Posts

Bayan maghrib - ustaz hazim

Malam markaz 28/04/2018 sri petaling Perkara yg paling penting utk setiap insan usahakan/capai ialah bagaimana dpt keredaan Allah. Redho Allah. ini perkara paling mahal, paling berharga, paling besar. Allah adalah rob seluruh alam. Allah pencipta semua makhluk. 7 petala langit dan bumi semua dicipta oleh Allah. Allah memelihara, menjaga, mengatur, mengawal dan mentadbir. Setiap perkara yg berlau di alam ini berlaku dgn perintah allah. Setiap perkara yg sudah berlaku, sedang berlaku, akan berlaku, semuanya berlaku dgn kehendak Allah. setiap kehidupan, kematian, mulia, hina, berjaya, gagal, susah, senang, semua keadaan ini ditentukan oleh Allah. oleh itu sangat penting kita usaha utk dpt redho Allah. supaya Allah suka pd kita, Allah sayang pd kita. Sesiapa yg dpt redho Allah maka dia akan dpt segala-galanya. Allah akan bagi pd dia kejayaan dunia dan akhirat. Dpt Allah, dpt segala-galanya. Hilang Allah maka hilang segala-galanya. Hanya Allah boleh bagi kejayaan, keselamatan, keseja...

Targhib nusrah - Mat Dan

Mesyuarat KL - 02/05/2018 Syukur kerana Allah telah sibukkan kita dgn satu amalan yg sungguh mulia di sisi Allah. Amalan yg Allah telah kurniakan pd nabi2 dan ambiya a.s dan para sahabat r.hum. Mereka2 yg telah sibuk dlm kerja ini dan ambil t/jawab kerja ini, mereka semua mati dlm kegembiraan. Ada yg sebelum mati Allah dah bayangkan keadaan syurga mereka. Dlm kubur dpt layanan yg baik. Hari ni, Allah letak peluang ini depan kita. Ini adalah rahmat pd umat nabi s.a.w. Kita kena ambil menafaat dari peluang ini. Ambil menafaat dari tawaran ini. Salah satu amal yg sangat penting utk bawa agama dlm diri kita dan seluruh umat ialah kita nusrah jemaah. Ada 35 jemaah 40 hari 15 syaaban bergerak dlm KL. KL dirahmati. Jemaah dtg satu rahmat, bukan satu beban. Kalau di masjid kita satu org je yg buat usaha, maka jemaah dtg dgn 10-15 org utk bantu kita. Dpt buat 2½ jam sempurna. Dpt cover banyak rumah. Kita kena luangkan masa dgn kedatangan jemaah ini. Fikir jemaah adalah fikir kita. Je...

Targhib ramadan - ustaz hazim

Mesyuarat KL – 02/05/2018 Bulan Ramadan adalah anugerah dari Allah s.w.t. Bulan yg penuh dgn keberkatan dan rahmat. Bulan hidayat. Banyak peristiwa2 besar dlm sejarah berlaku pd bulan Ramadan. Perang badar, fatah mekah. Bulan Ramadan adalah bulan utk kita tingkatkan usaha. Tingkatkan usaha atas iman dan persiapan akhirat. Kena tingkatkan usaha dari segi dakwah dan ibadat. Nabi s.a.w dan para sahabat r.huma melipatgandakan usaha mereka. Mereka tak menjadikan Ramadan sebagai alasan utk tangguhkan takazah2 agama atau kurangkan usaha agama. Dlm hayatus sahabah ada bab tentang para sahabat keluar di jln Allah pd bulan Ramadan. Inilah peluang yg paling baik kita keluar di jln Allah. Targhib khusus diberi oleh maulana Yusuf rah. bila masuk bulan Ramadan. Masjid2 juga di hidupkan dgn amal. Usaha memakmurkan masjid. 4 bulan iaitu Ramadan, syawal, zulkaedah dan zulhijjah adalah bulan yg paling baik utk keluar di jln Allah. Nabi s.a.w ikat kain pd 10 hari akhir ramadan. Bagi masa sepenuh...

Targhib khuruj - Capt Nuruddin

Mesyuarat KL – 25/04/2018 Bila jemaah pertama nak dibentuk, saidina abu bakar menulis surat ke yaman, bahrain , 6 jemaah dibentuk, selepas kewafatan nabi s.a.w. Saidina abu bakar hanya bagitahu ‘infiruqifafauwasiqola’. Mereka kata, kami bagi segala-galanya, kami tak akan pulang semula. Mereka keluar pada hari tersebut hinggalah saidina abu bakar meninggal. Jemaah mereka ada di palestine , syria , iraq , mesir. Mereka tak pernah fikir pasal pulang. Setiap jejak langkah mereka adalah jejak langkah kita juga. Tak ada beza. Ini adalah zaman kita tak boleh fikir selepas kita balik dari keluar, selepas jor, selepas nusrah jemaah, selepas sempurnakan takazah, kita ada masa utk rehat. Ini semua syaitan pun fikir. Inilah keadaan umat hari ni, mereka bercuti. Kebatilan/kekufuran tak pernah cuti. Perjalanan akhir maulana Yusuf rah. dari Dhaka ke Lahore , dia bagi nasihat, 200 amla bersama dgn beliau, batil tak akan rehat. Mana mungkin umat ini boleh rehat. Beliau telah ucapkan selamat t...

Jor qudama’ 2018 - Bayan asar : maulana yusuf

25/03/2018 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Perkara yg paling penting yg kita perlu fahami dlm menjalankan usaha agama ini ialah kita kena tahu apa maksud kita buat usaha agama ini. Bila sesuatu perkara dibuat dgn maksud maka barulah seseorang boleh maju ke hadapan sehingga sampai ke tempat dia nak tuju. Akan tetapi bila seseorang tak memahami apa maksud dia buat sesuatu perkara maka dia tak akan maju. Satu org telah dtg jumpa maulana ilyas dan tanya, apakah yg maulana inginkan dari usaha agama ini? Maulana ilyas kata, saya ingin supaya tahap agama ini sampai ke tahap agama yg ditinggalkan oleh nabi s.a.w pada sahabat dari segi iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Maksud kita buat usaha agama ialah utk keluarkan keyakinan selain dari Allah dari hati kita dan nak masukkan keyakinan hanya pd Allah dlm hati kita. Maulana ilyas kata kalau nak bagi nama pd usaha ini aku akan namakan tahrikul iman, pergerakan iman, usaha utk memajukan iman. Yakin hanya pd Allah zat yg maha berku...

Jor qudama’ 2018 - Bayan subuh : maulana shaukat

25/03/2018 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Allah s.w.t telah hantar ratusan ribu nabi2 dan ratusan ribu umat sebelum ini. Tapi hanya satu2nya umat dari timur hingga barat, dari utara ke selatan, umat nabi s.a.w yg Allah ciptakan bukan hanya utk beribadatNya, akan tetapi buat usaha bagaimana agama tersebar ke seluruh alam supaya manusia terbebas dari melakukan perkara yg tidak disukai oleh Allah, dtg kpd perintah Allah. Inilah maksud umat ini dicipta. Doa yg dibuat selepas pengorbanan akan diterima oleh Allah. Kita ini adalah umat hasil dari doa nabi ibrahim a.s. ibrahim a.s telah buat pengorbanan dan umat ini juga adalah utk pengorbanan. Utk tarbiyah umat ini, ibrahim minta seorang nabi dan kerja di beri pd umat ini. Nabi ibrahim minta 3 doa selepas buat pengorbanan dan 3 doa tersebut telah diterima oleh Alllah:1. umat   2. kerja   3.nabi Nabi kata aku ini adalah doa ibrahim a.s, aku ini adalah berita gembira yg disampaikan oleh isa a.s dan aku ini ad...

Jor qudama’ 2018 - bayan subuh : maulana syamim

26/03/2018 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Allah s.w.t telah utuskan nabi s.a.w ke atas mukabumi ini supaya cara hidup/sunnah nabi s.a.w mengatasi adat resam manusia. Kehidupan dan sunnah nabi s.a.w tidak akan dpt mengatasi adat resam melainkan bila semua org2 islam, sebagaimana kita menyakini/beriman dgn nabi s.a.w sebagai rasul yg hak, begitu juga semua org2 islam kena menyakini bahawa segala perkataan dan perbuatan nabi s.a.w adalah hak dan benar. Selepas kita menyakini perkara tersebut dan membawa amalan tersebut dlm kehidupan kita, mula2 kita akan berubah dan selepas itu Allah s.w.t akan mengubah seluruh kehidupan manusia. Tetapi yg menyedihkan kita hari ni beriman dan menyakini nabi s.a.w adalah rasul yg hak/benar tapi kita tak beramal dgn perkataan baginda. Kita tak beramal dgn apa yg diajar oleh nabi s.a.w Inilah yg telah menyebabkan segala kehidupan org2 batil telah menguasai kita. Kita telah jadi org yg dikuasai oleh cara hidup org2 batil. Oleh itu, mula2 sekali n...