Bayan maghrib : kapt nuruddin
Shabguzari KL – 09/11/2019
Allah s.w.t hantar kita ke dunia bukan atas maksud dunia.
Allah cipta dunia tapi Allah s.w.t tak ada pautan pd dunia. Dunia tidak ada
harga, tak ada nilai. Sesiapa yg hubungkan diri dia dgn dunia, maka kerugian
akan dtg. Maksud adalah akhirat. Alam yg kita nak pergi adalah alam ghaib dan
alam yg kita duduk sekarang akan ghaib. Ghaib yg tidak dpt dilihat dgn mata,
didengar dgn telinga dan tak dpt dirasa. Ini cara Allah. Ruh kita faham ghaib
sebab ia telah berdepan dgn Allah tanpa perantaraan. Ruh telah berjanji dgn
Allah. Tidak ada perantaraan antara kita dgn Allah. Ini maksud iman. Semua ruh
telah jawab di alam arwah dulu ‘sesungguhnya Engkaulah Allah, pemelihara kami’.
Bila dtg ke dunia, Allah telah letak asbab dunia sebagai
perantaraan, Allah nak tengok, adakah ruh dpt tunaikan janji, adakah dia masih
lagi bersama dgn Allah. nafikan mata, nafikan akal, nafikan kemahiran, nafikan
kepandaian, di belakang semua asbab adalah Allah. barulah akan wujud hubungan
dgn Allah. hubungan dgn pencipta akan putus bila yakin dgn asbab. Ini keadaan
umat. Allah cipta asbab. Hidup asbab. Maut asbab. Dakwah adalah cara utk
menolak asbab. Perkara yg paling besar dlm kehidupan kita adalah dakwah
illallah. Tidak ada perkara yg lebih tinggi drp dakwah. kita yg buat usaha,
kita kena faham. Kita kena tahu nilai diri kita. di mana kita letak diri kita.
hanya melalui dakwah illallah yg dibawa oleh nabi2, hanya cara ini
sahaja ada kehidupan. Kehidupan yg diterima. Selain drp ini, kehidupan ditolak.
Kita adalah umat dakwah. Umat ini telah dibina melalui
pengorbanan. Dakwah dan pengorbana adalah satu. Tidak ada dakwah tanpa
pengorbanan. Pengorbanan ialah kita kena rugi dulu. Rugi masa, rugi harta, rugi
segalanya, utk dptkan hasil yg mana telah dijanjikan setelah melaksanakan
t/jawab. kita letak kehidupan infradi, peribadi di belakang. Dahulukan apa
kehendak Allah. inilah maksud. Maksud umat ini hanya sanya dlm dakwah. ibadat
dtg selepas dakwah. dlm dakwah ada iman. Tanpa dakwah tak ada iman. Iman adalah
perintah. Iman bukan ibadat. Iman adalah dlm maksud. Iman adalah dlm usaha.
Iman adalah dlm pengorbanan. Tanpa pengorbanan tiada iman. Tanpa dakwah, hanya
percakapan, hanya kepercayaan, tidak ada hubungan dgn pencipta. Yg ada hanya
budaya, ikut-ikutan. Usaha2 yg lain drp dakwah, tidak ada hakikat, yg ada hanya
emosi/semangat.
Umat ini telah terbina atas pengorbanan yg telah dibuat dan
doa yg diterima. Pengorbanan nabi ibrahim a.s, isteri dan anak. Doa utk dtgkan
umat yg akan sambung kerja pengorbanan mereka. perjalanan yg dilalui oleh
ibrahim a.s, itulah juga jln yg kita lalui. Jln utk menafikan asbab.
Anak/isteri tak boleh jadi penghalang. Tinggalkan anak/isteri di tempat yg
tiada asbab kehidupan. Yg ada hanya Allah. Allah nak bagitahu pd kita yg
mewarisi kerja ini. Ibrahim a.s tolak pertolongan jibrail a.s semasa di lontar
ke dlm api. Allah perintah api jadi sejuk. Janji Allah selepas pengorbanan
dibuat, akan dtg nusrah ghaib Allah.
Nabi s.a.w adalah nabi terakhir. Umat ini adalah umat
terakhir. Tidak ada nabi selepas ini. Tidak ada umat selepas ini. Kita
penyambung kerja. jln yg sama. Ujian yg sama. Kisah nabi2 dulu adalah utk kita
belajar, bukan hanya cerita. Inilah jln yg pasti kita lalui. Ini cara Allah.
Allah bersama dgn usaha. Usaha agama bersama dgn pertolongan Allah. tidak ada
sesiapa pun boleh bantu usaha dakwah illallah. Usaha ini milik Allah.
kita kena faham nilai dakwah yg Allah bagi pd kita. kita kena buat betul2.
barulah Allah bersama dgn kita. kehendak dan kemahuan kita tak akan berlaku
melainkan dgn perintah Allah. kehebatan Allah akan dtg dlm usaha agama.
Umat hari ni bukan hanya sesat tapi umat dah hancur. Umat
belajar asbab dari kecik. Asbab bersama dgn musuh Allah. maksud asbab utk
hancurkan agama dan mematikan amal. Sains adalah makhluk. Sains adalah asbab.
Pencipta asbab adalah Allah. apa sahaja perancangan dlm perintah Allah.
Allah boleh jayakan atau Allah gagalkan.
Sains gagal utk terangkan mcm mana api boleh jadi sejuk, bulan boleh terbelah.
Sebab iman lemah kita kata awan bawa hujan. Kita telah kufurkan diri dan
bermusuh dgn Allah. usaha agama adalah utk nafikan makhluk. Nafikan asbab.
Perkenalkan umat kpd pencipta. Mereka yg belum islam, bawa kpd islam. Bawa kpd
keselamatan. Yg dah ada kalimah, kena usaha atas iman. Salah faham kita ialah
dakwah utk org kafir. Kesalahan besar umat ini ialah tidak usaha atas iman. Iman
yg ada hanya iman bayangan. iman yg dicerita. Wahai org beriman, usaha atas
iman. Bukan iman rasa2.
Bersama dgn iman, ada dakwah dan pengorbanan. Umat keliru
sebab tak buat usaha agama. Kita kena faham, setiap waktu, setiap masa, mana
arah tuju umat. Setiap hari umat dtg kpd asbab. Bermusuh dgn Allah hanya sanya
kerana asbab. Bila asbab ada dgn org kafir, maka umat akan dtg kpd kekafiran
utk bantu dia. Buat perkara yg berlawanan dgn hukum hakam agama. Bila
tinggalkan usaha agama, Allah dah buat keputusan akan hancurkan mereka dan
ganti dgn umat lain. ini cara Allah. ini janji Allah. 700 thn agama di spain ,
tak buat usaha, semua masjid jadi gereja.
Tak boleh berdalih dgn Allah. tak boleh sangsi dgn janji Allah. cekalkan iman, butakan mata, pekakkan telinga, barulah Allah akan tunjukkan kedahsyatanNya. Kita tak dibenarkan komplain pasal umat. Tak boleh doa buruk utk umat. Tak boleh cerita pasal keburukan umat. Bawa umat kpd Allah. bawa umat kpd halqah iman. Hak umat atas diri kita utk didatangi. Kita kena mendatangi umat. Bukan bayan kat mimbar ni. Tak ada satu org pun diantara kita yg buat usaha yg tak didatangi. Nabi s.a.w sendiri mendatangi sahabat. Semua nabi2 bergerak jumpa umat. Semua sahabat2 bergerak jumpa umat. Duduk di rumah adalah penipuan dlm agama. Agama adalah pengorbanan. Agama kena bergerak. Yg menggerakkan ialah Allah.
Takazah dtg drp Allah sendiri. amanah dtg dari nizamuddin
dan akan kembali ke madinah munawwarah. hampir. Setiap takazah agama di seluruh
alam hanya dpt disempurnakan hanya dgn satu cara kerja sahaja. Tidak ada cara
kedua dan ketiga. Itu semua bohong dan munafik. Ujian telah dtg kpd umat ini.
inilah setinggi-tinggi ujian bila kekufuran, kemunafikan, fasik telah dtg dlm
kerja nabi s.a.w. bila org hak tinggalkan hak, bagitau itu batil, kami hak,
itulah syaitan paling besar sekali. Tidak ada maaf dari Allah kalau tak taubat
sebelum mati. Allah akan hancurkan kehidupan dia, rumah tangga dia, harta dia.
Ini pasti. Dia akan kembali kpd perangai asal dia sebelum buat tabligh. Walaupun
dia seorang penulis wahyu sekalipun boleh murtad. Disebabkan dosa2 sendiri masa
bersunyi diri.
Allah yg maha suci, kerja kenabian yg suci, tak boleh
dicampur aduk dgn satu apa pun. Kepandaian, kemahiran, org lama, pandai bayan,
zikir bergegar, tak ada kena mengena dgn Allah s.w.t. kerja ini adalah amir yg
perlu diikuti. Kerja ini kena diikuti. Hak dan batil tak boleh bercampur. Jgn
pandang rendah dan pandang buruk sesiapa, jgn doa buruk, kena kasihan. Ini
adalah usul. Istighfar utk umat. Sesiapa yg bertentangan dgn usaha ini, dia
binasakan diri dia sendiri. Asbab digunakan utk tidak keluar atau tangguh, tak
buat keputusan atas diri, inilah fitnah yg besar. Usaha dakwah ialah bawa umat
kpd ketaatan. Menghambakan diri kpd pencipta. Inilah usaha. Supaya semua umat
kenal pencipta dan bersama pencipta dimana-mana sahaja. Inilah yg dinamakan
ehsan. Maulana zakariya kata, setinggi-tinggi kewalian, itulah permulaan
seorang da’i. kita kena tahu harga usaha.
Allah malu nak hisab org yg buat usaha sebab dia malukan
diri dia jumpa org walaupun dia belum baik. jangan pandang rendah sesiapa. Ganjaran
Allah atas umat akhir 50X sahabat. Bantuan Allah atas umat ini 10X sahabat.
Kita kena yakin dan minta Allah zahirkan perkara ini kpd kita. ini janji Allah
tapi kena laksanakan t/jawab dulu. Allah yg akan matikan batil melalui usaha yg
hak.
Usaha kena hidup, sentiasa bernyawa. Tidak ada rehat selepas
ini. rehat hanya utk org yg malas sahaja. Tunggu pencen, tunggu itu, tunggu
ini, ini semua menipu Allah. lepas pencen tak boleh buat apa2, duduk atas
wheelchair je sebab letak syarat dgn Allah. Allah letak syarat dgn kita utk
sambut takazah bila ditashkil, bila diminta. Bukan bagitahu Allah, tunggu saya
pencen. Ini bukan usaha kita. kalau sahabat tahu kita bagitahu Allah, tunggu
pencen, sahabat akan kata kita ni gila. Masa tak tunggu sesiapa. Allah tak
perlu sesiapa. Bila tentera bergajah nak serang kaabah, Abdul mutalib kata
kaabah ada penjaga. Allah yg pelihara. Allah hantar burung kecil, ababil. Allah
tak hantar malaikat pun. Allah nak tunjuk pd kita hari ni, tidak ada satu org
pun yg boleh tentang usaha agama. Walaupun tak ada satu org pun buat usaha,
Allah tetap pelihara usaha ini.
Allah bersama org yg lemah. Allah suka bila kita kata kita
lemah. Ini cara Allah. kekuatan. pertolongan Allah bersama dgn mereka yg lemah.
Sebelum buat usaha dakwah tak ada masalah. lepas buat dakwah, org kata
sesat/songsang. Bersama usaha agama sentiasa ada pertentangan. Hak pasti
ditentang. Setiap zaman usaha ditentang. Kita kena suka dgn penentangan. Ini
adalah sunnah. Jgn bermusuh dgn org yg menentang. Menangis utk dia. Inilah
kedahsyatan usaha agama. Kita kena alihkan kebencian kpd kesukaan, bukan kpd
kita, tapi kpd Allah. supaya hati kita betul.
Walaupun kita seorang di mohalah kita, 10 thn buat usaha,
setiap hari buat usaha, di rumah pun buat usaha, itu bukan kegagalan, Allah
bersama dgn usaha. Nuh a.s buat usaha 950 thn, isteri tak ikut, anak tak ikut,
hanya 80 org sahaja yg ikut. Usaha tak bersama kepandaian. 2 pujukan, siang dan
malam. Pujuk manusia, pujuk Allah. usaha bersama tangisan. Pasti akan ada org
keluar. Hidayat dtg melalui usaha. Jgn kita kecewa walau kita satu org. org yg
buat usaha tak akan pernah kecewa dgn doanya. Sentiasa ada pengharapan dgn
Allah atas hidayat. Kalau kita tak nak buat usaha, pasti dan pasti Allah akan
ganti kita dgn org lain. kena jaga usul kerja yg mulia.
Kita jadi risau dunia sebab kita bersama dgn masyarakat yg
risau dunia. Sebab kita tak jaga amal yg disuruh. 5 amal masjid, 5 amal rumah,
istiqomah minima 2½ jam. Ini asas usaha. Sebab tu basirah kerja tak dtg.
Keyakinan pd kerja tak dtg. Bukannya suruh org buat tapi kita tak buat. Sepatutnya,
makin banyak masalah, makin banyak buat usaha. Pertolongan Allah di akhir. Di
badar, nabi doa, kalau tak menang esok, tak akan ada lagi org akan sebut nama
Engkau. Inilah sedahsyat2 doa. Allah hantar 3000 mlaikat. Asalnya pergi ke
badar bukan utk perang tapi utk tahan kabilah abu sufian. Tapi Allah tashkil
utk perang. tanpa persiapan perang, bulan ramadan, bukannya mesyuarat patah
balik. Tak boleh re-route. Re-route rosak iman.
Org yg duduk dlm mesyuarat, org mutaharik, kena jaga tahajjud, kena ada hubungan yg
intim dgn Allah. nehej adalah utk dtgkan ketaatan supaya ada bantuan Allah.
usaha agama hanya bergerak maju dgn bantuan Allah. dlm hati hanya ada Allah dan
rasul. Bila Allah ambil kerja drp kita, setiap hari kena taubat sebab kita tak
layak. Ini tertib kerja agama. Hari2 minta ampun dari kejahatan diri sendiri,
dari nafsu yg jahat supaya kesucian kerja ini di pelihara. Allah nak tengok
mujahadah kita. mujahadah akhir zaman ni sikit sahaja. cuti tanpa gaji, kena
berhutang. Allah akan ganti. Ini pasti. Kena yakin. Jgn was2 dgn janji Allah. kita
diharamkan utk minta melalui asbab. Saya dah buka kedai, bantulah saya. Doa mcm
ni tak diterima. Minta dgn Allah melalui asbab. Kena taubat.
Cara nabi dan cara sahabat tak akan berubah sampai kiamat.
Allah telah letak seluruh alam depan kita. amerika, australia , jepun, afrika, china,
semua dlm t/jawab kita. Allah ikram kita, pilih mana nak pergi. Tak ada SPM pun
boleh pergi. Allah dah tulis, siapa yg ada kehendak, kemahuan, istiqdat, Allah
akan sampaikan. Allah akan gulung/lipat bumi ni. Satu langkah terus sampai. Yg
sampaikan Allah. balik rumah kita hanya
mesyuarat dgn isteri samada cukup keperluan atau tak, bukan mesyuarat pergi
atau tak pergi. Kita kena sentiasa dlm keadaan sedia. Keluar atas takazah. Apa
kehendak agama di seluruh alam ketika ini. kita kena sampai. Usaha bermula dari
rumah dan mohalah kita. kena sentiasa ada hubungan dgn madinah munawwarah. Ini
pasti. Hampir. Allah akan laksanakan janjiNya.
Istiqamah dlm usaha ini ialah mati dlm usaha ini. kita kena
buat keputusan. Setiap 100 thn ada mujadid. Sekarang ni kebatilan di takat
maksimum. Kebatilan dtg dlm kerja agama. Keputusan Allah sangat dekat. Allah
bersama dgn usaha. Allah akan hancurkan mereka yg menentang usaha. Usaha ini
bukan utk selamatkan diri. Usaha ini utk selamatkan umat. Banyakkan doa dan
tangisan utk umat. Jaga amal waktu mlm. Sentiasa merayu pd Allah. kita kena
bergerak, jgn guna handphone, ini cara yahudi, ini semua batil, kena buang. Jgn
guna kekafiran dlm sunnah. Walaupun betul, tak ada penerimaan, buang masa, akan
kecewa, akan bergaduh.
Kita tak boleh khususkan diri, inilah fitnah. Kena duduk
bersama umat, jumpa umat, inilah ijtimaiyat. Saad bin muaz telah wujudkan
ijtimaiyat , menyatukan umat, buat keputusan yg betul atas bani quraizah, Allah
hantar malaikat, bergegar arash allah di hari kesyahidan saad. Inilah jln kita.
kita kena bergerak. Laratkan diri. Janji Allah bukan dogeng. Janji dgn Allah
nak keluar, dah hujung tahun tak keluar2 jugak. Jgn berbohong dgn Allah. jgn
rosakkan diri kita dan rosakkan hubungan kita dgn org lain. kita kena kasihkan
umat. Jgn jatuhkan hukum. Kita bukan hidup dgn fatwa, kita hidup dgn taqwa.
Kita kena hubungkan diri dgn markaz. Markaz sri petaling
wakil dari madinah. kita kena dtg kpd kenabian. Dtg kpd raudah. tempat
mesyuarat seluruh alam. raudah jadi mulia sebab fikir alami dibuat disitu. Raudah
tempat bayan hidayat, tempat karguzari. Rujuk kpd usaha. Bukan rujuk kpd org. jgn
berdebat dgn org. kalau tak nak buat, duduk diam2. jgn kacau org nak buat
usaha. Doa utk dia. Bentang takazah ke semua mohalah, supaya semua org ada
fikir. Ini nehej. Seluruh dunia menunggu jemaah m’sia. Allah perintah umat ini
utk keluar. Keluar dlm keadaan senang atau susah. Bukan keluar sebab ada duit
atau ada cuti. Bangun bagi nama. Syiar. Dlm majlis ni ada penerimaan. Ada malaikat. Kita
tullis, malaikat pun tulis. Keluar jln Allah atau maut. Maut kejar kita sama
mcm rezeki kejar kita. Rezeki melalui amal. Melalui usaha di masjid. Minima 2½
jam sehari, dlm tu ada rezeki. 8 jam, rezeki mcm air hujan. Tapi bagi 8 jam
bukan utk rezeki, utk laksanakan t/jawab tapi disitu Allah rahsiakan rezeki.
Pasti.
Thanx for sharing ...deep and meaningful utk rakan2 seusaha..🏅🏅🏅
ReplyDeleteSyukran atas perkongsian yg sgt bermanfaat dan menginsafkan ini. Takbir!
ReplyDeleteAllahu Akbar!!!
DeleteAlhamdulilah
ReplyDeleteBayan zaman usaha dakwah tabligh setelah di rosakan
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteBetulkan ejaan:
ReplyDeleteDakwah ila Allah - ajak kpd Allah
Dakwah illa Allah - ajak kpd selain Allah (syirik)