Bayan Subuh : Maulana Yaakub

Nizammuddin

Seluruh manusia yang percaya pada Allah dan yang tidak percaya pada Allah, mereka semuanya ingin kejayaan dan kebahagiaan. Masalahnya, setiap manusia percaya hanya cara dialah yang paling baik dalam mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Mereka buat bermacam jenis kerja dan bergantung pada kerja yang dia yakini. Ada yang menjadi doktor, polis, menteri, pengusaha, guru dan lain-lain. Namun asasnya adalah mereka meningkatkan kebendaan untuk mencapai kebahagiaan.

Untuk mendapatkan ini, mereka bersusah-payah, menghabiskan waktu yang banyak, bahkan ada yang terpaksa meninggalkan keluarga mereka. Padahal yang Allah telah tawarkan untuk mendapatkan kebahagiaan ini tidaklah susah dan tidak menghabiskan waktu yg banyak. Allah tawarkan jalan kejayaan dan kebahagiaan kepada manusia melalui Iman dan Amal. Tetapi mereka memilih jalan yang lebih susah, makan masa yg lama dan tidak ada jaminanNya. Susah-susah belajar dan bekerja bertahun-tahun sampai berumur hanya untuk menjadi berjaya cara ahli dunia. Kita harus memilih, mahu ikut kejayaan cara Allah atau ikut kejayaan cara selain Allah. Yang ikut Allah, Allah akan selamatkan dan yang menentang Allah akan hancurkan.

Untuk menempuh jalan kejayaan perlu kesabaran. Seorang pengusaha tidak akan terus dpt keuntungan ketika ia baru membuka kedainya, dia perlu sabar menunggu keuntungan. Seorang petani juga harus bersabar menunggu proses: tanam, pertumbuhan, tuai dan jualan. Ketika menunggu masa itu seorang petani harus bersabar dan menahan keinginan keluarga. Jika keuntungan sudah dpt, baru dia boleh memenuhi keinginannya dan keluarganya. Begitu juga Allah, Allah akan beri kita kebahagiaan dengan QudratNya, tetapi sebelum itu kita harus bersabar. Setelah kita usaha atas iman dan amal, barulah Allah akan penuhi apa yang kita inginkan. Tetapi sebelumnya kita harus penuhi apa yang Allah inginkan. Jika kita penuhi keinginan Allah maka Allah akan penuhi keinginan kita.

Untuk memenuhi keinginan manusia, binatang dan seluruh alam, semuanya ada di tangan Allah. Allah yang beri makan makhluk dan Allah jugalah yang mengatur rezeki makhluk. Allah Ta’ala yang pelihara mereka semuanya. Semuanya ini adalah kerja Allah Ta’ala semata-mata. Allah Ta’ala tidak perlu pertolongan makhluk dalam melakukan pekerjaanNya. Allah buat segala-galanya dgn kudratNya. Bukan sahaja dgn kerja Allah boleh bagi pd kita, tanpa kerja pun Allah boleh bagi pd kita. Di syurga, kita dapat pemberian Allah tanpa kerja, Allah bagi apa saja yang kita inginkan. Kerja adalah perintah Allah dan Sunnah Nabi. Allah tidak pernah minta izin pd makhluk dalam memberikan makanan kepada mahluk atau mendatangkan hujan.

Hari ini orang berfikir saya perlu kerja untuk dapat beri makan keluarga. Ketika saya tua, anak saya dan isteri saya yang akan memberi saya makan. Allah tidak perlu anak dan isteri untuk memberi kita makan. Allah Ta’ala adalah “The Sole Provider”, satu-satunya pemberi untuk seluruh makhluk. Ia tidak berhajat pada makhluk dalam melakukan pekerjaanNya. Allah Ta’ala menjalankan alam semesta ini dengan kekuasaanNya. Hidup ini berada dalam pentadbiran Allah Ta’ala

Di dalam hidup ini tidak ada yang pasti, yang pasti hanya ketetapan Allah sahaja. Kita boleh mati bila2 masa sahaja, ketika makan, ketika tidur, ketika dlm kereta, inilah pentadbiran Allah. Allah Ta’ala sajalah yang menentukan umur seseorang itu dan bagaimana matinya seseorang itu. Sebelum masa/waktu diciptakan, Allah sudah mengetahui segalanya. Semua ini adalah milik Allah dan datang dari KhazanahNya. Untuk mendapatkan akses ke KhazanahNya hanya dapat dilakukan melalui ketaatan dan ibadat kepada Allah sahaja. Bantuan Allah datang bergantung pada tahap iman kita. Melalui jalan keimanan, Allah akan penuhi keinginan dan kehendak kita. Jika kita buat usaha atas iman dan amal, Allah akan tunjuki kita jalan yang lurus.

Jika Allah turunkan azab pada suatu kaum, walaupun dengan ibadat-ibadat mereka tidak akan dapat menyelamatkan mereka. Sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w, “ Apakah Allah akan azab kita walaupun kita taat kepada Allah?” Nabi s.a.w menjawab, “Ya, jika kemungkaran sudah terlihat di mana-mana tetapi tidak ada orang yang bertindak”. Seorang abid tidak pernah lalai dari perintah Allah Ta’ala, tetapi Allah perintah Jibril untuk hukum abid itu. Ini karena abid tersebut tidak pernah rasa sedih dihatinya melihat kaumnya melanggar perintah Allah. Oleh sebab itu Allah perintahkan Jibril a.s untuk hukum abid itu dulu kemudian baru kaumnya.

Bukan dgn usaha kita Allah beri kita hidayah, tetapi kerana niat di hati kita dan keinginan hati pd hidayah. Hidayah adalah nur yang menerangi hati, sedangkan dunia dan nafsu adalah kegelapan yang menggelapkan hati. Ketika hati menjadi gelap maka kita akan merasa tidak perlu Allah lagi.

Dalam doa, Nabi s.a.w meminta iman yang Kamil (sempurna), اَللَّهُمَّ اِيْمَانًا كَامِلًا, kerana iman ini datangnya dari Khazanah Allah. Dengan Iman, Allah akan selesaikan seluruh masalah kita dan penuhi keperluan kita. Maulana Yusuf rah. selalu berkata kepada orang-orang yang telah tamat 4 bulan untuk menambah 40 hari lagi. Kali ini kita keluar kerana yakin pada wang atau pada Allah. Segala sesuatu selain Allah hanya ciptaan. Jadi jangan ingat makhluk, wang, pekerjaan dan lainnya ketika keluar, sibukkan saja diri kita dalam amal dan minta hanya kepada Allah.

Bagaimana ketika Hajar a.s lari dari Safa ke Marwa ulang alik hingga tujuh kali berharap ada pertolongan dari musafir yang lalu, ketika itu pertolongan Allah tidak turun. Ini kerana tawajjuhnya belum betul. Tetapi setelah ia buat amal dengan sabar dan do’a, barulah Allah Ta’ala dengan Qudratnya memberikan pertolongan kepada mereka dengan Air zam zam yang keluar dari tanah melalui hentakan kaki Ismail a.s. Hajar buat amal dan do’a, ia tidak pernah lari kepada Ibrahim a.s untuk minta tolong, tetapi dia minta kepada Allah. Padahal untuk mengejar Ibrahim a.s pun sempat lagi, tetapi bila yakin sudah betul, maka tidak ada keinginan dari Hajar untuk lari ke Ibrahim a.s. Ini kerana Hajar yakin, bahawa ini adalah perintah Allah kepada Ibrahim a.s dan disebalik perintah Allah ada pertolongan Allah. Ketika masalah datang, Hajar buat amal dengan sabar dan do’a, maka semua masalah Allah selesaikan

Hanya dengan amal dan do’a masalah akan selesai, jangan sampai salah berharap. Harap hanya pada Allah, jangan meminta kepada selain Allah. Inilah yang dilakukan Hajar sehingga pertolongan Allah bersama mereka. Allah tidak memerlukan wang atau asbab-asbab lainnya dalam memberikan pertolongan kepada hambaNya. Allah tidak perlu makhluk dalam memberikan pertolongan, bahkan pertolongan Allah dtg bertentangan dengan asbab-asbab makhluk. Sahabat kelaparan, hanya dengan do’a Nabi s.a.w, lapar mereka hilang dan tenaga mereka bertambah, padahal perut mereka kosong.

Allah tidak perlu apapun atau siapapun dalam memberikan apa yang kita perlukan. Allah lakukan apa sahaja tanpa pertolongan dari makhluk dan tanpa persetujuan dari mahluk. Ada asbab ataupun tanpa asbab Allah boleh melakukannya. Sahabat hanya makan satu kurma saja pun sudah kenyang. Tetapi kita hari ni perlu lapan atau sepuluh kurma baru rasa kenyang. Jadi siapa yang memberikan kekenyangan? Allah yang memberikan kekenyangan. Jadi kenyang ini datangnya dari Allah. Kerana iman dan amal sahabat, maka Qudratullah bersama mereka. Allah beri ikan besar untuk penuhi keperluan mereka tanpa mereka melakukan usaha. Tanpa usaha Allah boleh penuhi keperluan kita. Sahabat hanya buat amal dan solat sehingga khazanah Allah yang tanpa batas terbuka untuk mereka.

Masalah kita hari ni, baca Qur’an setiap hari, zikir banyak-banyak, taklim setiap hari, solat tak pernah tinggal tetapi keyakinan kita tidak bertambah. Jadi usaha agar yakin itu bertambah penting. Tanpa usaha bagaimana keyakinan boleh bertambah. Ramai orang solat, baca qur’an, zikir tetapi terus juga berbuat dosa. Ini karena tidak ada usaha atas yakin.

Sahabat punya yakin sehingga mereka tidak takut pada makhluk. Mereka melihat singa, api, bala tentera, sama seperti melihat semut tidak ada bezanya. Tidak ada perubahan dalam yakin mereka. Tetapi sahabat takut jika mereka tergelincir berbuat dosa. Seorang sahabat meninggal kerana takut kepada Allah ketika dijebak oleh seorang wanita di kamarnya kerana wanita ini ada hati pd sahabat tersebut. Tetapi kerana yakinnya betul sehingga ketika dijebak yang timbul dlm hati adalah rasa takut kepada Allah, takut berbuat dosa. Kita hari ini tidak ada yakin sehingga sangat mudah buat dosa dan rasa tidak bersalah bila buat dosa.

Jika yakin kita tidak betul maka khazanah Allah tertutup untuk kita. Walaupun ketika kita keluar di jalan Allah tetapi tidak niat untuk mendapatkan yakin dan perbaiki amal maka khazanah Allah akan tetap tertutup untuk kita. Allah tidak akan menghancurkan keuntungan dari setiap amal yang kita lakukan dengan cara yang betul dan yakin yang benar. Iman dan yakin hanya akan datang melalui usaha atas iman dan yakin bukan dengan usaha atas dunia dan kebendaan. Allah akan memberi bergantung pada apa yang kita niatkan dan usahakan. Kalau kita niat dapatkan iman tetapi usaha atas dunia maka iman tidak akan meningkat.

Buat usaha atas iman maka nanti Allah akan berikan iman. Setiap usaha atas iman yang kita lakukan, kita iringi dengan doa “ihdinas shirotol mustaqim.” Kita melihat kemungkaran tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa bahkan kita ikut melakukannya dan menikmatinya tanpa kita sedari. Inilah kelemahan iman, kerana tidak ada nur hidayah di hati. Orang berfikir dengan rasuah rezekinya bertambah, inilah kelemahan iman umat hari ini. Jika kita tidak perbaiki iman dan amal kita maka Allah akan hancurkan hidup kita melalui asbab yang kita ada maupun tanpa asbab. Allah telah hancurkan kaum seperti Ad, Tsamud, Madyan, Luth, Saba tanpa asbab. Allah punya kehendak dan kehendak Allah mutlak. Sya’labah yang mulanya miskin, asbab do’a nabi s.a.w dia menjadi kaya, kambingnya berkembang biak banyak, tetapi kerana dia lalai dari Allah, Allah ambil kembali pemberianNya. Kambingnya mati sehingga ia jatuh miskin kembali dan mati hina.

Sebelum terbukanya khazanah Allah, kita perlu lakukan sabar, sebagaimana para sahabat sabar atas segala ujian yang Allah beri. Sahabat sabar, Allah bukakan KhazanahNya tanpa batas. Terus buat usaha atas iman dan sabar dalam setiap keadaan dan perintah-perintah Allah sampai Khazanah Allah terbuka untuk kita. Katakan pada isteri, anak dan orang tua bahawa penting keluar di jalan Allah dan usaha atas iman. Sama pentingnya spt mereka usaha atas dunia, sehingga tanpa dunia mereka tidak dpt berbuat apa-apa. Begitu juga dengan iman dan amal, Allah akan beri kita segalanya. Allah sajalah yang mampu memberikan apa yang kita inginkan. Jangan pernah berfikir dengan kerja dunia, Allah akan penuhi keperluan dan keperluan kita. Allah tidak perlu asbab dalam memenuhi kehendak dan keperluan kita.

Kerja dunia adalah juga perintah Allah dan sunnah Nabi. Jangan sampai kerja dunia mengganggu perintah-perintah Allah yang lain. Tawajjuh dan yakin hanya kepada Allah. Sahabat haus dan lapar tetapi tawajjuhnya kepada Allah. Sehingga dengan amal, haus dan lapar mereka Allah selesaikan tanpa mereka harus berusaha.

Semua masalah, sahabat dapat selesaikan dengan solat mereka. Jangan kita solat dengan niat bahawa Allah akan penuhi keinginan kita. Tetapi kita solat dengan niat yang Ikhlas iaitu hanya untuk meyukakan Allah, karena ini yang Allah mahu setiap kali ada masalah. Bila Allah suka, masalah kita akan Allah selesaikan, insyaAllah. Sahabat selesaikan masalah dengan amal. Amal yang dapat membawa rehha Allah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir