Targhib khidmat ijtimak - ust abd hamid
13/10/2018 - sri petaling
Janji Allah, org bermujahadah dlm agama, pasti dan pasti
akan diberi hidayat dan petunjuk. Usaha dakwah adalah usaha hidayat. Dgn
wujudnya usaha dakwah, banyak kebaikan kita nampak. Dulu org tak solat, dah
mula solat. Dulu tak solat berjemaah, dah solat berjemaah. Dulu tak tahajjud,
skrang dah ambil berat solat tahajjud. Ambil berat utk amal sunnah walaupun
menghadapi kesulitan.
Ijtimak akan berlangsung dan habis. Akan diadakan ijtimak yg
lain pulak. Di negara kita, di negara jiran, di pelusuk dunia. Dari dulu sampai
sekarang, ijtimak demi ijtimak berlangsung dan habis. Tapi ganjaran, pahala,
kebaikan tersebar drp ijtimak tersebut berkekalan. Sebagaimana ijtimak yg nabi
buat di haji widak, sahabat2 ditashkil keluar ke hujung2 dunia. Yg hadir pd
hari itu hendaklah sampaikan pd yg tidak hadir. Setelah selesai amalan haji,
sahabat keluar tunai sehinggalah sampai ke zaman umar r.hu, 2/3 dunia telah
sampai agama. Manusia telah dtg kpd hidayat. Mereka jadi asbab hidayat, jadi
asbab kebaikan diatas mukabumi, jadi asbab tersebar agama.
Org2 yg bertugas utk persiapan ijtimak, mudahkan tetamu yg
dtg, lancarkan ijtimak, dpt ganjaran yg berbeza. Dlm satu kisah, bila jemaah
balik ke madinah, nabi dengar karguzari, diceritakan bahawa dlm jemaah itu ada
satu org yg sibuk berzikir dan baca quran walau atas tunggangan, sibuk dgn
solat. Mereka kagum dgn amalannya. Nabi tanya siapa yg menguruskan
makan/minum/tunggangannya? Nabi kata yg berkhidmat lebih baik dari beribadat
kerana memudahkan urusan dia. Kelebihan org khidmat, segala amalan yg
berlangsung di medan ,
segala jemaah yg keluar di jln Allah, segala kebaikan yg tersebar akan dpt pd
org khidmat bahkan lebih lagi, walau tak dpt dengar bayan dgn sempurna.
Amalan khidmat salah satu drp amalan masjid nabawi, dakwah
taklim/taklum, ibadat, khidmat. Amalan khidmat ini juga antara asbab utk
membersihkan hati kita, ucikan kotoran kita. Tak ada org yg dirinya sempurna.
Setiap org yg buat usaha agama akan merasai kelemahan/kekurangan dirinya
sendiri. Semua kita mahu Allah ampunkan dosa kita, Allah rahmati kita, kasihani
kita. Jln khidmatlah jln yg paling mudah utk dpt ganjaran, rahmat dan keampunan
dari Allah.
Tetamu yg dtg adalah tetamu Allah, mereka dtg semata-mata
utk agama Allah. Agama yg mendorong mereka. Org2 awam yg dtg atas rayuan,
pujukan, ikram rakan2 seusaha pun dtg atas maksud agama. Utk pamerkan mudahnya
agama. Org luar yg tengok ijtimak akan faham, kerja berjalan dgn kasih sayang,
dgn harmoni, dgn senyum, dgn belanja yg paling minimum.
Ijtimak aurangabad , 12 juta
yg hadir atas satu padang .
Utk PA system sahaja sepanjang 8km RM800,000. tak ada syarikat yg boleh buat.
Ditengah2 medan
ada kuil hindu. Begitu lancar pengurusan. Sehingga pihak kerajaan buat ‘study
case’. Tak ada gaduh. Ini semua berkat org khidmat. Tuan2 semua yg khidmat
adalah tunggak utk kejayaan ijtimak. Org awam akan terkesan dan azam akan dtg
ijtimak yg lain dan keluar di jln Allah. Mungkin mereka akan ada sifat yg lebih
baik dari kita, lebih fikir, lebih risau. Tuan rumah akan buat yg terbaik utk
tetamunya. Walaupun susah tapi hati besar. Walaupun dah rai dgn baik, bila nak
balik kita minta maaf. Tak dpt layan dgn baik, tak sempurna. Rasa kekurangan ni
penting utk qabuliyah/penerimaan kita disisi Allah. Buat yg terbaik tapi masih
rasa kurang. Kalau kita rasa dah bagus, takut2 khidmat kita ditolak oleh Allah.
Khidmat kita kali ni mungkin asbab pengampunan kita di
akhirat. Kisah sahabat melarang nabi solat jenazah sahabat yg meninggal kerana
akhlak yg buruk. Nabi tanya ada tak dia pernah buat kebaikan. Dia pernah
khidmat security/berkawal utk jemaah yg balik dari jln Allah. Kerana satu
kebaikan, nabi s.a.w telah solatkan jenazahnya. Nabi kata aku bersaksi kamu
ahli syurga. Kalaulah dgn sedikit khidmat kita, sedikit mujahadah kita, Allah
selamatkan kita dari api neraka, ni pengorbanan yg sangat berbaloi. Kita buat
yg terbaik utk sukakan setiap org yg dtg utk cari keredaan Allah. bukan utk
pujian. Bahkan kalau kena keji sekalipun kita tetap bersyukur pd Allah kerana
Allah telah pilih kita utk buat khidmat yg terbaik utk mereka. Yg nak menilai
khidmat kita bukan manusia, tapi Allah. disisi Allah 100%. Jgn terkesan dgn org
punya cemuhan dan komplain. Semua berasaskan niat yg ada dlm hati kita.
Kisah sahabat yg ditashkil utk jaga laluan musuh semasa di
jln Allah. Berkawal sampai pagi. Selepas solat subuh, selesai tugas, dia dtg.
Dia bagi karguzari, dia berkawal sepanjang mlm atas kuda, hanya turun utk qadha
hajat sahaja. Nabi kata, selepas ni buatlah apa2 kesilapan pun, Allah dah
ampunkan semua dosa kamu. Amalan khidmat ini sangat tinggi disisi Allah. Amalan
khidmat bertentangan dgn nafsu. Semua
org suka dikhidmati. Tapi tak ramai yg suka memberi khidmat. Khidmat ni
mujahadah. Dlm mujahadah ada hidayat.
Di zaman nabi dan sahabat dakwah dibuat secara ijtimai tapi
lama-kelamaan dakwah jadi infradi. Dakwah tak mati selepas zaman tabid tabiin, cuma
tak wujud secara ijtimai, dakwah jadi infradi. Agama mula menurun sebab dakwah
jadi infradi. Agama adalah ijtimai. Perlu dibuat dgn fikir ijtimai. Dgn fikir
infradi agama yg ijtimai tak tersebar. Maulana ilyas rah. telah hidupkan
kembali usaha dakwah ini secara ijtimai. Bawa umat kpd kerja ijtimai. Jemaah
dikeluarkan 1 thn, 7B, 4B, 40H, mesyuarat, gasht, jor, ijtimak, semua perkara
ini adalah utk bawa umat kpd fikir ijtimai. Sehingga setiap umat rasa t/jawab
atas kerja agama. Kerja perlu dibuat dgn mesyuarat dibawah pimpinan amir.
Selepas nabi s.a.w, ada khilafah, abu bakar, umar, usman, ali. Selepas
khilafah, system beraja, abasiyyah dan ummayah. Ini semua contoh pd umat.
Hari ni, umat rasa kerja dakwah ini asing, dakwah kerja baru.
Sepatutnya umat kena rasa kerja dakwah ini j/jawab setiap umat. Kerja dakwah
kena buat dgn pengorbanan. Satu tahap ke satu tahap. Org2 khidmat sangat2
penting. Banyak syukbah telah dibentuk. Setiap syukbah ada amir. Org lama
tambah korban, maka org baru pun akan maju.
Kita nak bawa tahap agama yg ada pd sahabat ke dlm diri kita
dan pd umat seluruhnya. Pengorbanan perlu dibuat. Setiap pengorbanan tak akan
disia-siakan oleh Allah. semuanya berterusan dan bekekalan sampai hari kiamat.
Semua kita akan jalankan tugas masing2 dgn ihtisab, mengharapkan ganjaran drp
Allah.
Semua yg azam dtg. Jgn tak dtg. Pastikan semua dtg. Semua
syukbah dlm bilangan yg cukup dan khidmat hingga slesai. Masa akan dtg, dgn
pengurusan yg baik, kebersihan sempurna, tandas elok, semua cantik, kita akan
buat ijtimak yg lebih besar lagi di tempat yg sama. Semoga jadi asbab hidayat.
Semoga Allah terima.
Comments
Post a Comment