mesyuarat malaysia 1999 - bayan subuh maulana yaakob
nizamuddin - 07/09/99
Tuan-tuan yang mulia,
Allah s.w.t telah memberi amalan dakwah kepada umat ini. Umat ini ialah umat dakwah. Umat sebelum ini adalah umat amal. Allah s.w.t telah limpah kurniakan kepada umat ini amalan dakwah di dunia ini iaitu menyeru manusia kepada agama Allah s.w.t dan mereka buat usaha iman. Mereka akan dakwah dan buat kerja iman. Allah s.w.t berfirman, “….ukhrijatlinnas….”, “kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan untuk faedah sekelian manusia”. Kamu dilahirkan untuk berkhidmat kepada manusia. Kamu bukanlah dijadikan untuk diri kamu, anak-isteri kamu, perut kamu semata-mata tetapi untuk berkhidmat pada seluruh manusia.
Memberi makan adalah tanggungjawab kamu, memberi pakaian adalah tanggungjawab kamu, membantu orang yang perlu adalah tanggungjawab kamu, memberitahu orang jalan yang lurus adalah tanggungjawab kamu, membantu orang-orang yang ditimpa musibah adalah tanggungjawab kamu, membantu orang lain, menerima tetamu juga adalah tanggungjawab kamu. Allah s.w.t telah meletakkan tanggungjawab ini kepada umat Baginda s.a.w. Allah s.w.t telah memberi banyak kelebihan kepada umat ini.
Berapa tinggi jawatan yang disandang, maka tanggungjawab juga adalah besar. Tanggungjawab yang begitu besar bahawa kerja dakwah ini harus dilakukan dalam apa juga keadaan sekali pun samada di tempat dia sendiri atau dalam musafir, samada duduk atau berdiri, bersafar dalam keretapi juga kena buat dakwah. Kerja dakwah adalah tanggungjawab umat ini dan perlu dibuat. Sebagaimana polis trafik yang berdiri di simpang-simpang jalan, bila dia berkerja maka kenderaan dapat lalu dengan baik tetapi bila dia mencuaikan kerjanya maka kereta tidak dapat berjalan dengan baik sehingga menafaatnya tersebar secara am ke seluruh dunia. Dengan dakwah, semua peringkat manusia dan juga binatang, semua mereka akan dapat faedah. Semua peringkat manusia akan dapat kebaikan daripada usaha dakwah.
Dakwah adalah satu keperluan yang sangat asasi dalam kehidupan manusia. Bila tidak ada usaha dakwah, maka kehidupan manusia akan binasa, akan rosak dan manusia akan keluar daripada had kemanusiaannya dan akan menjadi sifat kebinatangan. Bila ada usaha dakwah, manusia berada di dalam sifat kemanusiaannya. Dengan dakwah ini juga nizam alam akan jadi betul. Kalau tidak, akan datang kezaliman, akan datang kerosakan, akan datang rompakan, akan datang kecurian, akan timbul fitnah dan kerosakan, maka manusia tidak selamat dan kehormatan mereka tidak terjamin.
Rasulullah s.a.w diutuskan ketika dunia dipenuhi dengan kerosakan dan kefasadan. Seluruh alam dipenuhi dengan kecurian dan rompakan. Sebanyak mana kerosakan yang ada pada hari ini, maka sebanyak itulah juga kerosakan telah wujud pada zaman itu. Judi, rasuah, bercakap bohong, bergaduh, berperang dan sehingga kehidupan manusia menjadi begitu sempit. Rasulullah s.a.w diutuskan di Mekah, kehidupan mereka sempit dari segi harta benda, mereka tidak mendapat makan-minum yang baik. Kehidupan mereka rosak, kemasyarakatan mereka tidak stabil dan kerosakan kefasadan begitu berleluasa.
Nabi s.a.w telah bangun dengan usaha dakwah di hadapan mereka. Nabi s.a.w telah bawa ubat untuk menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah kamu bukan ditangan kamu tetapi ditangan Allah s.w.t. Kamu tidak akan berjaya dengan perancangan kamu, dengan tertib kamu, kamu tidak dapat keluar daripada kemusibahan kamu dengan usaha kamu sendiri. Dengan usaha kamu tidak dapat menyelesaikan masalah kamu tetapi yang melakukan segala-galanya ialah Allah s.w.t. Kesempitan kamu tidak akan hilang, kehinaan kamu tidak akan hilang tetapi yang menghilangkannya ialah Allah s.w.t.
Usaha dakwah ini adalah untuk seluruh alam. Nabi s.a.w adalah untuk seluruh alam. Allah s.w.t telah sertakan sahabat-shabat juga bersama usaha dakwah. Harun a.s telah disertakan dengan Musa a.s. Umat ini telah disertakan dengan kerja Baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w adalah bersama dengan umat ini iaitu, “…anawamanittabaani…” , “Aku menyeru kepada Allah dengan dalil-dalil dan tanda-tanda yang nyata, aku dan orang-orang yang mengikut aku”. Sahabat r.a adalah da’i, Nabi s.a.w adalah da’i dan sesiapa sahaja yang mengucap kalimah ini adalah juga da’i. Apabila sahaja mengucap kalimah ini, dia harus faham tanggungjawabnya. Dia harus belajar kalimah ini dan sampaikan kalimah ini. Bagaimana untuk mempelajarinya? Iaitu dakwah kepadanya sehingga ianya masuk ke dalam hati. Bila kita dakwah ke arah kalimah, maka keyakinannya akan masuk ke dalm hati. Kalau tidak, kalimah akan keluar daripada hati kita sehingga orang yang telah ucap kalimah pun akan terkeluar kalimah tersebut dari hatinya.
Abu Bakar r.a mengucap kalimah dan dia telah menjadi pendakwah kepada kalimah. Dia telah memberi dakwah 5 atau 6 orang dan dia bawa mereka ke hadapan Rasulullah s.a.w dan berkata, “Inilah usaha saya pada hari ini” . Dia terus memberi dakwah. Hadzrat Bilal r.a ucap kalimah dan dia dakwah ke arahnya. Khabbab r.a ucap kalimah dan terus menjadi pendakwah kepadanya. Sesiapa sahaja yang ucap kalimah, mereka terus menyibukkan diri mereka dengan dakwah. Mereka faham iaitu seseorang yang mengucap kalimah, mereka terus kena buat dakwah. Kisah Abu Zar Ghifari hendak berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Bukan mudah hendak berjumpa dengan Rasulullah s.a.w, jika diketahui orang, maka akan dipukul dan diganggu. Khabbab r.a, Bilal r.a, Ammar dan keluarga r.a, mereka semua diseksa. Mereka dipukul apabila menerima Islam. Mereka dipukul sehingga akhirnya mereka lepas. Kerana apa? Kerana orang yang pukul sudah letih. Walaupun mereka menanggung keperitan, siksa, azab, mereka tetap memberi dakwah. Ia adalah maksud kehidupan orang mukmin. Bila insan mempunyai maksud hidup, maka dalam apa keadaan pun, dia akan terus menyibukkan diri dengan maksud hidupnya. Dia akan terus buat dalam apa keadaan sekalipun. Maksud hidup sahabat r.a ialah menyeru manusia kepada Allah s.w.t. Dalam semua keadaan mereka buat. Walaupun mereka dipukul dan diseksa.
Abu Zar r.a datang ke Masjidil Haram untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Sepanjang hari dia berada di sana . Hadzrat Ali r.a nampak dan perasan bahawa dia orang luar, musafir, mungkin ada keperluan di sini. “Saya akan ambil dia sebagai tetamu”. Abu Zar r.a tidak beritahu mengapa dia datang dan Hadzrat Ali r.a juga tidak tanya mangapa kamu datang. Setelah makan, dia berehat. Keesokan harinya, dia nampak orang yang sama di masjid.
Kalau ada sesiapa yang bangun, maka dengan kasih sayang, pujuk rayu dan lemah-lembut, minta dia duduk. Kita berada di majlis para malaikat. Syaitan bisik di telinga kita, “Kamu ini sudah terlekat di majlis para malaikat, bangunlah”. Syaitan usaha supaya kita tidak duduk disini. Kita jangan ikut dia tetapi kalau terikut, kawan-kawan lain bantu, ajak dia dengan pujuk rayu, lemah-lembut, supaya kawan kita itu duduk.
Maka keesokan harinya, selepas 3 hari, Ali r.a tanya, “Mengapa kamu datang?” Dia kata, “Saya dengar disini ada seorang Nabi, saya hendak berjumpa dengan dia. Kata Ali r.a, “Hendak pergi sana susah, kalau orang Mekah tahu, maka kamu dalam keadaan bahaya. Baiklah, kamu berjalan bersama-sama dengan saya, saya akan berjalan ke hadapan sedikit. Kalau ada apa-apa bahaya, saya akan seolah-olah membetulkan kasut saya dan kamu terus berjalan”. Bila sampai kepada Nabi s.a.w, Nabi telah dakwah dia kepada kalimah dan dia telah mengucap syahadah. Selepas mengucap sahaja, dia faham bahawa dia kena buat dakwah, maka terus dia buat dakwah. Kalimah ini tidak hazam begitu sahaja tetapi dengan dakwah. Dia minta izin dengan Baginda s.a.w supaya dapat dakwah secara terang kepada musyrikin. Dia akan sebut kalimah ini dengan lantang di hadapan musuh-musuh Islam. Nabi melihat keadaan dia dan beritahu, “Tidak perlulah lagi sekarang, mereka akan pukul kamu”. Katanya, “Wahai Rasulullah s.a.w, saya hendak juga bagi dakwah tersebut”. Rasulullah s.a.w pun izinkan. Dia berkeinginan untuk memberi dakwah. Kalau ada kesusahan atau kepayahan semasa memberi dakwah, maka bersabar.
Kita hari ini, bila dihantar, kita tidak mampu hendak pergi ke sana , kita kata kerana fikiran mereka tidak sama dengan fikiran kita, mereka orang lain, padahal mereka semua mengakuri sembahyang, Allah dan Rasul. Siapa pun tidak percaya apa yang Rasulullah s.a.w bawa. Kita buat kerja. Kita beli barang dari mereka dan kita jual barang kepada mereka. Sebagai peniaga, kita ada hubungan dengan mereka. Orang yang tidak sefikiran dengan kita, dia juga datang beli barang dengan kita.
Abu Zar r.a telah pergi ke Masjidil Haram dan telah iklankan dengan suara yang lantang, “Asyhaduallailahaillallah” , maka orang dari 4 penjuru bangun menuju ke arahnya dan mereka pukul Abu Zar r.a sepuas hati mereka sehingga berdarah. Hadzrat Abbas r.a datang dan beritahu mereka, “Dia adalah orang Ghifar, yang mana kampung mereka berada di tengah perjalanan kabilah-kabilah perniagaan kamu ke Syam”. Mengapa kamu pukul dia? Dia pun dilepaskan. Esonya, dia dakwah lagi dan kena pukul lagi. Kerja dakwah ini bukan halwa. Rasulullah s.a.w buat dakwah dan dia kena mujahadah. Ada orang kata gila, ada orang kata ahli sihir, macam-macam orang kata pada Rasulullah s.a.w. Mereka mempersenda-sendakan Rasulullah s.a.w. Orang-orang yang memaki Baginda s.a.w, yang memperolok-olokkan Baginda s.a.w, mereka ini tidak dijawab dengan maki, tidak dijawab dengan senda gurau tetapi dengan sabar. Kerja ini bukan halwa tetapi mujahadah. Nabi-nabi bermujahadah dan sahabat-sahabat juga bermujahadah kerana dakwah.
Selepas itu, Baginda s.a.w menasihati Abu Zar r.a dan menyuruh dia balik kepada kaumnya dan buat dakwah disana. Nabi s.a.w kata, “:Bila kamu dengar aku telah menang, telah zahir, barulah kamu datang”. Kabilah-kabilah yang datang, mereka akan pulang sebagai da’i. Bila mereka datang, Rasulullah s.a.w akan dakwah mereka. Bila mereka hendak balik, Nabi s.a.w menasihati mereka, “Balik ke kampung kamu dan beri dakwah”. Setiap mereka yang beriman adalah da’i. Bila sahaja mereka mengucap kalimah, pada masa yang sama menjadi da’i. Da’i kepada agama Allah s.w.t.
Dakwah merupakan keperluan ummumi setiap insan di atas muka bumi. Faedahnya akan sampai ke semua manusia di seluruh alam. Melalui dakwah akan datang iman. Setelah datang iman, orang yang mencuri akan bertaubat, datang keamanan. Bila perompak ditangkap, ajar kalimah pada dia, maka iman akan datang dan dia akan bertaubat daripada perbuatannya. Perompak dan penyamun hanya fikir daripada mana hendak dapat harta. Sesiapa sahaja yang lalu akan ditangkap dan dirompak. Nampak duit pada orang teksi, duit di stesen-stesen minyak, mereka akan curi dan rompak. Bila dia belajar iman, iman akan datang dalam hati, dia akan jadi da’i dan keamanan akan datang pada orang dunia.
Seluruh manusia di dunia ini perlu kepada dakwah. Tuanpunya kilang akan menangis jika tidak dapat pekerja yang beriman dan beramanah, isteri menangis kerana suami tidak ambil tahu hak-haknya, suami tidak tentu arah kerana isteri tidak peduli padanya, seluruh dunia orang akan menangis kerana di seluruh dunia tidak ada suasana iman. Seluruh dunia dipenuhi dengan suasana tidak beriman, rasuah, judi dsbnya. Maulana Yusuf rah. kata, “Dakwah ini macam air, iaitu setiap orang perlu kepada air”. Kalau tidak ada air maka manusia akan susah. Di restoran tidak ada air, maka susah hendak masak, susah hendak buat teh, susah hendak minum dsbnya. Kadang-kadang jemaah keluar di satu tempat, tidak ada air, susah hendak masak, makan tanpa air dan tercekik. Ada makanan tetapi tidak ada air pun jadi masalah.
Sepertimana kita perlu air di rumah, di restoran, di ladang dsbnya, maka begitulah juga dakwah perlu disemua tempat. Menafaat dakwah adalah untuk seluruh manusia di seluruh alam. Dakwah bukan sahaja untuk selesaikan satu perkara, satu masalah, membetulkan hal rumahtangga, bahkan dakwah adalah untuk membetulkan seluruh alam. Apabila adanya agama, kehidupan manusia di seluruh alam akan jadi betul. Orang di timur dapat faedah, orang di barat dapat faedah, kita akan dapat faedah, sehingga musuh-musuh juga akan dapat faedah. Bila air dakwah ini sudah habis di seluruh dunia, maka dunia akan ditimpa musibah. Bila ada dakwah, keamanan akan datang, maka kehidupan manusia, tertib hidup mereka akan jadi betul. Kecurian, rompakan, rasuah akan hilang. Semua jalan-jalan yang tidak betul akan selesai. Orang yang beradat yang melakukan dosa, akan bertaubat kerana datangnya iman. Bila datangnya iman, maka judi akan hilang, rasuah akan hilang, semua keburukan dan maksiat akan hilang.
Bila dakwah berada di hadapan semua manusia, datang dalam kehidupan mereka, maka keburukan semua manusia akan hilang. Allah s.w.t letakkan kekuatan dalam usaha dakwah. Tidak ada sesuatu yang dapat menandinginya. Setiap benda ada lawannya tetapi tidak ada lawan bagi dakwah. Tidak ada sesuatu kuasa yang dapat menandingi kekuatan dakwah. Sesiapa sahaja yang datang menentang dakwah, mereka akan dibinasakan. Kaum yang majoriti menentang Nuh a.s, manusia menyangka siapa yang ramai akan menang, mereka ada kuasa, mereka ada harta, bilangan mereka ramai, mereka yang tidak beriman ramai, mereka yang beriman lebih kurang 80 keluarga sahaja. Dalam jangkamasa 950 tahun, hanya lebih kurang 80 keluarga beriman. Mereka pukul, mereka ejek, mereka lempar dengan batu. Nuh a.s tidak kata apa-apa pun. Oleh kerana mereka menentang dakwah, maka Allah s.w.t binasakan mereka.
Begitu juga dengan Firaun yang menentang dakwah Musa a.s. Musa a.s tidak minta kerajaan. Dia tidak kata, “Kamu pergi dari sini, kamu penyamun, kamu perompak, biar aku pula yang memerintah”. Musa a.s dakwah dia kepada iman supaya dia menjadi orang yang beriman kepada Allah s.w.t yang esa. Firaun menentang dawah, dia cuba melenyapkan dakwah Musa a.s. Allah s.w.t hantar beberapa tanda/ujian kepada Firaun supaya dia faham. Allah s.w.t hantar taufan, ribut, kemarau. Bila mereka ditimpa musibah, Firaun kata, “Kamu punya pasallah ini, kami ditimpa musibah”.
Nizam dunia menjadi kelam kabut. Kebatilan, yang tidak hak wujud dalam kehidupan mereka. Kata Maulana Yusuf rah., “Sebelum Musa a.s beri dakwah pada Firaun, dia tidak pernah sakit kepala pun sebelum ini. Bila mula datang dakwah kepadanya, kehidupannya telah mula goyang sehingga dia begitu takut dengan Musa a.s. Dia tengok sahaja Musa a.s, dia mula rasa hendak terkencing, terberak”. Bila Firaun menentang dakwah, maka Allah s.w.t telah hancurkan dia. Begitu juga dengan Qarun, datang menentang Musa a.s dengan hartanya, dia juga dibinasakan oleh Allah s.w.t.
Dakwah ini sebenarnya menang tanpa bertanding. Bersama dakwah ada kudrat Allah s.w.t. Dakwah tidak bersendirian, bersamanya ada Allah s.w.t. Bantuan Allah s.w.t bersama dengan dakwah. Musa a.s kata pada Allah s.w.t, “Firaun akan bunuh saya, dia akan menzalimi saya”. Allah s.w.t berfirman, “ Lataqaf – jangan takut kerana Allah s.w.t bersamamu”. Allah s.w.t beritahu Musa a.s, “Aku bersama kamu berdua”. Dengan dakwah ada bantuan Allah s.w.t. Tidak ada sesuatu yang dapat menentang dakwah.
Di dalam dakwah ada tawadduk, ada akhlak, ada sifat kasih sayang. Dalam kehidupan Nabi s.a.w ada akhlak yang mulia. Sahabat r.a dan nabi-nabi yang lan, ada akhlak dalam kehidupan mereka. Orang yang paling tawadduk ialah Baginda s.a.w. Orang yang suka menyambut tetamu ialah Baginda s.a.w. Seorang Yahudi berkata, “Saya telah lihat semua alamat/tanda kenabian pada Muhammad s.a.w tetapi 2 perkara saya tidak tengok. Saya pun cuba untuk lihat apa dia 2 perkara tersebut”. Satu kabilah datang kepada Baginda s.a.w, mereka diberitahu, “Apabila kamu beriman, kamu akan dapat bantuan Allah s.w.t”. Hadrat Bilal r.a tahu bahawa bila mereka beriman, kehidupan mereka masih sempit dan mungkin mereka akan murtad, maka Nabi s.a.w beritahu pada Bilal r.a supaya berhutang. Yahudi tadi dapat peluang untuk menguji. Orang Yahudi adalah orang-orang kaya, setiap zaman mereka kaya. Bilal r.a telah berjanji, pada sekian-sekian waktu, saya akan bayar hutang ini. Beberapa hari sebelum sampai waktu untuk jelaskan hutang tersebut, maka Yahudi tadi telah datang dan kata, “Kamu orang-orang Quraish, kalau berhutang tidak mahu bayar”. Kata Bilal r.a, “Masanya belum sampai sepertimana yang telah dijanjikan”. Kata Yahudi itu, “Kalau kamu tidak dapat bayar, maka kamu akan jadi hamba semula”. Hadzrat Umar r.a mencelah, “Apa ini?” Yahudi itu ditahan. Nabi s.a.w kata, “Orang berhutang, bila diminta maka dia kena bayarlah. Pergi tunaikan hutangnya dan bila bayar, bayarlah lebih”. Yahudi kata, “Apa yang lebih ini?” Kata Umar r.a, “Tadi, semasa aku cakap, kamu telah rasa takut, maka Rasulullah s.a.w telah suruh bagi lebih sebab rasa takut kamu tadi”. Lagi banyak orang marah pada Nabi s.a.w, maka lebih bertambah sifat kasih sayang, sifat lemah-lembut dan sopan santun beliau. Semua orang yang berada disitu telah peluk agama Islam.
Dengan dakwah ada tawadduk. Bila bagi dakwah, mestilah macam orang fakir, iaitu mestilah merayu sepertimana bila kita keluar dari masjid ini, ramai orang minta sedekah, mereka akan pergi pada orang itu, mereka akan pergi pada orang ini, di depan orang yang paling kedekut pun dia akan hulurkan tangan. Dia meminta dan dia jadikan dirinya kecil. Kalau kita meminta dengan perasaan rasa besar diri, maka tidak akan diberi. Seseorang yang meminta, rasa dirinya kecil, tawadduk, maka dia akan diberi. Dalam dakwah ini, kita kena jadikan diri kita kecil dan kita beri dakwah.
Nabi s.a.w dan sahabat tidak menzahirkan keadaan membesar diri ketika memberi dakwah walaupun kedudukan dan martabat mereka tinggi. Baginda s.a.w merupakan darjat yang paling tinggi dari sekelian makhluk ciptaan Allah s.w.t, penghulu kepada nabi-nabi tetapi bila memberi dakwah, beliau rasa dirinya kerdil, kecil. Ada setengah pemuka Mekah yang beriman dan ada yang degil/keras kepala seperti Abu Lahab, Abu Jahal dan beberapa orang lagi. Bila orang-orang yang berkedudukan menentang dakwah, maka kedudukan mereka hancur. Mereka menggangap Baginda s.a.w tidak ada apa-apa, mereka menggangu Baginda s.a.w. Bila Kisra datang mengugut Nabi s.a.w, maka Nabi s.a.w beritahu, “Negara kamu akan dihancurkan”. Kekuatan Kisra tidak dapat menandingi kenabian Rasulullah s.a.w.
Muqaqas raja Mesir, sedia untuk beriman tetapi rakyat tidak sedia. Dia cuba untuk fahamkan rakyatnya, maka kerajaannya kekal di zaman pemerintahannya,tetapi sebaliknya Qisra raja Parsi, dia engkar, maka Allah s.w.t hancurkan negaranya.
Syarat da’i mesti ada di atas sifatnya. Dakwah untuk sekelian manusia untuk seluruh alam. Menafaat dakwah untuk sekelian manusia di seluruh alam. Hatim Tais, seorang pemuda, Nabi s.a.w dakwah anaknya, Hadrat Ali r.a. Dia dalam agama nasrani. Dia kata, “Kamu agama kamu, saya agama saya”, tetapi akhirnya dia beriman. Kata Nabi s.a.w, “Wahai Ali, dengar betul-betul, kalimah yang saya bawa ini akan tersebar ke seluruh alam”.
Bila Nabi s.a.w diganggu di Mekah, anak perempuan Baginda s.a.w menangis melihat keadaan beliau, maka untuk menenangkan anaknya, Nabi s.a.w kata bahawa kalimah ini akan sampai ke setiap rumah, samada rumah batu atau rumah papan, tetap kalimah ini akan sampai iaitu bila da’i bergerak atas sifat-sifat da’i. “Tidaklah Aku meminta kamu daripada apa yang kamu buat ini sesuatu ganjaran/upah. Kami tidak meminta upah daripada kamu, di dalam itu ada keikhlasan”. Dalam usaha perlu ada ikhlas, yakin kepada Allah s.w.t, ada sifat tawadduk, sifat rendah diri, sifat kasih sayang kepada makhluk Allah s.w.t. Kalau rumah seorang terbakar, orang yang sebenar dalam ertikata manusia, dia ada sifat kasihan, maka dia akan cuba apa yang ada, lotar, baldi, dia akan cuba untuk memadamkan api tersebut. Sekarang ini, ada rumah seorang yang mula terbakar dengan dosa-dosa, adakah kita bersifat kasihan kepada mereka? Kalau kita tidak kasihan, maka kita akan biarkan begitu sahaja. Kalau kita kasihan, maka kita akan selamatkan dia.
Walaupun Baginda s.a.w dilempar dengan batu, beliau tidak marah. Malaikat datang dan bersedia untuk membinasakan mereka tetapi Nabi s.a.w tidak mahu mereka dibinasakan. Kata Nabi s.a.w, “Saya diutuskan sebagai pembawa rahmat. Saya datang membawa semangat kasih sayang. Kalau mereka tidak mahu beriman, mungkin akan ada anak-cucu mereka yang akan jadi orang-orang beriman”. Kita benci pada dosa tetapi kita tidak benci pada orang yang melakukan dosa, sepertimana sakit, kita tidak suka kepada sakit tetapi kita sayang kepada orang yang ditimpa sakit. Lihatlah bagaimana seorang ibu kasih dan sayang pada anaknya, dalam musim sejuk diselimutkan anaknya, mandi dengan air panas, dibasuhnya kekotoran dan najis. Cuci kekotoran/najis yang mana siibu tidak jadi kotor dan anak pun jadi bersih. Kalau tidak, kekotoran/najis tadi juga akan melekat pada siibu.
Pandangan Baginda s.a.w adalah pandangan rahmat. Begitu juga pandangan seorang da’i pada seluruh manusia adalah pandangan rahmat tetapi sekarang ini pandangan kita adalah pandangan kebencian. Kita tidak perlu ada sifat ini. Di mana kita hendak buat dakwah jika pandangan kita adalah pandangan kebencian pada manusia. Sifat yag ada pada Nabi s.a.w ialah sifat kasih sayang pada umat.
“Telah diutuskan pada kamu seorang Rasul yang mana dia merasa susah bila kamu ditimpa kesusahan, dia ada sifat kasih sayang, ada sifat cinta pada umat”. Dalam diri da’i mesti ada sifat kasih sayang. Yang maha penyanyang ialah Allah s.w.t. Allah s.w.t merahmati kita, orang yang beriman dan orang yang tidak beriman. Allah s.w.t bagi makan pada orang yang beriman dan Allah s.w.t juga bagi makan pada orang yang tidak beriman. Allah s.w.t telah sediakan untuk semua orang. Kalau orang beriman sahaja yang Allah s.w.t bagi makan, maka semua orang yang tidak beriman akan mati. Semua orang hidup kerana Allah s.w.t bagi pada semua. Allah s.w.t melihat segala-galanya. Allah s.w.t tahu segala-galanya. Allah s.w.t melihat dan Allah s.w.t tahu.
Semua orang berkumpul di stadium, azan dilaungkan, seorang pun tidak beri perhatian pada solat, tidak beri perhatian pada azan. Semua sibuk tengok permainan/pertandingan. Allah s.w.t tahu, Allah s.w.t lihat. Kalau Allah s.w.t mahu, Allah s.w.t boleh turunkan dari langit satu tanda, semua akan tunduk dan patuh. Tidakkah Allah s.w.t telah tukarkan tongkat Musa a.s menjadi ular? Kalau Allah s.w.t lepaskan seekor, maka semua orang yang ada di stadium akan lari berselerak. Mereka akan lari dan merempuh satu sama lain dan mungkin ada yang mati. Allah s.w.t begitu penyantun, begitu lemah-lembut, begitu pengasih dan penyanyang. Ringkasnya/Khulasahnya ialah maksud hidup orang mukmin adalah dakwah. Dalam kehidupan kita, kita harus beri dakwah. Inilah kerja kita. Dalam semua keadaan kita harus beri dakwah. Ada makanan kita beri dakwah, tidak ada makanan pun kita beri dakwah. Kita beri dakwah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Dalam peperangan Uhud, keempat-empat khalifah ada, 10 orang yang telah diberi khabar gembira di dunia bahawa mereka adalah ahli syurga pun ada. Dalam peperangan Badar, semua mereka ada. Kebanyakkan mereka ada. Bilangan mereka lebih kurang 313 orang di Badar, jazbah/semangat taat, mereka taat Baginda s.a.w, 5,000 malaikat datang membantu orang-orang beriman di Badar. Perkara yang harus kita fikir, di Uhud, datang nusrah Allah s.w.t kemudian diangkat semula. “Di antara kamu ada yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat”, maka bantuan diangkat semula. 50 orang yang berada diatas bukit telah meninggalkan nasihat Baginda s.a.w. Mereka telah dilantik dengan satu amer, dalam apa keadaan pun, kamu harus duduk disana. Apabila mereka lihat orang-orang beriman telah menang dan orang-orang kafir telah bertempiaran lari, maka 50 orang yang berada di atas bukit telah meninggalkan tempat mereka. Baginda s.a.w ada, Abu Bakar, Usman, Ali, semuanya ada pada ketika itu dibawah. Walaupun mereka ada, bantuan Allah s.w.t diangkat semula bahkan mereka telah mengalami kerugian yang begitu dahsyat sehingga hadzrat Hamzah r.a telah syahid dan 70 orang beriman telah syahid. Salah seorang orang kafir telah melempar mulut Nabi s.a.w dengan batu sehingga patah gigi beliau. Semua ini berlaku sebagai pengajarann bagi orang yang buat usaha dakwah sampai hari qiamat supaya mereka lihat apabila ketaatan lemah, maka datang musibah dan bila mereka taat, ibadah, maka datang bantuan dari malaikat. Allah s.w.t beritahu mengenai kisah Uhud bahawa diantara kamu ada yang menghendaki dunia dan ada diantara kamu yang menghendaki akhirat. Peringatan sampai hari qiamat. Sahabat r.a faham ayat ini untuk diajarkan untuk seluruh alam yang mana ada diantara mereka yang menghendaki dunia dan ada yang menghendaki keredhaan Allah s.w.t. Bila kita menuntut dunia maka bantuan Allah s.w.t akan terangkat.
Orang yang buat usaha, melalui usaha ini, datangnya semangat untuk cari dunia, ada semangat untuk dapatkan dunia melalui usaha ini, maka bantuan Allah s.w.t akan terangkat walaupun telah datang bantuan sebelum itu, maka akan bertukar menjadi kekalahan. Usaha akan rosak bila niat orang yang buat usaha ini rosak. Bila datang semangat untuk cari dunia, apa akan jadi? Bantuan Allah s.w.t akan terangkat dan datang musibah. Allah s.w.t tidak menzalimi kamu tetapi kamu yang menzalimi diri kamu sendiri.
Tidak ada sesuatu yang menentang dakwah tetapi dengan syarat dakwah harus berada di atas sifatnya dan orang yang buat dakwah harus ada di atas sifat Nabi s.a.w. Sifat-sifat da’i harus dimiliki. Sifat pertama, yang paling besar, bahawa pandangan da’i hanya sanya kepada Allah s.w.t. Kalau dia beri dakwah dan pandangannya kepada makhluk, maka akan habis. Bila beri dakwah, maka dunia akan datang meluru ke arah tuan-tuan dan pandangan kamu haruslah kepada Allah s.w.t. Pandangan kita tetap kepada Allah s.w.t. Pandangan kita hanya kepada Allah s.w.t. “Kami tidak meminta apa-apa upah daripada kamu. Kami tidak akan ambil apa-apa dari kamu”. Tidak ada israf iaitu mengharapkan sesuatu daripada orang lain. Kita harap, mungkin dia bantu kita. Kalau kita harap dari orang lain, ini makruh. Kalau kita buka mulut, sebut dengan lidah, maka akan jadi haram. Tidak jais/tidak harus kita minta dengan mulut. Pandangan orang yang buat usaha harus hanya sanya kepada Allah s.w.t sahaja.
Usaha dakwah ialah pergi dari masjid ke masjid dengan mujahadah. Jemaah yang bertebaran ke seluruh dunia tidak keluar begitu sahaja, tidak dengan kesenangan. Orang yang buat usaha, mereka telah buat usaha bermujahadah, bersusah payah. Maulana Ilyas rah., Maulana Yusuf rah., Maulana Inamul Hasan rah., mereka melalui satu mujahadah yang sangat besar untuk usaha ini. Bila Allah s.w.t menerima seseorang, maka mereka akan berjalan di jalan mujahadah, susah payah untuk usaha ini. Begitu sempit kehidupan mereka. Satu ketika, Maulana Yusuf rah. iktikaf, Maulana Zakaria rah. pun ada, datang satu orang Delhi, membawa duit emas dan duit perak, mereka datang dan kata, “Ini hadiah”. Maulana tanya, “Hendak keluar jemaah?”. Mereka kata, “Tidak keluar”. Maulana kata, “Ambil balik duit ini dan pergi”. Padahal mereka begitu berhajat pada ketika itu. Maulana Yusuf rah. kata dengan satu suara yang lantang sehingga Sheikhul Hadith Maulana Zakaria pun dengar dan dia kata “Apa yang berlaku ni?” Hadzratji pada masa itu ialah Maulana Yusuf rah., beliau masih muda. Tahun 1944, Maulana Ilyas meninggal dunia dan Maulana Yusuf rah. meninggal dunia pada tahun 1965. “Saya tidak akan ambil duit ini”. Mereka berhajat pada duit itu, mereka tidak ada keperluan. “Saya tidak perlu wang kamu tetapi saya perlukan kamu, perlu kamu untuk sibukkan diri kamu dengan agama. Kita tidak mahu duit kamu”. Apa kesannya? Ramai orang-orang Mewat yang mana Maulana Yusuf rah. pergi jumpa, semua ada kesannya. Hadrat Sheikhul Hadith terkesan bila pergi sama. Ilham apa yang mereka katakan datang daripada Allah s.w.t, mereka marah pun kerana Allah s.w.t dan mereka suka pun kerana Allah s.w.t .
Satu orang da’i, dalam dakwah mereka, pandangan mereka hanya kepada Allah s.w.t . Mereka tidak menganggap bahawa mereka berhajat kepada makhluk. Kalau kita menganggap makhluk ini menyelesaikan masalah kita atau hajat kita, maka dakwah kita gagal. Satu sudut kita menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan pada sudut yang lain kita berdoa kepada Allah s.w.t. Kita harus mengeratkan hubungan kita dengan Allah s.w.t melalui jalan doa. Mereka harus merasai bahawa mereka berhajat kepada Allah s.w.t dan mereka terus berdoa. Orang yang sangat banyak memohon dan meminta ialah Baginda s.a.w. Dalam kitab-kitab hadith penuh dengan doa. Satu-satu bab penuh dengan doa sahaja. Ada bab doa khas. Apa yang kita baca dalam kitab doa, itu sedikit sahaja. Doa Rasulullah s.a.w banyak. Di Arafah, sepanjang hari Baginda s.a.w berdoa, sepanjang malam pada malam Badar Nabi s.a.w berdoa. Satu pihak usaha dan satu pihak lagi berdoa kepada Allah s.w.t untuk menerima usaha ini. Sebanyak mana kita beri dakwah, sebanyak mana kita sebarkan dakwah, sebanyak mana kita buat dakwah dengan sifat pengorbanan, maka sebanyak itulah Allah s.w.t akan terima doa kita keluar di jalan Allah s.w.t, doa-doa ini diterima. Masalah kita selesai dengan doa, bukan dengan benda. Masalah kita bukan wang, masalah kita doa. Apa sahaja masalah yang menimpa kita, kita doa.
Allah s.w.t perintah Nabi s.a.w supaya beri dakwah tetapi duit tidak diberi. Usaha dakwah untuk seluruh alam. Beri dakwah di seluruh alam. Asas usaha dakwah bukan wang, asas usaha dakwah ialah bantuan Allah s.w.t. Satu pihak memberi dakwah dan satu pihak yang lain berdoa. “Barangsiapa dibuka padanya pintu doa, maka dibuka pintu kebaikan seluruhnya”. Semua pintu kebaikan dibuka bila pintu doa dibuka untuknya. Bila kita beri dakwah dengan tertib yang betul, Allah s.w.t akan buka pintu penerimaan. Dengan doa, masalah selesai, kerja selesai, Allah s.w.t selesaikan kerjanya. Kita harus kena lihat iman.
Di mana sahaja kita pergi, disitulah Allah s.w.t beri makan. Bukan kita hendak lihat bila dalam poket ada duit, maka kita akan makan, kalau tidak ada duit, kita tidak makan, kena puasa pula. Kalau tidak ada wang, paling habis kita akan lapar. Rumah mereka sempit, kehidupan mereka sempit bila ladang tidak menjadi. Buruh tidak dapat kerja, maka kehidupan di rumah juga jadi sempit, mereka dalam keadaan susah, tetapi mereka bersabar. Sebaliknya orang yang buat usaha ini takut dengan lapar. Orang yang buat kerja dunia pun ada ditimpa kesusahan tetapi mereka bersabar. Sahabat r.a ditimpa kesusahan, makanan habis, sehingga mereka terpaksa makan daun-daun kayu tetapi mereka tidak tinggalkan medan usaha dakwah, mereka tetap di atas usaha dakwah. Kita harus tetapkan diri kita di medan dakwah. Apa-apa keadaan yang menimpa kita, kita bersabar kerana Allah s.w.t. Pandangan kita tidak sama-sekali ke atas makhluk.
3 orang pelajar keluar untuk belajar hadith. Zaman dahulu orang keluar musafir untuk belajar. Satu orang pergi ke negeri Syam, sampai sahaja di rumah seorang sahabat, dia bagi salam, dia kata, “Saya datang hendak dengar satu hadith daripada tuan. Orang itu duduk di atas bumbung dan dia tidak turun dari bumbung. Tetamu tadi pun tidak turun dari unta dia. Dengar atas unta sahaja. Imam Bukhari, Muslim, mereka juga bersabar untuk belajar hadith. Pelajar-pelajar tadi mereka belajar, kemudian duit mereka habis. Mereka tidak ada makanan selama 3 hari. Pada hari ke-4 bila mereka keluar dari masjid, mereka pengsan. Kata mereka, “Sekarang ini haruslah kita minta, ini masalah hidup mati”. Seorang kata, “Kamulah minta”. Seorang lagi kata, “Kamulah minta”. “Baiklah, saya boleh minta, minta dari makhluk atau minta dari Allah s.w.t?”. Dari segi syariat, sudah boleh minta sebab sudah pengsan kerana lapar. “Ikut suka sayalah, hendak minta daripada orang atau hendak minta daripada Allah s.w.t”. “Ikut suka kamulah, kamu punya giliran untuk minta”. Dia minta doa dan terus ada orang datang ketuk pintu. Orang itu kata, “Ini daripada raja, hadiah untuk kamu, selepas 3 hari raja akan datang untuk melawat kamu”. Orang yang sabar atas kelaparan dia dan dia tidak beritahu sesiapa, maka Allah s.w.t akan buka pintu rezeki yang tidak disangka-sangka. Allah s.w.t terima doa mereka. Orang yang buat usaha ini, Allah s.w.t akan ambil tanggungjawab untuk selesaikan masalah dan hajat dia. Sebenarnya kerja dakwah ini kerja Allah s.w.t. Bila kita buat, Allah s.w.t akan selesaikan hajat kita dan keperluan kita dengan kudratNya.
Allah s.w.t tidak jadikan kita berhajat kepada sesiapa, kita minta daripada Allah s.w.t dan Allah s.w.t akan terima dan Allah s.w.t selesaikan masalah kita dan sempurnakan hajat kita. Kita kena buat usaha ini seluruh hidup, bukan masalah 4 bulan, 40 hari. Selepas 1400 tahun, kita begitu jauh daripada usaha ini dan begitu jauh daripada maksud hidup kita sehingga susah kita hendak faham. Ada orang keluar negeri untuk bekerja, selepas 2 tahun, 3 tahun, ambil cuti dan kemudian kena pergi balik. Setengah orang pergi selama 15 tahun, 20 tahun dan 3 tahun atau 4 tahun sekali mereka balik bercuti, jumpa isteri, jumpa anak, lepas itu pergi balik. Kita keluar tiap-tiap tahun, 4 bulan, 6 bulan, apakah kita sanggup? Sahabat r.a sentiasa mereka menyambut takazah, di mana hendak pergi, lama mana hendak pergi, ini adalah usaha untuk seluruh hidup dan haruslah kita berpegang kepada Allah s.w.t. Kita kena buat seluruh hidup sekurang-kurangnya 4 bulan, 40 hari, Allah s.w.t terima, satu hari pun Allah s.w.t terima, tetapi kita tidak jadikan kerja ini kerja kita.
Kita hendaklah jadikan kerja dakwah ini usaha kita. Kita kena jadikan maksud kita, keluar 4 bulan, kita balik tempat kita, kita sedia, kita datang, kita pergi dalam apa keadaan pun, kita bersabar. Kalau tidak ada wang yang banyak, kita keluar jemaah jalan kaki, kampung ke kampung. Maulana Ilyas rah. hantar jemaah daripada Delhi ke Calcutta jalan kaki. Dari Delhi ke Bombay jalan kaki, dari Delhi ke Peshawar jalan kaki. Kita, setiap tempat ada kenderaan, kadang-kadang kita ini sedikit pun tidak mahu berjalan. Kita kena latihkan diri kita untuk berjalan. Kita azam, sehingga ke hujung dunia kita akan pergi, insya’Allah, kita pergi ke hujung-hujung dunia, kita bawa agama.
Setiap tahun 4 bulan adalah tertib sahabat r.a. Masalah kita akan selesai dengan doa, kita tidak sibuk dengan kedai dsbnya. Kita kata kita ini lemah, kita minta 4 bulan sahaja. Banyak jemaah jalan kaki dihantar ke seluruh dunia. Kita niat untuk jalan kaki bahawa satu tempat pun tidak sunyi dengan pijakan kaki kita. Setiap tempat seolah-olah kita menabur biji benih kalimah. Semoga Allah s.w.t terima tuan-tuan.
Kita niat untuk duduk sehingga akhir majlis, kita akan dapat pengampunan, lepas itu baru kita pergi. Malaikat akan pergi jumpa Allah s.w.t selepas habis majlis. Allah s.w.t mengetahui segala-galanya. Orang yang akan dapat pengampunan ialah mereka yang duduk sehingga akhir majlis. Kita sabar sekejap. Duduk rapa-rapat, dekat-dekat. Bagi nama samada dalam bentuk jemaah atau individu, tinggikan hemah kita.
Comments
Post a Comment