mesyuarat malaysia 1999 - prof ali nadir khan
nizamuddin - 07/09/99 Tuan-tuan yang mulia, Allah s.w.t berfirman, “Allah s.w.t telah beli harta dan nyawa orang mukmin sebagai ganti kepada syurga”. Mereka adalah orang-orang yang sanggup mati dan sanggup dibunuh di jalan Allah s.w.t. Satu ketika, isteri saya telah bebai’ah dengan Maulana Yusuf rah., beliau beritahu bahawa ini bukan bai’ah, tetapi adalah pembaharuan bai’ah (renewal of bai’ah). Bila kita masuk Islam iaitu bila kita mengucap kalimah syahadah, maka pada hari itu juga nyawa kita dan harta benda kita telah dijual pada Allah s.w.t. Sepatutnya nyawa kita dan harta benda kita harus digunakan bertentangan dengan nafsu kita tetapi apa yang terjadi ialah kita gunakan harta kita dan nyawa kita mengikut keinginan-keinginan nafsu kita. Sekarang ini kita patut rasa malu dan kesal atas perbuatan kita selama ini dan kita kena bertaubat. Mulai hari ini, nyawa kita dan harta benda kita akan digunakan mengikut kehendak dan hukum-hakam Allah s.w.t. Apa yang kita akan dapat b...