Jor qudama’ 2018 - bayan subuh : maulana syamim
26/03/2018 - sri
petaling
Tuan2 yg mulia,
Allah s.w.t telah utuskan nabi s.a.w ke atas mukabumi ini
supaya cara hidup/sunnah nabi s.a.w mengatasi adat resam manusia. Kehidupan dan
sunnah nabi s.a.w tidak akan dpt mengatasi adat resam melainkan bila semua org2
islam, sebagaimana kita menyakini/beriman dgn nabi s.a.w sebagai rasul yg hak,
begitu juga semua org2 islam kena menyakini bahawa segala perkataan dan
perbuatan nabi s.a.w adalah hak dan benar. Selepas kita menyakini perkara
tersebut dan membawa amalan tersebut dlm kehidupan kita, mula2 kita akan
berubah dan selepas itu Allah s.w.t akan mengubah seluruh kehidupan manusia.
Tetapi yg menyedihkan kita hari ni beriman dan menyakini nabi s.a.w adalah
rasul yg hak/benar tapi kita tak beramal dgn perkataan baginda. Kita tak
beramal dgn apa yg diajar oleh nabi s.a.w Inilah yg telah menyebabkan segala
kehidupan org2 batil telah menguasai kita. Kita telah jadi org yg dikuasai oleh
cara hidup org2 batil.
Oleh itu, mula2 sekali nabi s.a.w telah mengajar umat ini
cara kehidupan, cara usaha, cara dakwah, cara taklim para ambiya a.s, semuanya
telah diajar pada hari yg pertama kpd umat. Nabi telah ajar setiap individu
umat satu usaha. Dgn usaha tersebut dtg hidayat. Kehidupan berubah. Kehidupan
manusia jadi baik. Kehidupan beragama dtg dlm kehidupan. Allah telah kurniakan
pd nabi jemaah para sahabat r.hum. siapakah sahabat? Mereka ialah org yg
mendakwahkan/menyampaikan, cara nabi, agama nabi, sunnah nabi kpd org lain.
mereka adalah org yg memahami maksud pengutusan nabi s.a.w. Mereka telah
mengambil cara hidup nabi dan beramal dgn cara nabi s.a.w dan sampaikan pd org
lain. Mereka telah korbankan seluruh diri dan harta mereka utk sampaikan agama
ke seluruh umat seluruh alam.
Org yg tak beriman takut dgn kedatangan nabi s.a.w sebab
mereka tak boleh amalkan adat resam mereka. Ahli kitab, org yahudi, org nasrani
benci pd nabi s.a.w. Kerana mereka menanti2 kedatangan rasul akhir zaman.
Mereka beranggapan bahawa nabi yg terakhir akan dtg dari kalangan mereka bani
israil. Tapi Allah lantik seorang nabi dari keturunan arab, bani Ismail a.s.
Mereka memusuhi nabi s.a.w. Mereka degil walaupun ia satu kebenaran. Allah
telah hancurkan segala perancangan kebatilan sedikit demi sedikit, sehingga
akhirnya semua telah musnah.
Pada hari pertama nabi telah bangunkan setiap sahabat atas
usaha semua nabi2 dan rasul2. cara dakwah dan hikmah mereka. Bagaimana akhlak
berdakwah. Semua telah diajar oleh nabi s.a.w. Apakah dakwah ambiya a.s? menginkari
segala yg kita nampak dgn mata, menginkari segala makhluk, dakwah kebesaran
Allah, segala yg berlaku dgn izin Allah, dakwah sehingga segala kebesaran
makhluk keluar dari hati kita. Iman akan bertambah, keyakinan akan bertambah.
Pada ketika itu Allah akan menghancurkan segala kebatilan yg ada. Kita kena
bermujahadah dan korbankan harta hatta nyawa, maka sedikit demi sedikit
sehingga segala ghairullah yg ada dlm hati kita akan keluar maka pd ketika
itulah Allah akan hancurkan segala kebatilan di atas mukabumi. Allah tak akan
hancurkan kebatilan yg zahir melainkan bila kita dah hancurkan kebatilan yg ada
dlm hati kita. Allah akan hancurkan kebatilan yg zahir tetapi utk hancurkan
kebatilan dlm hati kita, ia t/jawab setiap org islam. Setiap org islam harus
berusaha menghancurkan kebatilan dlm hati mereka. Selepas itu barulah Allah dgn
kudratNya akan hancurkan kebatilan di luar.
Malangnya hari ni, org2 islam tak bersedia utk hancurkan
kebatilan yg ada dlm diri kita. Kita tak bersedia utk bermujahadah. Kita tak bersedia
utk korban. Kita tak bersedia utk tinggalkan kerehatan dan kesenangan keluar di
jln Allah utk hancurkan kebatilan yg ada dlm hati kita. Natijahnya, kebatilan
masih banyak dlm hati2 org islam. Bila org2 beriman tak sedia utk hancurkan
kebatilan dlm diri, bagaimana mungkin Allah akan hancurkan kebatilan yg zahir
yg ada atas mukabumi ini. Hari ni kita buat dakwah kita kata harta tak boleh
buat apa2 tapi bila harta dtg depan mata kita terus terduduk. Inilah kelemahan
kita. Kita nafikan segala-galanya dlm dakwah kita tapi bila dtg depan mata
kita, kita akan tunduk dan jadi lemah. Kita kena yakin, bahawa Allah akan
hancurkan segala kebatilan atas mukabumi ini.
Maulana ilyas rah. telah memulakan usaha dakwah di zaman
ini, menggerakkan umat ini atas usaha dakwah. Harta, kuasa, kekuatan, madrasah,
wang, hafiz, alquran, alim ulamak, madrasah semua ada dgn org islam, tidak ada
kekurangan tapi mengapa org islam menjadi hina. Mengapa org islam hari ni tak
berjaya macam sahabat? Kerana keyakinan lemah. Dgn keyakinan yg lemah maka
tidak akan terbuka pintu khazah Allah dan tidak ada nusrah Allah. dan kebatilan
berleluasa di atas mukabumi. Semoga Allah ampunkan kita semua.
Hari ni, saya dan tuan2 tak memahami maksud kita dihantar.
Hari ni kita buat usaha dakwah supaya agama dtg dlm kehidupan kita. Pakaian
sunnah, rupa paras sunnah, ibadat sunnah, kehidupan sunnah. Tapi sebelum dtg
semua perkara itu, ada satu perkara yg kita kena usahakan, usaha utk betulkan
keyakinan dlm hati. Hari ni bila kita keluar 4B, 6B atau 1 thn kita rasa kita
dah sempurna. Kita tak tengok samada yakin kita ada perubahan atau tidak, iman
meningkat atau tidak. Lama kelamaan kita tinggalkan usaha agama. Antara sebab
kita tinggalkan usaha dakwah ialah kita hanya melihat zahir kita tapi tak tengok
batin/hati kita. Kalau iman/yakin tak diperbetulkan, bagaimana kita nak amalkan
keseluruhan agama.
Allah telah jadikan kehidupan nabi di mekah supaya ada dlm
umat ini. Ini perkara yg dituntut. Manakala kehidupan madinah adalah kehidupan
yg dijanjikan oleh Allah. kehidupan yg dijanjikan oleh Allah tidak akan wujud
melainkan setelah menjalani kehidupan di mekah. Kehidupan di mekah adalah
maksud. Para sahabat telah
digerakkan/dilalukan atas kehidupan mekah supaya mereka dpt janji Allah di
madinah. Oleh itu, sekiranya dlm umat ini tidak ada kehidupan mekah yg dituntut
maka sudah tentu tidak akan zahir kehidupan madinah spt yg dijanjikan oleh
Allah. Hari ni apa yg ada pd fikiran org2 islam ialah mereka hanya mahu
kehidupan di madinah. Mereka cuba
wujudkan kehidupan madinah iaitu kehidupan yg ada harta, kekayaan, kerajaan,
kesultanan, kerehatan, hilang kefakiran, tapi mereka lupa kehidupan di mekah yg
telah dilalui oleh para sahabat. Kerana org tak suka mujahadah, susah payah,
pengorbanan, segala kesusahan kehidupan di mekah. Oleh sebab itu, mereka
terlepas kedua-dua kehidupan.
Setiap amalan yg dilalui oleh nabi dan para sahabat di
kehidupan mekah adalah dituntut supaya wujud dlm diri setiap org islam. Amalan
pertama yg wujud di mekah ialah amalan dakwah illallah iaitu mengajak manusia
kpd Allah. jumpa setiap individu umat, jumpa setiap org, cerita
kebesaran/kehebatan Allah, cerita keagongan Allah, cerita mengenai
khazanah/kudrat Allah sehingga keyakinan terbina dlm hati, keyakinan pd janji2
Allah. Sejauh mana keyakinan itu bertambah maka sebanyak itulah Allah akan
hancurkan kebatilan di atas mukabumi. Kebatilan akan dihancurkan oleh Allah
berkadar dgn keyakinan yg ada dlm hati.
Dlm kehidupan mekah hanya ada kesusahan. Hanya ada
pengorbanan. Hanya ada susah payah. Tiada kesenangan. Tiada kerehatan. Dlm
keadaan macam tu mereka masih jumpa setiap org cerita kebesaran Allah. lagi
banyak buat dakwah, lagi banyak kesusahan ditimpa umpama ditimpa gunung tapi
mereka terus buat dakwah. Mereka bersabar atas kesusahan. Bila hati telah
diubah oleh Allah, yakin hanya sanya dgn Allah, maka Allah musnahkan segala
kebatilan.
Bersama dgn amal dituntut mujahadah dan pengorbanan. Bila
amal ada mujahadah maka barulah Allah akan mengubah hati/yakin manusia. Org2
batil faham/tahu bila amal2 org islam akan diterima oleh Allah, bila amal org
islam jadi asbab hidayat, bila amal org islam akan jadi asbab berubah kehidupan
mereka. Oleh itu org batil berusaha utk hilangkan mujahadah dari amal org
islam. Amal ada tapi mujahadah tidak ada. Sedangkan mujahadah itu adalah ruh pd
amal. Bila tiada mujahadah dlm amal maka amal org islam tak mengubah kehidupan
org islam, amal org islam tak jadi asbab hidayat dari Allah. Rupabentuk islam
ada tapi ruh islam tidak ada.
Dlm usaha dakwah, pengorbanan dan mujahadah adalah dituntut
dari setiap org islam. Agama dtg ke atas mukabumi ini dgn dakwah ambiya a.s.
Lagi banyak pengorbanan dan mujahadah maka lagi banyak Allah sebarkan hidayat
di mukabumi. Nabi s.a.w telah bangunkan sahabat atas dakwah ambiya a.s, dgn
mujahadah, dgn susah payah. Setiap drp sahabat telah dilalukan dgn mujahdah dan
pengorbanan. Bahkan nabi s.a.w sendiri telah terjun dlm lautan mujahadah dan
pengorbanan sehingga Allah tegur nabi s.a.w, wahai nabi; adakah kamu ingin
membinasakan diri kamu jika mereka tak beriman pd Allah. Pengorbanan dan mujahadah
adalah ruh pd agama.
Nabi jadikan setiap sahabat da’i. Org pertama yg mereka
dakwah adalah org yg ada dihadapan mereka. Hidup mereka jadi asbab hidayat dan
mati mereka juga jadi asbab hidayat utk manusia. Pd hari pertama abu bakar
beriman dgn Allah, terus jadi da’i, jumpa dgn kawan2 dan dakwah. Pd waktu ptg
telah bawa 6 org sahabat2 yg unggul berjumpa nabi s.a.w. Pd hari ke-2 bawa 5
org lagi utk beriman. Setiap org yg
beriman telah jadi da’i.
Apakah amalan2 di kehidupan mekah? Pertama, amalan dakwah.
Semua mereka samada tua, muda, kecil, besar, bila beriman sahaja terus
dakwahkan kebesaran Allah. jumpa org secara infradi buat dakwah. Kedua, ilmu, wahyu
yg disampaikan oleh nabi s.a.w. ilmu2 fadilat. Ilmu2 kelebihan. Nabi ceritakan
kisah2 nabi2 terdahulu. Fadilat org buat usaha agama. Mujahadah nabi2 terdahulu
buat usaha dakwah di kalangan umat mereka. Bila sahabat dengar kelebihan iman
dan kisah nabi2 terdahulu, terdorong utk tambah pengorbanan mereka dlm agama.
Dlm apa keadaan sekalipun, para sahabat tak akan meninggalkan taklim bersama
nabi s.a.w. Dakwah dan ilmu perlu antara satu sama lain. Bila dakwah berjalan
dgn nur ilmu maka kejahilan akan terhapus dari manusia. Mereka telah tunaikan
hak mendengar dlm taklim nabi s.a.w. Mereka dengar, ingat dan terus jumpa
manusia dan sampaikan apa yg disabdakan oleh nabi s.a.w. Bila ada kesusahan yg
dtg, mereka bersabar. Ketiga, mereka berzikir, ingat pd Allah. Utk hilangkan
kesan makhluk yg ada di hati, mereka berzikir. Berzikir dgn menunaikan hak2
zikir, dlm keadaan berwuduk, duduk tahiyat, mengadap kiblat, penuh tawajjuh pd
Allah. Keempat, tolong menolong antara satu sama lain. Ini sebab kesatuan.
Kalau kita ingin diikram ia jadi asbab perpecahan. Mereka istiqamah atas
kesemua amalan tersebut.
Kehidupan di madinah hanya belanja sahaja. Tidak ada
‘income’. Duit/harta keluar sahaja. Berapa lama boleh bertahan/berkorban kalau
hanya duit/harta keluar sahaja tanpa pendapatan. Allah kasihan dgn pengorbanan
para sahabat, maka Allah telah jemput nabi s.a.w mikraj. Roh dan jasad nabi
telah dibawa naik ke sidratul muntaha. Jibrail a.s hanya boleh sampai di
sidratul muntaha, jika melepasi had ini maka jibrail a.s akan terbakar. Tapi
nabi melepasi sidratul muntaha dan bertemu dgn Allah dan Allah telah kurniakan
hadiah yg teristimewa iaitu solat. Satu amal yg lebih hebat dari 7 petala
langit dan bumi. Amal yg dpt menyelesaikan segala masalah. Hari ni kita tahu
kekuatan bom atom, roket, tapi kita tak tahu kekuatan solat dan kekuatan
sunnah. Bila nabi sampaikan perintah solat pd sahabat, mereka begitu gembira.
Setiap masalah, hajat, keperluan di selesaikan dgn solat. Utk dpt hakikat solat
kena keluar di jln Allah.
Allah cipta/bina jasad manusia dlm rahim ibu. Macam mana
keadaan dlm rahim macam tulah dia akan di lahirkan. Kalau dlm rahim buta, maka
dia akan keluar sebagai buta. Kalau dlm rahim tempang, dia akan keluar tempang.
Manakala utk bina batin/yakin manusia tempatnya di masjid. Bila hijrah ke
madinah, nabi s.a.w bina masjid. Wujudkan amal dlm masjid. Wujudkan suasana
masjid. Ajak org dtg ke masjid. Azan adalah dakwah yg sempurna. Lepas
azan/dakwah, org dtg kpd amal, solat. Medan
dakwah adalah masjid. Usaha utk hidupkan masjid 24 jam. Umar, abu hurairah,
muaz jabal, semua telah keluar dan ajak org ke masjid. Amalan memakmurkan
masjid. Bila masuk masjid, maka kita telah masuk dlm rahmat Allah. yakinlah
Allah telah ampunkan dosa2 kita. Tempat paling aman. Inilah maksud masjid
dibina. Dlm masjid ada halaqah iman, ada halaqah ilmu. Org dtg ke masjid akan
terkesan. Mereka akan berubah. Mereka terislah. Masjid adalah tempat hubungan/takluk
dgn Allah.
Di
zaman umar, bila beliau pergi ke pasar, dia nampak ada sorang kerja gunting
rambut. Dia tanya, adakah kamu telah belajar hukum2 dan cara sunnah gunting
rambut. Dia kata: tidak. Umar dgn lemah lembut ajak dia pergi ke masjid utk
belajar ilmu gunting rambut. Umar kata, hasil yg didapati dgn bekerja tanpa
mempelajari ilmu/cara sunnah adalah umpama memakan daging khinzir. Sangat
penting utk hidupkan amal masjid. Dlm masjid manusia akan ditarbiyah. Setiap
umat perlu di bawa kpd sirah sahabat. Semua azam utk hidupkan 5 amal masjid.
Saya kena buat. Masjid perlu dihidupkan 24 jam
Comments
Post a Comment