Posts

Showing posts from October, 2017

sakinah fc

Image
sakinah fc vs seroja fc perlawanan kasih sayang antara halaqah pulau meranti dan halaqah putra perdana team biru - sakinah team oren - seroja otai2 pancit ultras sakinah no. 11 - pengerusi sakinah @ kapten tamat perlawanan sakinah fc 2 - 2 seroja fc syabas!

Maulana Saad

Bayan Subuh 1 Muharram 1439H - nizamuddin Hari ini setiap org di dunia ini mempunyai usahanya masing-masing, samaada usaha tersebut merupakan usaha agama maupun usaha yang berbentuk duniawi. Dan setiap orang yang berusaha selalunya akan meyakini bahawa dalam usaha yang dijalankan ada kejayaan. Namun demikian, kenyataannya apa yang kita lihat bahawa tidak semua perkara yang di usahakan itu berhasil (berjaya).  Kerana di sisi Allah swt kejayaan yang hakiki hanya akan tercapai apabila usaha yang di lakukan itu menepati sunnah Rasulullah s.a.w. Di samping itu kita juga melihat bahawa setiap yang berusaha itu pasti akan menanggung kesusahpayahan di dalam usahanya masing-masing. Di dalam bahasa Arab susah payah dinamakan mujahadah atau masyaqqah. Namun demikian, menurut alim ulamak terdapat perbezaan yang besar antara masyaqqah dan mujahadah sekalipun pada zahirnya makna keduanya seakan sama. Maksud masyaqqah ialah sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang demi agama...

Maulana Saad

Sebesar nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada para hambanya adalah ilmu dan harta. Pada kedua nikmat ini Allah swt meletakkan kebaikan yang besar malah kedua nikmat inilah yang menjadi asbab kemuliaan bagi para pemiliknya. Tujuan Allah swt menganugerahkan kedua nikmat ini kepada para hambanya adalah untuk menguji dan menilai sejauh manakah kesungguhan mereka dalam menyampaikan amanah-amanah ini kepada para mustahiqin (golongan yang berhak menerima kedua pemberian yang besar ini) dan siapa pula yang berkhianat terhadap amanah ini.. Sebagaimana seorang hartawan perlu bergerak untuk sampaikan amanah harta kepada mereka yang berhak menerima hartanya maka demikianlah juga dengan para alim ulamak wajib bergerak untuk menyampaikan amanah ilmunya ke seluruh alam. Dan disamping itu sebagaimana harta itu akan bertambah bila dibelanjakan dan akan akan berkurang bila disimpan maka begitu jugalah halnya dengan ilmu akan bertambah bila disebarkan dan akan berkurang bila tidak disebar...

Maulana Saad

Dewasa ini meskipun umat Islam sibuk dengan urusan agama (ilmu, ibadah dll) namun demikian kita melihat ada dua kekurangan yang ketara wujud dalam diri mereka iaitu pertamanya ialah hilangnya keindahan dalam amal ibadah mereka dan keduanya lenyapnya sifat istiqamah dan kemantapan pendirian mereka dalam agama. Puncanya adalah kerana umat ini secara ijtimainya sudah meninggalkan tanggungjawab dakwah diperingkat global. Kerana sesungguhnya dakwah merupakan satu-satunya amal dalam Islam yang mampu mengembalikan keindahan dalam amalan umat serta akan melenyapkan kebatilan dalam diri mereka. Disamping itu untuk mengeluarkan umat ini dari kegelapan maka dakwah harus dijalankan dengan mengeluarkan umat ini dari kaedah penyebaran maklumat secara biasa, keluarkan mereka dari kefahaman bahawa tiada salahnya menyebarkan dakwah melalui media-media massa atau elektronik. Dan keluarkan mereka dari kefahaman bahawa setelah berdakwah melalui media maka dengan itu tanggungjawab dakwah saya sud...