya akan dapat diwujudkan melalui iman.

Alhamdulillah, usaha dakwah yang kita buat ialah usaha iman. Usaha kita ialah supaya setiap orang Islam, mereka dapat usahakan satu tahap iman, dimana mereka dapat gunakan harta-benda mereka untuk sukakan Allah s.w.t dan mereka punya keinginan untuk bawa kebaikan pada semua orang Islam.

Tahun 1980, ijtimak pertama di Amerika. Jemaah saya dihantar ke sana selama satu tahun. Banyak jemaah-jemaah dari seluruh dunia datang untuk buat usaha disana. Untuk ijimak itu, usaha dibuat selama dua tahun. Alhamdulillah, jemaah datang dari seluruh dunia, Arab, India, Pakistan dsbya, juta-juta wang ringgit dibelanjakan untuk buat usaha selama dua tahun. Inilah ijtimak pertama yang berpayungkan langit, tiada bumbung. Inilah ijtimak pertama yang dibuat dipadang sepertimana dibuat di negara kami disini, iaitu India. Rakan-rakan seusaha kita buat usaha dengan bersungguh-sungguh. Semua keperluan dan urusan ijtimak dikendalikan oleh rakan-rakan seusaha sendiri. Setiap jenis manusia yang buat usaha agama ada disitu, ada engineer, ada buruh, macam-macam jenis orang ada dalam ijtimak itu. Alhamdulillah, ijtimak itu berjaya. Lebih kurang 10 hingga 12 ribu orang berhimpun. Orang Amerika tidak pernah lihat orang-orang seperti ini berkumpul di satu tempat. Polis pun datang. Mereka tanya, berapa banyak polis tuan perlu, berapa banyak bantuan tuan perlu supaya tuan punya keselamatan dapat dijaga. Ahli mesyuarat kata, kami tidak perlu satu orang polis pun. Sebaliknya ini negara tuan, apa-apa yang tuan hendak buat dengan sendirinya, hendak duduk, hendak lihat, hendak hantar siapa pun, kami tiada apa-apa halangan. 3 orang polis dihantar untuk jaga. Ahli syura bagi tempat untuk mereka, makan-minum mereka juga disediakan. Mereka dengar dan lihat. Mereka lihat dalam ijtimak itu, ada orang Amerika, ada orang Afrika, ada orang Arab, macam-macam warna kulit, mcam-macam bahasa, mereka duduk bersama, mereka dengar bersama, mereka makan bersama, mereka solat bersama dan mereka tidak rasa apa-apa bahaya pun. Kalau ada benda/barang yang hilang, iklan akan dibuat, ambil ditempat amanat. Semua polis itu bingung tengok keadaan ini. Beribu-ribu orang ada disitu, macam mana mereka boleh mengendalikan kesemua ini dengan selesa tanpa huru hara, tiada apa-apa pergaduhan, tiada apa-apa yang diminta dan dilaporkan pada polis. Kenapa? Kerana usaha iman telah dibuat atas orang-orang ini. Suasana yang wujud ialah suasana iman. Semua yang datang ke ijtimak itu dalam keadaan sedang buat usaha atas iman. Walaupun mereka dari negara berlainan, bangsa berlainan, warna kulit berlainan, bahasa berlainan, tiada apa-apa bahaya antara satu sama lain. Walaupun waktu malam, dalam kegelapan malam atau keterangan siang, tiada apa-apa bahaya, keadaan sama sahaja, aman sejahtera. Mahul/suasana macam ini tidak ada pada orang-orang dunia. Mahul/suasana macam ini hanya ada pada kita sahaja.

Disisi kita, hendak jaga amanah orang, hendak cakap benar, hendak jaga harta benda orang, hendak bagi menafaat pada orang, itulah perkara yang utama. Oleh itu, diberitahu keadaan dunia ini akan jadi baik, keadaan dunia akan dapat dibaiki hanya bila usaha iman dibuat dan sifat iman dapat disebarkan. Kita tidak mahu apa-apa balasan dari orang-orang dunia. Orang yang memiliki negara, kita tidak mahu negara mereka. Orang yang memiliki kerajaan, kita tidak mahu kerajaan mereka. Orang yang memiliki harta benda, kita tidak mahu harta benda mereka. Oleh itu, kita boleh cakap dengan penuh berani iaitu usaha suci murni ini yang kita dapat dari Baginda s.a.w, usaha ini ialah rahmat untuk seluruh alam. Manusia di dunia ini tidak ada perkara ini bersama mereka. Oleh itu, kemanusiaan dalam keadaan buta, buat segala-galanya untuk kepentingan diri. Allah kurnia pada kita nur iman. Allah beri pada kita cara suci murni baginda s.a.w. Alhamdulillah, kita tidak memerlukan dan tidak berhajat apa-apa benda pun dari ahli-ahli dunia.

Para sahabat kata, Baginda s.a.w ambil janji daripada kami, bai’ah, iaitu kami akan buat usaha agama dalam apa juga keadaan dan tidak akan terima apa-apa dari orang-orang dunia atas usaha kami. Kami tidak akan terima apa-apa balasan pun.

Tuan-tuan yang mulia, inilah tarekat dan cara kita, iaitu dalam mengendalikan kerja dan usaha kita, kita tidak akan minta apa-apa balasan dari sesiapa pun.

Apa yang Allah s.w.t kurnia pada kita, itulah yang kita akan belanjakan untuk agama Allah s.w.t. Baginda s.a.w beritahu, kamu belanjakanlah untuk agama Allah, maka Allah akan belanjakan atas diri kamu.

Oleh itu, berkat-berkat yang diterima oleh orang Islam, hasil daripada pengorbanan mereka untuk agama Allah s.w.t. Hamba-hamba Allah akan beri pengorbanan untuk agama Allah dan Allah s.w.t maha kaya, akan beri keberkatan dalam hidup mereka.

Sekiranya kita tidak beri pengorbanan untuk agama Allah, dan harta yang ada pada kita, kita israf, belanja boros dengan harta dan nyawa yang ada pada kita, maka Allah tidak akan beri berkat dalam hidup kita. Kerana sifat israf ini, sifat boros ini, sifat menggunakan harta dan diri atas pekara-perkara dengan cara yang tidak disukai oleh Allah s.w.t, kita sendiri akan jadi orang-orang murtad, iaitu memerlukan bantuan orang lain pula.

Kebuluran yang datang pada kita dalam satu fesyen yang baru. Dulu, fesyen lama, kebuluran dan kefakiran, orang miskin minta sedekah, tidak ada makanan, tidak ada pakaian, dsbnya. Kebuluran fesyen baru pula ialah dari segi luaran nampak begitu kaya raya, tetapi hakikatnya mereka berhutang, keadaan dunia macam inilah sekarang. Dari segi zahir nampak kaya, tetapi hakikatnya hutang keliling pinggang kerana dalam hidup tidak ada keberkatan. Kenapa berkata tidak ada? Kerana pengorbanan untuk agama tidak dibuat.

Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, niatlah untuk buat pengorbanan. Allah s.w.t akan kurnia pada kita khair/kebaikan dunia dan akhirat. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir