mesyuarat malaysia 2000 - bayan zohor maulana syamim
mesyuarat malaysia - nizamuddin
Tarikh : 05/09/2000
Tuan-tuan yang mulia,
Semoga kedatangan tuan-tuan ke sini di berkati dan diterima oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya sesiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t untuk dipilih untuk maksud agama, diberi kemuliaan oleh Allah s.w.t, untuk dimajukan oleh Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan beri dia kefahaman agama. ini merupakan satu anugerah Allah s.w.t, satu ehsan Allah s.w.t, Allah s.w.t telah pilih kita untuk maksud kerja ini, kerja yang Allah s.w.t telah berikan kepada ambiya a.s. kerja yang mana Allah s.w.t telah beri dengan memilih ambiya a.s untuk melakukannya, Allah s.w.t telah kurniakan pada kita hari ini.
Cubalah kita fikirkan keadaan diir kita ini, sebelum dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjalankan kerja ini, di mana kita berada ketika itu, apakah perkara-perkara yang telah kita lakukan ketika itu. Dalam dosa apakah kita telah bergelumang ketika itu, cuba kita fikirkan. Allah s.w.t dengan ehsanNya, dengan kasih sayangNya telah pilih kita dan membawa kita ke dalam usaha ini. Kalaulah kita menghargai kerja ini, kita menilai kerja ini, maka Allah s.w.t akan buat keputusan sebagaimana Allah s.w.t telah buat terhadap para ambiya a.s. Bantuan yang mana Allah s.w.t telah beri pada mereka, bantuan seperti itu Allah s.w.t akan beri kepada kita juga. Khazanah Allah yang mana Allah telah bukakan pada mereka, Allah akan bukakan pada kita. Apa yang Allah telah buat pada ambiya a.s, Allah akan buat juga kepada kita kerana kita mengambil berat, menilai dan menjalankan kerja agama Allah s.w.t.
Kita hendaklah menjalankan kerja ini dengan penuh yakin bahawa sesungguhnya janji Allah s.w.t terhadap kerja ini adalah hak/benar. Bantuan Allah s.w.t terhadap kerja ini adalah benar. Dengan yakin yang penuh seperti ini hendaklah kita berjalan selangkah demi selangkah dalam menjalankan kerja ini. Kita hendaklah faham ini adalah kerja para ambiya a.s, kerja kepada ketua kepada semua ambiya a.s, ini bukan kerja Nizamuddin. Apabila kita faham dan terima kerja ini sebagai kerja para ambiya dan juga penghulu kepada semua ambiya a.s, maka kita dengan mudah dapat menjalankan kerja ini. Pertama sekali kita hendaklah ada kebesaran kerja ini, lebih banyak kebesaran kerja ini dalam hati kita, maka lagi mudah bagi kita menunaikan sebarang takazah yang dibentangkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan mengahargai/menilai kerja ini? Hadzratji rah. telah beritahu maksudnya lebih kurang, menghargai kerja ini ialah kita sedia mengorbankan diri dan harta kita atas takazah kerja ini. Kalau kita sedia korbankan diri dan harta kita atas takazah agama ini, Allah s.w.t akan kurniakan mengikut kebesaranNya kepada kita. Janganlah kita lihat apa yang telah kita berikan, yang kita berikan sebenarnya tiada apa-apa. Kita belanjakan diri kita dan harta kita untuk maksud kerja ini, untuk takazah kerja ini dan kita tidak akan lihat apa yang telah kita berikan. Tidak ada apa-apa yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam khazanah Allah s.w.t. Apabila kita sediakan diri kita, kita memberikan pengorbanan diri dan harta kita untuk takazah kerja ini maka telah mula wujud hubungan antara kita dengan khazanah Allah s.w.t.
Apabila Allah s.w.t mula memberi, Allah s.w.t akan memberi bertentangan dengan kefahaman kita. Allah s.w.t akan memberi bertentangan dengan kuasa zahiriah. Bila kekuatan kita telah sampai kepada penghujung, maka sebenarnya daripada sana bermulanya kekuatan, kehebatan Allah s.w.t. Dalam peperangan Badar, Allah s.w.t telah membantu para sahabat bertentangan dengan kekuatan zahiriah. Seorang sahabat yang kecil, telah berjumpa dengan nabi s.a.w, dia telah cerita bagaimana bapa saudara nabi, Abbas r.a telah diikat. Dia kata, “Saya telah mengikat Abbas r.a, dia adalah seorang yang tinggi dan berbadan besar serta tegap”. Maka nabi s.a.w telah beritahu, “Sesungguhnya kamu tidak mengikat Abbas, yang mengikat dia sebenarnya ialah malaikat yang Allah s.w.t telah turunkan daripada langit”. Beginilah Allah s.w.t telah bantu para sahabat apabila mereka berkorban untuk maksud agama, Allah s.w.t telah bantu mereka dalam peperangan Badar bertentangan dengan kekuatan zahir yang ada. Begitu juga kita hari ini, kalau kita bangun, korbankan diri kita, korbankan harta kita untuk maksud takazah agama Allah s.w.t, untuk menghidupkan sunnah nabi s.a.w yang penuh dengan nur, maka Allah s.w.t juga akan bantu kita sebagaimana Allah s.w.t telah bantu mereka.
Usaha ini adalah usaha asbab untuk tersebarnya agama Allah s.w.t. Sebenarnya yang akan sebarkan bukanlah usaha kita tetapi Allah s.w.t. Allah s.w.t yang akan sebarkan tetapi usaha ini telah dijadikan sebagai asbab. Sepertimana hari ini , kita makan, ia jadi asbab yang mana melalui asbab ini menghilangkan lapar kita, yang mengeyangkan perut kita ialah Allah s.w.t. Begitu juga usaha yang kita buat hari ini, sebenarnya darjah kedudukannya hanya asbab sahaja, asbab untuk tersebar agama Allah s.w.t. Sebenarnya yang menyebarkan agama Allah s.w.t ini ialah Allah s.w.t. Kalau kita bersedia maka Allah s.w.t jadikan kita sebagai asbab untuk menyebarkan agama Allah s.w.t.
Sambil menjalankan kerja ini kita mesti sentiasa memandang kepada rabbul asbab iaitu Allah s.w.t, kita melihat kepada Allah s.w.t. Dalam menjalankan kerja ini, kalaulah kita alihkan pandangan kita pada asbab maka dari saat itu akan terputuslah kita daripada bantuan Allah s.w.t. Kita jalankan kerja ini dan kita tidak akan melihat pada asbab tetapi kita melihat pada Allah s.w.t.
Allah s.w.t telah tunjukkan pada kita melalui kehidupan sahabat dalam peperangan Hunain bagaimana bantuan Allah s.w.t terlepas dari umat apabila mereka tidak lihat lagi kepada Allah tetapi melihat kepada asbab, itupun perkara itu hanya berlaku dikalangan beberapa orang ansar yang muda-muda, hanya beberapa orang sahaja yang fikir. Orang Islam ketika itu 12,000 dan menghadapi musuh seramai 4,000. Ada sebahagian daripada mereka fikir dalam peperangan ini kita akan menang dengan mudah kerana dalam peperangan Badar bilangan kita sedikit telah berjaya mengalahkan tentera musuh yang begitu ramai. Hari ini dengan mudah kita akan mencapai kemenangan. Yakin telah beralih daripada Allah s.w.t kepada bilangan maka ketika itu bantuan Allah telah tercabut dari umat ini. dalam peperangan itu 4,000 telah menyebabkan 12,000 kelam-kabut dan lari dari medan pertempuran. Hanya nabi s.a.w dan 11 orang sahabat sahaja yang tinggal, yang lain semua telah lari, sehingga nabi telah panggil bapa saudaranya Abbas r.a dan minta dia iklankan, “Mana kamu wahai orang-orang ansar, aku adalah seorang rasul Allah dan aku ini bukanlah pendusta, aku ini adalah dari banu Abdul Mutalib, datanglah kamu”, dia mula menyeru, bila seru begini maka 88 orang telah kembali. Jumlahnya menjadi 100 orang (88+11+nabi) dan nabi s.a.w telah ambil sedikit pasir dan baca doa dan lontar dan Allah s.w.t telah masukkan pasir ke dalam mata 4,000 musuh. Bantuan Allah telah datang semula kepada umat ini. Ini satu pengajaran bagi umat ini, apabila pandangan kita beralih daripada Allah kepada asbab maka pada saat dan ketika itu bantuan Allah akan terjauh daripada kita. Dalam menjalankan kerja ini, kita selalu cerita tawakal kepada Allah s.w.t. Maulana kata tawakal paling rendah ialah kita tidak ada apa benda pun dan kita serah kepada Allah s.w.t tetapi sebenarnya tawakal yang hakiki adalah semua asbab ada dengan kita tetapi kita tidak terkesan dengan asbab ini, kita tidak melihat asbab tetapi ketika itu kita melihat Allah s.w.t.
Apa yang dibuat oleh nabi s.a.w itu bukanlah sebenarnya dibuat oleh nabi, bukan nabi yang buat, tetapi Allah s.w.t yang buat melalui amalan nabi. Mana-mana para ambiya a.s, amalan mereka ini, bukan mereka yang buat tetapi Allah s.w.t yang buat atas amalan mereka. Jalan bagi Musa a.s ini bukan nabi Musa a.s yang buat tetapi Allah s.w.t yang telah buat atas amal nabi Musa a.s. Begitu juga tertib untuk setiap nabi, mereka mendapat bantuan daripada Allah s.w.t sehingga kiamat. Siapa sahaja seorang hamba yang bangun menjalankan kerja atas agama Allah s.w.t, maka sesungguhnya Allah s.w.t akan bantu dan Allah s.w.t akan senitasa ada bersama-sama dengannya. Sebab itu mereka yang menjalankan kerja ini hendaklah sentiasa melihat keburukan dan kelemahan diri sendiri, jangan kita lihat pada kelemahan dan keburukan orang lain.
Kalau kita melihat kelemahan dan kekurangan diri kita sendiri maka kerja akan meningkat, Allah s.w.t akan bawa perubahan dalam kehidupan kita, Allah s.w.t akan mula terima kita dan kalau kita mula melihat keburukan orang lain maka ikhlas akan terkeluar daripada diri kita. Dalam korban kita kena lihat mereka yang buat pengorbanan lebih besar daripda kita, kita lihat para ambiya a.s, kita lihat para sahabat, kita lihat nabi s.a.w. Bila kita melihat pengorbanan mereka ini maka kita sendiri akan berasa malu akan apa yang telah kita buat, kita tidak akan rasa bangga dengan apa yang telah kita berikan. Untuk itu, dalam menjalankan kerja ini, sambil kita korban, kita perlu lihat pengorbanan yang telah dibuat oleh mereka-mereka yang terdahulu daripada kita, maka insya Allah, Allah s.w.t akan majukan kita.
Dalam menjalankan kerja ini apabila kesusahan datang, musibah menimpa kita atau kita jatuh sakit, kita akan lihat kehidupan nabi dan juga kehidupan para sahabat. Apabila kita melihat kesusahan yang dialami oleh mereka, maka dengan sendirinya kepayahan dan kesusahan yang kita lalui itu akan lenyap daripada kita.
Dalam musibah ini, Allah s.w.t menerima mereka yang buat usaha agama dan Allah majukan usaha agama, sebaliknya dalam kesenangan dan kemudahan agama dimatikan/diruntuhkan. Sebab itu Allah s.w.t letakkan nabi-nabi dan para sahabat dalam kesusahan, dalam keadaan-keadaan tertentu. Melalui keadaan-keadaan tertentu ini, Allah s.w.t membentuk diri mereka. Allah membentuk sifat dalaman mereka, Allah membentuk yakin, takwa, tawakal dan sabar dalam diri mereka. Melalui kesusahan inilah Allah s.w.t akan sebarkan agama dan bentuk diri kita.
Sebab itulah kita azam insya Allah, kita semua akan belajar buat kerja ini dalam semua keadaan. Nabi telah didik para sahabat sehingga tidak ada seorang pun sahabat yang tidak menerima panggilan berkorban di jalan Allah s.w.t dalam semua keadaan. Apa keadaan berlaku pun, bila seruan keluar di jalan Allah s.w.t diberikan, mereka tidak akan memberi keuzuran, mereka akan sedia. Ketika diseru untuk keluar di jalan Allah s.w.t atau semasa berada di jalan Allah s.w.t, bila timbul keuzuran ini, sebenarnya ini bukanlah merupakan keuzuran, ini sebenarnya merupakan penyakit yang mana dalam keadaan ini kalau kita tinggal di belakang dan tidak keluar, maka penyakit ini tidak akan sembuh dan ia akan menjadi bertambah tenat. Sebab itu, kita kena belajar dalam keadaan seperti itu kita kena keluar di jalan Allah s.w.t supaya penyaki ini dapat disembuhkan. Sebab itu kita ini diminta bangun atas pengorbanan. Membuat sesuatu bertentangan dengan keadaan yang telah kita lihat. Bertentangan dengan ehwal yang datang kepada kita, supaya apa? Supaya kita dapat meningkat dan supaya penyakit dalam diri kita ini dapat diperbaiki supaya kita hampir dengan Allah s.w.t.
Ini satu kerja yang sangat besar, orang tua-tua kita di sini, harapan mereka begitu besar kepada kita. Untuk itulah kita semua kena bangun dan menjalankan kerja ini dengan mujahadah, dengan penuh pengorbanan, dengan niat untuk tambahkan korban kita, dengan mesyuarat, dengan niat untuk perbaiki diri, maka Allah akan terima kita dan akan meningkatkan kita dalam usaha atas agama. Kita bukanlah hendak menjalankan kerja ini di negara kita sahaja tetapi kita kena jadikan seluruh alam sebagai medan usaha kita. Allah s.w.t telah letakkan begitu banyak kemampuan dalam diri tuan-tuan, satu golongan yang begitu terpelajar dan mempunyai kemampuan yang mana susah hendak dikumpulkan di tempat lain, Allah s.w.t telah kumpulkan tuan-tuan atas maksud kerja ini dan Allah s.w.t akan mengambil kerja daripada kita.
Bumi bagi usaha ini, tanah yang sebenar bagi usaha ini ialah orang-orang miskin, orang-orang biasa kerana mereka ini orang-orang yang mudah, mereka tidak ada rancangan yang besar-besar dan dalam diri mereka ini ada satu sifat untuk patuh dengan mudah apa yang kita cakap, mereka akan sedia untuk ikut. Sebab itulah hari ini, kita kena belajar bagaimana kita dapat buat usaha di kalangan orang-orang biasa, orang-orang miskin, orang-orang awam dan bila Allah terima kerja kita di kalangan mereka, Allah s.w.t akan memilih mereka dan menggunakan mereka atas maksud agama, dengan mudah mereka akan patuh. Kita semua jalankanlah kerja ini dengan tertib bagaimana yang telah diterangkan kepada kita. Kalau kita menjalankan kerja ini dengan tertib, dengan ijtimai’yat, dengan mesyuarat, maka Allah s.w.t akan mengambil kerja daripada kita, Allah s.w.t akan terima kita, Allah s.wt akan tingkatkan kerja ini.
Tuan-tuan yang mulia,
Kerja kita nampak semakin hari semakin besar, semakin maju sebab ramai orang telah mula datang mengambil kerja ini. Ini bukan ukurannya. Ukuran sebenar tentang majunya kerja ini, meningkatnya kerja ini, adalah apabila hati kita bersatu dan wujud kasih sayang dikalangan kita. Bila hati bersatu dan wujud kasih sayang maka bantuan Allah s.w.t akan datang pada kita. Kalau kita buat kerja ini, ramai orang datang tetapi hati tidak bersatu, kasih sayang tidak ada maka bantuan Allah akan terjauh daripada kita.
Perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang tidak baik. Perbezaan pendapat ini sebenarnya akan menarik rahmat Allah s.w.t. Kita tidak mahu perbezaan pendapat ini menyebabkan timbul pula perbezaan dalam hati kita. Hati berbeza dan kita tidak dapat hendak terima maka ini tidak perlu ada. Sebenarnya apa yang kita mahu ialah perbezaan pendapat ialah sesuatu yang dapat menarik rahmat Allah, tidak mendatangkan perbezaan dalam hati. Bila kita ada perbezaan pendapat tetapi tidak ada perbezaan dalam hati kita, maka Allah s.w.t akan buka kemudahan bagi kerja ini. Kalau perbezaan pendapat menghasilkan perbezaan pendapat dalam hati, hati tidak bersatu maka azab Allah akan datang. Tidak mengapa kita berbeza pendapat sebelum keputusan dibuat tetapi setelah keputusan dibuat hati kita bersatu dan pendapat kita satu, kerja yang kita buat satu, maka ketika itu bantuan Allah s.w.t akan datang kepada kita.
Hendaklah kita ikram sesama kita, hendaklah kita memuliakan antara kita dan hendaklah kita menghargai antara kita. 3 sifat ini kita ikram, kita mulia dan kita menghargai antara kita, lagi banyak sifat ini ada, maka lagi banyak Allah akan mengambil kerja daripada kita dan juga rakan-rakan kita.
Bukanlah perkara yang besar bila kita dapat jaga kita punya amalan infradi, zikir, dsbnya, dapat buat gasht, keluar 40 hari, 4 bulan, ini bukanlah maksud yang asal. Maksud yang asal ialah bagaimana kerja kita ini, lebih ramai rakn-rakan kita dapat dibangunkan atas kerja ini. Inilah sebenarnya yang kita mahu. Satu, kita sendiri keluar di jalan Allah s.w.t, untuk maksud diri kita sendiri dan kedua, kita mahu sediakan orang lain untuk mengambil kerja ini. Inilah 2 kerja yang kita kena buat. Kita keluar di jalan Allah s.w.t untuk diri kita sendiri dan kita mahu bangunkan lebih ramai lagi orang yang akan menjalankan kerja ini. Hanya untuk keluar, untuk diri sendiri, habiskan amalan kita, ini bukanlah perkara yang besar, tetapi perkara yang besar, yang penting, asalnya ialah kita menyediakan orang lain, kita pujuk orang lain, kita mengajak orang lain, kita bangunkan orang lain atas kerja ini. Sebab itu dikatakan orang yang paling mulia, yang paling baik ialah yang mana Allah gunakan dia sebagai asbab hidayat untuk orang lain. Nabi s.a.w telah beritahu kepada Ali r.a, “Kalaulah dengan usaha kamu, satu orang manusia dapat hidayat, maka itu lebih baik bagi kamu daripda dunia dan segala apa yang terkandung di dalamnya”. Siapa yang Allah s.w.t akan jadikan asbab hidayat? Mereka yang menjalankan kerja ini dengan sifat taat dalam dirinya.
Kita mahu dalam semua keadaan kita ada sifat taat, samada perkara itu bertentangan dengan kemahuan kita atau bertepatan dengan kemahuan kita, masih lagi patuh pada orang tanggungjawab di tempat kita, di kawasan kita, di negeri kita, di negara kita, maka orang seperti inilah Allah akan jadikan sebagai asbab hidayat. Dalam semua keadaan, dia ada sifat taat. Kasih sayang adalah pintu kepada ketaatan dan ketaatan adalah pintu kepada hidayat. Apabila kamu taat, kamu akan dapat hidayat. Ini maksud daripada Al-Quran.
Inilah apa yang kita hendak wujudkan dalam kerja ini iaitu untuk dapatkan sifat taat. Bagaimana sifat taat ini akan datang? Bagaimana sifat patuh ini akan datang? Lagi banyak kita cuba wujudkan sifat ini, Allah akan terima kita. Sebab itulah dalam kerja ini, fikir kita hendaklah satu, taat kita, semua adalah satu, semua orang mahu fikir ke arah satu perkara yang sama. Apabila semua orang membuat kerja ini, membuat pengorbanan, dengan sifat taat seperti ini, Allah s.w.t akan mengambil kerja daripada kita. Apabila keputusan dibuat, maka ketika itu, semua orang punya pendapat menjadi sama, semua orang punya fikir untuk membuat sesuatu jadi sama. Maka begini, sifat taat seperti ini, Allah akan mengambil kerja daripda kita.
Perkara yang pertama dalam usaha agama ini ialah untuk memperbaiki yakin. Kedua, melalui usaha ini, kita mahu menukar mahul/suasana. Bila suasana dapat ditukar, diubah, maka mengamalkan agama akan jadi mudah. Bila yakin yang tidak betul dibinasakan daripada hati kita, maka barulah Allah s.w.t akan hancurkan perkara-perkara zahir batil di luar kita, Allah akan hancurkan. Kerja kita adalah untuk mengeluarkan yakin tidak betul, batil daripada hati kita, dan kerja Allah, tanggungjawab Allah, ialah menghancurkan kebatilan di luar. Kita keluarkan kebatilan daripada hati kita, Allah s.w.t akan hancurkan batil di luar, itu tanggungjawab Allah, kerja Allah.
Hari ini, kita keluar membuat kerja untuk membuat perkara ini, untuk mengeluarkan kebatilan daripada hati kita, untuk mengeluarkan daripada hati kita segala macam kebesaran, kebesaran kedudukan, kebesaran kekuasaan, kebesaran kebendaan, wanita dsbnya, kebesaran ini kita belum keluarkan daripada hati kita. Batil tidak dibinasakan dengan batil, tetapi batil dibinasakan dengan hak. Apabila datangnya hak, maka batil akan binasa. Di mana hak ini akan datang? Iaitu ke dalam hati-hati manusia, masukkan yakin yang betul, inilah sebenarnya hak, apabila ini berlaku, Allah s.w.t sendiri akan hancurkan kebatilan. Bilakah kebatilan akan binasa daripada hati kita ini, bila hari ini, kita dengan penuh mujahadah, keluar di jalan Allah s.w.t, dengan korban kita keluar di jalan Allah s.w.t, kita menghadapi kepayahan di jalan Allah s.w.t, melalui inilah sebenarnya Allah s.w.t akan binasakan kebatilan dalam hati kita.
Rasulullah s.a.w tidak bangunkan sahabat atas asas dunia, tetapi atas asas akhirat. Atas asas inilah nabi s.a.w telah bangunkan sahabat. Mereka tidak diajak kepada kelebihan/kebesaran dunia, tetapi mereka diajak kepada kebesaran akhirat, diceritakan tentang kehidupan selepas mati, kita akan berdiri depan Allah s.w.t, tentang kudrat Allah s.w.t, tentang khazanah Allah s.w.t. Maka begitu juga kita hari ini, bila kita menjalankan kerja dengan asas ini, barulah batil akan hancur daripada hati kita.
Kenapa hari ini jadi masalah dalam kerja ini? Kerana hari ini kita menjalankan kerja ini dengan meletakkan dunia depan kita, dengan meletakkan kebendaan depan kita, sebab itu bila berlaku satu keadaan, suasana, kita tinggalkan kerja agama. kita mesti berdiri atas maksud ini, dan juga mendirikan kawan-kawan kita, sahabat-sahabat kita, rakan-rakan kita atas maksud ini, kita menjalankan kerja ini bukan untuk melihat natijah/hasil kita dalam kehidupan dunia, tetapi untuk melihat hasilnya dalam kehidupan akhirat.
Mereka yang mahu melihat hasil di dunia, kalau dia dapat pun, dia akan tinggalkan kerja ini, kalau tidak dapat pun, dia akan tinggalkan kerja ini. Kita jalankan kerja ini bukanlah untuk berkat, bukan untuk sawab/pahala, tetapi kerja ini dibuat dengan satu maksud yang sangat penting, sangat besar. Maksud apa? Bagaimana agama yang dibawa oleh nabi s.a.w akan hidup di seluruh alam. Melalui usaha ini, Allah akan wujudkan/hidupkan perkara-perkara fardhu, perkara-perkara faraid, perkara-perkara wajib, Allah s.w.t akan hidupkan agama yang sempurna. Atas maksud inilah sebenarnya kita menjalankan kerja ini. Bukan untuk keberkatan atau ganjaran.
Kita mesti yakin dengan janji Allah s.w.t, apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t itu, kita mesti yakin. Bila kita buat sesuatu amalan itu dengan yakin kepada janji Allah s.w.t, ini sebenarnya tanda ikhlas. Kalau kita membuat untuk dapatkan apa yang dijanjikan, itu sebenarnya kita buat untuk kepentingan diri kita. Maknanya, kita buat kerja ini dengan yakin atas janji Allah s.w.t, itulah ikhlas. Kalau kita buat untuk mendapatkan apa yang dijanjikan, itu yang kita hendak dapat, maka itu sebenarnya kita buat untuk kepentingan diri kita sendiri, untuk kemahuan kita.
Kita membuat amalan ini sebenarnya untuk menyukakan Allah s.w.t, untuk sukakan siapa? Untuk sukakan Allah, untuk dapatkan keredhaan Allah s.w.t, bukan untuk menagih janji yang Allah bagi. Kita yakin atas janji Allah, dan kita buat amalan itu, untuk menyukakan Allah s.w.t, contoh: melalui sembahyang dhuha, dijanjikan keberkatan, ini kita buat bukanlah maknanya kita buat untuk dapat keberkatan itu, kita buat sebenarnya untuk menyukakan Allah s.w.t, keberkatan itu dengan sendirinya akan datang sebab ia telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.
Roh bagi kerja ini adalah keikhlasan, bila ada keikhlasan, barulah Allah s.w.t akan satukan hati kita. Kalau tidak ada keikhlasan, masing-masing ada kepentingan diri dia sendiri, maka hati akan pecah belah. Kalau keikhlasan tidak ada, maka rasa kepentingan diri akan datang dalam diri kita. Akan keluar dari dalam kita, macam-macam keinginan, saya orang lama, saya patut dijadikan syura, saya patut dihantar ke sana, saya patut begini, saya patut diikram, dimuliakan, sifat ini akan datang, sebab tiada keikhlasan. Tetapi satu orang yang ada keikhlasan, semua ini, dia tidak akan fikir, orang panggil dia untuk makan atau tidak, samada dia ini orang lama, dilantik jadi syura atau tidak, ada orang tanya khabar atau tidak, semua tidak ada. Sebab apa? Dia buat semata-mata untuk menyukakan Allah s.w.t. Buat semata-mata kerana Allah. Sifat macam ini, Allah akan pilih dia.
Kita jalankan kerja ini dengan ikhlas dan istiqkhlas, maka Allah s.w.t akan kekalkan kita dalam kerja ini. Kalau kita buat kerja ini dan juga melihat satu macam kebesaran dan kemuliaan dalam kerja-kerja lain, maka syaitan akan tipu kita. Dia akan keluarkan kita daripada kerja ini, dia akan letak kita dalam kerja-kerja yang lain dan kita dengan sendirinya akan terkeluar daripda usaha atas agama. Sebab itu, untuk kita tetap dalam kerja ini dan menjalankan kerja ini sehingga maut, kita hendaklah melihat kehidupan para sahabat.
Khabab r.a telah diletakkan di atas bara api, kita tahu kisah dia, darah dan lemak yang keluar daripada badan dia telah padamkan bara api, dalam macam ini punya kesusahan, bila dia dapat peluang, dia akan bangun, dia akan jalankan dakwah, dia akan menyeru manusia kepada Allah s.w.t, bila nabi s.a.w lalu berhampiran dengan Khabab r.a, nabi beritahu, “Wahai Khabab, bersabarlah, sesungguhnya syurga itu begitu hampir bagi kamu”. Nabi s.a.w telah ceritakan pada mereka janji-janji, bukan janji-janji dunia, tetapi janji-janji dalam kehidupan akhirat.
Abu Zar Ghifari r.a, baru sahaja terima iman, baru sahaja mengucap kalimah, dia telah pergi berdiri di depan musuh-musuh Islam, dengan suara yang lantang, dia telah baca kalimah ini. Dia dipukul dan diselamatkan oleh Abbas r.a katanya, “Dia ini daripada kabilah Ghifar, kalau kamu bunuh dia, nanti kamu hendak pergi berniaga, lalu tempat dia, susah”. Mereka lepaskan dia. Hari kedua, dapat peluang, pergi lagi, dakwah lagi. Kenapa? Kerana bagi dia, nyawa sendiri pun tidak dihargai, tidak kisah, nyawa sanggup dikorbankan, tidak kisah dengan harta dia, tidak kisah dengan kampung halaman dia, dalam semua keadaan, dia sanggup untuk korban, yang paling penting bagi dia ialah bagaimana kalimah Allah ini akan tersebar ke seluruh alam.
Nabi s.a.w telah bangunkan setiap sahabat atas kerja ini, dan ada satu perasaan dalam diri mereka, mereka ini bukan lagi kepunyaan keluarga mereka, bukan lagi kepunyaan kaum kerabat, kepunyaan negeri, kampung mereka, tetapi sebenarnya mereka kepunyaan Allah dan Rasul. Begitu juga kita hari ini, kita bukan kepunyaan keluarga atau tempat kita, tetapi kita sebenarnya adalah kepunyaan Allah dan Rasul s.a.w. Kalau dengan semangat seperti ini kita menjalankan kerja ini, Allah akan zahirkan kudratNya atas kita.
Hari ini kita menjalankan kerja ini, di mana ada kesusahan, di mana ada mujahadah, di situ kita hantar orang lain, tempat di mana ada ikram, tempat di mana ada kerehatan, ada kesenangan, kita hantar diri kita. Walhal semangat asal kerja ini adalah di mana terdapat kepayahan, kesusahan, mujahadah, di situ kita akan letakkan diri kita sendiri. Tempat di mana ada kesenangan, di mana ada kerehatan, ikram, di situ kita hantar sahabat-sahabat kita yang lain.
Hari ini, bila sifat mujahadah ini telah hilang daripda diri kita, maka roh agama akan hilang. Bila tidak ada sifat susah payah, maka agama akan binasa. Bila sifat berehat, bersenang-lenang ini datang dalam diri kita, maka dengan ini agama tidak akan tersebar di seluruh dunia, ia akan tersekat, penyebaran agama akan tersekat. Dengan sifat mujahadah inilah, hari ini, kita hendak berjalan atas muka bumi ini, maka Allah akan sebarkan agama. Melalui sifat mujahadah ini, bila kita berjalan, maka agama akan mula hidup dalam kehidupan kita. Allah akan sebarkan agama di semua tempat. Semoga Allah kurniakan sifat mujahadah ini kepada kita. Amin.
Kita buatlah niat, kita akan keluar 40 hari dan 4 bulan, dengan sifat mujahadah. Lagi besar azam kita, bergantung kepada kebesaran azam kita ini, Allah s.w.t akan buat keputusan.
Alhamdulillah, laporan kerja tuan-tuan telah datang, moga Allah terima, ada baik sedikit daripada dahulu, tetapi kita mahu fikir hari ini, bagaimana dengan kerja ini kita boleh meningkat lagi dan keazaman kita mestilah keazaman yang besar-besar, niat yang besar. Mengikut niat yang besar, azam yang besar, yang kita buat, Allah s.w.t akan buat keputusan. Kita bukan hanya hendak buat kerja dalam negara kita sahaja, kita mahu buat kerja di semua tempat-tempat yang lain, negara-negara yang berhampiran dengan negara kita, dan juga kita mahu jadikan medan kerja ini di seluruh alam, insya’ Allah. Kita kumpul mengikut markaz dan kita buat azam yang besar-besar, bagaimana kerja kita sekarang yang kita laporkan, dapat ditingkatkan. Ada ½ jam lagi sebelum azan, dalam masa ½ jam ini, kita duduk dan kita fikir azam kita, insya’Allah.
Comments
Post a Comment