Maulana Saad

Bayan Subuh
1 Muharram 1439H - nizamuddin

Hari ini setiap org di dunia ini mempunyai usahanya masing-masing, samaada usaha tersebut merupakan usaha agama maupun usaha yang berbentuk duniawi. Dan setiap orang yang berusaha selalunya akan meyakini bahawa dalam usaha yang dijalankan ada kejayaan. Namun demikian, kenyataannya apa yang kita lihat bahawa tidak semua perkara yang di usahakan itu berhasil (berjaya). Kerana di sisi Allah swt kejayaan yang hakiki hanya akan tercapai apabila usaha yang di lakukan itu menepati sunnah Rasulullah s.a.w.

Di samping itu kita juga melihat bahawa setiap yang berusaha itu pasti akan menanggung kesusahpayahan di dalam usahanya masing-masing. Di dalam bahasa Arab susah payah dinamakan mujahadah atau masyaqqah. Namun demikian, menurut alim ulamak terdapat perbezaan yang besar antara masyaqqah dan mujahadah sekalipun pada zahirnya makna keduanya seakan sama.

Maksud masyaqqah ialah sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang demi agama tanpa mengikuti pedoman sunnah Nabi s.a.w. Justeru itu, dalam masyaqqah tiada janji pertolongan dari Allah s.w.t bahkan amalan yang tersebut adalah tertolak disisi Allah s.w.t.

Sedangkan mujahadah pula merupakan sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang di jalan Allah s.w.t dengan menepati sunnah Rasulullah s.a.w yang mana disebalik mujahadah itu ada janji pertolongan dari Allah.

Yang dimaksudkan dengan nusratullah di sini bukanlah semata-mata pertolongan ghaib yang di datangkan Allah s.w.t kepada para daie, bahkan lebih besar dari itu adalah pengorbanan yg dilakukan telah menjadi asbab kepada terbukanya pintu hidayah kepada umat ini hingga mereka berduyun-duyun memeluk Islam. (Rujuk surah An Nasr).

Dalil yang mengatakan bahawa masyaqqah itu tertolak di sisi Allah ialah kisah yang berlaku di zaman Saidina Umar r.a. di waktu itu di Madinah terdapat seorang rahib yang begitu hebat mujahadahnya atas agama. Melihat keadaannya Hazrat Umar r.anhu menangis seraya membaca ayat ini dari surah Al Ghoshiyah: "A'milatun Nasibah Tasla Naaran Hamiyah".

Ertinya: Di dunia mereka berpenat lelah beramal (menahan nafsu) namun demikian di akhirat nanti mereka akan di rendam di dalam neraka yang panas membara. Ini terjadi kerana si rahib tadi bersusah payah untuk Allah tetapi tidak mengikuti petunjuk dari Rasulullah s.a.w.

Di dalam Al-Quran dan hadis ada di sebutkan mengenai tanda-tanda iman dan tanda-tanda nifak.

Kedua sifat ini (iman dan nifak) dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran agar orang-orang beriman mengambil iktibar darinya. Hakikatnya, iman merupakan tanda bahawa seorang mukmin itu sihat di sisi Allah sementara nifak pula merupakan tanda bahawa pemilik sifat nifak ini sedang menderita sebuah penyakit iaitu penyakit nifak.

Selalunya penyakit itu tersembunyi dan yang kelihatan hanyalah symtomnya saja. Begitulah iman dan nifak kita hanya mampu melihat kepada tanda-tandanya saja. Al Quran menyebut bahawa di dalam hati orang munafik itu ada penyakit.

Tanda roh kita sihat adalah apabila kita yakin kepada janji Allah s.w.t sementara tanda roh kita sakit adalah apabila kita merasa ragu terhadap janji-janji Allah s.w.t. Dan sudah sunnatullah bahawa Allah s.w.t akan menaburkan janjiNya kepada orang mukmin di saat mereka sedang hebat di uji oleh Allah s.w.t. Contohnya dalam peperangan khandak umat Islam sedang menghadapi ujian yang besar, dengan bilangan musuh yg begitu ramai, tambahan diwaktu itu mereka sedang bertarung menghadapi kebuluran. Di kala itulah Nabi s.a.w menyampaikan berita gembira tentang kejatuhan empayar romawi dan persia bahkan kerajaan Arab di tangan umat Islam. Orang-orang munafik mencibir-cibirkan janji Nabi s.a.w tersebut dengan mengatakan: Nak makan saja pun kita tak mampu bagaimana kita akan mampu menakluki kerajaan Kaisar dan Kisra. Sementara orang beriman keimanan mereka semakin bertambah dengan berita gembira tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir