Jor qudama’ 2018 - Bayan subuh : maulana shaukat
25/03/2018 - sri
petaling
Tuan2 yg mulia,
Allah s.w.t telah hantar ratusan ribu nabi2 dan ratusan ribu
umat sebelum ini. Tapi hanya satu2nya umat dari timur hingga barat, dari utara
ke selatan, umat nabi s.a.w yg Allah ciptakan bukan hanya utk beribadatNya,
akan tetapi buat usaha bagaimana agama tersebar ke seluruh alam supaya manusia
terbebas dari melakukan perkara yg tidak disukai oleh Allah, dtg kpd perintah
Allah. Inilah maksud umat ini dicipta.
Doa yg dibuat selepas pengorbanan akan diterima oleh Allah. Kita
ini adalah umat hasil dari doa nabi ibrahim a.s. ibrahim a.s telah buat
pengorbanan dan umat ini juga adalah utk pengorbanan. Utk tarbiyah umat ini,
ibrahim minta seorang nabi dan kerja di beri pd umat ini. Nabi ibrahim minta 3
doa selepas buat pengorbanan dan 3 doa tersebut telah diterima oleh Alllah:1.
umat 2. kerja 3.nabi
Nabi kata aku ini adalah doa ibrahim a.s, aku ini adalah
berita gembira yg disampaikan oleh isa a.s dan aku ini adalah mimpi ibuku
aminah. Aku adalah nabi yg terakhir, tidak akan ada lagi nabi yg akan dtg
selepas aku. Kamu adalah umat yg terakhir, tidak ada lagi umat selepas kamu.
Kamu bertanggungjawab utk sampaikan agama ke seluruh dunia supaya manusia taat
perintah Allah.
Allah tak nak ada apa2 penghalang antara Allah dan nabi
ibrahim. Tumpuan hanya pd Allah. Allah perintah nabi ibrahim berpisah dari
keluarganya. Mizaj ibrahimi ialah apa sahaja yg diperintah oleh Allah akan
dilaksanakan. Nak keluarkan segala keyakinan dlm hati selain dari Allah. Allah
yg buat segala-galanya. Selain dari Allah tak boleh buat apa2. Segala
hukum/keputusan hanya dari Allah. Jibrail a.s telah dtg dan bawa nabi ibrahim,
isteri dan anak berjalan sehingga berjumpa satu tempat yg tak ada tumbuhan, tak
ada asbab kehidupan. Jibrail suruh berhenti dan tinggalkan anak dan isteri. Yg
pelihara anak dan isteri ialah Allah.
Keluarga baginda ditinggalkan di tempat yg tiada asbab
kehidupan, hanya ada asbab kematian, Bila hajar a.s tanya kenapa tinggalkan kami
disini? Ibrahim a.s tak beri sebarang jawapan. Hajar kata, adakah ini perintah
dari Allah? ya. bila dengar jawapan tersebut, hajar kata tiada masalah. Allah
akan pelihara kami. Isteri faham. Nabi ibrahim teruskan perjalanan. Di tengah
perjalanan nabi ibrahim berdoa, ya Allah Engkau bangunkanlah satu umat yg akan
jalankan usaha agamaMu di seluruh dunia dan namaMu disebut di seluruh pelusuk
dunia. Umat yg akan buat pengorbanan atas agama. Korban harta, diri dan masa
utk agama. Tinggalkan 8 golongan, ayah, saudara mara, anak, isteri, kaum
keluarga, perniagaan yg takut kerugian, rumah yg kita suka dan harta. Kalau
kamu cinta 8 perkara ini lebih dari Allah, rasul dan keluar di jln Allah, maka
tunggulah hingga dtg azab Allah (surah at taubah ayat 24). Kita dilahirkan
asbab doa nabi ibrahim a.s.
Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir, umat ini adalah umat yg
terakhir, kerja kenabian telah diberi kpd umat ini, dipertanggungjawab utk
sampaikan agama ke seluruh dunia. Bertebaran ke seluruh alam bawa kalimah
Allah. Kita perlu ikut mizaj ibrahim. Apa sahaja perintah dari Allah perlu
disempurnakan dlm apa keadaan sekalipun. Diperintah campak diri dlm api maka
campaklah diri dlm api. Diperintah utk sembelih anak maka anak perlu disembelih. Bila diperintah
utk sembelih anak, nabi ibrahim tak teragak2. Nabi ibrahim lihat dlm mimpi utk
sembelih anak. Anak juga faham, buatlah apa yg diperintah oleh Allah. kekuatan
seorang nabi sama dgn kekuatan 40 ahli syurga. 1 org ahli syurga sama kekuatan
dgn 100 ahli dunia. Oleh itu, kekuatan seorang nabi sama dgn kekuatan 4000
manusia dan dgn pisau yg tajam, tanpa teragak2 terus sembelih anak. Maka
jibrail bawa seekor kambing dari syurga dan ganti tempat nabi Ismail. Inilah
amalan sampai hari kiamat semua org kena buat bila tunaikan haji. Setiap
selepas pengorbanan doa akan diterima oleh Allah. mizaj nabi ibrahim ialah
korbankan segala-galanya utk agama Allah. harta, diri, masa, jasbah, kesukaan
semua dikorbankan utk Allah. Pada hari pertama lagi nabi s.a.w telah tarbiyah
sahabat atas mizaj nabi ibrahim. Sekeras2 manusia spt umar r.hu pun telah
diusahakan supaya sampai kpd mizaj nabi ibrahim a.s. Hari ni kita juga dihantar
atas maksud yg sama.
Pd peperangan tabuk, abu bakar siddiq telah bawa semua harta
beliau kpd nabi. Nabi tanya apa yg kamu tinggalkan? Dia jawab, Allah dan rasul.
Disebabkan pengorbanan inilah Allah kirim salam pd abu bakar r.hu. Tahap
pengorbanan yg begitu tinggi yg telah diusahakan oleh nabi s.a.w atas para
sahabat. Sahabat telah bertebaran ke seluruh alam. Sanggup buat apa sahaja utk
agama Allah.
Sahabat juga telah sampai kpd tahap iman yg paling sempurna.
Mereka tak perlu pd sesiapa selain dari Allah. Semua hajat minta dgn Allah. Hari
ni, kita usahakan keyakinan kita terhadap Allah spt sahabat, maka mulalah
bantuan Allah akan dtg terus/direct kpd kita dan segala hajat dan keperluan
kita akan disempurnakan. Allah akan tundukkan matahari, bulan, bintang. Pd satu
peperangan, sahabat telah berdoa supaya Allah lewatkan terbenam matahari sebab
mereka belum solat asar lagi. Tahap iman yg macam inilah yg perlu diusahakan.
Di mekah, usaha atas iman. Di madinah, wujudkan suasana iman
dlm masjid. Abu hurairah r.hu pergi buat gasht di pasar dan bawa sahabat2 dtg
ke masjid. Utk duduk dlm halaqah iman, muzakarah pasal iman. Utk tingkatkan
iman.
Sahabat buat pengorbanan hingga harta mereka habis digunakan
utk agama Allah. tidak ada makanan. Kelaparan. Semua dlm kemiskinan. Bagi
tetamu nabi makan, anak isteri tak makan. Nabi kata, Allah gembira dgn apa yg
kamu buat pd tetamu mlm tadi. Dlm kemiskinan buat pengorbanan utk agama. Satu
saf sahabat telah rebah kerana kelaparan masa solat. Nabi kata, jika kamu tahu
ganjaran yg Allah bagi sebab kelaparan utk agama, maka kamu berkeinginan utk
lapar sepanjang hayat kamu. Fatimah, hassan dan hussin dlm kelaparan, berhari2
tak makan. Nabi telah peluk anaknya fatimah dan menangis. Nabi tak menangis
semasa dihujani batu di taif tapi nabi menangis lihat pengorbanan anaknya dan
para sahabat. Kita juga perlu sampai ke tahap pengorbanan tersebut.
Begitu sekali usaha telah dibuat keatas sahabat r.hum
sehingga keyakinan mereka hanya pd Allah s.w.t. dgn 2 rakaat solat selesai
hajat mereka. Dpt bantuan secara langsung dari Allah. Dgn 2 rakaat solat boleh
jln atas air. Tapak kaki kuda pun tak basah.
Usaha yg dibuat oleh nabi s.a.w ialah hubungkan manusia dgn
Allah. Allah yg selesaikan segala hajat. Tempat utk selesaikan hajat ialah
masjid. Masjid ialah tempat di mana kamu angkat tangan berdoa dan sebelum kamu
letak tangan kamu segala hajat kamu akan diselesaikan. Allah s.w.t tak akan
sia-siakan org yg dtg ke masjid berdoa utk hajatnya. Sakit dtg ke masjid. Ada hutang dtg ke masjid.
Masalah kemarau dtg ke masjid. Sahabat2 telah ditarbiyah di masjid. Dari masjid
telah lahir org2 macam abu bakar, umar, usman, ali. Seluruh manusia gerun dgn
sahabat. Hari ni, sebab kita dah tinggalkan masjid, maka kita mengemis dgn
makhluk.
Cukuplah kezaliman yg kita dah buat. Kita bertaubat dan
minta ampun dgn Allah. Banyak kesilapan dan kekurangan dlm usaha yg kita buat. Allah
s.w.t zat yg maha pengampun. Mulai hari ni kita buat azam dan niat akan buat
usaha sungguh2. tak akan mengulangi kesilapan yg kita pernah buat. Azam utk
keluar di jln Allah 4B setiap thn.
Comments
Post a Comment