Maulana Saad

Dewasa ini meskipun umat Islam sibuk dengan urusan agama (ilmu, ibadah dll) namun demikian kita melihat ada dua kekurangan yang ketara wujud dalam diri mereka iaitu pertamanya ialah hilangnya keindahan dalam amal ibadah mereka dan keduanya lenyapnya sifat istiqamah dan kemantapan pendirian mereka dalam agama.

Puncanya adalah kerana umat ini secara ijtimainya sudah meninggalkan tanggungjawab dakwah diperingkat global. Kerana sesungguhnya dakwah merupakan satu-satunya amal dalam Islam yang mampu mengembalikan keindahan dalam amalan umat serta akan melenyapkan kebatilan dalam diri mereka.

Disamping itu untuk mengeluarkan umat ini dari kegelapan maka dakwah harus dijalankan dengan mengeluarkan umat ini dari kaedah penyebaran maklumat secara biasa, keluarkan mereka dari kefahaman bahawa tiada salahnya menyebarkan dakwah melalui media-media massa atau elektronik. Dan keluarkan mereka dari kefahaman bahawa setelah berdakwah melalui media maka dengan itu tanggungjawab dakwah saya sudah terlaksana.

Hakikat sesungguhnya, menurut Maulana Ilyas rah. alaih bahawa sesungguhnya perkara hak takkan tersebar melalui medium yang batil kerana perkara haq hanya akan tersebar melalui jalan yang haq. Jika seandainya kita menyebarkan perkara haq melalui medium batil maka natijahnya kebatilan yang akan tersebar.

Mengapa kita dilarang berdakwah lewat media? Memangnya salah? Maulana Saad mengatakan bahawa pertanyaan di atas adalah keliru. Kerana menggunakan media untuk urusan duniawi dan menyelesaikan keperluan manusia maka sudah tentu dibolehkan di sisi syarak. Namun untuk urusan agama tidak digalakkan menggunakan teknologi kerana dakwah harus dijalankan mengikut sunnah iaitu manusia berjumpa manusia (menggunakan tenaga manusia bukan mesin).

Dalilnya, azan merupakan dakwah yang sempurna. Selepas perintah solat disyariatkan Nabi s.a.w mengumpulkan para sahabatnya untuk bermesyuarat tentang bagaimana mahu menjemput umatnya menunaikan solat berjemaah. Dan solat ini urusan ijtimaie bukan infiradi harus menepati tuntunan syarak. Lalu para sahabat mulai menyampaikan syor (usulan) masing-masing dan setiap usulan tersebut adalah berdasarkan amalan yang biasa dilakukan masyarakat sedunia untuk mengumpulkan manusia. Menyalakan api, memukul gendang, menggoncangkan loceng dan sebagainya. Kesemua adat kebiasaan tersebut dinafikan oleh Baginda s.a.w kerana adat tidak terpakai untuk urusan syarak. Akhirnya selepas menafikan kaedah tersebut maka Allah swt tunjukkan caranya bagaimana untuk menjemput umat ini ke mesjid iaitu melalui cara melaungkan azan.

Hari ini ramai orang menyangka bahawa cara berdakwah itu luas, bergantung kepada cara masing-masing. Tiada salahnya berdakwah melalui media. Hakikatnya berdakwah melalui media hanya akan menyebarkan informasi agama tetapi tidak menyebarkan agama. Memajukan teknologi tetapi tidak memajukan agama. Bahkan maklumat yg tersebar melalui media tak mampu memacu ummat kepada amal kerana tiadanya mujahadah di dalamnya.

Nabi s.a.w disamping menuliskan surat mengajak Raja Romawi dan Persia memeluk Islam, namun baginda s.a.w tidak menganggap bahawa surat tersebut sudah memadai sebagai medium dakwah. Bahkan baginda s.a.w tetap saja mengutuskan sahabatnya untuk membawa surat tersebut (dakwah bersama sifat mujahadah), kerana Nabi s.a.w memahami bahawa dakwah dalam keadaan mujahadah itu akan menarik pertolongan ghaib. Justeru itu, ketikamana Raja Kisra mengoyakkan surat tersebut maka Nabi s.a.w mendoakan bahawa semoga Allah mengoyakkan kerajaan Kisra sebagaimana dia mengoyakkan suratku. Hasil dari dakwah Nabi s.a.w yang menepati kehendak Allah maka pertolongan ghaib telah datang iaitu hanya dengan doanya saja boleh meruntuhkan empayar Kisra.

Berdakwah melalui media tidak mampu meruntuhkan kebatilan juga tidak akan berhasil untuk membuka pintu hidayah kerana syarat untuk membuka pintu hidayah adalah mujahadah dan syarat untuk meruntuhkan kebatilan adalah berdakwah mengikut sunahnya Rasulullah s.a.w.

Ada sebahagian orang yang mengkritik saya kerana melarang mereka membaca Al-Quran melalui handphone. Kalau ditanya dimanakah salahnya? Memang tak nampak salahnya. Tetapi keadaan seorang yang membaca Al Quran melalui HP itu tak ubah seperti seorang yang menghidangkan air sharbat kepada tetamunya (niatnya baik) tapi dengan menggunakan bekas (lotha) yang selalu digunakan di tandas (WC). Malah kalau bekas tersebut baru dibeli sekalipun namun begitu amatlah tidak patut menghidangkan air sherbat dengan bekas tersebut untuk tamu kita.

Apa bezanya membaca Al Quran melalui HP dengan melihat mushaf?
1.Takzim - Saidina Ikrimah r.a ketika membaca Al Quran beliau membaca sambil memegangnya seraya mengatakan: Ini merupakan kalam dari tuhanku. Sementara membaca Quran melalui HP tiada takzim didalamnya
2. Membaca Al Quran dengan mushaf wajib dalam keadaan berwudhu sementara HP tiada syarat berwudhu.
3. Al Quran tidak bercampur dengan perkara batil sedangkan HP bercampur baur dengan perkara batil.

Oleh kerana itulah saya mengatakan bahawa sangat penting dalam berdakwah untuk mengeluarkan umat ini dari keselesaan (dakwah HP) dan bawa mereka ke jalan mujahadah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir