sifat da'i - ust hazim
M3BM - sri petaling
02/02/2019
Nasihat2 yg disampaikan sangat penting dlm kita menjalankan
kerja dakwah. Kita bawa mizaj yg betul, sifat yg betul, kaifiat yg betul supaya
usaha kita diterima oleh Allah s.w.t dan menyebabkan kita makin hampir dgn
Allah, menyebabkan kejayaan dan keselamatan bagi kita dunia dan akhirat dan
asbab kejayaan seluruh umat.
Ujian2 dan dugaan/halangan dlm usaha dakwah ini ianya
berbeza dgn ujian2 dlm usaha2 lain. sepatutnya ujian2 tersebut menyebaban kita
bertambah yakin betapa haqnya usaha ini. Makin banyak ujian dtg maka makin
jelaslah bagi kita bahawa inilah usaha yg haq. Bukanlah ujian2 tersebut
menyebabkan kita lemah semangat, putus harapan, bahkan sahabat2 nabi s.a.w,
makin mereka diuji makin mereka yakin. Inilah kebenaran janji2 Allah dan rasul kpd
kami. Ujian2 tersebut menyebabkan mereka bertambah maju dlm usaha.
Salah satu ujian dlm usaha agama ialah kita akan
dipinggirkan dan kalau tidak lulus ujian ini maka susah utk kita istiqamah dlm
usaha ini. Nabi dah bagitau awal2 lagi ujian2 yg akan dilalui. Sahabat2 begitu
ihtisab dlm menunggu ujian tersebut seumpama org yg berada pd waktu malam
menunggu dtgnya siang. Nabi s.a.w bagitahu pd org ansar, satu hari nanti kamu
akan dipinggirkan. Org ansar adalah org yg awal buat pengorbanan. Merekalah org
pertama yg bagi harta dan nyawa mereka utk nabi s.a.w. Org yg lebih baru,
kurang korban drp kamu akan di kedepankan, bila dtg ujian ini tetap istiqamah
dlm usaha. Jgn sebab org lain lebih diutamakan drp kita, kita tarik diri, kita
terasa hati, kita kebelakang dlm usaha ini. Perkara ini akan berlaku. Akan ada
org mengadu, dia org baru, pasal apa jadikan dia syura, pasal apa bagi dia
bayan.
Bila kita lihat Allah kedepankan seseorang dlm usaha ialah
kerana pengorbanan dia dan sifat2 yg ada dlm diri dia. Bukan sebab dia lama
atau baru. Allah yg kedepankan dia. Apa kita kena buat? Kita kena tengok apa
kebaikan yg ada dlm diri dia menyebabkan Allah terima dia dan kedepankan dia.
Kita cuba
dtgkan sifat2 itu ke dlm diri kita. Maka Allah akan majukan kita dan kita tidak
akan ditinggalkan. Allah tak akan
biarkan kita dibelakang, Allah akan letakkan kita bersama dgn dia. Kita cari
kebaikan dan lihat kebaikan org lain. contoh, bila nabi s.a.w nak bagi pedang
yamani pd org yg dpt tunaikan hak pedang. Nabi tak bagi pd org lama, Umar
(mertua) dan zubair (sepupu), tapi nabi bagi pd org baru, yg tak dikenali, abu
dujanah. Zubir ikut dan tengok mana dia pergi dan macam mana dia tunaikan hak
pedang tersebut.
Hari ni, bila kita lihat org dilebihkan sikit drp kita,
diberi t/jwab, di suruh bayan, maka akan timbul dlm hati kita sifat hasad.
Hasad berpunca drp kibir/takabbur. Kita rasa kita lama, banyak korban, telah bangunkan
usaha. Kita rasa tak senang. Mengapa org rujuk pd dia tak rujuk pd saya, org
tanya dia tak tanya saya, org sebut nama dia tak sebut nama saya. Maka drp
kibir ini akan dtg sifat hasad. Hasad adalah racun penyebab perpecahan dlm
umat. Dlm usaha agama ada asbab2 perpecahan dan ada asbab2 kesatuan.
Jauhkan/tinggalkan drp asbab2 perpecahan. Walau kita banyak buat usaha, banyak
buat pengorbanan, banyak keluarkan jemaah, tapi bila hati tak bersatu, maka tak
akan ada kesan drp usaha ini. Allah tak terima usaha kita. Tidak ada bantuan
Allah jika tiada ijtimaiyat di kalangan kita. Bantuan Allah bersama dgn jemaah.
Fikir yg berlainan, tujuan yg berlainan, tidak dipanggil jemaah walaupun beribu
org. Tapi kalau 2 org sahaja pun, tapi ada amir, ada makmum, dipanggil jemaah,
makmum ikut pergerakan imam, niat sama, bacaan sama.
Ijtimaiyat akan terbentuk bila kita ada satu amir, rujuk pd
satu markaz, rujuk pd satu mesyuarat. Seluruh manusia di seluruh dunia yg buat
usaha agama perlu disatukan di bawah satu amir. Bila ada ijtimaiyat, barulah
akan dtg bantuan Allah. barulah ada qabuliyah/penerimaan dari Allah. barulah
usaha akan jadi asbab kejayaan utk umat. Hasad akan membawa kpd suudzon/sangka
buruk. Senjata utama syaitan utk memecahbelahkan rakan2 seusaha ialah sangka
buruk. Tak cukup aib pd dia, tengok aib pd keluarga dia pulak. Maka akan timbul
tajassus/cari keaiban. Semua perkara ini adalah haram. Semua kita org biasa.
Setiap drp kita pasti ada kelemahan, pasti ada keaiban, pasti ada kekurangan,
pasti ada kesalahan. Kalau kita cari pasti jumpa. Kita diperintahkan, bila org
bawa berita keburukan, kita kena nafikan/takwilkan. Bukan tahkik. Kita terus
berpaling/tak beri tumpuan pd percakapan org tersebut atau takwilkan, cari 1000
alasan/keuzuran.
Kisah pd zaman nabi. Satu org disuruh kutip zakat dari bani
mustaliq. Bila dpt berita bahawa sahabat nabi nak dtg, maka org sana semua gembira, tetamu
yg nabi hantar, kita kena muliakan dia. Semua keluar dari kpg mereka nak sambut
sahabat tersebut. Ijtimaiyat spt ini menyebabkan org2 munfik tak suka. Mereka
tak suka lihat org islam bersatu. Mereka fikir macam mana nak pecah belahkan.
Maka satu org munafik telah bagitahu sahabat tadi bahawa org kpg tak sedia nak
keluarkan zakat dan mereka telah berkumpul di luar kpg nak bunuh kamu. padahal
mereka keluar nak sambut. Maka sahabat tadi balik ke madinah dan cerita pd nabi
s.a.w. mereka ingkar tak nak keluarkan zakat dan nak bunuh saya. Maka nabi
telah bermesyuarat dan nak hantar jemaah utk perangi mereka. turun ayat quran,
kalau org fasiq/munafik bawa berita, kamu kena selidik dulu, tengok org yg bawa
berita tu boleh percaya atau tidak. Yg diperintah utk diselidiki ialah pembawa
berita.
Satu org dtg mengadu pd nabi, mengaku depan nabi, aku telah
berzina. Hukumlah aku. Nabi berpaling. Nabi tak endah. Nabi cuba takwilkan. Hari ni, org ntah
mana2 dtg bawa berita pd kita, kita terus sebarkan satu dunia. Sebarkan setiap
perkara yg didengar, cukuplah dianggap sebagai seorang pendusta/pembohong.
Jangan cari aib org. Sangka baik pd semua org. Nabi kata, jangan mengadu apa2
tentang sahabat2 aku. Aku nak jumpa dgn mereka dlm keadaan hati aku bersih.
Mula2 sangka buruk. Lepas tu cari keaiban. Bila dah jumpa,
mengumpat. Dosa lebih besar dari zina. Org zina bertaubat antara dia dgn Allah
tapi org mengumpat, Allah tak terima taubat kecuali org yg dia umpat tu maafkan
dia. Hari ni kita buat perkara2 ni dlm masjid, dlm mesyuarat. Pakai jubah, ada
janggut, duduk dlm mesyuarat tapi buat dosa lebih teruk dari zina. Dgn syarat2,
dg kata2, isyarat mata pun tak boleh. Keaiban dunia dan keaiban agama tak boleh
dicerita. Dia pendek, dia hitam, dia sejuk. Kita kena jauhkan diri dari asbab2
perpecahan. Jemaah yg berjaya ialah jemaah yg satu hati walaupun tak dpt
keluarkan jemaah tunai tapi satu hati.
Syarat utama utk wujudkan ijtimaiyat di kalangan kita ialah
ketaatan. Taat pd satu amir, taat pd satu markaz, taat pd satu mesyuarat.
Barulah kita akan bersatu. Bila sebahagian taat org ni, sebahagian taat org tu,
maka tak akan wujud ijtimaiyat. Bila nabi wafat, sebelum dikebumikan lagi,
sahabat2 telah taat pd satu amir. Bila org2 ansar telah berkumpul di satu
kebun, di luar madinah, mereka berkumpul nak mesyuaratkan siapa patut jadi
amir, org aus dan khazraj masing2 nak org mereka jadi amir. Org ansar dan org
muhajirin pun nak jadi amir. Abu bakar dan umar tak terima. Amir hanya satu
sahaja. Maka abu bakar telah dilantik jadi amir dan semua terus baiat dgn abu
bakar. Bukan sebab gila nak jadi amir tapi sebab nak jaga ijtimaiyat umat. Supaya
umat tak berpecah.
Di akhir hayat Abu bakar juga, beliau telah panggil sahabat2
yg besar dan lantik umar jadi amir. Umar juga telah lantik syura sebelum dia
syahid. Dia pesan pd ahli syura, kamu 6 org, sebelum kamu keluar dari bilik
ini, sepakat atas satu org utk jadi amir. Kalau ada satu org tak setuju/tak
sepakat, maka bunuh dia dan tanam dia sebelum kamu keluar dari bilik ini. Sedangkan
6 org sahabat tersebut semua asyarah mubasyarah. Bukan calang2 sahabat. Yg tak
setuju tu, bunuh dan tanam siap2. kenapa umar buat mcm tu? Umat boleh terima
matinya satu org tapi kita tak boleh terima umat berpecah. Satu org yg tak
sepakat tadi akan menyebabkan pepecahan umat. Pentingnya jaga ijtimaiyat dlm
umat.
Ijtimaiyat ialah bila nehej kita satu, percakapan kita satu,
wahdatul kalimah, hati kita satu, cara kerja satu. Barulah akan dpt tarik
bantuan dan pertolongan Allah. ini akan wujud bila dlm hati ada sifat taat.
Taat Allah, taat rasul, taat amir, taat mesyuarat mahalah, taat mesyuarat
halaqah, taat mesyuarat markaz. Semua markaz rujuk pd nizamuddin. Nizamuddin
juga terikat pd kehendak Allah dan rasul. Umat hanya akan bersatu dgn ittibak
sunnah. Setiap perkara bawa kpd sirah. Bawa kpd kehidupan sahabat. Bila maulana
Yusuf diminta utk tulis usul dakwah, maka beliau telah tulis hayatus sahabah. Bawa
seluruh umat kpd usaha cara nabi s.a.w.
Kita akan bersatu bila dlm hati, jasbah, keinginan kita
hanya semata2 utk dpt Allah. ikhlas kerana Allah. kalau ada keinginan/kepentingan dunia dlm buat
usaha agama, maka akan menyebabkan pergaduhan. Nak jawatan, nak harta, nak
pengaruh. tidak akan ada ijtimaiyat. Umat akan bersatu bila umat ketepikan
segala kepentingan2 dunia dan kepentingan2 peribadi. Kita hanya nak dpt redha
Allah. utk akhirat. Org yg ikhlas adalah pelita2 hidayat, dgn sebab mereka
Allah akan hapuskan fitnah2 besar. Org tak ikhlas akan jadi asbab perpecahan.
Setiap drp kita kena tengok balik niat kita. Betulkan niat. Dah lama buat
usaha, mcm2 benda masuk. Masa keluar jln Allah, kita disuruh buat manzil,
betulkan niat.
Kita kena ada istiqkhlas. Satu arah. Buat usaha agama, tanpa
masuk campur perkara lain. Sambil2 keluar beli spare part kereta, pergi
melancong, shopping, cari business partner, cari bakal menantu, cari bakal
isteri, ini semua tak istiqkhlas. Masa keluar kita focus, fikiran kita, masa
kita, tenaga, harta, semua utk kerja agama. Tak ada benda yg lain. Jangan kita
guna segala pengaruh, kedudukan, kepercayaan yg kita dpt dgn asbab usaha dakwah
ni utk dunia. Kita hanya guna utk usaha dakwah sahaja.
Satu ketika, bhai wahab keluar di Bombay , hari jumaat, dia ada keperluan nak
potong misai, nak beli gunting. Satu org maulana bawa dia pergi kedai
berdekatan. Tuan kedai bagi harga murah sebab tengah keluar jemaah. Bhai wahab
tak jadi beli, terus dia pergi kedai lain. Dia turunkan harga sebab aku sedang
keluar di jln Allah. Aku tak nak ambil menafaat dari keluar di jln Allah dgn
dpt faedah dunia. Ini dinamakan istiqkhlas. Org macam ni Allah terima dan jadi
asbab hidayat.
Mesyuarat salah satu ijtimaiyat yg penting. Jadikan
mesyuarat kamu hanya utk kerja agama. Jgn masuk hal2 peribadi. Jgn jadikan
mesyuarat sebagai pengadilan. Betul atau salah. Ini yg menyebabkan huru hara.
Masalah nikah kahwin, masalah perniagaan masuk dlm mesyuarat. Kisah satu org
sahabat minta nabi suruh penjual turunkan harga. Nabi kata aku boleh suruh dia
turunkan harga tapi aku tak nak jadi org yg zalim di akhirat. kamu selesaikan
urusan kamu dgn dia. Syor boleh tapi nabi tak buat keputusan. Samada
sahabat/sahabiah terima syor atau tak, itu terpulang pd sahabat/sahabiah. Kalau
ada org bawa masalah kpd kamu pun, masalah peribadi, bagitahu pd mereka, kami
akan doakan utk kamu, kamu selesaikan masalah kamu sendiri. Bincang dgn ahli
keluarga kamu. Bila kita jadikan mesyuarat sebagai tempat pengadilan, akan ada
org sakit hati, pecah hati, akan menyebabkan perpecahan. Jadikan mesyuarat
hanya sebagai tempat takazah kerja. macam mana nak keluarkan jemaah, macam mana
nak bangunkan jemaah masjid. Mesyuarat bukan utk selesaikan masalah pergaduhan.
Masa kita keluar hanya utk kerja ini.
Dgn sifat taat, ikhlas dan istikhlas, maka kita akan
terpelihara drp perpecahan dan akan wujud ijtimaiyat. Dlm quran Allah
berfirman, 4 asbab ijtimaiyat. Lemah lembut, memaafkan, istighfar dan
mesyuarat. Usaha ini bukan arahan dan paksaan. Kita sediakan org utk sambut
takazah bukan bebankan dia dgn takazah. Sifat memaafkan. Buat salah, maafkan
dan lupakan kesalahan. Jgn pula kita maafkan tapi dlm hati masih simpan lagi. Saya
dah maafkan dia tapi saya tak boleh duduk mesyuarat dgn dia, saya tak boleh
keluar satu jemaah dgn dia. Sifat2 org beriman ialah org yg menelan kemarahan. Selagi
kita ada sifat memaafkan dan meminta maaf maka kita akan istiqamah dlm usaha
ini.
Sifat sabar dan tahamul. Ini umpama petrol utk kereta
bergerak. Pd saat petrol habis, maka pd saat itu kereta akan berhenti bergerak.
Habis sifat sabar maka berhentilah kita drp usaha. Ini sifat wajib pd semua
nabi2. sifat tahamul, sifat ketahanan. Apa org buat pun, kita masih boleh
terima lagi. Maafkan dia, lupakan kesalahan dan boleh terima dia lagi. Kisah
zaid bin saanah, pendeta yahudi, nak uji tanda2 kenabian pd nabi s.a.w. Bila
nabi dikasari makin baginda akan lebih lembut. Semua kita kena ada sifat ini. Baru
akan ada ijtimaiyat di kalangan kita. Org buat salah dgn kita, kita maafkan.
Dia buat salah dgn Allah, kita istighfar utk dia tanpa membuka aib dia kpd
sesiapa. Cara utk hapuskan kerosakan/fasad ialah tutup kerosakan. Bila
sebarkan, maka lebih banyak kerosakan akan berlaku. Kisah saidina umar ronda pd
waktu mlm dan panjat tembok tengok satu org tua mabuk dlm rumah sedang nyanyi.
Umar tak pernah cerita kejadian tersebut pd sesiapa dan org tua tu pun dah
bertaubat. Bila tutup keaiban, maka Allah akan bagi taufik org yg buat
kesalahan bertaubat. Apa yg kita doa utk sedara kita, malaikat akan doa yg sama
utk kita.
Mesyuarat ialah satu amal yg sangat penting utk ijtimaiyat
dlm kerja agama. Sebagaimana umat bersatu dlm solat berjemaah, begitu juga umat
bersatu dlm mesyuarat. Umat buat pengorbanan utk dtg solat berjemaah, kena
korban tinggalkan semua benda, yg duduk dgn isteri kena tinggalkan isteri, yg
dukung anak kena tinggalkan anak, yg berniaga kena tinggalkan kedai, pejabat,
ladang. Tinggalkan semua perkara utk dtg solat berjemaah. Begitu juga umat kena
buat pengorbanan utk hadir mesyuarat, sebagaimana umat buat pengorbanan utk dtg
solat berjemaah. Tinggalkan isteri, anak, kerja, kedai, ladang dan dtg hadir
dlm mesyuarat. Sebab pengorbanan tersebut, maka Allah akan ilhamkan perkara2 yg
baik pd ahli mesyuarat. Allah buka hati, Allah buka jalan. Kalau bagi syor
melalui talipon, tak hadir, maka syor itu tak ada keberkatan, tak ada bantuan
Allah. Allah tak akan bagi ilham pd org yg tak sedia korban utk dtg mesyuarat. Kita
kena ihtimam hadir dlm mesyuarat. Mesyuarat mohalah, mesyuarat halaqah,
mesyuarat markaz, mesyuarat 3 bulanan.
Kisah zaman maulana Yusuf, seorang maulana musa dari Bangalore , nak tanya satu
soalan, dia telah naik keretapi, 4 hari perjalanan sampai nizamuddin. Nak tanya
satu soalan sahaja. Selesai tanya, terus nak balik. Mufti basher kata, tak
perlu dtg, hantar poskad saja. Maulana Yusuf dengar, terus marah, tak patut
bagi syor macam tu, dgn sebab pengorbanan dia dtg jauh2, maka Allah ilhamkan
kpd kita jawapan kpd soalan tersebut. Ilham dtg sebab pengorbanan.
Kita yg ahli mesyuarat kena sangat2 ihtimam dgn amal2
infradi. Terutamanya solat berjemaah. Saf pertama. Org pertama dlm mesyuarat
sepatutnya adalah org pertama dlm saf solat. Satu kisah, satu org lama
dimasukkan jadi ahli mesyuarat. Maulana saad suruh dia solat di saf pertama
selama 1 thn sebelum jadi ahli mesyuarat. Lepas tu baru kita fikirkan layak
atau tak. Hari ni kita anggap amal infradi tak ada hubungan dgn amal dakwah.
Semua amal da’i ada hubungan dgn dakwah. Solat di saf pertama dgn takbirratul
ula, solat tahajjud, solat rawatib, tilawah quran, zikir. Semua amalan2 ini
sangat penting. Dgn amalan ini, Allah akan ilhamkan pd kita perkara2 yg baik
dlm mesyuarat. Org yg tak jaga amal infradi akan alami kesusahan dlm buat
usaha. Akan timbul masalah. mesyuarat lepas mesyuarat, masalah tak selesai.
Inilah puncanya. Kita buat usaha nak ajak manusia kpd Allah, tapi kita sendiri
tak ada hubungan dgn Allah. Maksud buat usaha dakwah utk bina hubungan dgn
Allah. Kita kena ada hubungan yg rapat dgn Allah. ada masa utk bermunajat dgn
Allah, menangis depan Allah. Masing2 kita tengok diri kita sendiri. Jgn tengok
org lain. semoga Allah bagi taufik pd kita semua.
jazakallahukhoir tuan yg mulia..
ReplyDelete