mesyuarat malaysia 1994 - maulana umar (1)

Kefahaman akan datang bila tuan-tuan lihat, dengar dan fikir dengan penuh talab. Cahaya syurga begitu hebat, di dunia ini umpama api pateri (welding). Silaunya mentenakkan mata. Begitu juga syurga adalah lebih hebat lagi.

Rahmat dan azab Allah s.w.t tiada hadnya. Begitu hebat di luar pemikiran kita. Dunia ini merupakan purdah kepada kehebatan akhirat. Untuk menegakkan ini Nabi s.a.w diboikot (dipulaukan) selama 30 bulan di Lembah Mutallib. Hati kita seperti bekas yang kosong, apa yang diisi itulah yang dipanggil seperti secawan teh, secawan kopi dan sebagainya.

Dakwah amat khilaf dengan dunia. Dakwah memanggil kepada ghaib tetapi keduniaan memanggil kepada zahiriah. Dakwah memerlukan hikmah. Hikmah itu akan memberi kesan atau asbab untuk orang lain faham. Seperti untuk dapat keizinan keluar, kita ikram orang tua, jaga kedainya maka akhlak yang memikat ini memberi kesan kepada mereka. Selepas 13 tahun penyeruan Nabi s.a.w, barulah Saiyyidina Abbas r.a masuk Islam iaitu selepas perang Badar.

Buatlah usaha dakwah dengan lihat cara Nabi s.a.w, sentiasa lihat kelemahan dan kesalahan kita. Bani Israel rosak kerana kerja dakwah mereka ada kepentingan lain. Dalam kerja agama akan wujud beberapa tahap atau mohalla. Bila wujud suasana dakwah, Allah s.w.t akan tarbiyah dengan nikmat atau kesusahan, selepas kita tetap menjalankan usaha barulah nusrah Allah s.w.t akan tiba. Allah akan zahirkan kudratNya pada golongan kafir.

Lihatlah contoh pada orang dahulukala seperti yang tercatit di dalam Quran, Hadith atau kehidupan Sahabat r.a. Untuk memahami Al-Quran dan Hadith, taatlah pada orang-orang tua kita. Kamu tiada keupayaan untuk membedah Al-Quran dan Hadith.

Satu masa wahyu telah terhenti, halakah ta’alim tetap diteruskan, Nabi s.a.w begitu risau dan sentiasa berdoa dan mujahadah, barulah Allah s.w.t turunkan surah Waddhuha. Setiap kerja ada masa cepat dan lambatnya. Seperti terbitnya matahari, beransur-ansur juga dengan pembesaran seseorang manusia (bayi ke dewasa). Tanda seseorang itu telah maju dalam usaha iaitu korban diteruskan berlawanan dengan kehendak hati.

Kisah zaman Abu Bakar r.a, apabila Nabi s.a.w wafat, berlaku kekecohan perlantikan Amer baru. Kaum Ansar cadang lantik dua orang Amer iaitu dari kaun Ansar, Saad Ubadah r.a dan dari kaum Muhajirin, Abu Bakar r.a. Sebenarnya Rasulullah s.a.w telah melantik Abu Bakar r.a sebagai penggantinya secara tidak langsung semasa beliau s.a.w hidup. Fikir Abu Bakar r.a bagaimana perkara ini hendak diberitahu supaya semua orang tidak pecah hati. Dikumpul semua kaum Ansar lalu diberitahu kelebihan kaum Ansar yang pernah disebut oleh Nabi s.a.w. Akhirnya beliau memberitahu tentang apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w tentang keputusan memimpin. Kaum Ansar begitu terharu lalu terus membai’atnya (janji setia). Sayyidina Abu Bakar r.a telah menyusun satu cara yang begitu hikmah untuk tidak menimbulkan pecah belah.

Ali r.a dan Zubair r.a tiada pada masa pengumuman tersebut kerana sibuk menguruskan jenazah Nabi s.a.w dan mententeramkan kaum ibu. Lalu mereka bertanya kepada Abu Bakar r.a mengapa keputusan itu diambil tanpa mengajak mereka bermesyuarat. Abu Bakar r.a menjawab dengan lemah lembut, “Jika aku sibuk memanggil kamu pasti dua Amer akan wujud”. Ia tidak menjawab dengan tegas sebagai seorang yang telah dilantik ramai. Jawapan yang begitu hikmah membuatkan Ali r.a dan Zubair r.a terus membai’atnya.

Seorang sahabat yang bernama Khalid Zaid r.a yang menjadi gabenor, tiada semasa perlantikan Abu Bakar r.a. Ia tidak membai’at Abu Bakar r.a. Abu Bakar r.a tetap ikram, sentiasa beri salam dan bertanya khabar. Akhirnya ia juga membai’at Abu Bakar r.a. Sifat dan tindakan Abu Bakar r.a begitu hikmah telah dapat mengelakkan pecah belah.

Jangan buat kerja sendirian, bawalah orang lain pada kerja ini. Jangan jadi seperti wanita mandul, apabila ia mati tida siapa yang meneruskan keturunannya. Sentiasa bentuk jemaah baru dan ajarkan jemaah buat kerja. Dua orang lama hendaklah bawa lapan orang baru. Dalam jemaah jangan kita letakkan beban kerja pada orang lain sahaja dan kita rehat. Sentiasa ambil tanggungjawab pada setiap jemaah yang dibentuk.

Zaman Abu Bakar r.a wujud empat masalah :               
1.        Nabi palsu
2.        Keengganan bayar zakat
3.        Ancaman Rom dan Parsi
4.        Orang pendalaman mula murtad

Bagaimana Abu Bakar r.a menghadapi semua itu? Dengan akhlak dan hikmah.

Kisah Abu Bakar r.a dan Khalid Zaid r.a : Tiap-tiap hari Abu Bakar r.a memberi salam dan bertanya khabar. Walaupun sambutan begitu dingin. Suatu hari Khalid r.a tanya Abu Bakar r.a, “Apakah keperluanmu terhadapku Abu Bakar, sehingga begitu sekali kau berlaku baik padaku ? Adakah kamu ingin aku membai’at kamu? Jawab Abu Bakar r.a, “Tidakkah kamu lihat mereka telah membai’at aku, alangkah baiknya jika kamu turut serta ? Jawapan yang begitu lemah lembut dan penuh persaudaraan bukannya jawapan yang kasar kerana orang ramai telah membai’atnya. Khalid Zaid r.a berkata, “Aku tidak akan membai’at kamu disini, marilah kita pergi ke tempat orang ramai (masjid) di mana semua orang akan tahu yang aku telah membai’at kamu”.

Hikmah seorang pemimpin menyelesaikan masalah. Sayyidina Umar r.a meminta izin untuk memancung Saad Ubadah kerana keengganannya membai’at Abu Bakar r.a. Abu Bakar r.a melarang dengan lemah lembut dengan mengatakan yang Saad adalah seorang yang berpengaruh dan mempunyai keluarga yang ramai dan tindakan Umar r.a nanti akan mengusutkan lagi persoalan itu.

Wujudnya suasana dakwah akan menghasilkan tarbiyah. Akhirnya nusrah Allah akan tiba. Iaitu datangnya pertolongan ghaib yang memberi kesan pada ahli batil. Itulah kudrat Allah s.w.t.

Ahli batil akan terbahagi pada beberapa golongan iaitu :
1.   Mereka datang dan terus beriman
2.   Tidak beriman tetapi patuh dan membayar jizyah
3. Tetap kufur dan memerangi Islam maka Allah s.w.t zahirkan kudratNya menghancurkan mereka.

Nusrah akan turun pada kita tetapi Allah s.w.t lihat kehendak kita dan teruskan wujud suasana dakwah dan mujahadah. Sabar sentiasa atas perkara itu. Allah s.w.t boleh sabar dengan kekafiran Firaun, akhirnya ia musnah juga.

Dalam Quran banyak contoh-contoh yang diberi tentang ahli batil yang menghadapi kudrat dari Allah s.w.t. (Maulana baca beberapa potong ayat Quran)

1.  Quran memberi contoh seperti air yang banyak menghanyutkan sampah yang sedikit. 
2. Emas pada asalnya bercampur dengan logam-logam yang lain, api digunakan untuk menghasilkan emas tulin.

Ahli batil disebut Allah s.w.t seperti sarang labah-labah (Ayat Quran dibaca). Ada sarang yang kecil dan ada yang besar. Dengan hanya sebatang lidi pun ia dapat dimusnahkan. Walaupun nampak banyak dan cepat di buat. Satu bilik yang ditinggal kosong akan didatangi sarang-sarang ini. Begitu juga dengan suasana sekarang jika kerja menurun umpama bilik yang kosong tadi maka ahli batil mula mewujudkan suasana mereka. Tapi dengan sedikit kerja yang dapat menarik nusrah Allah pertolongan ghaib akan tiba memusnahkan mereka.

Seperti Firaun yang mempunyai kerajaan dan kekuasaan tapi akhirnya dimusnahkan Allah s.w.t dengan asbab perjuangan Nabi Musa a.s yang begitu kerdil bagi pandangan Firaun. Pada kisah Nabi Daud a.s melawan Jalut juga kita dapat lihat nusrah Allah ini. Ketika awal Islam Abu Jahal yang mempunyai pengaruh dan penyokong yang ramai pernah berkumpul untuk menghapuskan para sahabat pada ketika itu mempunyai bilangan dan kekuatan yang amat sedikit. Tapi mereka tetap tidak berjaya. Begitu juga ketika perang Khandak, nusrah yang tidak disangka-sangka datang memusnahkan pihak musuh yang menyangkakan mereka sudah cukup kuat. Dua kerajaan yang paling digeruni oleh sebarang pemerintahan di zaman Umar r.a iaitu Rom dan Parsi dengan mudah berada di bawah tapak kaki Umar r.a.

Apabila nusrah Allah turun menolong kita tiada siapa yang dapat melawan. Kerana ahli batil seperti sarang labah-labah.

Di zaman Sallehuddin Ayubee, 14 negara Eropah bersatu melawannya. Mereka mempunyai segalanya tapi untuk menjatuhkan Sallehuddin Ayubee mereka gagal. Sallehuddin seorang yang sentiasa ada hubungan dengan kudrat Allah, tidak mungkin dapat dimusnahkan dengan sarang labah-labah. Pokoknya, ahli batil yang melawan kerja agama seperti sarang labah-labah tadi.

Keupayaan kita hanya buat kerja bersungguh-sungguh kerana itulah tugas kita. Menghadapi dan memusnahkan mereka adalah kerja Allah. Seperti semut di zaman Nabi Sulaiman a.s, dia hanya mampu berkata pada kaumnya “masuklah kamu semua dalam sarang masing-masing”. Semut mana ada kuasa menahan tentera Nabi Sulaiman a.s tapi kata-kata ini didengarkan Allah pada Nabi Sulaiman dan kita hingga kini.

Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istemewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih. Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk mengigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah s.w.t hantarkan hujan dan banjir menghayutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti.

Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghayutkan sampah, emas dari logam-logam lain. Pekerja agama, jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas yang disaluti logam-logam lain. Banyak masalah akan timbul.    

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir