jor haji

ringkasan muzakarah kerja Dakwah dan Tabligh atas orang haji
(juhdul haj)
 
Maksud haji adalah (menuju kepada keredhaan Allah)
Haji bukan saja bentuk ibadah tetapi adalah dakwah, Haji Rasulullah s.a.w adalah Haji penyerahan tugas dan amanah agama pada umat.
Perjalanan Haji adalah gambaran kepada kehidupan Akhirat
(mati, kiamat, mahsyar dan timbangan amal)

-Haji mabrur (Haji yang sesuai dengan Syariat yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w )
-Haji makbul (Haji yang membuka pintu langit sehingga tembus ke Arasy Allah, boleh mendatangkan nusrahtullah)
-Haji mabruk (Haji yang mendapat berkah dan asbab hidayah)

Ciri² Haji yang mabrur (di terima) - sebelum Haji semangat ibadah selepas Haji istiqomah sampai mati
Kelebihan Haji Mabrur
- Akan di ampunkan dosanya
- Doa²nya di terima
- Boleh memberi syafaat kepada 400 orang ahli keluarganya
- Akan di permudahkan rezeki
- Tiada sebaik² balasan kecuali syurganya Allah

Cara mendapatkannya.
1)Dengan bertaubat seperti taubatnya Nabi Adam a.s
2)Membawa yakin seperti yakinnya Hajar a.s
3)Membawa sifat pengorbanan seperti Nabi Ibrahim a.s
4)Membawa sifat sabar seperti sabarnya Nabi Ismail a.s
5)Membawa fikir dan risau Nabi s.a.w bagaimana hidayah tersebar ke seluruh alam

Perkara yg melembutkan hati jemaah Haji.
1)Hijrah
2)Korban
3)Kerana adanya suasana ibadah
4)Kerana di Mekah tempat tumbuhnya Agama

Haji Rasulullah s.a.w membawa 4 amalan.
(Dakwah, taalim taalum, zikir ibadat dan khidmat)

-Dakwah kebesaran Allah, kasih sayang dan Rahmat Allah
-Taalim Taalum - belajar hukum² Haji,

ceritakan fadhilat² Haji
-orang yang tawaf setiap langkah akan di beri 70 ribu pahala, 70 ribu dosa diampunkan,70 ribu derajat di naikkan
-solat di belakang Maqam Nabi Ibrahim,Allah ampunkan dosa²nya yang lalu
-saei Safa Marwah,seperti membebaskan 70 hamba sahya arab
-wukuf di Arafah,dosa²nya akan di ampunkan seperti bayi yang baru di lahirkan
-melontar jamrah,setiap batu lontaran Allah mengampunkan dosa² besar yang membinasakan
-cukur rambut,Nabi s.a.w mendoakan 3x keampuanan
-setelah selesai tawaf ifadha maka malaikat akan memegang pundak dan berkata,dosa²mu telah di ampunkan,maka mulai lah sekarang dengan amalan yang baru.

-Ibadah zikir
Banyakkan tawaf - orang yang tawaf di beri 60 Rahmat, yang Solat 40 Rahmat, yang memandang Kaabah 20 Rahmat
banyakkan istiqfar dan taubat pada Allah

- Khidmat
Haji yang sempurna adalah memberi makan, sebarkan salam dan cakap dengan ramah tamah.

Sembolik labaikk.
Labaik1. menunaikan semua perintah dalam ihram
Labaik2. meninggalkan segala larangan ihram
Labaik3. menolong setiap orang islam
Labaik4. mati sebelum kematian datang

Jenis² haji
-Haji Musyrikin
-Haji Solehin
-Haji Anbiya
-Haji Sayidul anbiya

Orang² yang perlu kita tasykil
Jemaah haji (juhud haj)
1) Orang yang satu Negara dan bahasa dengan kita
2) Orang di Negara jiran
3) Orang yang wajahnya mirip dengan kita (melayu)
4) Negara yang pernah kita tasykil khuruj ke sana (untuk ahbab saja)
5) Orang Negara² yang pernah datang tasykil, keluar di tempat kita, markaz, ijtimak (utk ahbab saja)
6) Negara² yang kita menguasai bahasanya

Amalan yang perlu dihidupkan di setiap maktab
1)mesyuarat
2)jaulah, ghast bilik ke bilik
3)taalim di setiap bilik (baca kitab fadhilat haji)

Kelebihan dakwah di bumi Mekah
-setiap dakwah akan di lipat pahalanya 100ribu Kali ganda
seolah-olah kita berdakwah di 100ribu tempat
-bumi yang menjadi saksi dakwahnya rasulullah akan menjadi saksi yang sama pada kita
-akan mendapat perasaan kasih pada umat
-usaha yang mirip kepada usahanya Rasulullah s.a.w
 
Kata Maulana Syed Ahmad Khan
"kita jauh dari tempat Nabi, tapi dekat dengan fikir risau Nabi, tapi sekarang kita dekat dengan tempat Nabi tapi kita jauh dari fikir dan risau Nabi"

Kata Sheikh Farouq dalam bayannya.
"Hari ini kita dakwah dalam keadaan kenyang dan sejuk (aircorn) macam mana nak rasa susah payah Nabi, sedangkan Nabi dakwah dalam keadaan lapar, letih, panas, di caci dan penuh mujahadah"

Kesimpulan juhud haj.
Adalah bagaimana semua yang datang Haji mendapat Haji yang Mabrur dan pulang menjadi daei Allah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir