bayan malam markaz KL - ust hamid

26/07/2015 - sri petaling

Tuan2 yg mulia,
Allah swt adalah  rab kita, pentadbir, pembantu dan selesaikan masalah kita.
Beri rezeki kpd kita, anak dan seluruh keluarga.
Yg kendali langit dan bumi, bintang, cakrawala
Cipta tumbuhan, makhluk yg nampak dan tak nampak.
Yg ada di dataran dan lautan..
Seluruh makhluk di pelihara dan di beri rezeki.
Allah tak perlukan kpd sesiapa..
Semua makhluk dlm genggaman Allah swt.
Segala kerajaan milik Allah swt.
Allah swt beri kerajaan kpd siapa yg Dia kehendaki.
Allah mulia dan hina kpd siapa yg Dia kehendaki.
Bila Allah tak kehendaki siapa pun tak boleh halang

Menafaat & mudarat dtg drp Allah.
Hina & mulia dtg drp Allah.
siapa yg Allah nak hina spt namrud & firaun walaupun ada kerajaan yg hebat, Allah nak hina tetap dia hina.
ada org yg cuba nak hina nabi dan rasul tapi Allah nak muliakan mereka maka mereka tetap mulia.
Sesiapa yg Allah nak mulia maka mereka mulia.
Sesiapa yg Allah nak hina dia tetap hina.

Mereka yg beragama kita tak kenal dia, walaupun tak ada makan, pakaian, rumah tetapi dia mulia di sisi Allah swt.
Org yg ada kebendaan, senang, mewah, segala hajat tertunai, banyak harta, pd kita mereka berjaya tetapi disisi Allah mereka gagal kerana tiada agama.
Allah akan zahirkan hakikat kegagalan dan kejayaan sebelum mereka mati.

Sesiapa saja sebelum mati Allah tunjukkan sama ada berjaya atau gagal.
Sama ada manusia itu ditempatkan dlm syurga atau neraka.
Mereka yg tak taat perintah Allah maka di campakkan ke dlm neraka.

Ahli syurga Allah tunjukkan neraka dulu, ini tempat kamu tetapi kamu taat perintah Allah maka Allah masukkan ke dlm syurga. Maka roh melonjak utk cepat kembali kpd Allah.
Ahli neraka Allah tunjukkan syurga dulu, lepas itu dimasukkan ke dlm neraka kerana tak taat perintah Allah.
Maka roh takut dan tak mahu keluar drp jasad. Roh di sentap spt kain sutera di letak atas duri.

Apa yg kita ada, sijil, kenderaan, rumah bukan ukuran kejayaan kita.
Tanpa apa-apa notis dan amaran malaikat maut cabut nyawa.
Bila sampai masa maut tak cepat dan lewat sedetik pun.
Bila sampai masa semua akan hancur dan kembali kpd Allah swt.

Semua yg ada atas muka bumi akan binasa.
Segala perbuatan kita jadi saksi amalan kita. tempat akan jadi saksi.
Ini lah masa yg ada samada cari jln kejayaan atau kegagalan.

Org kata hidup hanya sekali, buatlah itu dan ini
mati pun hanya sekali.
selepas mati semua kita akan dihidupkan kembali dan tak akan dimati-matikan lagi
Samada hidup kedua itu berjaya atau gagal.
berjaya kita - berjaya selama-lamanya
gagal kita - gagal selama-lamanya
Baki masa yg ada ini pun kita tak tahu.
Kita sibuk dgn usaha tidak membawa menafaat di akhirat.
Ini kehidupan yg sangat berharga.
satu subhanallah...satu pohon dlm syurga.
satu allhamdulillah...satu pohon dlm syurga.

Kita kena bina keyakinan dlm hati kpd Allah.
Kita tahu setiap kebaikan dan kejahatan akan di balas.
Kita tahu segala amalan kita akan di balas...itu sebagai maklumat sahaja.
Masalah kita ialah maklumat/pengetahuan itu tak dpt mendorong kpd amalan.
Kita tahu amal jahat dan baik kita akan di timbang.
tapi kita pun tak yakin akan di hisab.

Spt kita belanja beli brg ikut duit yg kita bawa. ikut kadar yg kita ada.
Begitu juga sejauh mana keyakinan kita sejauh itu amal yg akan kita buat.
Org yg yakin akan kehidupan akhirat akan sibuk dgn kehidupan akhirat.

rutin biasa yg kita buat sekarang ni...pegi kerja...balik rumah...solat....macam tu lah rutin kehidupan kita.
Kita dah dengar kitab taalim dan dah khatam tapi sejauh mana keyakinan kita.

Sekarang zaman gadjet, banyak masa kita habis masa di hp.
Tunggu azan tengok hp, tunggu iqamat tengok hp, tunggu bas/keretapi tengok hp, masa makan tengok hp.
berapa bnyk masa kita layan hp drp zikir kpd allah?
Layan hp di mana2 saja.
Hingga kita mengeluh tak cukup masa nak baca quran sbb sibuk
Zikir 20 minit layan hp 1 jam

Kita kena dakwah kpd fadhilat amal utk dorong kita kpd amal.
tapi kita dengar fadhliat amal itu hanya sebagai maklumat.
Hari2 kita kena bagi masa buat dakwah.
Ajak org dtg ke masjid dan hidupkan amal.
nabi2 hari2 buat dakwah iman mereka meningkat.

Org kafir pun yakin sabdaan nabi s.a.w.
Ubai bin khalaf pun yakin kalau nabi ludah dia pun dia akan mati.
Dia tak syak nabi kata nabi akan bunuh dia dan dia telah yakin nabi akan bunuh dia.

Iman kita lemah sekarang bukan turun naik tapi terkeluar.
Kita kena betulkan percakapan kita.
Setiap kali kita buat urusan kena betulkan yakin kita...dpt rezeki drp Allah.
Bukan syarikat bagi rezeki, Allah bagi rezeki.
Sekiranya kita tak betulkan iman kita bila mati malaikat tanya siapa tuhan kamu maka kita tak akan dpt jawap tuhan kita Allah.

Inilah masa yg Allah bagi utk kita bina kehidupan akhirat kita.
Kita kena fikir seluruh umat bukan diri kita saja.
Umat nabi saw di hantar utk seluruh manusia.

Nabi saw nabi terakhir. siapa yg sekarang mengaku jadi nabi maka dia pembohong.
Allah bagi t/jawab kerja nabi kpd seluruh umat.
amat beruntung kita jadi umat nabi saw.
Umat dulu hanya nabi yg dakwah mereka.
Bila nabi itu wafat tak ada yg buat dakwah kpd mereka.

Allah muliakan kita kerana kerja kenabian.
Umat ini yg buat kerja nabi maka doa2 mereka spt doa nabi bani israil.
Kita tak rasa bangga pun buat kerja dakwah.
Sebagai umat nabi kita ada tanggungjawab.

Maulana saad anjur kita baca hayatus sahabah.
kitab hayatus sahabah, apa perbualan dan tingkah laku sahabat di nukil kan dlm kitab tersebut
6 pekara yg kita cakap selalu pun masih tak ada keyakinan.

Ijtimak kita pun dah hampir....ini tanggungjawab kita.
1 org karkun kena bawa 2/3 org awam masa ijtimak.
Kita kena jumpa semua org dan pergi setiap pintu rumah dan setiap lelaki baligh dan keluarkan mereka.

masjid dan surau akan hidup 5 amal kesan drp kejayaan ijtimak.
Jika perhiasan cantik tetapi roh tak ada pun tak sempurna.
Begitu jugak roh sempurna tetapi perhiasan tak cantik pun tak  sempurna jugak.
kita kena keluarkan jemaah sebelum ijtimak sebagai roh dan yg keluar lepas ijtimak sebagai perhiasan.

InsyAllah siapa sedia 4 bulan....

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir