Maulana Saad
Sebesar nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada para
hambanya adalah ilmu dan harta. Pada kedua nikmat ini Allah swt meletakkan
kebaikan yang besar malah kedua nikmat inilah yang menjadi asbab kemuliaan bagi
para pemiliknya.
Tujuan Allah swt menganugerahkan kedua nikmat ini kepada
para hambanya adalah untuk menguji dan menilai sejauh manakah kesungguhan
mereka dalam menyampaikan amanah-amanah ini kepada para mustahiqin (golongan
yang berhak menerima kedua pemberian yang besar ini) dan siapa pula yang
berkhianat terhadap amanah ini..
Sebagaimana seorang hartawan perlu bergerak untuk sampaikan
amanah harta kepada mereka yang berhak menerima hartanya maka demikianlah juga
dengan para alim ulamak wajib bergerak untuk menyampaikan amanah ilmunya ke
seluruh alam.
Dan disamping itu sebagaimana harta itu akan bertambah bila
dibelanjakan dan akan akan berkurang bila disimpan maka begitu jugalah halnya
dengan ilmu akan bertambah bila disebarkan dan akan berkurang bila tidak
disebarkan.
Seorang daie memerlukan dua modal untuk menjalankan dakwah,
pertamanya dakwah dan keduanya ilmu.
Antara dakwah dan ilmu terdapat kesinambungan dan kelaziman
yang tak boleh dipisahkan, sehingga tak dapat diterima akal bahawa seorang daie
akan mampu berdakwah tanpa bimbingan ilmu dan begitu juga sebaliknya seorang
berilmu yang tidak terbayangkan bahawa mereka berilmu namun tidak menjalankan
dakwah.
Di medan
dakwah ini Allah s.w.t akan meletakkan halangan yang banyak dan besar dihadapan
para daie untuk menguji sejauh mana keikhlasan dan istiqamahnya para daie
tersebut di jalanNya.
Hari ni kebanyakan orang berfikir bahawa saat menghadapi
ujian kita perlu menyelesaikan masalah kita terlebih dahulu sebelum meneruskan
dakwah. Hakikatnya berdasarkan amalan dan pengalaman para anbiya alaihimussalam
di saat mereka hebat di uji oleh Allah s.w.t mereka bukan sekadar memilih untuk
meneruskan dakwah bahkan mereka meyakini bahawa melalui cara beristiqamah di
atas dakwahlah Allah swt akan menyelesaikan seluruh masalah yang dihadapi.
Nabi Yusuf a.s difitnah oleh Zulaikha hingakan baginda
disumbatkan ke dalam penjara. Dalam keadaan ujian yang begitu berat sekalipun
baginda a.s tidak meninggalkan tanggungjawab dakwahnya yang di amanahkan oleh
Allah s.w.t kepadanya.
Telah menjadi sifat semulajadi para anbiya dan para sahabat
bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun, samaada senang maupun susah, mulia atau
hina, mereka tidak terkesan dengan suasana bahkan mereka hanya terkesan dengan
perintah Allah s.w.t. Dan di dalam melaksanakan perintah Allah swt mereka tidak
pernah mencari alasan dan sebab bagi hukum tersebut. Bahkan yang mereka tahu
hanyalah bagaimana untuk menyempurnakan hukum tersebut.
Ujian pertama yang Allah s.w.t turunkan ke atas para
hambanya adalah ujian taat lalu di ciptakan Nabi Adam a.s untuk menguji
ketaatan para Malaikat dan Iblis laknatullah alaih. Para
malaikat sebaik saja menerima hukum tersebut langsung taat tanpa bertanya sebab
dan alasan bagi hukum tersebut. Sebaliknya Iblis laknatullah sibuk bertanyakan
sebab dan alasan sebelum melaksanakan hukum tersebut. Jika perintah tersebut
menepati apa yg dikehendaki maka dia akan taat, namun jika sebaliknya maka dia
akan ingkar. Tatkala Iblis ditanya apakah sebabnya beliau enggan bersujud
kepada Adam a.s maka alasan yang diberikan adalah kerana Adam lebih rendah
martabatnya berbanding dirinya. Adam orang baru sementara saya orang lama, Adam dari tanah
yang berada di bawah sebaliknya saya dari api yang secara adatnya berada di
atas. Kerana sudah terbiasa dengan tabiat mencari alasan untuk tidak taat maka
sejak di usir dari syurga lagi dia telah berazam untuk terus ingkar kepada
Allah sehingga ke hari kiamat. Bahkan dia akan menggunakan cara yg sama untuk
mengeluarkan Adam a.s dari syurga iaitu dengan cara mengajar Adam a.s untuk
mencari sebab mengapa Allah s.w.t melarang baginda dan pasangannya (Hawa a.s)
dari menghampiri pohon khuldi.
Comments
Post a Comment