Tazkirah jumaat - pakcu bentong

12/10/2018 – surau as sakinah, halaqah pulau meranti

Hanya dgn rahmat dan kasih sayang Allah, Allah telah takdirkan kita utk jadi org yg beruntung, Allah pilih kita dan bagi kita agama dan kalimah lailahaillallah agar kita dpt kejayaan dunia dan akhirat. Kita jadi org beruntung dan berbahgia dunia dan akhirat. Hanya dgn agama Allah akan bagi kejayaan yg muktamad. Tanpa agama tak ada kejayaan. Oleh itu, Allah hantar nabi2 utk bawa agama yg sempurna dan dakwah kpd manusia supaya taat perintah Allah.

Dlm quran, Allah bagitahu, Dialah Allah yg mengutuskan rasul2 atas agama yg hak, membawa hidayat. Agama yg benar ini mengatasi agama2 yg lain. Org2 musyrik tidak menyukai dan mereka cuba utk padamkan agama yg hak ini dgn tenaga dan harta mereka sehingga kiamat. Mereka berusaha utk memadamkan nur agama Allah. Nabi2 dihantar utk menghalang usaha mereka.

Nabi s.a.w adalah nabi yg akhir. Penutup segala nabi. Tidak ada lagi nabi selepas nabi s.a.w. Umat ini adalah umat yg akhir. Tidak ada umat lagi selepas umat ini. Nabi s.a.w telah dihantar ke dunia ini utk buat 2 usaha. Pertama, ajar agama. Kedua, ajar usaha agama/dakwah. Dgn usaha dakwah agama akan terbina. Agama akan hidup.

13 thn di mekah, nabi tak boleh buat dakwah secara terbuka, nabi bawa sahabat ke rumah arqam. Bila Allah perintah nabi hijrah ke madinah, pertama sekali nabi bina masjid dan hidupkan amalan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat. Di madinah, nabi telah tunjukkan pd umat ini bagaimana nabi sediakan umat/sahabat, bersama dgn nabi utk buat usaha dakwah. Dlm masa 8 bln, dgn amalan memakmurkan masjid, nabi telah ubah madinah dari kota yathrib yg berpenyakit kpd madinah munawwarah, kota agama yg menyinarkan sinaran hidayat ke seluruh dunia.

Sekiranya amal yg sama yg ada di madinah zaman nabi s.a.w dihidupkan di setiap masjid, maka Allah akan bagi perkara yg sama, jadi asbab hidayat seluruh alam. Mana2 masjid yg hidup amalan dakwah, maka amalan islam akan hidup disitu. Tak ada satu kuasa pun yg boleh tahan.

Ijtimak akan dibuat pd 3/4/5/6 nov 2018, di tapak maeps, utk seluruh org islam lelaki di selangor & wilayah, supaya kita diberi penerangan betapa penting dakwah dan khuruj ni. Kerja pertama org islam ialah buat dakwah utk hidupkan agama. Utk sebarkan agama kena khuruj. 2 perkara ini tak boleh dipisahkan. Dakwah dan khuruj. Bila org islam tinggalkan dakwah dan khuruj, maka 2/3 kerajaan islam di dunia telah hancur. Allah tukar dgn pemerintahan org kafir dan zalim.

Nabi telah buat ijtimak di medan uranah, semasa haji widak, 124,000 sahabat telah berkumpul. Org yg hadir disuruh sampaikan kpd mereka yg tak hadir supaya agama mereka lebih baik. Sahabat telah tunaikan amanah tersebut. Sahabat telah pergi ke seluruh dunia. Hanya 10,000 sahaja kubur sahabat di mekah/madinah. yg selebihnya bertebaran di seluruh alam.

Semua dijemput utk hadir ke ijtimak dgn niat utk jadi pembela agama Allah. Setiap org beriman diperintah utk jadi pembantu agama Allah. Berilah ruang dan masa utk hadir ke ijtimak. Umat ini telah dihantar atas maksud hidayat sebagaimana nabi dihantar atas maksud hidayat. Kita kena gunakan kemampuan kita utk tegakkan kalimah Allah di atas mukabumi ini. Ijtimak adalah jln pintas atau pemangkin supaya umat ini dtg kpd usaha dakwah secara umum. Selagi umat ini tidak dihubungkan dgn kerja agama dgn cara yg betul iaitu cara nabi dan sahabat, maka umat ini akan terjauh dari bantuan Allah. Semua sedia insyaAlllah…

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir