Bai’at - maulana saad

26/12/2014 - nizamuddin

Alhamdulillah kami satu jemaah telah dpt berbai'at dgn maulana saad sebelum balik ke malaysia. Bai'at dibuat selepas doa yasin selepas maghrib di dlm bilik maulana. Hanya 15 org malaysia sahaja yg dibenarkan masuk utk setiap sessi, yg selebihnya org india dan dari negara lain. Terjemahan/mutarjim dibuat oleh ustaz Hanan. 

Antara isi kandungan bai'at adalah spt dibawah... 

Nasihat maulana :
perjanjian bai’at adalah satu perkara yg besar dan berat
sahabat bai’at dgn nabi - pegang betul-betul dan tak pernah langgar
sahabat sempurnakan semua perjanjian bai’at dgn nabi s.a.w
maksud bai’at – wujud satu amal dakwah dlm diri dan umat
sahabat kedepankan takazah dakwah dan takazah agama
dan kebelakangkan lain-lain keperluan
jadikan dakwah sebagai adat resam/kebiasaan/darah daging
kita pun kena usaha sempurnakan bai’at yg kita buat
Allah berjanji akan sempurnakan keperluan org yg sempurnakan perjanjian bai’at
Sahabat telah tolak segala-galanya – harta, kedudukan dll – tetap dgn kerja dakwah

Utk dekatkan diri pd Allah, banyakkan solat-solat sunat
Dan berpegang teguh pd sunnah
Beri tumpuan pd setiap amal yg kita buat/tawajjuh
Zikir dgn berwuduk dan dgn penuh tumpuan
Bayangkan sifat-sifat Allah supaya ia masuk dlm diri kita
Ihtimam/ambil berat akan zikir 300 pagi dan 300 ptg
Sempurnakan/Tunaikan semua hak org lain
Bila buat salah dgn org – kita minta maaf
Tak boleh menangis sebab banyak cakap sia-sia
Tundukkan pandangan dari melihat wanita bukan mahram
Jauhi diri kita dari perkara yg haram kerana perkara haram menghapuskan amal kebaikan
Wujudkan amalan-amalan dakwah di masjid kita
Bawa org ke masjid dan wujudkan maktab/suasana belajar quran
Utamakan 4B setiap tahun, 10H setiap bulan dan 8jam setiap hari

Ikut cakap maulana :
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah
Aku bersaksi tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah
Dan Muhammad s.a.w adalah hamba Allah & rasul Allah
kami beriman dgn Allah, malaikat, kitabnya, rasulnya, malaikat, hari kiamat dan kpd takdir yg baik atau yg buruk semuanya dari Allah
jauhi diri dari bidaah dan perkara yg menjauhkan diri dari Allah
jauhi diri dari dosa besar, zina, riba dan mengumpat dan mengambil hak org
dan kami tak akan kurangkan walaupun sedikit tahap agama dlm diri
kami akan jaga mata, telinga dan mulut dari dosa dan keluarkan zakat
Ya Allah, kau terimalah bai’at kami
Ya Allah, terimalah kami dlm usaha dakwah
Dan dgn ini melalui silsilah nabi s.a.w, kami berbai’at kpd maulana ilyas melalui saad
Kami akan sempurnakan semua perintah


alhamdulillah, ini bai'at yg kedua. bai'at yg pertama dgn hadratji maulana inamul hasan pd thn 1993. masa bai'at dgn hadratji pegang tali. isi kandungan bai'at lebih kurang sama je...semoga Allah terima. amin.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir